RSS
 

Archive for July, 2012

Sesuaikah kurma di makan selepas bersalin?

14 Jul

Agak lama juga saya tak sentuh pasal informasi atau tips sewaktu dalam pantang. Dah banyak yang saya tulis tentang tips ni sebenarnya dan saya hanya akan tulis mana-mana yang saya rasa saya jarang usik.

Ada soalan dari beberapa pelanggan yang bertanya kepada saya adakah kurma sesuai di amalkan sewaktu dalam pantang? Kata mereka kurma ni manis dan banyak gula tak bahayakah ? Jadi saya sharekan di sini saja ye.

Senang saja soalan ni sebenarnya tapi saya jawab kat sini je sebab orang lain boleh baca sekali. Kalau kita tengok balik kelahiran Nabi Isa a.s , Maryam iaitu ibu kepada nabi Isa a.s memakan kurma sebaik beliau selesai bersalin. Sudah pasti ada seseuatu yang mahu ALLAH tunjukkan pada kita .

Kurma sememangnya pemberi tenaga kerana mengandungi gula yang cepat di ukar kepada haba yang cepat di serap. Oleh kerana wanita baru lepas bersalin akan kehilangan banyak darah dan tidak bertenaga, kurma adalah makanan terbaik!

Selain dari itu, kurma mengandungi zat besi yang tinggi dan pottasium yang boleh meransang pengeluaran susu untuk di berikan kepada bayi. Jadi khasiat kurma itu sampai kepada si ibu malah terus kepada si bayi melalui penyusuan.

Oleh itu jadikanlah kurma sebagai makanan wajib kita sewaktu dalam apntang malah kalau boleh sepanjang hari. Kurma makanan sunnah dan memakannya memberikan kita pahala ( kita tak tau bila kita mati kan?..so jadikan sunnah itu pembantu kita apa yang tak cukup untuk amalan kita ).

Saya dah pernah tulis khasiat dan kebaikan kurma dalam entri sebelum ni  malah sangat menggalakkan wanita yang sedang mengandung untuk mengambil kurma sebagai snack harian. Khasiatnya sangat tinggi berbanding mana-mana buah-buahan lain. Begitu juga dengan kismis.

Di sebelah kanan side bar blog ni ada saya letakkan link pakej kurma untuk tempahan. Bagimanapun saya lebih menyukai kurma Ajwa atau kurma nabi kerana saya memang suka rasanya yang kurang manis. Oleh kerana harganya yang agak mahal saya memberikan sedikit potongan harga supaya ibu-ibu yang sedang dan bakal bersalin dapat sama-sama merasai dan menikmati khasiat kurma nabi .

Jumpa lagi

Kak Rahimah

PS : Kalau 1/2 kg kurma nabi@ajwa dalam anggaran 70-80 biji, boleh di ambil sebiji sehari untuk tempoh 44 hari berpantang.Klik sini sementara stok masih ada.

 

 

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 

Surirumah buat RM 35,000 Sambil Jaga Anak ! Betul ke?

05 Jul

Dekat seminggu lebih saya tak usik blog ni..Hari-hari hadap laptop ni pun masih tak sempat nak update. So hari ni nak le conteng-conteng sikit muka depan blog ni supaya tak berabuk :) .

Minggu lepas hari Ahad, saya attend seminar mudah.my kat Bandar Sunway..sesat-sesat cari tempat ni walaupun saya ni bukan orang luar..Nasib baik sempat sampai sebelum the real seminar bermula.  Masa entri saya yang terdahulu mengenai soal bekerja dari rumah,saya dapati di innit ia mendapat nang ( vote )  yang agak banyak.Selalunya saya dapat vote dalam 1-3  saja.

Hmmm…memang bekerja di rumah dan menjana pendapatan adalah satu topik yang sangat menarik untuk di bincangkan.Tapi tak ramai yang sanggup buat. Perlu ada keberanian diri dan mestilah ada ilmu dan sentiasa mencari dan mendalami ilmu.

