Category: Testimoni Pelanggan

Testimoni dari Hasmah- Lebih slim selepas bersalin dengan set bersalin NR

Assalamualaikum,

Malam ni saya tidur agak lewat sebab banyak kerja yang saya perlu lakukan. Maklum la siang tadi saya ke pasar tani shah alam. Saja tinjau-tinjau cuci mata. Terlepas peluang saya nak beli bunga kering sebab ada orang lain ambik bunga yang saya nak ambik tu ;)

 

Tak apelah tak ada rezeki agaknya. Minggu lain nanti saya nak pergi lagi sebab murah aje bunga tu dan nampak simple sangat. Saya suka yang simple-simple aje .

Baiklah, saya ada terima email dari seorang pelanggan yang melanggan set bersalin NR sebelum ini. Seronok saya baca bila Puan Hasmah berjaya menurunkan berat badan beliau . Yang bestnya lebih slim atau turun 2 kg lagi dari berat biasanya.

Jom baca apa kata Hasmah dalam email beliau ye :

 

nor hasmah to Rahimah
show details 30 Oct (3 days ago)
Assalamualikum kak Rahimah….saya merupakan pengguna setbersalin nonaroguy yg dibeli dari akak..saya amat berpuas hati dengan set bersalin ini kerana saya berjaya menggembalikan berat badan kepada asal..sebelum bersalin berat saya 65kg…apabila waktu melahirkan berat saya mencecah kepada 80kg..setelah 2bln menggunakan produk ini berat saya kembali kepada asal malah kurang lg 2kg dari berat asal iaitu 63kg…
Produk ini mmg mudah digunakan berbanding produk yg pernah saya gunakan semasa melahirkan anak yang pertama dahulu…semasa melahirkan anak pertama dahulu saya tidak menggunakan produk nonaroguy ini..dan berat badan saya tidak turun seperti melahirkan anak yang ke 2 ini..saya benar-benar berpuas hati..malahan suami saya turut mengatakan yang saya lebih kurus dari sebelum melahirkan…memang itu yang saya mahu…bukan senang suami nak puji isteri..
Saya juga menggunakan produk ini dengan berdisiplin seperti yang disarankan oleh kak Rahimah..Terima kasih yang tidak terhingga kepada kak Rahimah atas panduan yang diberikan oleh beliau.Kepada wanita yang ingin menjaga kecantikan luar dan dalam memang produk ini lah jawapannya..jadikanlah waktu berpantang itu sebagai satu waktu untuk anda menjaga kecantikan kurniaan Allah yang tidak terhingga ini..
Jika kita sihat sudah tentu kehidupan kita akan lebih bermakna..Terima kasih Kak Rahimah..

Nor Hasmah Yahaya
nor.hasmah@yahoo.com.my

 

Begitulah hasilnya jika kita berdisiplin semasa berpantang. Tak ada yang mustahil kalau kita benar-benar bersunggah dengan usaha kita demi untuk menjaga kecantikan dan kesihatan badan.

Semuga dengan email dari Puan Hasmah ini akan membakar semangat bakal ibu yang sedang menanti hari untuk bersungguh dalam mengatasi masalah berat badan selepas bersalin.

Tahniah dan terima kasih pada Puan Hasmah kerana sudi berkongsi pengalaman menggunakan set bersalin NR kepada kita semua.

Anda bila lagi?

Kak Rahimah

Gambar bayi Puan Norazlina

Salam ceria,

Baru-baru ni saya ada menerima beberapa testimoni dan gambar bayi yang di kirimkan oleh pembaca blog dan pelanggan saya.

Hari ni saya nak keluarkan gambar bayi ni dulu untuk tatapan anda semua. Cuba tengok gambar bayi ni dan perhatikan perubahan-perubahan mereka. Setiap bulan kata orang pasti wajah mereka berubah-ubah sedikit.

 

Gambar ni masa keluar dari bilik bersalin

 

Yang ni pulak masa dah 2 hari bersalin

 

Yang ini usia dah masuk 2 bulan ( pakai boxer tu )

 

Gambar yang ni dah jadi Tuan Puteri ….siap ada riben kat kepala :)

Seronok jika kita kumpul gambar mereka sebab dapat tengok perubahan demi perubahan dan perkembangan bayi. Saya dulu macam ni jugak, penuh album dengan gambar mereka aje.

