Saya menulis dalam keadaan demam. Dah telan panadol aktifast 4 biji hari ni baru rasa lega sikit. Anak kecik saya pun nampak dah ok sikit berbanding semalam. Masuk ni dah 3 hari dia tak kesekolah. Nasib la periksa dah habis. Esok kena la pergi nanti tak tau pulak tahun depan masuk kelas mana.
Sejak dari bulan lepas ramai yang tempah botol air boleh lipat sebab cuti sekolah nak melancong. Nak ke China la, Perth la mana-manalah kan. Ramai yang kalau first time tak berapa tau apa benda kena bawak. So saya suggest bawalah botol air lipat ni untuk kesenangan pergi ke tandas nanti. Kalau nak buat bekas minuman tak perlu sebab air boleh di beli dikedai tapi nak amsuk tandas confirm kena bawak botol air ni. Boleh baca di sini kenapa saya cadangkan botol air ni.
Dalam pada tu saya ada juga terima email dan sms pelanggan yang berminat dengan jam azan yang saya edarkan melalui iklan saya di salah sebuah kedai proniaga saya mudah.my.
He..ada yang tanya pada saya sesuai tak jika jam azan ni di buat hadiah kenduri kahwin. Pada pendapat saya hadiah perlu ikhlas tak kira nilainya kecil atau besar.
Jika mampu beri yang besar berilah ikut kemampuan kita. Tetapi saya lebih suka jika hadiah yang mempunyai impak yang besar pada penerimanya walaupun harganya murah.
Contohnya jam azan yang saya edarkan tu RM 150 sahaja tetapi impak sebenarnya mengajak orang lain sentiasa menginagati Allah dan tidak melupakan kewajipan bila sampai waktunya.
Jam azan digital ini juga boleh di bawa ke luar negara. Jika anda bakal pergi ke luar negara dan negeri orang putih pulak tu. Elokla bawa satu sebab kat sana tak ada bunyi azan. Bila tak ada kita boleh lupa dan meringan-ringankan kewajipan kita. Sebab itulah ramai ibu bapa yang risau apabila anak-anak melanjutkan pelajaran ke luar negara kerana mereka takut mereka akan bertukar menjadi ‘mat salleh’. Banyak dah terjadi macam ni kalau kita rajin baca surat khabar.
Begitu jugaklah jam dinding unik anticlockwise yang saya sebut dalam post entri sebelum ni. Walaupun jam tu kita buat sebagai perhiasan tapi bila kita tengok jam dinding tu kita akan teringat siapa diri kita dan siapa pencipta kita. Kalau kita sentiasa mengingati DIA , kita akan rasa malu ank buat perkara tak baik.
Itu pendapat peribadi sayalah. Saya ni orang yang jahil cuma saya rasa dakwah tu ada macam-macam cara. Inilah cara saya sambil berniaga sambil berdakwah. Itu saja yang termampu saya lakukan.
Jadi terpulang pada anda untuk memilih jam azan atau jam dinding tawaf yang unik sebagai hadiah anda semasa kenduri kahwin nanti.Mana-mana pun boleh asalkan ikhlas.
Kita jumpa lagi.













