Rahsia mudah hamil …apa rahsianya?

Assalamualaikum dan selamat pagi saya ucapkan . Saya baru saja balik dari Perak setelah beberapa hari berada di sana. Kakak ipar saya mengadakan kenduri perkahwinan anak sulung beliau, jadi saya ambil kesempatan untuk hantar anak saya sekali 2 orang untuk bercuti dengan tuknya di kampung.

Oleh kerana, saya sepatutnya kembali semula ke kuala lumpur pada hari ahad, jadi segala projek dan plan pada hari isnin terpaksa saya postpone pada hari ini.

Saya sebenarnya ingin mengumumkan bahawa ada berita baik buat pembaca blog ini yang sering menghantar email kepada saya bertanyakan tentang cara mendapatkan cahaya mata.Pembaca blog in  bukan mereka yang sedang mengandung atau dalam pantang sahaja sebab yang masih menunggu saat untuk di sahkan mengandung pun ramai.

Ada juga yang seringkali keguguran dan meminta saya bagaimana atau apa petua untuk mengutakan rahim supaya mereka tidak keguguran lagi. Saya bukan pakar dalam soal ini sebab soal untuk mendapatkan zuriait bukanlah perkara main-main dan hanya boleh di terangkan oleh mereka yang arif mengenainya.

Oleh itu saya ingin memperkenalkan sebuah ebook yang pada pendapat saya amat berguna untuk kesemua pasanangan yang masih berusaha untuk mendapatkan cahaya mata.

Ebook yang saya maksudkan ialah Rahsia Mudah Hamil…….

 

Keistimewaan ebook ini :

  • Ia di tulis dalam bahasa yang cukup mudah untuk di fahami. Tidak terlalu teknikal seperti buku yang di tulis oleh seorang doktor atau pakar perbidanan yang agak sukar untuk di terangkan.Anda tak perlu rasa risau dan takut dengan bahasa-bahasa doktor kerana ia di terangkan dengan cara yang amat mudah di fahami.

 

  • Apa yang terkandung dalam buku ini adalah berdasarkan teori dan praktikal! Kesukaran untuk mendapatkan zuriat amat di fahami oleh penulis. Oleh itu teknik dan kaedah yang di sarankan telah pun di cuba oleh penulis sendiri untuk membuktikan keberkesanannya dan hasilnya pasangan suami isteri ini berjaya mendapat zuriat mereka setelah 2 tahun menunggu. Memiliki  buku ini umpama anda sedang merujuk kepada seorang kawan yang pernah menghadapi masalah yang sama.

 

  • Ebook ini mendapat pengesahan dari seorang doktor yang mana isi kandungannya di teliti agar hasilnya tidak mengecewakan  pembaca yang bersusah payah melaburkan wang untuk mendapatkan kaedah-kaedah yang di tunjukkan. Pelaburan  anda sebanyak RM 49 pasti berbaloi kerana banyak maklumat yang tidak anda ketahui akan di bongkar semata-mata untuk membantu anda.

 

  • Harga ebook ini yang mampu di miliki setanding dengan kualitinya. Apa perasaan anda apabila memiliki sebuah buku yang seperti sampah tapi di jual dengan harga yang cukup mahal berbanding dengan harga ebook ini yang lebih ekonomi.Sudah pasti ebook ini menjanjikan sesuatu yang istimewa untuk anda.

Cukup untuk saya memberitahu keistimewaan ebook kerana anda boleh lawat sendiri laman web MudahHamil.com ini tetapi apa yang terkandung di dalam buku ini sehingga anda yang sukar mendapat cahaya mata mesti miliki?

Ebook setebal 212 muka surat ini menunjukkan kepada anda :

  • 15 kaedah mengesan hari-hari subur.Ada pasangan yang tak sedar punca kebanyakkan mereka gagal mendapat zuriat berpunca dari kesilapan yang tidak di sedari. Dengan ebook ini anda dapat mengenal pasti dengan tepat hari subur anda supaya peluang anda untuk hamil adalah lebih tinggi .Bukan satu tapi 15!

 

  • 40 punca kenapa anda sukar hamil. Ketahui bagaimana penyebab anda gagal hamil bukan sahaja berpunca dari wanita tetapi juga lelaki . Ada pelbagai faktor makanan, pakaian yang kadangkala di ambil ringan oleh pasangan tetapi memberikan kesan yang besar untuk meningkatkan kehamilan.Nak tau puncanya, anda kena baca buku ni dulu!