Apa kata kalau anda rakamkan gambar bayi anda macam ni dan lihat wajah mereka yang berlainan tiap tahun.Buat satu album khas dan tulis usia mereka. Bila dah besar nanti mereka sendiri seronok tengok gambar waktu kecik-kecik.

Terima kasih pada Puan Norazlina kerana sudi menghantar gambar bayi beliau kepada saya. Semuga Nur Aisyah Syahira yang comel lote ni menjadi anak yang baik dan menyayangi ibu-bapa bila besar nanti.

Kak Rahimah

Gambar bayi terbaru dari pelanggan

Saya baru saja menerima gambar bayi dari salah seorang pelanggan saya yang bernama Puan Marsita. Gambar ini baru saja di kirimkan kepada saya malam tadi.

Puan Marsita pernah memberikan komen beliau sebelum ini dengan penggunaan bengkung zigzag sewaktu berpantang. Komen belaiu pernah saya siarkan di blog ini sebelum ini juga.

 Jadikan pengalaman Puan Marsita untuk berbengkung sebagai sewaktu dalam pantang sebagai penyuntik untuk anda untuk mengamalkannya nanti.

 

Oh ye, nama bayi beliau ialah Muhaimin Nurhazyzy bin Mohd Yusof. Berat sewaktu lahir 3.4 kg..boleh tahan berat baby ni :) Sekarang umur baby Muhaimin ni dak masuk 2 bulan ( lahir pada 8/5/2009 )

Tahniah untuk Puan Marsita dan terima kasih atas kesudian beliau untuk mengirimkan gambar bayi untuk koleksi di blog ini.

Kak Rahimah

Testimoni ringkas pelanggan yang berpuas hati…terima kasih

Dah hampir seminggu baru saya dapat log in semula ke blog saya ni. Macam-macam masalah yang timbul sepanjang minggu ni. Tak apalah saya sabar saja. Nanti masam muka cepat pulak saya nampak tua :)

saya sebenarnya nak menyiapkan satu posting lain tapi rasa panjang jadi saya poskan dulu 2 testimoni yang saya terima tapi tak sempat saya siarkan sebelum ni.

 

# Komen Puan Marsita tentang bengkung zigzag dan mandian aura ;

” Waalaikum salam kak..sihat.Senang nak pakai. Mak pun kata jauh beza dengan bengkung dia dulu susah nak pakai. Mandian Aura tu harum baunya. Kuat bau serai wanginya “

 

# Komen dari Puan Hamiza tentang mandian aura ;

” Ini kali pertama saya berpantang sendiri memandangkan anak-anak yang lain bersekolah. Sebelum ni daun mandian di sediakan oleh ibu saya. Memandangkan sekarang semakin susah untuk di perolehi kerana dia tinggal di akwasan perumahan, jadi saya memilih untuk membeli yang siap semuanya.

Senang nak guna dan menjimatkan. Badan rasa lebih segar dan wangi dengan aroma herba daun. Yang paling penting tak perlu nak kutip sisa daun kat lantai yang boleh menyebabkan tersumbat. Harganya pun berpatutan. 3 uncang boleh di gunakan untuk 1 hingga 2 minggu. Saya syorkan untuk semua ibu-ibu.”

 

Anda dah baca sendiri komen mereka. Jangan bertangguh lagi jika dah hampir nak bersalin ye :)

Selamat mencuba!

Testimoni terbaru dari pelanggan bersalin secara caesar !

Dah beberapa hari saya tak update blog ni. Banyaknya kerja yang saya perlu buat.Malam pulak asyik mengantuk.Pantang letak kepala aje, mesti lelap tak sedar diri.

Oh ye, sedikit update tentang jualan happy hour 2 hari lepas..kesemua unit yang saya peruntukkan semasa happy hour sales  telah habis di tempah! Tahniah pada kesemua pelanggan yang berjaya mendapatkannya.

Tak apelah, kita tinggalkan cerita tu. jom kita tengok testimoni yang baru saya terima dari Puan Islinda yang telah di hantar pada saya. Sebelum ni beliau ada mengirimkan gambar baby baru beliau untuk di muatkan dalam blog ni.

