Cara selesaikan masalah hutang ,muflis,harta di lelong,black list, senarai hitam,ccris, ctos dengan lebih bijak!

Ini post saya yang pertama untuk bulan September. Dah hampir 2 minggu lebih beraya so saya raya kita kena tengok perbelanjaan kita balik.

Saya tak bekerja makan gaji, jadi lain la sikit (sedihnya rumah di masuki pencuri dan plan semua hancur sebab 2 barang utama bisnes saya  iaitu laptop dan kamera turut di kebas).

Rasanya ramai yang bekerja di pejabat atau mana-manalah asalkan bekerja yang dapat gaji awal pada bulan Ogos ( time nak raya ). So mesti ramai yang pening kepala lepas raya sebab duit dah banyak keluar. Biasalah selagi tak raya, tangan tu gatal aje nak beli tu ini. Kena pulak diskaun sana-sini.Ada jugak yang terpaksa sambung puasa sebulan lagi lepas tu sebab duit gaji untuk perbelanjaan bulan September dah habis.

Perbelanjaan yang berkhemah adalah lebih baik. Saya tak la kisah sangat pasal raya ni sebab mood saya awal-awal dah hilang bila rumah kena pecah masuk. Cuma memang saya tak kisah kalau baju ada sepasang je pun! Anak saya  pun saya ingatkan supaya simpan duit kalau nak jejak kaki ke london ke, paris ke…biar bersemangat sikit diaorang ni.

Berbalik pada soal perbelanjaan ni, kita tak dapat lari dari meminjam sebab kita ( saya la ) bukan orang kaya. Kalau kaya semua beli cash, tak payah buat hutang dengan bank. Masalahnya bila buat loan dengan bank, namanya aje pinjaman islamik tapi oepration wise masih berkonsep sekular ..ribalah apa lagi. Tak percaya cuba tengok agreement dengan bank, pinjamRM 10,000 bayar balik mesti lebih punya. Kalau islamik, pinjam RM10,000 bayar balik pun RM10,000 lah ! Betul tak?

Rasanya tak ada satu pun perjanjian dengan bank tu yang benar-benar islamik sebab kadang-kadang pegawai bank yang kita berurusan pun bukan beragama islam. Saya tak la pandai tapi rasanya ia belum betul-betul mengikuti syariat. Bila jadi macam tu, nak tak nak sain jugaklah agreement tu.

Biasalah kadang-kadang kita tersalah urus wang ( saya sendiri pun ) atau memang keadaan sangat mendesak menyebabkan budget kita lari dan kita mula di himpit dengan masalah hutang. Cuma jangan la cari along sebab nanti lagi parah !

Carilah jalan penyelesaian walaupun kepala dah buntu. Meminjam lagi boleh kalau nama belum black list tapi dari terus meminjam rasanya masih ada jalan lain iaitu menggunakan khidmat rundingan orang tengah atau mereka yang lebih arif dengan terma dan syarat-syarat bank.

Menggunakan khidmat orang tengah lebih berbaloi sebab jumlah yang besar boleh di kurangkan . Caj peguam yang cekik darah masih boleh di ketepikan begitu juga jika diri sudah muflis atau di senarai hitam. Malah rumah atau hartanah yang dah nak di lelong masih boleh di selamatkan asalkan kita sanggup beri peluang pada diri kita untuk gunakan khidmat mereka yang lebih arif.

Kenapa saya cakap macam tu? Sebab kebanyakan yang saya dapati bila browse lawam web, ruangan forum dan blog ramai yanga tersepit tetapi amat susah nak jumpa khidmat mengeluarkan nama dari black list atau senarai hitam dari ccris, ctos malah lebih teruk muflis ! Menggunakan khidmat mereka, rundingan akan di jalankan dengan pihak pemberi pinjaman dengan cara yang lebih teratur dan juga kreativiti rang tengah tadi.

Kena bayar ke? Manalah ada syarikat yang boleh hidup jika tiada sebarang fees dikenakan kecuali pihak AKPK sebab AKPK adalah agensi di bawah seliaan atau kawalan bank Negara. Beri mereka review atau teliti kes anda dulu untuk menilai tahap kekritikalan kes anda.

