RSS
 

Archive for the ‘Petua kesihatan’ Category

Khasiat daun serai wangi sebagai air mandian dalam pantang

15 Feb

Hari ni saya tak dapat nak keluar sebelah petang sebab cuaca dah gelap. Saya check pulak stok mandian aura dah tinggal sikit sangat. City link pulak tak sampai lagi bawak stok baru yang saya dah order.Bukan apa takut saya tak ada di rumah waktu mereka sampai.

Sejak dari awal saya mula pasarkan mandian aura ni, stoknya memang sentiasa cepat habis. Mungkin sebab memang susah nak cari daun-daun herba untuk di buat mandian terutama sekali duduk di kawasan bandar. Tapi pelanggan pun bukan semua dari kawasan bandar dari kawasan kampung pun ramai.

Mungkin sebab di kawasan kampung sendiri tak banyak pokok-pokok herba ni di tanam. Elok agaknya kalau saya ni bukak kebun daun-daun mandian dalam pantang ni rasanya :) .

Saya sendiri pun bila rasa-rasa nak segarkan badan akan ambik satu pek dan rebus.Berbau wangi satu rumah..Pernah sekali saya letak dalam bilik dan malam bau wangi pulak..rasa takut pulak bila wau wangi macam tu.

Pokok ni sama je macam pokok serai biasa cuma daunnya bila kita dekatkan dengan hidung akan berbau wangi dan lebih kuat dari daun serai yang kita bubuh dalam masakan tu.

 

Gambar kat bawah ni pulak  daun serai wangi yang dah di pek siap-siap dalam uncang ( macam uncang teh lipton tu )..cuma tunggu rebus aje..selesai.

 

 

Banyak khasiat serai wangi pada wanita yang berpantang lepas bersalin. Antaranya :

-Menghilangkan bau hanyir dan bau badan selepas bersalin

- Menyegarkan badan yang rasa sakit-sakit

-Aroma daun tu bila di rebus umpama terapi dan menghilangkan rasa stress.

-Memanaskan badan yang rasa sejuk-sejuk.

Sebenarnya tak semua pelanggan yang tempah mandian dalam pantang ni bakal bersalin. Ada jugak yang saja-saja nak pakai buat mandian bila hujung minggu. Faham ajelah kalau bekerja, time cuti mereka nak berendam lama sikit nak hilangkan stress kat rumah :)

Apa pun saya rasa mandi dengan daun serai wangi ni memang menyegarkan sebab lepas mandi rasa badan berbau wangi aje..tak payah pakai minyak wangi Miracle lagi dah :)

Itu sajalah nampaknya hari ni sebab ada kerja lain sedang menunggu.Semalam tiga kerja sekali gus depan laptop ni..Lansung saya terbangun tidur pukul 5.30…patutnya pukul 4 pagi dah bangun.

Kita jumpa lagi.

 

 

 

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 

Batuk dan cara mudah mengatasinya

30 Sep

Sekarang dah masuk pukul 1: 28 pagi tapi mata belum mengantuk lagi. Masa ni lah saya browse youtube dan dengar lagu lagu kegemaran saya. The Beatles adalah paling saya suka.Rasa tenang hati dengar lagu-lagu slow dulu-dulu macam Imagine, And i love her dan oh semestinya  Hey Jude. Mana yang segenerasi dengan saya mesti tau lagu-lagu ni..

Minggu lepas cuaca kejap panas dan kering.Tekak saya rasa gatal dan terbatuk-batuk. Malas rasanya nak pergi klinik dan menunggu giliran.Sahabat lama saya bagi tau cara mudah nak cepat baik tanpa perlu ke klinik. Nak tau macammana? Senang aje dan Alhamdulillah saya buat 4 kali sehari, hilang dah batuk saya.senangnya..

Caranya mudah aje..ambil air masak , baca bismillah 21 kali dan baca surah alfatihah selepas tu. Dan minum ( sambil tu berdoa la ye semuga cepat sembuh ). Tak sampai 2 hari batuk saya dah elok.Mujarabnya.Hanya ayat AlQuran saje :)

So sesiapa yang sedang batuk boleh cuba cara yang saya amalkan beberapa hari lepas.Boleh jimat duit klinik juga tau …

Thank you Ri for your advise :)

 

 

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 

Bahaya racun serangga

28 Sep

Hampir 2 minggu saya tak usik blog saya yang dah mula berabuk dan bersawang. Bukan saya not available cuma banyak perkara terjadi dalam masa 2 minggu lepas.