 

 

Saya adalah ibu kepada tiga orang anak lelaki yang kesemuanya dilahirkan melalui pembedahan. Sewaktu berpantang melahirkan anak ketiga, saya telah menggunakan set bersalin Nona Roguy seperti yang disyorkan melalui laman web Puan Rahimah.

Pada akhir kehamilan, berat badan saya meningkat sebanyak 72 kg. Kemudian, pada dua bulan pertama penggunaan set bersalin Nona Roguy berat badan saya telah turun kepada 62 kg. Oleh kerana saya bersalin melalui pembedahan, saya telah melewatkan sedikit penggunaan bengkung bersalin iaitu pada bulan ketiga.

Saya menggunakan bengkung bersalin Nona Roguy setiap hari pada waktu malam memandangkan saya bekerja di siang hari dan alhamdulillah berat badan saya kini 60 kg. Saya bercadang meneruskan pengambilan sebotol lagi pil phytonatal selepas ini. Ini kerana dengan pengambilan pil ini dapat menggalakkan penghasilan susu badan, melawaskan pembuangan air besar, mengawal berat badan dan dapat mengekalkan kesegaran tubuh badan sepanjang hari.

Saya juga mengaplikasikan kesemua kandungan dalam set bersalin lengkap Nona Roguy dan amat berpuas hati terhadap hasilnya. Selain memudahkan proses berpantang, saya tidak perlu bersusah payah menelan atau meminum jamu yang pahit kerana segalanya telah dipermudahkan oleh Nona Roguy.

Terima kasih kepada Pn. Rahimah yang telah memberikan panduan untuk saya melalui pengalaman menarik berpantang dengan Nona Roguy. Insyaallah pada kelahiran seterusnya (terakhir) saya akan menggunakan set bersalin ini.

Islinda Ishak
http://Islinda.blogspot.com
 

Saya siarkan testimoni di atas sebab salah satu soalan favorite yang saya selalu saya terima ialah pasal bersalin caesar. Jadi jangan ragu-ragu lagi selepas ni kalau kena caesar ye

Kak Rahimah

Gambar bayi terbaru Puan Islinda

Assalamualaikum ,

Dah beberapa hari saya tak dapat update blog sebab masalah line maxis broadband saya. Beginilah nasib pengguna maxis broadband ;)

Ada beberapa sms dan email yang saya terima sebelum ini dari pelanggan saya yang nak saya siarkan tapi tak sempat. Hari ni saya siatrkan gambar bayi terbaru dari pelanggan saya , Puan Islinda yang telah selamat melahirkan bayi terbaru beliau .

Tengok ni , cutekan..Gambar abang-abangnya sekali pun ada. Nama baby terbaru beliau ialah Airel Hazimi.Mmmm  sedapnya nama baby ni ye. Pandai Puan Is pilih :)

 

Untuk pengetahuan semua pembaca blog ini, Puan Islinda melahirkan cahaya mata ke tiga beliau melalui pembedahan. Saya siarkan sedikit email nya di sini .

Islinda Ishak to info
show details 15 Apr (3 days ago) Reply

 

Assalamualaikum Kak Rahimah.
 
Saya menyertakan dua keping gambar baby & anak2 bujang saya kat sini yea. TQ atas sume info2 yang kak Rahimah berikan. Alhamdulillah, saya menjalani tempoh berpantang dengan sihat. Begitu juga dengan baby. Baby baru ni namanya Muhammad Airel Hazimi.

Pendek saja email beliau tapi saya gembira sebab Puan Islinda tidak menghadapi sebarang masalah berpantang menggunakan set bersalin nona roguy yang beliau order dari saya. Jadi pada sesiapa yang bakal bersalin secara pembedahan tu, jangan ragu-ragu lagi.

Kalau tak faham cara guna set ni, tanya saja saya. Manual penggunaan set ini jika bersalin secara pembedahan pun ada saya sediakan.

Tahniah pada Puan Islinda sekali lagi!

Kak Rahimah

Sms pelanggan yang berpuas hati !

Minggu lepas saya ada menerima sms dari Puan Afifah,seorang pengunjung laman web yang sedang berpantang. Menurut pengunjung tersebut, beliau sedang menghadapi masalah sembelit atau sukar lawas walaupun telah 2 minggu bersalin.

