Category: Petua Penjagaan Bayi

Tips menjaga bayi yang sedang tidur

Salam ceria,

Minggu ini saya agak sibuk kerana sedang mencari maklumat tentang set tilam bayi yang ingin saya pasarkan. Letih juga mencari pembekal sebab rata-rata mereka menawarkan harga yang agak mahal.

Saya faham sebab kekabu agak susah untuk di dapati.Bagaimana pun ramai yang memilih untuk tilam kekabu walaupun ia agak mahal dan sukar di dapati.

Perbezaan antara tilam kekabu dan span ni dari segi keselesaan memang lah kekabu lebih selesa sebab ia lembut dan empuk , span ia cepat lembik.Bagaimana pun ada juga tilam kekabu yang kurang elok bila masa ada yang berketul bila dah lama pakai.

Untk menjaga tilam kekabu supaya tahan lama, selalu jemur dan pukul tilam atau bantal kekabu dengan rotan atau apa-apa yang boleh untuk menyingkirkan debu kekabu yang telah hancur.

Lagi satu, tilam kekabu tahan lebih lama . Jika betul penjagaannya ia tahan bertahun dan boleh di gunakan semula ( tilam bayi maksud saya ) untuk baby yang berikutnya.

Saya ada sedikit tips tentang penjagaan bayi sewaktu baby kita sedang tidur. Bukanlah apa sangat cuma saya rasa kadang-kadang kita terlupa nak ambil berat kalau dah sibuk sangat :

  • Jika kita menidurkan bayi di atas katil kita , pastikan sebelah tepi di halang dengan bantal supaya jika baby bergerak , dia tak tergolek jatuh ke lantai.
  • Jangan selimutkan bayi supaya selimut bayi tidak menutup muka . Lebih baik bedungkan sebab jika bayi tak di bedung, kadang-kadang mereka akan menendang atau terjaga menyebabkan kain selimut ternaik hingga ke atas. Elakkan bayi dari lemas sewaktu tidur.
  • Sesekali lihat bayi anda sewaktu tidur jika anda berada di luar dan tidak dalam kawasan yang boleh anda perhatikan.
  • Jangan terlampau “ in advance “. Ini penting sebab sesetengah orang suka meniarapkan bayi walaupun bayi tersebut masih belum boleh menyiarap lagi. Pembesaran bayi adalah selari berkembang . Tiba waktunya mereka akan belajar sendiri bagaimana mahu meniarap, mengangkat badan , merangkak, berjalan sampailah berlari.

Cukup sampai di sini pagi ni. Tak sabar nak tunggu set tilam baby yang saya dah order petang semalam ….. oops bukan untuk saya ye sebab anak semua dah besar :)

Jumpa lagi!

Kak Rahimah

Barut bayi mengelakkan perut kembung

Salam ceria,

Barut bayi merupakan salah satu item yang mesti saya ada sewaktu berpantang. Selalunya emak saya akan sediakan barut warna putih yang mempunyai tali di kiri-kanan barut.

Saya memang akan pakaikan barut pada anak saya sebab saya tak larat nak melayan kerenah budak kecik kalau meragam ..lebih-lebih lagi kalau dalam pantang. Bayangkanlah kalau asyik menangis aje, tak letih di buatnya.

Jadi setiap kali ada newborn sekurang-kurangnya ada 10 helai barut saya sediakan.Dulu-dulu warna putih ajelah yang ada tapi sekarang berwarna-warna. Dan kalau nak yang bercorak pun ada.

Saya ingat lagi dalam salah satu cerita melayu zaman p ramlee yang ada budak yang dah besar still pakai barut gantung atau barut layar.

Barut layar ni ukurannya lebih lebar dan besar. Di bahagian leher dan perut ada tali yang akan di sambungkan ke belakang. Barut biasa pulak hanya bertali di bahagian perut.

Ada yang bertanya mesti pakai barut ke baby dan kalau tak pakai tak boleh ke? Itu terpulang pada masing-masing sebab saya lebih suka cari jalan mudah waktu dalam pantang.

Banyak perlkara perlu di alkukan waktu dalam pantang. Kalau baby asyik sakit perut kembung nanti tidurnya taki lena. Bila tak lena, kita asyik terpaksa pegang dan menyukarkan diri kita untuk bertungku, berbengkung dan sebagainya.