Tiap kali cuba menulis saya padam balik…dah tulis separuh jalan pun saya pada padamkan balik…apa jadi pada diri ku :) Banyak perkara saya fikir sebenarnya.Maklumlah minggu ni  saya dah 44 dan melalui fasa kehidupan yang lain.Kena review balik apa yang saya dah buat sepanjang hidup dan cari kelemahan-kelemahan diri yang kena di perbaiki.Kira musabahah diri la.

Alhamdulillah pagi ni saya dapat luangkan sikit masa untuk panaskan balik blog ni. Minggu ni kejap panas kejap sejuk.Siang memang confirm mendung sampai saya batuk-batuk. Cuma saya perasan malam banyak nyamuk.

So apa saya buat , selepas maghrib saya sembur ubat nyamuk dalam bilik dan tutup pintu sehinga masuk waktu nak tidur.Takut kena denggi sebab pernah kawan saya dulu masuk hospital dengan bekalan ubat panadol hospital  yang boleh buat saya terbeliak .Denggi tak ada ubat.Apa hospital buat cuma pastikan suhu badan pesakit tak naik semula.Masuk air atau panadol je ubatnya.

Contoh salah satu ubat nyamuk ialah jenis aerosol ni..selalu keluar kat tv..kiranya glamour la ubat nyamuk ni

 

 

Kalau yang kurang glamor tapi masih lagi di gunakan terutama bila balik kampung jenis yg lingkaran tu . Ni gambar cun ubat nyamuk tu jenis tu pulak..selalunya orang pakai fumakilla..yang gambar gajah tu le

 

Bagaimanapun untuk pengetahuan anda semua penyembur ubat nyamuk ada bahan kimia yang kurang elok untuk kesihatan iaitu piretroid Namanya pun ubat nyamuk..khas untuk nyamuk yang sakit kan? ..he he. Walaupun ia tak la merbahaya sangat tapi ada dos-dos tertentu yang boleh menyebabkan keracunan.

Tanda-tandanya kalau nak tau rasa mual-mual dan nak muntah ( mcm orang mengandung )atau ciri birit.Sangat bahaya jika anda ada anak yang mengidap asma sebab pernafasan boleh tersekat.Juga boleh sebabkan sawan atau koma . Kalau anak anda terkena semburan ubat nyamuk ni seeloknya cuci terus dengan air dan sabun baju kena basuh semula bersih-bersih.Kalau terkan mata cuci dengan air 15 minit. Atau bawa aje ke klinik jika nampak kurang menyenangkan.

Info yang lebih banyak saya linkkan terus ke ruangan ni sebab panjang saya nak tulis satu-satu. Saya memang tulis santai aje dalam blog saya ni.

Itu saja sebab batuk dah makin teruk sebab tak ambik ubat lansung. Nak ke klinik malas. Semuanya ku malas…apa nak jadi.

Kak Rahimah

P/S : Jangan sembur ubat nyamuk waktu kita baru nak tidur ye :) ..ingat tu

 

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 

Mengandung dan berpuasa di bulan Ramadhan

01 Aug

Assalamualaikum dan selamat berpuasa saya ucapkan pada semua. Kita dah masuk satu Ramadhan dan harapnya lepas la tahun ni kita semua lengkap berpuasa ye.

Saya teringat waktu mengandung anak pertama dulu yang mana masa tu saya cuba berpuasa sebab malas nak ganti banyak-banyak…he he tak terdaya sb godaan banyak.

Tapi memang saya tak mampu sebab cuma terdaya 6 atau 7 hari saje. Bila tak makan badan terus berpeluh dan mengigil-gigil menahan lapar.

Oleh kerana keadaan yang tak mengizinkan maka terpaksalah saya berhenti berpuasa lebih kurang 23 @ 24 hari. Bayangkan tu :(

So, kalau anda sedang mengandung dan masih lagi ‘early stage’ yang mana memang terasa jika tak ambik makanan, saya nasihatkan berbukalah.