Beliau meminta pertolongan saya apa yang harus di lakukan. Sukar lawas merupakan perkara yang selalu berlaku sewaktu dalam pantang. Oleh kerana saya berpengalaman menghadapi masalah yang serupa masa bersalin anak yang pertama dan kedua, saya mencadangkan beliau untuk mengambil phyto natal.

Tanpa banyak membuang masa, Puan Afifah meminta saya mengirimkan tablet phyto natal tersebut kepada beliau.Saya juga memberikan  jaminan yang saya akan kembalikan wang semula jika ia tidak berkesan kerana yang penting ialah masalah Puan Afifah selesai. Tak ada gunanya menghabiskan wang jika ia tidak membantu masalah yang ingin kita selesaikan.

3 hari selepas itu saya menerima sms dari Puan Afifah berbunyi seperti yang saya salin dari handphone saya .

Kak! Terima kasih banyak-banyak. Saya menderita sembelit 2 minggu dah. Lepas ambik phyto natal 2 hari ( 3 biji) keluar habis apa yang tersekat selama ni.

 

Satu lagi sms yang saya terima adalah dari Puan Sharifah yang telah selamat melahirkan cahaya mata melalui pembedahan. Saya siarkan sms ini kerana masih ramai yang bakal bersalin secara pembedahan ragu-ragu samada mereka boleh berpantang seperti biasa.

 

Salam.dah selamat operate 23/3. dapat baby girl 2 kg. Alhamdulillah semua ok. Luka dah ok.Sedap al makan NR ni. lawas betul. tak ada masalah buang air besar.kencing pun lawas.badan pun sedap.air mandi tu pun ok.ada lagi tak kak?Alhamdulillah.5 hari kat wad, balik dari hospital 2hari lepas tu saya mula makan, tak ada masalah.anak pun tak kuning.dia pun sama lawas.

Puan Afifah telah pun berjaya mengatasi masalah sukar lawas yang di hadapinya. Puan Sharifah juga tidak menghadapi sebarang masalah menggunakan set bersalin ni walaupun bersalin secara pembedahan.

 Jika anda menghadapi masalah yang sama atau ragu-ragu untuk menggunakan set bersalin ini tak kira bersalin normal atau tidak, jangan bimbang atau malu untuk menghubungi saya.

Bagaimanapun jika anda mengambil sesuatu jenama ( herba yang perlu di makan), jangan mencampurkannya dengan jenama yang lain. Ini untuk mengelakkan anda overdose dan menjauhkan kesan sampingan yang tidak di ingini.

Nanti saya akan postkan lagi komen-komen pelanggan yang berpuas hati dengan kesan positif setelah menggunakan produk bersalin nona roguy  .

Selamat Mencuba!

Kak Rahimah

Testimoni dari Puan Ila

Email ni saya terima dari salah seorang pelanggan di laman web saya yang tak sempat saya siarkan sebelum ini. Ikuti komen beliau seperti yang  tertera di bawah :-

 

 

salam kak rahimah,
 
sy mmg pakai nona roguy tp set tu beli kat luar awal2 dulu ..pastu br jumpe website akak nie n beli minyak herbanik je..rugi je dulu beli kat  luar dapat kurang rm10 jer…..sy dpt baby boy..skrg dah 2 hero..heroin xde rezeki lagi..ok sgt2 nona roguy nie..x sembelit langsung ,seminggu mkn pon bdn rase segar x mcm yang 1st aritu…berbaloi wpon mahal coz dah serik yang 1st tu pakai xxxxxxxx  
 
b4 bersalin : 73
skrg            : 61
berat normal : 55 lagi 6 kg..

 

Nampaknya Puan Ila telah berjaya menurunkan berat badan beliau sebanyak 12 kg dalam masa 1 bulan berpantang.Satu kejayaan yang memberansangkan!Tahniah pada Puan Ila! Nanti saya akan follow up dengan Puan Ila berapa pula berat beliau sekarang :)

Semuga email dari Puan Ila di atas dapat memberikan semangat ibu ibu yang bakal berpantang untuk terus mencantik dan melansingkan diri selepas ini. Terima kasih pada Puan Ila sekali lagi.

Yang memang mahu anda slim dan sihat selalu,

Kak Rahimah

Sms pelanggan yang bersalin secara caesar!