 

  • 10 petua mendapat anak. Petua-petua yang merupakan amalan orang tua-tua turut di selitkan sebagai salah satu cara yang anda boleh pelajari dan amalkan. Antaranya petua madu, petua tauge, petua durian belanda dan lain-lain lagi yang anda mungkin tidak tahu sebelum ini.Siapa tau selepas ini mengamalakn petua ni , peluang untuk anda semakin tinggi!

 

  • 13 amalan dan doa khusus untuk mendapatkan zuriat. Setelah anda berusaha dengan teknik moden dan teknik tradisi, anda di bekalkan dengan doa-doa dan amalan khusus untuk mendapatkan cahaya mata.Nak tau apa doa khusus itu, ebook ini berikan anda jawapannya!

 

  • Dan banyak lagi…

Kepada anda yang sering mengirimkan email kepada saya bertanyakan kaedah mendapatkan zuriat dan mengelakkan keguguran sesudah bersusah payah untuk hamil, saya amat sarankan anda mendapatkan ebook ini denagn segera.

Saya tidak mengatakan anda pasti mengandung selepas mengamalkan teknik-teknik yang di ajar tetapi peluang untuk anda hamil adalah lebih tinggi.Kesemuanya terserah kepada Allah tetapi sebagai manusia kita mestilah tidak boleh berputus asa.

Mencuba dan mempraktikkan kaedah di dalam ebook ini adalah lebih baik dari berdiam diri.Siapa tahu mungkin ebook ini dapat merealisasikan impian anda untuk mendapat cahaya mata pula.

Anda tak perlu rasa risau atau rugi kerana penulisnya memberikan jaminan Wang di kembalikan jika anda tidak berpuas hati dengan isi kandungan ebook ini. Pada saya adalah lebih rugi jika tidak di cuba kerana mungkin selama ini ada kesilapan atau perkara yang anda terlepas pandang ketika sedang berusaha untuk memiliki zuriat sendiri.

Oleh itu selamat mencuba dan mudah-mudahan dengan izin Allah rezeki berpihak kepada anda pula.

Anda boleh ke laman web yang saya maksudkan untuk melihat sendiri apa yang di tawarkan oleh penulisnya di sini.

Kak Rahimah

Comments

  1. salasiah says

    macam menarikla buku nie..tp mcm mana nak dapatkanya…saya dah kawin setahun lebih tp belum lg hamil…teringin sgt nak anak…

  2. rahimah says

    Salasiah,

    Saya dah review ebook ni dan sangat lengkap! Boleh dapatkannya dengan klik banner yang berkelip-kelip kat atas tu :)

  3. shahrizah bt yahya says

    kt kedai buku ade x ebook ni….sy da 2 tahun berkahwin tp masih belum ada tanda-tanda hamil….kadang-kadang saya rasa stress sangat-sangat….kalau nk menangis rasa nya dah puas saya menangis…kesian kat suami sebab dia terlalu mengharapkan saya boleh melahirkan zuriat dia…

  4. rahimah says

    Sahrizah, Kat kedai buku memang tak ada. Kalau ada sekali pun mungkin dalam bahasa inggeris atau bahasanya mungkin begitu teknikal dan menyebabkan kita kurang minat untuk membaca.

    Saya recommend Shahrizah untuk dapatkan ebook ni sebagai satu panduan . Jangan putus asa selagi masih ada jalan , usaha dan tawakal.

  5. says

    Ebook ini amat sesuai untuk pasangan yang belum dikurniakan zuriat walau dah lama berkahwin dan teringin sangat nak anak sendiri. Mudah-mudahan penantian kawan2 akan berakhir lepas mendapatkan ebook ni.

    Kawan2 yang memerlukannya boleh beli secara online. Ianya dalam bentuk buku digital (format pdf). Boleh baca depan pc atau ‘print’.

  6. says

    Saya syorkan guna krim ajaib lumiglow untuk atasi masalah sering keguguran atau sukar hamil.

    Layari lumiglowmiraclecream.blogspot.com

  7. rose says

    Saya dah 2 thn berkahwin tapi masih belum ada rezeki lagi untuk mengandung. Mungkin di sebabkan kitaran haid saya yang tak teratur kot… mcm mana ya,boleh tak kitaran haid saya menjadi normal?

  8. rahimah says

    Rozawati,

    Puan akan di hubungi oleh pihak penjual yg menerbitykan buku tersebut. Jika tidak di terima boleh hubungi saya utk follow up.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


9 − = 2