Salam ceria,
Baru-baru ni saya ada menerima beberapa testimoni dan gambar bayi yang di kirimkan oleh pembaca blog dan pelanggan saya.
Hari ni saya nak keluarkan gambar bayi ni dulu untuk tatapan anda semua. Cuba tengok gambar bayi ni dan perhatikan perubahan-perubahan mereka. Setiap bulan kata orang pasti wajah mereka berubah-ubah sedikit.

Gambar ni masa keluar dari bilik bersalin

Yang ni pulak masa dah 2 hari bersalin

Yang ini usia dah masuk 2 bulan ( pakai boxer tu )

Gambar yang ni dah jadi Tuan Puteri ….siap ada riben kat kepala
Seronok jika kita kumpul gambar mereka sebab dapat tengok perubahan demi perubahan dan perkembangan bayi. Saya dulu macam ni jugak, penuh album dengan gambar mereka aje.
Apa kata kalau anda rakamkan gambar bayi anda macam ni dan lihat wajah mereka yang berlainan tiap tahun.Buat satu album khas dan tulis usia mereka. Bila dah besar nanti mereka sendiri seronok tengok gambar waktu kecik-kecik.
Terima kasih pada Puan Norazlina kerana sudi menghantar gambar bayi beliau kepada saya. Semuga Nur Aisyah Syahira yang comel lote ni menjadi anak yang baik dan menyayangi ibu-bapa bila besar nanti.
Kak Rahimah

Baru-baru ini saya menerima 2 keping gambar melalui email dari Puan Wati Wahida yang telah selamat bersalin pada 24 February 2009.
Kiranya Puan Wati dah habis berpantang.Jom kita tengok gambar bayi Puan Wati.Mana tau pada sesiapa yang rasa-rasa tak nak baby lagi tu akan rasa nak start balik pakai uniform lepas ni

Gambar yang atas ni tengah syok tidur.

Gambar yang ni pulak tengah tenung kamera. Pandai dia posingkan?
Oh ya,nama bayi ni Nur Syamimi Wahida binti Suhaimi. Semuga Syamimi akan menjadi orang yang berguna dewasa nanti ye.
Terima kasih juga pada Puan Wati kerana sudi menghantar gambar bayi beliau kepada blog ini.
Kak Rahimah

Assalamualaikum ,
Dah beberapa hari saya tak dapat update blog sebab masalah line maxis broadband saya. Beginilah nasib pengguna maxis broadband
Ada beberapa sms dan email yang saya terima sebelum ini dari pelanggan saya yang nak saya siarkan tapi tak sempat. Hari ni saya siatrkan gambar bayi terbaru dari pelanggan saya , Puan Islinda yang telah selamat melahirkan bayi terbaru beliau .
Tengok ni , cutekan..Gambar abang-abangnya sekali pun ada. Nama baby terbaru beliau ialah Airel Hazimi.Mmmm sedapnya nama baby ni ye. Pandai Puan Is pilih


Untuk pengetahuan semua pembaca blog ini, Puan Islinda melahirkan cahaya mata ke tiga beliau melalui pembedahan. Saya siarkan sedikit email nya di sini .
Islinda Ishak to info
show details 15 Apr (3 days ago) Reply
Assalamualaikum Kak Rahimah.
Saya menyertakan dua keping gambar baby & anak2 bujang saya kat sini yea. TQ atas sume info2 yang kak Rahimah berikan. Alhamdulillah, saya menjalani tempoh berpantang dengan sihat. Begitu juga dengan baby. Baby baru ni namanya Muhammad Airel Hazimi.
Pendek saja email beliau tapi saya gembira sebab Puan Islinda tidak menghadapi sebarang masalah berpantang menggunakan set bersalin nona roguy yang beliau order dari saya. Jadi pada sesiapa yang bakal bersalin secara pembedahan tu, jangan ragu-ragu lagi.
Kalau tak faham cara guna set ni, tanya saja saya. Manual penggunaan set ini jika bersalin secara pembedahan pun ada saya sediakan.
Tahniah pada Puan Islinda sekali lagi!
Kak Rahimah

Baru-baru ini saya ada mengirimkan set bersalin nona roguy pada seorang pelanggan saya yang berada di Canada..Cuma saya terpaksa menghantar kepada rakan beliau di Pahang untuk urusan penghantaran.
Agak susah untuk saya memenuhi permintaan pelanggan yang berada di negara orang putih walaupun ramai yang menghantar email dan sms kepada saya .

Tahniah pada Puan Menaka..walaupun jauh berada di Canada masih sempat menghantar email gambar bayi beliau. Happy confinement ye
Oh ya..nama baby ni Theron Amalan Dormain.

Ini merupakan gambar Puan Nik , seorang pelanggan saya bersama gambar bayi beliau yang telah di berikan pada saya baru-baru ini.
Seriusnya bayi ni

Ni lagi seorang kiriman dari Puan Saripah..tengah syok tidur bayi ni..

Ni gambar baby Iqbal kiriman dari Puan Ernita…macho habis tu !
Ha..sapa-sapa yang tak teringin baby lepas ni mesti nak lagi he..he.
Standby

Ini gambar baby terbaru dari seorang lagi pelanggan mysetbersalin .com yang telah telah sudi menghantar foto bayi beliau untuk di masukkan di galeri foto. Terima kasih pada Puan Wati.
Comelnya
la baby ni, senyum tengok kamerakan?

Nama bayi : Sharifah Norkhairunisa Bt Syed Khaidzir
Nama ibu : Norlydawati Salori
Hai
,
Saya kini membuka ruangan khas untuk album bayi mysetbersalin.com. Album ini khas untuk semua pelanggan saya yang telah selamat melahirkan cahaya mata untuk merakamkan gambar bayi mereka.
Jika anda ingin menghantar gambar bayi anda yang cute tu jangan malu-malu email pada saya
. Ini gambar bayi pertama di ruangan ini. Cute tak?
Nama bayi : Nurul Khairunnisya Fitriah
Nama ibu : Wan Noorul Aini