Category: petua rumahtangga

Ketawa pengubat stress….jom tengok cerita ni

Salam ceria,

Malam ni malam minggu dan saya pun memang tak ke mana-mana. Tadi saya masuk YouTube sekejap dan menonton sedutan cerita lucu P.Ramlee.

Saya memang suka menonton cerita lucu P. Ramlee sebab kalau tengah stress boleh jadi ketawa balik. Orang yang selalu masam boleh nampak cepat tua. Jadi malam ni saya tak nak tulis apa-apa tips sebab saya cuma nak berhibur saja.

Tadi saya sempat rakamkan sedutan cerita ni sebab dalam cerita ni ada scene Pak Maon yang sangat kelakar. He he saya suka dia twist sebab saya memang sebenarnya kaki twist    .wa..wa..wa..Terima kasih pada tuan punya video yg saya ambil ni ye. Dapat kita share sekali keseronokannya.

Jom relax-relax dan berhibur sekejap . Hilangkan stress anda dan menari sekejap. Sambil menaip di blog ni pun saya goyang bahu dan kepala juga ..ewah  :)

Sebenarnya saya bengang dengan software baru yang saya sedang gunakan sebab banyak bercelaru dan web page saya banyak berubah …eeeeeeeee

Bila saya tengok kejap cerita ni rasa senang hati pulak. Insyaallah bila hati kita lapang, akan ada cara untuk selesaikan masalah yang sebelum ni mengganggu kita.

Ye lah, hidup ni memang tak dapat lari masalah . Tak kira la masalah apa. Masalah rumahtangga ke, masalah keluarga   ke, masalah anak-anak , masalah tempat kerja atau masalah dengan keluarga mentua ke ( … ramai gak yang mengadu kat saya sebenarnya ,saya pun rasa kesian ).

Satu tips dari saya.. kata tak nak bagi tips.. ;)  ketawa dan lupakan sebentar masalah anda  kerana ketawa merupakan ubat. Lagi pun tak kena bayar :)

Kak Rahimah

Jom cuba tips romantis ini…

Lelaki di Malaysia memang kurang romantik berbanding dengan mat sallleh. Itu kenyataan.

Cuba tengok cerita pretty women bagaimana romantiknya Richard Gere dengan Julia Roberts.( Saya suka cerita ni sebab masa tu teringin nak jadi wanita yang cantik jelita bershopping dengan penuh bangga )…he he he tu cerita dulu.

Apa yang selalu saya perhatikan dalam cerita orang putih ni bila bab melamar wanita idaman ni mereka sanggup berlutut meminta wanita tersebut mengahwininya…alangkah seronoknya :)

Masyarakat kita memang kurang dari segi ni. Tapi tak apalah sebab apa yang nak saya katakan pagi ni ialah bagaimana kita boleh cuba tips romantik ni untuk menghangatkan kembali rumahtangga. Dah berbelas tahun kahwin kena la hangatkan balik betul tak?

Salah satu antara tips yang pernah saya baca ialah dengan cara menyelitkan kad ucapan ” I Miss You” pada pasangan.

Katakan pasangan anda nak pergi outstation dan anda terpaksa mengemaskan barang-barang ke dalam beg pakaiannya.

Masa kemas tu, selitkan kad comel ( buat sendiri pun tak ape kalau dah dah tak sempat nak beli ) kat mana-mana bahagian yang dia akan jumpa bila buka beg..tapi area yang terselit lah.

Pasti pasangan anda akan tersenyum bila terbaca kad tu dan menalipon anda dengan penuh perasaan.

Sapa-sapa yang belum cuba, baik cuba sekarang. Tak semestinya buat begitu masa nak pergi outstation aje ye..

Kak Rahimah

3 Petua rumahtangga buat suami lekat di rumah

Saya sedang baca majalah mingguan wanita dan ada artikel menarik tentang cara untuk buat suami lekat di rumah.Petua ni untuk yang dah berumahtangga aje ye.