Jalan penyelesaian akan di cari malah ada cara yang kita tak tau tapi rupanya boleh selesaikan masalah kita. Bukanlah anda terus kena bayar kerana setelah anda bersetuju dengan cara yang akan mereka selesaikan anda pasti rasa lega! Takkan anda nak biarkan masalah hutang tu berterusan sebab lambat laun anda boleh jadi pemarah, murung malah boleh jadi gila!

Saya berkata begini kerana saya kenal dengan seseorang yang pakar dan mahir cara menyelesaikan masalah hutang tertunggak, ccris, ctos, muflis, kereta di tarik, harta bakal di lelong. Lama juga saya berbual dengan beliau kerana pengalaman beliau menjadi muflis dan menyelesaikan sendiri sehingga bebas muflis dan hutang tanpa bantuan peguam sangatlah menarik untuk di kongsi. Allah beri kita akal dan kita gunakan sebaiknya. Itulah yang di katakan kepada saya ketika berbual dan memang saya rasa sesiapa yang ada masalah seperti ni elok berjumpa dengan beliau. Atau boleh juga menghubungi saya jika perlukan sebarang maklumat mana yang terdaya saya tolong.

Jadi, apa lagi.Jalan penyelesaian sudah anda tak mahukan anda bertindak? Bayangkan tiada lagi panggilan talipon, surat-surat atau notis dan urusan kewangan anda lebih baik selepas ini. Itu yang nak kita semua nak bukan? Fikirkan lah!

 

Comments

  1. fadzilatul hasni bt majeni says

    puan boleh berikan saya nombor telefon pakar dlm menyelesaikan masalah hutang? suami saya ada masalah hutang tertunggak.

  2. DIANA says

    Salam, saya baru sahaja menerima surat lelongan rumah drpd lawyer dr pihak bank. Rumah saya telah dilelong diakhbar pd 29/10/2012. Dapat kah saya menyelamatkan rumah saya sekarang? Apa yang jd masalah sekarang. Adakah rumah saya akan di sita dalam masa terdekat ini?r\ Kerana saya masih menetap dirumah tersebut. Tolong saya puan. :(

  3. hapizah osman says

    salam,,,saya muflis dan masih bayar rm 100 kpd jabatan insolvensi malaysia…ada kah jln untuk selesaikn hutang dgn cepat bagi bebas kan sy dari muflis..nk beli kereta pun susah walaupun saya bekerja…ada idea camner nk buat. ..

  4. yusree says

    salam…puan ingin buah fikiran dari puan untuk selesaikan masalah yg di alami isteri saya…sebelum masalah nie jd lebih serius.saya dan isteri beberapa kali sudah berjumpa dgn pihak bank untuk selesaikan masalah hutang rumah yg sudah dilelong pd 5thn lepas..sepatutnya perjanjian antara isteri saya dgn pihak untuk selesaikan masalah nie dah dibincangkan.tp tiba2 2hr lepas sampai 1 surat mengatakan isteri saya sudah disenarai hitamkan.memang pegawai bank nie pandai berlakon nak lepas tangan..harap puan dapat berkongsi pendapat untuk selesaikan masalah ini..saya buntu..kesian melihat isteri saya..

  5. thanga says

    salam ,, saya senarai hitam pasal kereta kat am bank., dah kena tarik , dah dileleongpun . tolong saya menyelesaikan masalah ni, saya tak dapat beli kereta atupun rumah , umur pun dah meningkat tua, sila tolong saya, saya dah hampir kecewa dalam hal hutang ni,

    • Suci says

      Salam, saya ingin nasihat dari puan bagaimana saya nak menyelsaikan masalah hutang kereta saya. Pihak bank tidak meluluskan rayuan saya untuk mengurangkan bayaran bulanan mengikut kemampuan saya. SAya benar-benar buntu dan tidak tahu kepada siapa nak minta tolong.

