Siapa saya
Hai saya Rahimah. Saya masih lagi bekerja di sebuah syarikat insurans di Kuala Lumpur. Mempunyai laman web perniagaan memang merupakan impian saya semenjak tahun 2006.
Saya mula mengenali dunia internet setelah membaca buku Irfan Khairi yang bertajuk ” Secret of Internet milionaires revealed”. Bermula dari hari itu saya tidak menoleh ke belakang.
Saya tahu it’s not easy but when there is a will, there is a way. Walaupun saya tidak mempunyai latar belakang IT, saya anggap itu cabaran. I challenge myself! Akhirnya saya berjaya juga walaupun terpaksa menapak dan merangkak.
Semenjak saya mengikuti seminar Saifulsham pada bulan March 2008, makin hari pelanggan business internet saya semakin bertambah. Saya rasa untuk berjaya perlu ada mentor atau coach supaya kita mendapat tunjuk ajar yang betul. Terima kasih Sabri & Syazwan!
Cita-cita saya sekarang adalah untuk berkerja dari rumah seperti konsep SOHO yang memang dah terkenal di negara barat. Sedang berusaha gigih sekarang ni. Di sebabkan saya masih berkerja tempoh 24 jam sehari terasa tidak cukup. Kadangkala tidur hanya 4 jam sehari! Tak apa, kata orang rajin berusaha tangga kejayaan!
Kuala Lumpur Time

MakModen
September 12, 2008 at 6:03 am
Salam… saya pun mempunyai impian yang sama… saya berhenti bekerja semenjak 6 bulan mengandung. dan hanya bekerja sambilan selepas bersalin…
rahimah
September 12, 2008 at 10:19 pm
W’salam. Terima kasih sudi kunjungi blog saya tak seberapa ini. Hopefully we both success!