Bayi yang tak meragam akan lebih senang di jaga lebih-lebih lagi kalau kita tak ada pembantu dan terpaksa menjaga sendiri.

Apa perlu di lakukan bila bayi asyik menangis tak berhenti. ?

Mula-mula :

  • Buka baju bayi kesemuanya sekali dan periksa kalau ada serangga atau semut yang menggigit.
  • Check perut denagn menepuk sedikti dan denagr bunyi perut bila di tepuk. Kalau bunyinya macam tin kosong, perutnya masuk angin. Kalau bunyi tin penuh :)  tu kira oklah.
  • Kalau perutnya kembung, ambil minyak khas untuk sapuan perut bayi ( saya biasa pakai minyak mustajab NR sebab baunya yang sedap dan rasa berangin) dan sapu sekeliling perut, belakang pinggang, pelipat kaki, tapak kaki dan pelipat tangan.
  • Pakaikan semual barut dan sarungkan kaki dan tangan dengan mitten dan booties ( stokin pun boleh jajnji beralas )
  • Angkat dan dukung bayi seketika untuk melegakan keadaan kerana setiap kali di dukung bayi akan rasa kita mengambil perhatian pada dirinya ( bayi pun boleh fikir juga :) Sambil tu tepuk-tepuk bahagian belakang  baby tu.
  • Dah tidur atau agak-agak dah lena, ambil bedung dan bedungkan bayi supaya dia tak terganggu dengan bunyi bising.

Memang remeh menjaga budak kecik ni tapi itulah keseronokkan sewaktu berpantang..menguji kesabaran. Bila di dah okay tentu kita syok main-main dengan si kecik tu.Lebih-lebih lagi bila dah pandai tersenyum dan mengekek ketawa bila di agah.

Okay la itu aje hari ni.Kita jumpa lagi.

Kak Rahimah

Tips membeli permainan bayi dan kanak-kanak

Salam ceria,

Semalam saya tak masuk office sebab pengasuh anak saya terpaksa ke kelantan kerana ada family matters. Jadi terpaksalah saya bercuti sehari. Cuti pun dah nak habis :)

Kelmarin saya ke masjid india untuk membeli tikar buluh yang dah lama saya tengok tapi tak ada masa nak belek kat kedai. Dah sempat pergi hari tu ( saya memang dah lama tak bershopping ) saya belilah 2 helai tikar buluh untuk ruang tamu saya.

Maklum la ramai pelanggan datang ke rumah saya dan carpet kat depan tu pulak nampak berhabuk jadi elok saya tukar aje alang alang dah ada kesempatan nak jalan-jalan .

Lagi satu..he he…husband saya masuk kat kedai cd yanga da jual cd bollywood..wa wa wa…ku tengok banyak cd Shahrukh Khan.Dah lama juga saya tak tengok cerita hindustan ni…saya pun peminat Shahrukh Khan ni.

Sambil belek-belek puas cari satu cd yang saya lupa tajuk ceritanya. Jalan ceritanya saya ingat tapi tajuk tak tau. Balik lah dengan tangan kosong. Nak jadikan cerita, malam tu lepas balik makan malam kat ampang point, ada lak cerita hindustan Shahrukh Khan. Wah ! Inilah cerita yang saya cari pagi tu. Tajuknya ” Pardes” .

Apa lagi dekat pukul 12 malam baru saya tidur. Tangkap leleh cerita ni .Tu la yang saya tak boleh tahan tu. Tak peduli la orang kata ” apa la tengok cerita hindustan tak ada kelas langsung ! “..Ooops saya tak peduli. Yang penting it can make me happy and I enjoy it.

Kata orang buat la apa saja yang menyeronokkan diri kita dari dengar apa yang orang lain kata asalkan tak menyalahi undang-undang :)

 

Okay apa yang saya nak beriathu kat sini sebenarnya bukanlah cerita pasal Shahrukh khan.Tapi masa pilih tIkar buluh tu saya terfikir agak tikar buluh ni bahaya tak pada anak kecik saya yang memang ligat ni.

