RSS
 

Sesuaikah kurma di makan selepas bersalin?

14 Jul

Agak lama juga saya tak sentuh pasal informasi atau tips sewaktu dalam pantang. Dah banyak yang saya tulis tentang tips ni sebenarnya dan saya hanya akan tulis mana-mana yang saya rasa saya jarang usik.

Ada soalan dari beberapa pelanggan yang bertanya kepada saya adakah kurma sesuai di amalkan sewaktu dalam pantang? Kata mereka kurma ni manis dan banyak gula tak bahayakah ? Jadi saya sharekan di sini saja ye.

Senang saja soalan ni sebenarnya tapi saya jawab kat sini je sebab orang lain boleh baca sekali. Kalau kita tengok balik kelahiran Nabi Isa a.s , Maryam iaitu ibu kepada nabi Isa a.s memakan kurma sebaik beliau selesai bersalin. Sudah pasti ada seseuatu yang mahu ALLAH tunjukkan pada kita .

Kurma sememangnya pemberi tenaga kerana mengandungi gula yang cepat di ukar kepada haba yang cepat di serap. Oleh kerana wanita baru lepas bersalin akan kehilangan banyak darah dan tidak bertenaga, kurma adalah makanan terbaik!

Selain dari itu, kurma mengandungi zat besi yang tinggi dan pottasium yang boleh meransang pengeluaran susu untuk di berikan kepada bayi. Jadi khasiat kurma itu sampai kepada si ibu malah terus kepada si bayi melalui penyusuan.

Oleh itu jadikanlah kurma sebagai makanan wajib kita sewaktu dalam apntang malah kalau boleh sepanjang hari. Kurma makanan sunnah dan memakannya memberikan kita pahala ( kita tak tau bila kita mati kan?..so jadikan sunnah itu pembantu kita apa yang tak cukup untuk amalan kita ).

Saya dah pernah tulis khasiat dan kebaikan kurma dalam entri sebelum ni  malah sangat menggalakkan wanita yang sedang mengandung untuk mengambil kurma sebagai snack harian. Khasiatnya sangat tinggi berbanding mana-mana buah-buahan lain. Begitu juga dengan kismis.

Di sebelah kanan side bar blog ni ada saya letakkan link pakej kurma untuk tempahan. Bagimanapun saya lebih menyukai kurma Ajwa atau kurma nabi kerana saya memang suka rasanya yang kurang manis. Oleh kerana harganya yang agak mahal saya memberikan sedikit potongan harga supaya ibu-ibu yang sedang dan bakal bersalin dapat sama-sama merasai dan menikmati khasiat kurma nabi .

Jumpa lagi

Kak Rahimah

PS : Kalau 1/2 kg kurma nabi@ajwa dalam anggaran 70-80 biji, boleh di ambil sebiji sehari untuk tempoh 44 hari berpantang.Klik sini sementara stok masih ada.

 

 

Related Posts with Thumbnails

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More PostsWebsite

 

Tags: , , , , ,

Leave a Reply

 

;) :| :x :twisted: :roll: :oops: :o :mrgreen: :lol: :idea: :evil: :cry: :arrow: :P :D :?: :? :) :( :!: 8O 8)