RSS
 

Archive for the ‘Pengumuman’ Category

Mysetbersalin.com menerima bayaran melalui kad kredit sekarang !

22 Jul

Salam ceria ,

Sedikit pengumuman untuk saya beritahu kepada semua pelanggan mysetbersalin.com.Atas permintaan pelanggan , saya  kini menerima tempahan melalui kad kredit . Ada page yang telah saya update  dan ada yang masih dalam proses kemas kini.

Saya harap para pelanggan kini mempunyai lebih banyak pilihan cara pembayaran selain dari internet banking. Matawang yang di terima ialah Ringgit Malaysia.

Sebelum ini saya hanya menerima bayaran melalui kad kredit untuk tempahan set bersalin sahaja. Bagaimanapaun ramai pelanggan yang meminta saya penggunaan kad kredit untuk produk lain kerana mereka mahu merebut promosi yang saya adakan dalam tempoh-tempoh tertentu.

Bagi para pelanggan Brunei dan Singapura, bayaran melalui kad kredit juga boleh di lakukan tetapi hanya setelah saya create invoice terlebih dahulu di paypal.Ini untuk memastikan kos shipping yang perlu di tentukan terlebih dahulu.

Saya harap dengan pengumuman ini para pelanggan akan lebih happy dan saya ucapkan Selamat bershopping

P/S Saya sedang berpantang seminggu sekarang :(   pantang biasa-biasa aje untuk jaga kecatikan & kesihatan :)

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 
 

Cuti Sekolah, kartun dan kanak-kanak

02 Jan

Salam ceria,

Hampir sebulan lebih cuti sekolah. Blog saya juga turut senyap dan sunyi. Bukan saya tak usik laptop lansung cuma saya terpaksa berebut dengan anak-anak saya.

Oleh kerana terpaksa bergilir-gilir menggunakan laptop, maka waktu saya sangat terhad untuk menulis. Tambahan lagi dengan kerenah 4 orang kanak-kanak keriangan yang buat rumah saya macam pasar borong setiap hari.

Okay esok dah start mula sekolah semula. Alangkah seronoknya bila mereka dah mula ke sekolah. Boleh la saya concentrate semula dengan banyak kerja yang tertangguh semata-mata sebab berebut laptop.

Oh ye, sepanjang saya terpaksa bergilir-gilir menggunakan laptop , saya terkena penyakit baru. Waktu anak saya menggunakan laptop saya menonton tv. Nak tahu apa cerita kegemaran saya selain dari CSI yang memang saya jarang miss tu?

Hu. hu..saya addict menonton siri kartun kanak-kanak ” Detective Conan”. Pelikkan? Dah umur macam ni syok pulak tengok cerita kartun jepun ni.

Rupanya cerita ni bukanlah siri kartun biasa. Ia lebih merupakan siri kartun penyiasatan ( macam CSI jugaklah ) yang mana ia mengisahkan kebijaksanaan seorang kanak-kanak menjadi penyiasat.

Dan menariknya lagi terdapat buku tebal ( macam komik ) yang pernah saya beli untuk anak saya di tengah jalan waktu berhenti rehat di R & R ( lebuh raya ).

Sangat menrik sehingga saya jadi ketagih dengan cerita kartun ni. Banyak kelebihan cerita ni selain dari membuat kita lebih kuat berfikir untuk menambah ketajaman minda, ia mendorong rasa ingin menyelseaikan masalah. Bukankah ia sesuatu yang baik untuk perkembangan otak?

Itu pada pendapat saya lah sebab saya kurang suka menonton cerita yang bukan-bukan atau siri realiti yang penuh dengan hiburan sahaja kecuali siri seperti ” Mari menari ” ( saya suka menari muda-muda dulu..he he sekarang pun…dalam rumah aje ).

Insyaallah saya akan update lagi bolg ni. Dan insyaallah saya juga akan membuka kedai Facebook tak lama lagi. Buat masa terdekat ni saya sedang kemas kini blog dan uruskan kedai  face book yang saya telah rancang untuk tahun 2011.

Semuga berjumpa lagi dan tak lupa Selamat Tahun Baru 2011. Tengah fikir  azam 2011 ni..Banyak nak kena buat tahun ni dan alamat tak tidur malam lagi la saya.