Jadi samalah seperti membeli permainan kanak-kanak kita kena pastikan ia tak membahayakan pemakainya. Jika memilih untuk membeli permainan kanak-kanak pastikan :

  • Bentuk mainan tidak mempunyai bentuk yang tajam, mudah pecah ( seseparuh ada kaca ), rapuh
  • Mainan yang tak mempunyai toksik ( ada di tulis di label permainan selalunya ) sebab ia boleh menjejaskan kesihatan bayi terutama yang ada masalah kesihatan.
  • Tidak bertali untuk elakkan kanak-kanak atau bayi terjerut
  • Sesuai dengan usia bayi dan kanak-kanak. Jika masih bayi beli permainan yang besar, ringan dan lembut supaya mereka tak masukkan ke dalam mulut yang boleh buat tercekik.

Walaupn kadang-kala permainan itu selamat sewaktu bermain kita kena selia juga. Awasi mereka kerana kanak-kanak dan bayi sangat kreatif dan mempunyai sifat ingin tahu. Jangan jadikan permainan yang menyeronokan menjadi sesuatu yang membahaya dan merugikan diri dan famili kita sendiri.

Itulah tips yang saya dapat kongsi sewaktu membelek-belk tikar buluh hari tu.

Okay time dah sampai untuk agenda seterusnya. Jumpa lagi.

Kak Rahimah

Apa dia insert ?

Ini merupakan sambungan pada post saya yang terdahulu mengenai cloth diaper dan aksesorinya :)

Jika dulu saya menyentuh mengenai cover luar lampin moden ni, kali ni mengenai insertnya pula. Insert merupakan lapisan kain yang di letakkan di dalam poket cloth diaper yang telah siap di jahit.

Rupa insert tu begini.

Insert sebenarnya merupakan bahagian yang paling penting dalam penggunaan cloth diaper atau lampin moden. Ia berfungsi un tuk meyerap air kencing bayi atau kanak-kanak yang di salurkan dari lapisan dalam atu microfleece ( bahagian dalam lampin moden ).

Pada waktu siang, dalam anggaran 3-4 jam insert seeloknya di ganti supaya bayi anda tetap rasa kering. Walaupun lampin kering tapi jika anda periksa, insert ini telah pun basah lencun .

Untuk mereka yang baru pertama kali menggunakan lampin moden saya letakkan gambar di bawah untuk anda melihat di bahagian mana insert ni di letakkan.

Tadaa….

Nampak tak di mana insert ni di letakkan di poket sekarang? di situ tempat yang betul dan bukan di bahagian atas.

Insert pun ada macam-macam jenis . Antaranya :

 1. micro fiber terry cloth  ( 3 lapisan )

2. hemp french terry ( yang ini gabungan  terry cloth +  organic cotton  dan mempunyai 4 lapisan kain)

3. bamboo ( lebih mahal  dan mengandungi gabungan bamboo + cotton +  polyester ) 

Pda pendapat saya, menggunakan insert jenis micro fibre terry cloth sudah cukup baik jika kita kerap menggantikan lampin bayi kita. Kenapa? Sebab makin lama air kencing berkumpul makin banyak pula bakteria bermaharaja lela betul tak?

Kalau waktu siang, setakat 3-4 jam jam sekeping insert dah cukup untuk setiap penggunaan. Kalau sebelah malam lebih baik anda gunakan 2 helai insert sebab kadang-kadang kita tak terbangun nak tukar lampin.

Menggunakan  cloth diaper ni sebenarnya menggalakkan kita banyak bersabar sebab kita perlu kerap menggantikan lampin bayi berbanding jenis pakai buang.

Jika kita masih fikirkan semua nak cepat tanpa fikirkan kesihatan bayi , terpulang pada diri kita sendiri sebagai seorang ibu.

Jika kita lihat, di zaman dahulu amat jarang mereka di serang pelbagai penyakit sebab segalanya ‘ natural’. Tak ada pakai buang :)

Nanti saya sambung lagi berkenaan dengan nappy liner pulak ye..kena tidur dah ni. Selamat malam.

Kak Rahimah

8 Tips merawat ruam lampin dan pencegahan

Salam sejahtera,

Pada post terdahulu saya ada menerangkan tentang masalah ruam lampin yang sering berlaku. Hari ini saya kan postkan pula bagaimana untuk merawat masalah ruam lampin ni dan cara mencegahnya.

Saya harap tips-tips ni dapat membantu ibu-ibu terutama sekali yang bakal menimang cahaya mata serba sedikit pengetahuan tentang cara merawat bayi mereka nanti.

  • Basuh punggung dan kawasan sekitar lampin setiap kali anda menukar lampin pada bayi atau anak anda. Jangan tukar lampin tanpa membersihkannya kerana sisa air kencing boleh menyebabkan kulit bayi bertindak balas dengan ammonia yang terkandung dalam air kencing .