  6. lynna says

    saya pernah menjadi penjamin kepada seorang yang kononnya akan membayar pinjamannya… tapi sampai sekarang dia belum selesaikan hutangnya… saya pula menjadi mangsa… nak beli kereta x lepas kerana nama blacklist.. :(

  7. NURUL says

    saya ada masalah hutang dgn bank dalam 60ribu loan rumah dkat bekas suami.masalah saya bekas suami x nak tolong lansung dan pihak bank bagi masa dalam 6 blan untuk selesaikan.kalau tidak muflis..
    saya buntu dan x tahu cara mcm mane nak selesaikan..
    bolh bantu saya dalam hal ini tak kak????

  8. says

    Sy ada masalah blacklist dgn eon kredit. Byk lgi yg sy blm jelaskan. Smpikan Surat dri pihak eon kredit telah smpi Dan meminta sy menjelaskan semua hutang2 sy…

  9. says

    Saya dah bercerai dan rumah telah dilelong. Baki pinjaman atas loan berkenaan atas nama bersama. Bekas suami xmahu membayar. Adakah boleh Saya separate hutang tersebut. Maknanya Baki pinjaman tu dibagi dua. APA perlu Saya buat sbb bekas suami xambil tau. Tolonglah saya

  10. says

    Puan Rahimah

    Masalah saya ialah saya dibebani hutang rumah sehingga lebih 300k. nama dah ada dalam bank negara…segala urusan loan yang lain dah susah. senang kata blacklist..Punca blacklist adalah dari rumah yang dibeli terbengkalai lebih 10 tahun…pemaju lari…..sekarang rumah terbengkalai tu dah nak siap dibina oleh pemaju yang baru…setelah buat perbincangan dengan bank hutang saya telah mencecah RM300k. Apa cara saya boleh selesaikan hutang sebanyak itu pada kadar segera dan keluarkan nama saya dari blacklist secepat mungkin…hidup rasa tak dapat berkembang dengan hutang dan nama blacklist camni..minta nasihat..

  11. says

    asalamualaikum saya tengah buntu sekarang ni …. saya pernah membeli sebuah perodua kancil dalam tahun 2008 atau 2009 masa tu saya tidak bekerja tetap jadi ibu saya menawarkan saya supaya mengunakan nama dia … jadi saya dapat kereta itu tapi sejak saya berpindah ke kuching saya berkerja di bawah satu yayasan sebagai artis tari mula nya gaji dalam rm5++ ja … saya bertungkus lumus membayar kereta itu sehingga lah 2 tahun ini saya tak mampu nak jelas kan bayaran sehingga lah dalam bulan 11/2014 lalu pihak am bank menghubungi ibu saya dan oleh kerana ibu saya tak faham dan juga tak mampu nak bantu saya ibu saya bagi nombor hp saya kepada pihak am bank kl dan saya menyawap nya dan memberi tahu saya akan iktiar kan mencari wang untuk saya menjelaskan tungakan yang mereka kata kan .. tapi saya belum mendapat wang itu belbagai cara saya usaha kan …. tapi saya belum jumpa jalan untuk menyelesaikan masalah ini…. saya harap dapat bantuan dari mana mana kerana saya tak nak ibu saya jadi masalah pulak nanti kerana ibu tak ada pendapatan untuk menjelaskan utang itu…..