Jumpa lagi :)

Kak Rahimah

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 
 

HAPPY HOUR SALES

22 Dec

Salam ceria,

Tahun 2010 akan berakhir tak lama lagi. Di sini saya juga mengumumkan tawaran HAPPY HOUR yang ramai di tunggu oleh pembaca blog ini.

Saya buka tawaran ini sekarang tetapi terhad kepada 10 unit sahaja ( dh di tempah 2 unit sewaktu saya sedang mengupdate blog saya ni ).

HAPPY HOUR SALES

PAKEJ EKSKLUSIF MOM SPECIAL

RM 375 ( TERMASUK POSLAJU )

Kandungan pakej :

Set Bersalin lengkap NR

Bengkung Zigzag

Ebook Panduan lepas bersalin dalam bentu CD

1 Pek mandian aura

2 barut bayi

Evoucher bernilai 15 % utk pembelian 3 pek mandian harga pada harga diskaun

Evoucehr bernilai  &% utk pembelian tungku moden pada harga diskaun

Tawarn di buka untuk 10 unit sahaja dan akan di tutup bila-bila masa sahaja.

Tempah sekarang sebelum terlewat

Selamat Membeli-Belah

Kak Rahimah

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 
1 Comment

Posted in Pengumuman

 

Promosi Aildil Fitri sedang berlangsung

26 Aug

Terhad dari 23 Ogos – 9 September 2010

Salam ceria,

Promosi Aidil Fitri sedang berlangsung di mysetbersalin.com. Dapatkan barangan keperluan bersalin anda dengan harga promosi sekarang.

Hmmm.kalau nak jimat inilah masanya sementara saya bermurah hati :) Habis promosi ni harga biasa semula.

Tahun ni saya buat satu jualan khas untuk hari raya iaitu cushion cover & tissue box cover. Stok terhad . Dapatkan sekarang sementara stok masih ada!

Untuk pengetahuan semua, tempahan hanya akan di ambil sehingga 8 September 2010. Semua tempahan yang di terima selepas tarikh tersebut akan di pos paling lewat seminggu selepas raya.

Kak Rahimah

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 
 

Tempahan dari 2hb July sehingga 6hb July 2010

07 Jul

Assalamualaikum,

Terima kasih kepada semua pelanggan yang telah membuat tempahan dari 2 hingga 6 hb July walaupun saya ketika itu sedang bercuti di Padang, Sumatera.

Alhamdulillah saya selamat sampai ke Kuala Lumpur semalam dan baru saja memulakan semula ‘ operasi’ mysetbersalin.com. Sepanjang saya berada di sana tiada line Maxis dan saya tidak dapat menerima sebarang panggilan dari pelanggan yang menalipon saya.

Balik KL saya dapati lebih 100 missed call dan banyak sms dan email yang perlu saya jawab. Ada yang saya sempat balas malam tadi dan saya rasa saya perlu umukan di sini …. tak larat jari ni dah  :)

Saya ingin umumkan bahawa semua tempahan set bersalin dan produk lain akan di hantar mulai hari in 7 hb July 2010 dan pelanggan yang telah menempah insyaallah akan menerima pesanan anda dalam masa 2 hari bekerja.

Di harap semua pelanggan akan menerima tempahan masing-masing dalam minggu ini juga atau paling lewat awal minggu depan. Sila hubungi saya jika tempahan masih tak di terima sehingga Selasa 13hb July 2010.

Bagi tempahan set tungku moden special, tempahan juga akan mula di hantar hari ini dan jangkawaktu penerimaan adalah 7 hari bekerja kerana ia akan di hantar dengan pos parcel seperti yg di beritahu di laman web (bagi pelanggan yg menambah RM 10 saya akan guna poslaju seperti biasa ).Hubungi saya jika tempahan tidak di terima sehingga 16 Hb July 2010 ( Jumaat )

Okay itu sahaja hari ini kerana saya perlu siapkan kesemua tempahan dan masak pula lepas ni.

Kak Rahimah

Related Posts with Thumbnails

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 
 
 
Bulk Email Sender