Jangan di paksa badan sebab kita masih boleh menggantikannya di lain hari. Time ni memang bayi tengah nak makan dan perlukan khasiat dan pemakanan yang cukup untuk membesar.

Saya juga takut kalau early stage kita kekurangan asid folik yang amat penting untuk tumbesaran bayi yang di kandung. Maklumlah kita cuba elakkan perkara yang buruk dan sentiasa mengharapkan baby yang di kandung sihat dan sempurna.

Seeloknya lebihkan minum air masak dan bukan telan air batu time bulan puasa ni. Bukan tak boleh langsung tapi kadang-kadang bila dah terlebih minum air batu, nasi pu tak lalu nak makan sebab dah terasa kenyang air :)

Ambillah beberapa biji buah khurma yang sangat baik untuk kesihatan dan pembesaran bayi. Buah khurma banyak khasiat selain membekal tenaga kepada kita.

Sebaiknya time ni la kita jaga pemakanan kita sebab 11 bulan yang lain tu kita ambik apa saja waktu makan.Mungkin waktu ni kita boleh disiplinkan diri untuk ambik makanan waktu lapar dan tak sentiasa mengunyah ( bukan untuk yang mengandung ye :) .

 Kurangkan makanan yang berlemak dan berminyak dan seeloknya kalau sempat masak le sendiri. Tapi kalau tak sempat nak buat camana kan. Saya faham sangat masalah ‘jem’ di Kuala Lumpur ni.

Dulu waktu masih bekerja, berhimpit dalam LRT Bangsar sebab nak kejar siapkan meja nak berbuka puasa. Syukurlah saya dah tak perlu lalui semua tu lagi sekarang :)

Ok saya stop dulu sebab bateri laptop dah nak habis , laptop saya pulak buat hal sebab dah nak masuk museum la katakan:(

Daa

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 

Penggunaan Stokin Wudhu ketika pantang bersalin

29 Jul

Salam ceria ,

Dah hampir 10 hari saya amalkan pantang ( macam orang bersalin jugaklah ) dan ada sesuatu yang ingin saya kongsi sepanjang tempoh tersebut.

Oops…saya bukan bersalin ye  :) tapi dah biasa berpantang bila nak jaga kesihatan. Kita sambung balik dengan apa yang saya nak ceritakan. Sepanjang tempoh berpantang saya tu, saya ada menggunakan stokin untuk elakkan rasa sejuk dan masuk angin.

Sebelum tu saya dah sapu minyak herbanika NR ( dulu di kenali Nona Roguy ) untuk panaskan kaki dan seluruh badan. Saya terfikir pulak masa tu nak guna stokin wudhu yang dah lama saya simpan dalam almari. Kalau nak tau bentuk stokin wudhu ni, macam stokin biasa aje cuma ada macam ‘slip cover’ di bahagian depan.

 

 

 

Jadi kalau nak masuk bilik air, tarik aje bahagian depan stokin ke atas tanpa perlu buka keseluruhan stokin. Senang sangat..tak payah nak bukak sarung stokin semula.Pada saya ia sangat praktikal dan memudahkan wanita berpantang.

Harga stokin ni pun tak la mahal ..dalam RM 10  – RM 11 rasanya.Cuma kita tak perlu kebas stokin husband untuk pakai..pakai stokin longgar-longgar tak sedap pulak.So beli la satu atau dua pasang untuk tukar-tukar . Sangat praktikal .

Stokin ni pun tak silap saya ada2 jenis. Satu yang nipis sikit macam stokin perempuan yang skin color tu dan satu lagi yang tebal sama macam bentuk stokin orang lelaki. Yang nipis sikit tu pun ada warna hitam dan putih tak silap saya masa beli dulu.

Kalau jalan-jalan kat pasar malam atau kat kedai-kedai rasanya ada yang jual.Mungkin harganya lebih murah sekarang cuma saya rekomen guna yang tebal sikit ( yang design macam stokin lelaki ) sebab kita nak elakkan masuk angin dan bukan nak berglamor :) .

Itu saja kali ini. Kalau ada cerita baru nanti saya tambah lagi post dalam blog ni.

Minggu depan start puasa…Saya ucapkan Selamat menyambut Ramadhan :)

Related Posts with Thumbnails

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 
 
Bulk Email Sender