  12. says

    Kepada Kerajaan Malaysia,
    Kerajaan Malaysia yang terlalu memberi kuasa kepada bank menjadi penyebab kepada pengurusan tidak sempurna. Bank ialah punca utama seseorang individu menjadi ‘bankruptcy‘ atau muflis.
    Bank-bank di Malaysia boleh mengenakan caj dengan kadar faedah yang tinggi dan sesuka hati kalau masa anda tidak keupayaan membayar insuran bulanan. Ia tidak adil dan mangsa tidak dapat berbuat apa-apa sehingga anda muflis. Malaysia kita tidak ada jabatan yang boleh membantu anda pada masa tersebut.
    Ia hanya menyebabkan bankruptcy meningkat saja tahun ke tahun. Tambahan pula bankruptcy laws di Malaysia akan menghukum seseorang muflis sampai boleh memusnahkan hidup seseorang. Dengan AKTA KEBANKRAPAN 1967, kita sangat jelas, ini kebanyakan disebabkan oleh kuasa bank yang keterlaluan.
    Bankruptcy laws di Malaysia memang boleh menyebabkan seseorang muflis dan melambatkan muflis untuk hidup semula. Di dalam undang-undang muflis, ada banyak syarat yang mengikat si muflis seperti tidak boleh berniaga sendiri, tidak boleh terima wang lebih RM500 dari orang lain (dikehendaki melapor kpd Jabatan Insolvensi Malaysia), tidak boleh keluar luar negara bekerja (pasport disekat), tidak dapat memegang jawatan tinggi di syarikat dan lain-lain. Ini semua memang akan menyekat seseorang muflis mendapat wang untuk pelepasan.

    Harap kerajaan kita sedar dan tidak membunuh masa depan seseorang muflis di Malaysia ini dan tidak membunuh sesama sendiri. Bankruptcy yang meningkat boleh diselesaikan jika Akta Kebankrapan 1967 boleh berubah mengikut masa sekarang, bukan akta kampung yang dulu. Untuk menjatuhkan seseorang menjadi bankrap hutangnya kalau melebihi RM150,000 ke atas. Harap juga yg telah dilaporkan bankrap pada masa sekarang akan dilepaskan secepat mungkin jika hutang tidak melebihi RM150,000. Inilah yang sempurna dan sesuai untuk masa kini.
    Kerajaan Malaysia memang kena mempertimbangkan seseorang yang telah jatuh bankrap kalau hutang tidak melebihi RM150,000 atau RM100,000 patut diberi peluang untuk pelepasan automatik pada awal tahun 2015 ini. Ianya sangat jelas, yang telah difailkan bankrupcy, akhir hutang akan ditambah oleh pihak bank dan hantar kepada JIM.
    Kalau seseorang dijatuhkan bankrap dengan jumlah hutang yang tinggi, mungkin dia ada niat untuk mendapat manfaat dari pihak bank atau kerajaan kita. Akhirnya saya sebagai wakil pihak muflis harap Kerajaan Malaysia kita dapat mempertimbangkan isu isu seperti ini.

  13. says

    Assalam.. sy mencri agensi yg boleh membantu mnyelesaikn hutang sy.. nama dah blacklist dkt 5 thun.. nk bli kreta dan rumah pun xboleh.. tlong bantuan dr sesiapa..

    • says

      CCRIS kita boleh check di kiosk Bank Negara. Di situ di paparkan apa-apa jenis hutang yang kita ambil samada tertunggak atau tidak. Jika tiada dalam list itu rasanya ia tiada dalam senarai blacklist. Saya kurang pasti tapi boleh check dengan cara check dulu dalam ccris report tu.

  14. says

    assalamualaikum sy nk tanya kalau dulu sy pernah beli rumah atas milik bersama dengan seorang kawan pada tahun 2004 dan sy adalah penama kedua dan kini sy telah disenarai hitamkn…atas sebab rumah itu telah diseta oleh bank dan dilelong…masalah sekarang ni sy diarahkan membayar hutang bank yg lama itu sedangkan sy tidak tinggal dan duduk d rumah itu sejak setahun selepas rumah itu menjadi milik kawan saya itu…sekarang ni sy dh berkahwin dan mempunyi 2org anak kecil dan menjadi suri rumah sepenuh masa…segala account bank diblock dan semua pemohonan suami saya tidak dapat diluluskan atas sebab nama sy dh blacklist…atas pengatahuan puan bekas kawan sy itu berkerja d Singapore dan menetap Di johor baharu…dan sebelum nie dia pernah berjanji untuk membayar hutang rumah itu tetapi sekarang pihak bank hanya mengarahkan hanya sy seorang yg mmembayar …minta bantuan puan jika ada pihak yg boleh selesaikan masalah sy….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


− 3 = 6