 

  • Lap dengan kering atau anginkan terlebih dahulu. Senang cerita, biar je baby tu bogel sekejap untuk pengudaraan. Jangan terus pakai lampin dengan keadaan lembap untuk mengelakkan masalah lain seperti kulat.

 

  • Sapu krim atau losyen seperti zink oksid dengan nipis ke seluruh kulit yang terkena ruam.Selain krim , anda juga boleh guna tepung kanji dan di sapu rata ( ini petua orang lama-lama, saya selalu buat masa anak masih kecil )

 

  • Jangan campurkan baju, seluar, napkin atau apa saja pakaian bayi dengan orang dewasa.

 

  • Jangan campur dengan sabun yang kuat kuasa pencucinya kerana kulit bayi sensitif dan di takuti berlaku alahan yang lebih teruk. Guna sabun pencuci khas untuk lampin atau pakaian bayi.

 

  • Jangan guna pelembut kain atau softener walaupun kita bau wangi dan kain menjadi lembut.

 

  • Jika menggunakan lampin pakai buang, ‘ cuti ‘ seketika dan bertukar pada lampin kain.

 

  • Tukar lampin sekerap yang boleh untuk kebersihan dan kesihatan bayi.

Begitulah lebih kurang cara merawat ruam. Ruam yang terjadi juga anda patut perhatikan kerana ia boleh bertukar menjadi kulat dan lebih susah untuk di ubati jika di biarkan melarat.

Jika ada masa nanti saya akan postkan beberapa jenis ruam yang biasa terjadi pada bayi dan kanak-kanak.

Cukup dulu untuk hari ni sebab saya perlu sediakan breakfast untuk anak saya ke sekolah sekarang :)

Kak Rahimah

 

Lampin pakai buang punca ruam

Dah beberapa hari saya rasa nak demam kerana sakit gigi. Pagi tadi saya berjumpa doktor gigi dan di nasihatkan supaya melakukan rawatan root canelling atau cabut aje gigi saya tu. Mahal root canelling tu rawatannya. Anggaran dalam RM 300 ke atas.

Nampaknya kalau nak save belanja pergi ke klinik kerajaan aje lah :) Tapi saya dah buat appoinment sekali lagi minggu depan.

Hari ni saya bukan nak cakap pasal rawatan sakit gigi tapi mengenai email dan respon yang saya terima mengenai masalah ruam lampin pada minggu lepas.

Rupanya ramai pembaca blog ni yang sedang mengalami masalah ruam lampin yang agak teruk juga. Saya percaya tentu ramai ibu yang bayi berkulit sensitif rasa risau bila melihta  keadaan punggung dan kawasan sekitar setiap kali masa untuk membersihkan atau menukar lampin.

Ruam lampin mungkin nampak remeh tapi jika anda pernah melihat betapa teruknya kulit yang jadi merah, melecet dan kadang-kadang sehingga putih ( bercampur dengan ubat atau krim pencega ) tentu anda rasa risau.

Beberapa keping gambar saya postkan di sini betapa teruknya masalah ini jika di biarkan.

 

Dari pengamatan dan pengalaman saya sendiri, kebanyakakan masalah ini berpunca dari lampin pakai buang. Tak saya nafikan pakai lampin kain pun bayi atau kanak-kanak kadang-kadang terkena ruam juga tapi itu sebenarnya kerana lampin lambat di tukar.

Saya rasa elok saya tuliskan sikit di sini punca -punca kepada ruam lampin supaya anda lebih jelas :

1. Alahan pada bahan kimia yang terdapat di dalam lampin pakai buang.

Pulpa dan bahan sintetik merupakan bahan utama untuk pembuatan lampin pakai buang. Bahan kimia iaitu dioxin terhasil semasa proses melembut dan menggebukan pulpa supaya menjadi kepingan kertas yang putih dan gebu.

2.Lampin kain yang di pakai terlalu lama atau tidak di tukar.

3.Alahan pada bahan pencuci samada sabun atau pelembut kain.

Pada post seterusnya saya akan sambung lagi info mengenai masalah ruam lampin ini dan tips merawat dan mencegah.

