RSS
 

Kacang Pistachio dan khasiatnya pada kesihatan

09 Jun

Kacang Pistachio merupakan salah satu dari kacang yang jadi kegemaran saya sekarang. Jarang saya makan kacang ni sebelum ni. Tapi sejak saya try makan beberapa bulan lepas , saya dah jadi ketagih nak mengunyah.

Rasa kekacang ni lemak-lemak.Kulitnya keras dan perlu di panggang atau di goreng terlebih dahulu ( yang kita beli semua dah siap di panggang ye ). Kiranya macam buah berangan la ye tak?

Sebelum ni saya memang tak tau pun khasiat kacang ni. Kawan saya kata orang panggil kacang ni kacang cerdik.

Bermakna kacang Pistachio, kismis dan kurma berada di dalam Top 3 makanan berkhasiat yang patut kita semua ambik tau.

Hmm…kalau saya tau pasti masa saya mengandung anak-anak saya dulu saya makan kacang ni hari-hari. Siapa tak nak anak yang cerdik betul tak? Well, anak saya pun semua dah besar termasuk yang kecik sekali pun dah masuk Darjah Satu tahun ni.

Asalnya kacang ni dari kawasan timur tengah yang bergurun. Maknanya pokok ni memang tak tumbuh kat Malaysia ni ye…jangan harap la nak beli makan kacang ni murah-murah sebab asal pokok ni jauh teramat sangat.

Jadi apa khasiat Pistachio atau apa yang banyak terkandung dalam kacang ni?

1. Kaya dengan zat besi dan serat yang membantu sistem perncernaan badan.

2.Kaya dengan sumber lemak yang menurunkan kadar kolestrol’ jahat’ LDL dan meningkatkan kadar kolestrol’ baik’ HDL

3.Kaya dengan anti oksida yang mampu melindungi sel dari kerusakan bahan kimia berbahaya yang disebut radikal bebas.

4. Kaya dengan potassium yang membantu meningkatkan tahap kecerdasan minda

5.Kaya dengan fitoterol yang membantu menurunkan risiko kanser dan penyakit jantung

Bagaimana pulak cara nak pilih kacang Pistachio ni? Kalau saya, saya akan pilih Pistachio yang di taman dan berasal dari negara Iran atau negara Islam ( Pistachio juga banyak di import dari USA). Pilihlah juga kacang yang dah terbuka kulit luarnya kerana itu tandanya kacang itu telah cukup tua ( kacang ini telah di sangrai/ panggang terlebih dahulu).

Saya sangat mengantuk dan terpaksa tidur dahulu. Ada masa saya sambung lagi.

Kak Rahimah

P/S : Good Nite :)

 

 

 

 

Related Posts with Thumbnails

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More PostsWebsite

 
No Comments

Posted in Artikel

 

Tags: , , , ,

Leave a Reply

 

;) :| :x :twisted: :roll: :oops: :o :mrgreen: :lol: :idea: :evil: :cry: :arrow: :P :D :?: :? :) :( :!: 8O 8)