Elok saya kongsi kat sini. Mana tau anda boleh dapat manafaat dari artikel tu. Saya ringkaskan saja 3 petua rumahtangga tu ye :

  • Deria penciuman . Untuk meredakan stress suami yang telah penat bekerja, eloklah anda mandi supaya kelihatan segar dan ceria. Kemas bilik tidur dengan rapi kerana suami anda akan rasa tenang dengan bau wangi-wangian dan bilik tidur yang kemas tersusun. Kalau deria bau nya tercium bau kurang enak, mesti dia nak cepat-cepat keluar betul tak? :)

 

  • Deria penglihatan. Apabila isteri tak suka berhias, ke mana pulak suami akan memandang? Ke tempat lain la kan? Jadi kemas-kemaskan diri anda supaya pada penglihatannya anda sentiasa menyedapkan matanya memandang. Jangan asyik pakai baju kelawar atau tshirt dengan kain batik aje.

 

  • Deria rasa. Kalau kurang pandai memasak, ambik buku resepi dan belajar supaya anda dapat memasak lauk yang sedap. Janagna pulak ambik short cut, beli kat kedai jela..excuse kalau dah tak sempat sangat ..tapi kalau lauk mengejut, main campak-campak aje pun sedap juga.

Ha itu saja post saya hari ini..Nak ambik anak dari tuition sekejap..tak cukup masa dah ni.

Jumpa lagi .bye.

7 P yang mesti ada jika ingin di cintai suami

Dah lama saya nak tulis pasal 7 p ni tapi selalu saja tersangkut..7 P ni merupakan petua rumahtangga bahagia yang amat di sarankan pada kesemua wanita yang bergelar isteri.

Jadi hari ni saya nak tulis terus sebelum tersangkut lagi.. Petua 7 P ni saya ambil dari ulasan yang di buat oleh Ustazah Nor Bahyah.

Katanya jika nak diri kita di sayangi suami atau menjadi isteri yang baik, kita mesti ada 7 P berikut :

1.Penyeri

2.Pelengkap

3.Penghibur

4.Pendamai

5.Penasihat

6.Pembantu setia

7.Pengasih dan penyayang

Apa maknanya tu? Maksudnya sebagai seorang isteri kita mestilah menjaga kecantikan diri, mengemas rumah terutama bilik tidur supaya sentiasa kelihatan berseri.

Kita juga mesti setia menemani suami, tidak membantah dan tidak menjatuhkan air muka suami kita. Jadilah pasangan yang sentiasa menemani suami ketika senang dan susah.

Anda bagaimana? Boleh praktikkan?

Bilik tidur yang romantik

Bilik tidur yang di hias indah mampu membangkitkan ketenangan. Bagaimanapun ramai juga yang buat tak endah dan hanya menghias ala kadar sahaja.

Bagi pasangan yang sudah berkahwin, bilik tidur haruslah bersih dan wangi untuk menyambut si dia.

 

Apa kata jika anda masih belum menghias bilik tidur anda sebelum ini untuk mencuba tips -tips berikut :-

  • Cat menggunakan warna yang romantik seperti warna merah jambu, ungu atau peach. Sebaiknya gabungkan dengan sedikit satu ruang dengan warna lain supaya kelihatan lebih menyerlah. Jika anda menggunakan wall paper, jangan terlalu sarat hingga mengundang rasa lemas sebaik saja anda melangkah masuk.

 

  • Warna langsir selaras warna dinding. Warna harus berpadanan dengan warna dinding anda dan menggunkan material yang jenis lembut dan ringan.Jika anda suka menggunakan motif floral di bilik tidur, gunakan corak yang berbunga kecil.

 

  • Bangkitkan mood dengan cadar yang sesuai. Jangan pula anda menggunakan cadar bercorak gambar ikan , gajah atau kartun ;) Pilih cara yang boleh mebangkitkan mood dan suasana romantik seperti warna-warna yang sekata dengan warna dinding dan langsir.Sembur sedikit pewangi untuk rasa lebih romantik dan nyaman.

 

  • Gunakan lilin aromaterapi. Jika anda suka anda boleh menggunkan lilin aromaterapi tetapi awas agar tidak terlalu dekat dengan langsir. Dah terbakar nanti susah pulak satu rumah :)

 

  • Aksesori sebagai pelengkap bilik tidur seperti gantungan bunga atau frame gambar lukisan anda berdua bersama suami. Letakkan juga seberkas bunga segar untuk lebih ‘hidup’.

Saya pasti anda akan rasa tak sabar melangkah ke bilik tidur sebaik pulang dari kerja.

