RSS
 

Archive for the ‘Pengumuman’ Category

Selamat Tahun Baru 2010

02 Jan

Assalamualaikum,

Tahun 2010 telah pun tiba dan rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat tahun baru kepada semua pembaca blog ini. Rasanya baru semalam tahun 2009 bermula tup tup dah 2010 rupanya.

Azam tahun lepas dah tercapai dan tahun ni dah set azam baru  . Apa azam saya? Nak jadi kaya raya :)

 

Saya telah pun mendaftarkan diri untuk menghadiri kursus Ebay pada 10hb January 2010 sebagai permulaan. Saya harap rancangan saya akan berjaya. Teringin pulak nak berurus niaga dengan orang putih :)

 

Doakan saya berjaya kerana ia tidak mudah dan perlukan masa. Tetapi insyaallah saya akan pastikan ia berjaya sebab kalau tak cuba sampai bila pun kita tak tau samada kita boleh buat atau tidak betul tak?  Berkobar-kobar tu!

Hari ni saya hanya ingin mengucapkan selamat tahun baru sahaja . Pada tahun 2010 ni ada beberapa produk baru akan muncul. Antaranya set cadar & comforter, baby sling serta  uncang cuci moden . Lepas tu saya akn sibuk dengan projek baru saya pula.

Okay saya sudahi di sini sahaja sebab ada perkara lain yang perlu di lakukan. Saya nak siapkan web page set bedsheet dwngan comforter yang akan muncul tak lama lagi. Sibuk sangat 2 hari lepas tak sempat nak siapkan.

 Hari ini ahad dan banyak kerja saya mesti bereskan sebab esok pula anak dah nak masuk sekolah. Baju dah gosok, keperluan dapur saya dah mesin siap-siap ( bawang, cili ) supaya bila nak masak semua dah ready. Santan pekat pun dah beli ( senang bila masak campur je dalam periuk semua tu, curah santan , masak , dah siap ).

Apa lagi kerja? Nak siapkan packing order sebab nanti senang poslaju datang terus pick up aje. Faham-faham ajelah si kecik tu nak masuk tadika, saya boleh la lepak kat sekolah dia ( saja nak tengok sb dia ni ligat semacam, saya takut cikgunya nanti tak boleh tahan :) )

Okay kita jumpa lagi.

Kak Rahimah

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 
 

Apa dia Diaper Stacker dan kegunaannya.

17 Nov

Assalamualaikum dan salam ceria buat semua,

Hampir seminggu saya terkejar-kejar dan baru hari ni sempat nak buat posting baru. Sibuknya saya :)
Hari pulak asyik mendung aje dan bila petang sampai rumah dah gelap. Tak sabar nak menjadi suri rumah bertauliah ni!

Emm…minggu ni saya sebenarnya nak lancarkan produk terbaru di mysetbersalin.com tapi tak sempat nak buat announcement. Jadi saya buat keputusan untuk announce kat sini ajelah sb makin lama stok dah tinggal sikit ni.

 Diaper Stacker atau bekas simpanan lampin moden  telah mula di pasarkan. Saja saya ambik gambar stacker ni kat tepi tingkap utk kita senang tengok tengok . Cuba tengok gambar hg ada.Anak saya yang gantungkan stacker ni kat tepi tingkap.

 

Apa kelebihan diaper stacker ni? Banyak sebenarnya antaranya :

1. Senang nak di gantung di mana-mana ruang rumah atau bilik. Kalau bilik dah penuh atau almari dh penuh boleh gantung kat tepi katil atau almari.

2. Boleh di bawa bila balik ke kampung atau travel senang diaper stacker ni ringan. Bila balik kampung kadang-kadang beg dah penuh dengan kain dan berserabut bila nak cari baju anak yang dah bercampur-campur. Gantung je stacker ni kat tepi dinding dan letak baju baby atau lampin dia kat dalam ni.Senang!

3. Lagi satu, bekas simpanan ni bukan takat nak simpan lampin atau baju baby je. Benda-benda ringan macam skarf, tudung, jam tangan atau aksesori kita yang boleh di simpan sekali. Tak adalah berterabur bila nak simpan masa makan angin ke :)

Kat sini saya letak kan gambar stacker yang ada 2 saiz ye. yang besar dan kecik.Yang besar ada hanger, yang kecik pakai tali. Atau klik kat sini untuk lihat apa lagi corak dan design yang ada ye.

Nanti saya akan umumkan produk lain pula ye. Satu-satu ye. Jumpa lagi!

Kak Rahimah

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 
1 Comment

Posted in Pengumuman

 

Happy Hour Sale Kembali !

09 Nov

 

Salam ceria,

Hanya sedikit  pengumuman bagi anda yang tertunggu-tunggu dengan Jualan Happy Hour. Kini Happy Hour telah kembali dan saya menawarkan hanya kepada 7 pelanggan terawal sahaja!

Apa yang saya tawarkan kepada anda semua?

Anda klik saja di sini atau di gambar beg di atas supaya boleh di bawa terus ke Jualan Happy Hour ini sekarang.

Tapi ingat ya..siapa cepat dia dapat! Seperti biasa Jualan Happy hour sangat-sangat terhad. Saya akan menghentikan happy Hour ini pada bila-bila masa sahaja. Dapatkan set bersalin anda sekarang!

Kak Rahimah

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 
 

Selamat Menyambut Aidil Fitri

18 Sep

Assalamualaikum,

Ini merupakan post terakhir minggu ini ye sebab lepas ni saya nak balik kampung dah. Rasanya ramai yang dah balik ke kampung masing-masing.

Kepada anda yang telah membuat pesanan dan tempahan, kesemuanya akan saya pos selepas mulai 28 hb September. Harap bersabar ye.

Dengan ini saya ingin mengucapkan selamat berpuasa dan Selamat Menyambut Aidil Fitri . Saya memohon maaf atas segala kesilapan atau kesalahan atau terkasar bahasa sepanjang berurusan dengan anda semua.

Salam Aidil Fitri

Kak Rahimah

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 
 

Happy Hour Sale!!! Extra bonus bernilai RM 29.90

14 Jul

Assalamualaikum,

Saya sedang mengadakan jualan Happy Hour di mysetbersalin.com.

Dapatkan Extra Bonus 3 pek mandian herba jika anda membeli sekarang kerana saya hanya membuka tawaran ini untuk 5 pelanggan terawal sahaja.

 

Saya akan menutup tawaran ini pada bila-bila masa. Satu lagi, kesemua tempahan Happy Hour perlu di bayar penuh dan booking tak di terima :)

 Baik anda dapatkan sekarang kerana pada happy hour yang lalu saya menerima panggilan talipon yang bertalu-talu dari pelanggan.

Selamat membeli belah dan selamat berjimat! Layari mysetbersalin.com sekarang.

 

Kak Rahimah

Related Posts with Thumbnails

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 
 
 
Bulk Email Sender