Assalamualaikum,

Saya menerima sms ni dari 2 orang pelanggan saya yang tak sempat untuk saya siarkan di blog ini.

Jadi hari ni saya ada sedikit kelapangan dan kebetulan minggu ni saya terima banyak sms dari pengunjung laman web yang bertanyakan samada mereka boleh menggunakan herba atau jamu-jamu jika bersalin caesarean.

Sebelum ini saya pernah menulis mengenai perkara yang sama.Tapi oleh kerana sms dari 2 orang pelanggan saya ni agak menarik, maka say ikhtiarkan untuk menyiarkannya pada posting kali ini.

Sms pertama dari Puan Khadijah yang banyak kali berbalas sms dengan saya yang agak risau dengan pertambahan berat badan hampir 40 kg  dan terpaksa bersalin caesar.Sms Puan Khadijah selepas menggunakannya berbunyi seperti di bawah :

Sihat . Dari 83 kg dah turun 63 kg. Tu pun makan phyto je. Tak sempat nak minum air akar. Minggu depan baru nak start. Ada 13 kg lagi nak kena buang………..Phyto tu saya selang seli hari ni 1 biji esok 2 biji. Tapi lepas sebulan saya ambik 2 biji everyday.skali buang ringan badan.sy rasa kalau minum air akar lagi banyak turun…

 

Sms ke 2 pula saya terima dari Puan Farah semasa saya bertanyakan khabar beliau baru-baru ini.

Salam. Thanks sudi tanya khabar..alhamdulillah dah selamat bersalin pada 12 November lepas secara caesarean…baby girl, berat 3.18kg….sekarang dah 5kg lebih…alhamdulillah saya dah turun ke berat asal malah kurang 2 kg…masa last pregnant berat 58kg but now 46 kg…saya suka pakai minyak herbanika dan phyto natal sampai sekarang….luka pun dah ok…thanks atas info yg akak berikan melalui blog….

 

Puan Khadijah dan Puan Farah masing-masing berjaya berpantang menggunakan set bersalin nona roguy ini walaupun mereka bersalin secara caesaren.

Jadi tidak ragu-ragu lagi walaupun anda tidak bersalin secara normal, anda masih boleh menggunakan set bersalin nona roguy ini tanpa was-was! Macam iklan ubat gigi zaitun…he he : )

Saya harap sesiapa yang bakal bersalin caesarean tu boleh la menarik nafas lega sekarang ye. Saya faham ramai yang takut tak boleh slim lepas bersalin ,maklum lah kita semua ni kan memang nak cantik dan sihat semula…adat la perempuan …he he.

Kak Rahimah

Testimoni terbaru!

Samalam saya menerima email dari seorang pelanggan saya ,Puan Nik yang telah pun selamat bersalin pada bulan December.

Beliau juga memberikan sedikit komen tentang pengalaman beliau menggunakan Set Bersalin Nona Roguy sewaktu berpantang :

 

nik hazifah to me
show details 12 Feb (1 day ago) Reply

 
alhamdulillah selepas guna set nona roguy, saya berasa sangat sihat dan segar semasa tempoh berpantang..saya gunakan sampai habis..terutamanya phytonatal..sampai sekarang saya masih mengambil jamu tersebut. semua item dalam set tersebut memang mesra pengguna..tak perlu sya menutup hidung untuk memakan jamu-jamu yang pahit..teh herbanya senang diminum.. dulu semasa mengandung berat saya mencecah sehingga 75 kg..dan selepas bersalin, turun hingga 65 kg dan sekarang berat badan saya adalah 52 kg..syukur alhamdulillah.. rakan sekerja pun banyak memuji perubahan saya..saya sangat berterima kasih kepada nona roguy dan juga akak.. owh..nursing bra yang saya beli dari akak pun sangat selesa bila dipakai dan sangat memudahkan proses penyusuan..materialnya sangat lembut..tqvm..
 
dari
cikgu nik,
bandar puteri klang.

 

 

Nampaknya berat Puan Nik telah turun sebanyak 23 kg selepas bersalin! Wow saya sendiri kagum dengan pencapaian beliau tu!.

So jika anda masih lagi ragu-ragu dengan set bersalin nona roguy ini, di harap email Puan Nik  dapat membantu anda membuat pilhan yang terbaik sewaktu berpantang.

 Kak Rahimah 

WordPress Themes