Kak Rahimah

Petua menambah kemesraan suami isteri

Hai…hari ni saya nak tulis tentang petua menambahkan kemesraan suami isteri dalam rumahtangga..Caranya makan bersama dalam satu pinggan.

Satu pinggan? Muat ke? Satu dulang.Separuh orang kata satu talam..saya pulak  satu dulang. Tak kiralah apa-apa pun asalkan ia mengandungi maksud yang sama.

Menurut orang yang telah mengamalkan petua ini, pasangan suami isteri jarang bergaduh dan sangat rapat . Pergaduhan atau perselisihan kecil pun dapat di selesaikan ketika makan bersama.

Agaknya masa makan tu kita terpaksa duduk rapat dan sisa makanan yang jatuh dari mulut pasangan kita tu kot yang menyebabkan kita jadi mesra. He he..saya pun tak tau tapi sebab saya terjumpa petua ni dalam sebuah blog, maka saya komen sikit kat sini..

Manalah tau kalau ada pembaca di sini yang telah mengamalkannya.

Kak Rahimah

Pentingnya penampilan diri seorang wanita.

Salam ceria,

Semalam sewaktu dalam perjalanan ke tempat kerja saya sempat mendengar celoteh Aznil dgn Din Beramboi kat radio..radio apa tak sure…pasal penampilan diri.

Salah seorang pemanggil di ruangan tersebut memberikan sedikit pengalaman beliau yang tidak memperdulikan penampilannya suatu waktu dulu. Akibat dari kecuaiannya, suaminya juga meninggalkannya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Hmmm…mesej dari pemanggil tersebut ialah jangan kita ambil mudah dengan penampilan diri kita. Tak kiralah samada kita sedang mengandung ke ( ada orang yang tak kisah..sebab katanya pembawakan budak..saya pun tak sure ..) atau tidak supaya kelihatan kemas dan tidak berserabut.

Jangankan pasangan kita je yang tak selera nak tengok, cermin kat rumah pun kalau boleh bercakap mesti dia akan jerit kat kita suruh ubah imej kita.

Jadi jangan abaikan tips dan petua ni kalau nak rumahtangga kita aman ,damai, bahagia dan kesemua tu lah. Bukanlah kalau tak jaga akibatnya suami akan lari tapi ia kan jadi salah satu penyebab kenapa mereka mula beralih angin.

Apa pendapat anda pula?

Kak Rahimah

Kalau pasangan kita tengah marah, salah seorang kena diam.

Kata orang kalau hidup berumahtangga, kalau tak pernah berselisih faham tu kira bohonglah. Sedangkan lidah lagi tergigit, ini pula suami isteri ……. macam lagu P. Ramlee & Saloma pulak :)

Kalau tak nak berpanjangan, ikut petua ni. Kalau salah seorang tengah marah yang lagi seorang kena diam! ( walaupun hati tengah menggelegak ni ). Itu petua bahagia yang paling asas.

Kalau dua-dua tengah marah macam api kena minyak la..semakin marak la jadinya. Kalau seorang diam, yang tengah marah jadi tak lama..bila dia cool barulah kita cakap apa yang tak kena. Barulah hidup aman bahagia.

Anda macammana?

Kak Rahimah

Suarakan apa yang kita mahu

Salah satu dari petua rumahtangga yang sering kita lupa ialah tidak mahu menyuarakan apa yang kita mahu.Akibatnya bila kita tak dapat apa yang kita nak, mula la hari tu jadi angin taufan!

Ada isteri yang bermasam muka jika saat-saat penting seperti harijadi, anniversary atau sebagainya suaminya lupa nak bagi hadiah.

Berkerut-kerut la muka satu hari. Tapi kadang-kadang bila kita tanya balik rupa-rupanya suami kita lupa tarikh tu..hu hu hu..

Jadi macam mana nak elakkan masalah ni supaya bila sampai waktu birthday ke, kita dapat hadiah yang kita tunggu-tunggu.

Senang je..jangan pening kepala..tapi kurang thrill la sikit. Caranya beritahu je suami anda tarikh sekian-sekian ni, bithday anda. Dan bagi tau jika anda inginkan hadiah yang sangat anda tunggu ( kalau mahal, sound la awal-awal sikit ..he he ). Jadi bila sampai masa tak adalah nak masam muka.