Kak Rahimah

7 Tanda-tanda bayi anda sedang mengalami masalah

Bayi yang sihat akan mengalami pertambahan berat badan setiap bulan. Bagaimana pula dengan bayi yang terjejas pembesarannya dan anda perlu beri perhatian segera? Periksa bayi anda dan rujuk dengan pakar kesihatan supaya rawatan awal dapat di lakukan.

Tips-tips di bawah yang saya baca dari majalah dan kongsikan di sini mungkin boleh membantu anda :

 

 Antara tanda-tandanya :

  • Berat badan turun setiap kali menjalani pemeriksaan kesihatan. Anda boleh bertanya pada doktor semasa buat check up atau teliti kad kesihatan setiap kali buat pemeriksaan bayi.
  • Bayi kelihatan tidak selera makan setiap kali anda mahu menyuapkan makanan.
  • Badan yang terlalu ringan adan tidak sepadan dengan umur bayi yang sepatutnya bertambah setiap bulan.
  • Badan nampak letih , kurus , perut kelihatan buncit
  • Rambut nampak tak bermaya dan kesan lembam di bahagian mata.
  • Bayi tidak peka apabila di panggil atau tidak teransang untuk mencari apabila ada bunyi yang kuat
  • Mata bayi tidak memandang apabila di panggil

Selepas ini perhatikan bayi anda ye :)

Kak Rahimah

Petua mengelakkan bayi demam selepas di suntik

Salam ceria. Saya terlambat bangun sebab alarm tak berbunyi ;) Jadi saya tulis pendek saja ye.

Ada 3 petua yang saya ingin kongsi . Anda boleh cuba mana satu yang lebih cepat dan berkesan.

1.Sapukan bawang kecil yang di potong pada tempat suntikan sebaik sahaja bayi selesai di suntik.

2. Sapukan minyak angin pada tempat suntikan tadi supaya kurang rasa dedau pada bayi.

3.Tuam dengan lembut pada kawasan suntikan tapi jangan di tekan.

Saya pernah cuba petua ni dan memang anak tak demam setiap kali suntikan telah di lakukan.

Pendek saja post hari ini sebab azan subuh dah berkumandang.

Jumpa lagi,

Kak Rahimah

3 lagi tips merawat demam kuning pada bayi

Semalam semasa saya sedang surf internet, saya dapat beberapa lagi tips merawat penyakit demam kuning. Demam kuning atau jaundice memang merisaukan ibu-bapa walaupun penyakit ini biasa berlaku pada bayi.

Walaupun ia di kira biasa, ia tetap perlu di rawat untuk mengelakkan keadaan menjadi bertambah serius.

 

 

Saya kongsikan 3 tips itu di sini untuk tatapan pembaca blog ini :

1.Ambil beberapa sengkuang cina dan di parut untuk di ambil airnya.Beri minum bayi anda satu sudu kecil setiap pagi sehingga penyakit kuningnya hilang.

2.Ambil setengah biji halwa kundur dan di campur dengan air suam kosong. Minum sebanyak 2 kali sehari sehingga sembuh.

3.Ambil beberapa batang pokok dukung anak dan di rebus.Mandikan bayi anda dengan air rebusan ini bila air agak suam sebanyak 2 kali sehari selama beberapa hari sehingga penyakit kuning hilang.

Saya harap pada ibu-ibu yang bakal bersalin akan bersedia jika bayi anda menghadapi masalah demam kuning ketika lahir nanti.

Selamat mencuba,

Kak Rahimah

Lagi petua mengubati demam kuning

Salam ceria,

Tadi semasa saya sedang browse sekejap mencari maklumat tentang pameran herba yang akan di adakan di Jalan Duta, saya terjumpa satu post di sebuah blog yang ingin saya kongsi.

Postnya adalah mengenai khasiat serai yang boleh mengubati demam kuning. Sebelum ini saya ada siarkan beberapa post tentang petua mengubati demam kuning. Mungkin petua ini juga boleh di cuba. Manalah tau ia mungkin serasi dengan bayi anda anda pula.

 

Caranya :

1. Ambil secekak serai sekali dengan akar dan daunnya.
2.Bersihkan tapi jangan di buang akar serai tadi.
3.Rebus dengan sebaldi air ( lebih kurang )

Amalkan memandikan bayi selama 3 hari berturut-turut dan jangan di bilas air mandian tadi.

Sesiapa yang dah cuba bagi tau saya ye :)

Yang selalu berkongsi,

Kak Rahimah

WordPress Themes