Archive of ‘Resepi Dalam Pantang Bersalin’ category

Resepi dalam pantang

Hai assalamualaikum,

Hari ini hari Jumaat dan dah genap 12 hari kita berpuasa. Makanan waktu berbuka pun rasanya dah macam-macam kita rasa. Mana yang tak sempat memasak tu maknanya beli sajalah. Mana nak sempat masak kalau perjalanan balil ke rumah pun dah stuck berjam-jam. Traffic pun makin teruk bulan puasa ni. Sabar je lah.

Pada ibu-ibu yang sedang dalam pantang masa bulan puasa ni, mesti tak tahan tengok meja penuh dengan macam-macam hidangan. Oops…kena tahan selera tau..Tapi tak apalah hari ni saya post kan 3  menu yang paling mudah untuk jamu selera ibu yang baru lepas bersalin. Menu saya ambil dari majalah sajian sihat. Pada sesiapa yang tak ada majalah tu bolehlah salin di sini.

1.Ikan tenggiri goreng halia

Bahan-bahannya :

  • 1 keping ikan tenggiri
  • 4ch halia di hiris dan di goreng
  • 2 sudu makan minyak bijan
  • 1-2 sudu makan kicap manis
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 1/2 sudu teh garam

Cara membuatnya

Lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit dan biarkan selama 20 minit. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing dan di ketepikan.Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali dan masukkan ikan semula.Tuangkan kicap dan di kacau rata. Angkat ikan dan letak dalam pinggan. Taburkan halia goreng di atasnya.

2.Ayam masak bijan

Bahan-bahannya

  • 1/2 ekor ayam di buang kulit- di potong dan di bersihkan
  • 4cm halia tua – di hiris
  • 3 sudu makan minyak bijan
  • 1/2 sudu makan kicap manis
  • Sedikit garam
  • Air secukupnya

Cara membuatnya

Panaskan minyak bijan dan tumiskan halia sehingga berbau harum. Masukkan ayam dan di kacau hingga rata. Tutup kuali dan dan masak ayam selama 20 minit dengan api yang kecil. Tuangkan sedkit air supaya tidak terlalu kering. Akhir sekali masukkan kicap dan di kacau rata. Bila ayam masak tutupkan api. Tambah garam jika perlu.

 

3.Sup Ikan haruan

Bahan-bahannya

  • 1 ekor ikan haruan
  • 2 cawan air
  • 2 sudu makan minyak jagung
  • 1 sudu makan lada hitam - di tumbuk
  • 3 ulas bawang merah – di tumbuk
  • 2 ulas bawang putih – di tumbuk
  • 2 cm halia – di tumbuk
  • 1 keping asam keping
  • Garam secukup rasa
  • Daun bawang dan daun sup di hiris

Cara membuatnya

Ikan di potong dan di bersihkan dengan asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir. Bilas dengan air dan di tos. Panaskan minyak jagung dalam periuk dan tumiskan bahan yang di tumbuk tadi hingga berbau.

Masukkan sedkit air. Apabila mendidih masukkan lada hitam, asam keping dan ikan. Kacau rata dan masak lagi hingga mendidih. Akhir sekali masukkan hirisan daun bawang dan daun sup sebagai penambah selera.

Siapa kata masa dalam pantang tak boleh makan sedap-sedap. Kesemua resepi di atas amat menyelerakan. Terutama waktu sejuk-sejuk hujan ni.

Jadi sesiapa yang dah mencuba resepi di atas bolehlah  bagi tahu saya apa rasanya.

* Pada sesiapa yang ada laman atau tanah di rumah, ada satu tips untuk anda. Elok sediakan pasu dan tanam bahan-bahan yang selalu di gunakan sewaktu berpantang seperti daun bawang, daun sup dan halia. Lada hitam boleh di tumbuk atau di blend. Jadi bila tiba waktu memasak taklah tension sangat nak sediakan makanan sendiri. Lebih – lebih lagi pada yang berpantang sendiri.

Ok cukup dulu sampai di sini hari ini. Waktu bekerja pun dah start semula.

Selamat mencuba!

Kak Rahimah

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

Bulk Email Sender