Saya memang bercita-cita untuk ada bisnes soho seperti yang saya lakukan sekarang kerana ia lebih menyenangkan saya. Tak perlu lagi stress dengan jem, tak payah main kejar-kejar dengan lrt, taxi, tak payah nak susah hati time nak mintak cuti dengan boss ( tak dapat cuti ku mc..biasalah tu )

Kalau anda tengah tension bekerja dan frust dengan kesibukan masa bekerja makan gaji..cuba tengok gambar ni ..jeles tak? Confirm anda cemburu gile..tapi jangan tak tau yang bekerja di rumah juga banyak cabarannya.

Cuba perhatikan tajuk post saya hari ni “ surirumah buat RM35,000 Sambil Jaga Anak !”…Agak-agaknya lah apa pendapat anda tentang tajuk tu.

Gimik saje ke? Atau memang betul confirm boleh dapat ? Tak ada yang mustahil sebenarnya. Lebih dari tu pun boleh dapat kalau kita rajin dan sentiasa mencari peluang …mesti halal juga tau kalau tak tak berkat :(

Ada macam-macam cara sebenarnya untuk dapatkan pendapatan dari rumah. Saya tuliskan yang senang-senang aje ( satu cukup untuk hari ni ).  Tapi saya lebih suka yang bercirikan online sebab saya memang malas nak buat kerja offline sebenarnya.Dan ni pun khas untuk wanita sebab mencari rezeki adalah tangung jawab lelaki  ( pihak lelaki atau suami sila ambil perhatian ).

Sistem yang saya maksudkan ialah berniaga Sistem dropship- Sistem ni saya tengah usahakan betul-betul sebab saya memang dah malas nak packing barang..letih. Tujuan saya berenti dulu sebab nak duduk rumah. Ramai orang suruh saya buka kedai tapi kalau saya bukak kedai, samalah  macam saya bekerja semula.so no point la saya berhenti…tu pendapat saya la.We have to know what we want !

Ape benda dropship tu? Senang aje…cuba tengok gambar ni .Okay, caranya katakan anda tak ada modal untuk beli produk, so anda promot aje produk orang lain dan ambil keuntungan di situ. Setelah dapat order anda buat tempahan dengan tuan punya produk dan mereka sendiri yang hantar tempahan tu pada customer anda.Gambar dan keterangan produk tu anda ambil dari tuan punya produk .

Senangkan..pada yang tak banyak modal atau yang malas nak packing barang atau yang memang suka ambik order aje, sistem berniaga cara dropship memang menyenangkan.

Cuma mungkin keuntungan tu taklah setinggi kita ambil borong tapi kalau pandai main harga memang andaboleh buat duit dengan senang tanpa perlu banyak buat kerja admin (contohnya tulis borang tempahan poslaju, pack barang, pos semua tu ambik masa sebenanrnya….saya sendiri pun kadang-kadang tension gak sebab penat dan kadang-kadang tu boleh tertidur ).

Katakan sistem dropship anda maju dan ambil contoh anda jual baju dengan keuntungan RM 30 sehelai.Kalau dalam sehari anda berjaya jual 10 helai x RM 30= RM 300. Kalau sebulan RM 300 X 30hari = RM 9000 ! Hmm…banyak tak? Tu baru jual baju tu! Belum masuk benda-benda lain. Maka sebab tu lah saya nak explore betul-betul perniagaan dropship untuk memudahkan saya lepas ni bergerak ke sana -sini tanpa perlu menambah kerja-kerja pengurusan yang perlu saya buat sekarang.

Okay cukup untuk sistem dropship secara ringkas..Lain hari saya cuba pulak tulis sikit-sikit pasal cara mencari pendapatan tambahan  dengan sistem yang lain pulak. Cara ni lebih best ! Cara ni sangat popular di luar negara dan juga di negara kita tapi ramai juga yang takut-takut sebab takut tertipu. Selidik dulu dan periksa logik atau tidak sebab memang ada satu  cara jana pendapatan yang boleh di buat sambil duduk-duduk jaga anak kat rumah kalau anda nak tahu.

Kita jumpa lagi.

Rahimah

PS : Betul ke duduk rumah goyang kaki boleh dapat duit banyak?

Related Posts with Thumbnails

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website