Kadang-kadang kalau kita diam tak bagi tau dan hanya harap suami ingat memang tak boleh nak buat apa. Jangan la ingat dia boleh baca apa yang ada dalam fikiran kita. Dengan cara ni, tak ada la masam muka , merajuk dan yang bestnya kita dapat la hadiah hari tu.

Bagi suami yang romantik pulak, beruntung la badan kalau tak payah ingatkan dia dah set alarm dalam kepala.

Ini saja petua bahagia dari saya hari ini. Pendek je tapi ehem hmm…kita buat tak?

Kak Rahimah

Berbaik-baik dengan mertua

Salam ceria,

Hari ni saya cuti.Kebetulan baby sitter saya apply cuti 2 hari dengan saya dan mak mertuaku ada di sini, saya ambil cuti . Seronoknya dapat duduk di rumah.

Kalau mak mertua saya ada memang kenyanglah perut anak-anak saya sebab atuknya ni ( belah utara atuk ni kira macam nenek la ) suka buat macam-macam..ada pulut kacau la, lepat la…saya pun tumpang sekaki. Memang time cuti sekolah ni rumah saya memang jadi port saudara mare :)

Tak kisah lah janji rumah ni meriah dengan saudara mara dan ipar duai. Kalau rumah sunyi je tak de saudara mara datang, risau gak.he..he..he…takut ada apa yang tak kena.

Saya ni bertuah sebab mak mertua saya ni jenis yang relax..tak banyak soal…Kadang tu bila baca cerita orang yang tak ngan dengan mertua ni rasa kesian juga. Lebih-lebih lagi kalau bukan menantu pilihan.

Macam-macam, nasib la saya tak macam tu. Kata orang kalau nak hidup bahagia , salah satu petua yang kita kena praktikan ialah  mesti berbaik-baik dengan mertua.

Teringat saya dalam majalah ada cerita pasal cara nak pikat hati mertua. Saya share kat sini ye..Mana tau kita boleh praktikkan nanti :

1. Selalu tanya khabar pada mertua. Kesannya mertua akan rasa kita ni mengambil berat tentang kehidupannya. Caranya talipon la dalam 2 minggu sekali ke.

Jadi kalau kita selalu talipon 2 minggu sekali, bila kita tak talipon, mertua kita akan tertanya-tanya mana ‘menantu kesayangan’ nya ni tak talipon-talipon…kira dah ‘ overdue ‘ dah tu..he he :)

2. Bila balik kampung atau berkunjung ke rumahnya, duduk la berbual kosong. Boleh la mertua kita tu curahkan apa yang dia tengah alami. Kira cara ni..mertua anggap kita ni boleh di buat kawan..Bertuah anak dia ! :)

Tapi yang ni ada syarat-syaratnya. Jangan tambah kalau ada part yang bercerita pasal hal orang lain..’ buat ketupat’…bila ada , cepat-cepat corner sikit topik.Pandai-pandai le cover line.

3.Cuba belajar masak satu resepi istimewa. Petua yang ni best! Contohnya, buat satu resepi kira 5 bintangnya resepi. Bila balik kampung anda masak dan jamu ipar duai dengan resepi istimewa ni. Make sure memang best le ;). So bila setiap kali balik kampung, semua ipar duai akan tertungu-tunggu resepi istimewa anda…kira ok la tu.

4.Tanya je apa-apa resepi ke, petua ke yang konon-konon kita tak tahu tapi sebenarnya saja nak tunjuk yg kita ni nak belajar dengan dia. Mesti beria-ria dia nak ajar kita.

4 petua ni aje yang saya ingat. Nanti kalau ada lagi saya bincangkan lagi. Ni mertua saya kejap lagi nak buat pulut kacau..malam ni boleh jamu selera. Saya tak pandai buat pulut kacau ni..makan tau la !

So hari ni, takat ini aje..karang lama-lama depan laptop ni , apa lak mertua saya ingat. Tapi dia tau saya berniaga barang bersalin ni, sambil bercerita masa dia dalam pantang dulu…kira bab cerita kosong la ni.

Kak Rahimah

Related Posts with Thumbnails

WordPress Themes