Bertemu kembali selepas seminggu meraikan aidil fitri.Apa khabar anda semua? Sekarang dah masuk Syawal dan mulai minggu ni berlumba-lumbalah kita dengan rumah terbuka pulak ye.
Rasanya berat yang dah turun berkilo-kilo hari tu dah melepasi tahap kritikal kot
Sekejap aje berat dan naik balik …. hari pertama aidil fitri dah k.o betul tak?
Mulai minggu ni jugalah jalan akan ‘jam’ dengan kenderaan yang berkonvoi untuk meraikan rumah terbuka. Saya selalunya malas nak keluar dari rumah hari minggu jika selepas balik dari bercuti raya dari kampung. Tak larat nak tempuh Ampang Point yang 10 minit jadi 45 minit ( itupun kalau nasib baik ).
Jadi minggu ni saya duduk rumah ajelah nampaknya dan update web saya dengan produk dan koleksi yang baru saja masuk.Harapnya nursing kaftan yang dah lama saya rancang akan dapat saya pasarkan dalam 2 minggu lagi.Kalau sesiapa yang berada di Kelantan dan Terengganu yang mengedarkan kaftan batik membaca post ni, jangan la segan contact saya untuk deal ye
Baiklah semalam saya menerima pangilan talipon dari seorang pembaca blog/web ketika saya sedang mengemas kini kedai facebook saya. Saya update kedai facebook saya dulu sebab ia agak senang dan cepat berbanding di laman web mini saya tu.
Jadi dah selesai di facebook baru saya upload pula di web. Saya upload di sini beberapa koleksi baru bedung bayi dan barut bayi bercorak yang baru sampai.
Barut bayi juga ada saya sediakan dengan corak yang sama. Begitu juga dengan tungku bayi yang saya belum sempat upload beberapa photo yang saya snap semalam.
Stok tak la banyak sangat sebab saya pilih yan mana saya rasa menarik aje. Kadang-kadang warna cantik tapi corak pulak saya tak berkenan atau tak kena dengan persekitaran masyarakat kita.
Satu tip untuk mencuci bedung bayi ini ialah jangan di campurkan dengan pakaian bayi . Sebelum ini saya pernah mencuba mencuci bedung dan barut bayi sebab kadang-kadang warna yang terang turun dan menyebabkan pakaian bayi berwana putih atau plain’ bercorak’
. Tak mampu pulak saya nak test basuh semua corak jadi cara terbaik ialah dengan mengasingkan bedung dan barut dengan pakaian bayi yang lain.
Lagi satu ialah jangan menggunakan sabun biasa yang kita pakai kecuali sabun khas untuk pakaian bayi. Ini kerana ada kandungan dalam sabun yang agak ‘kasar’ dengan kulit bayi yang sensitif ( kita yang dewasa pun kadang-kadang boleh rasa gatal-gatal atau menggelupas jika kulit sensitif ).
Itu saja pagi ini sebab sekarang dah pukul 7.37 am ( saya terjaga pukul 3.25 pagi hari ni )
Kak Rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.
More Posts - Website