Saya rasa agak bad mood sikit 2,3 hari ni. Sebabnya …biarlah saya aje yang tau . Tapi hidup perlu di teruskan. Saya anggap apa yang jadi dalam kehidupan ni satu pengalaman yang berharga. Semuga saya lebih berhati-hati selepas ni.
Oklah untuk menceriakan semula mood saya, saya ingatkan kembali pengalaman saya dengan kawan saya pergi melancong ke Paris dengan beberapa buah kota lain di Europe. Memang seronok dan terasa nak pergi lagi.
Rasanya kalau mengembara tanpa gunakan pakej atau travel agency percutian akan jadi lebih menarik.Kenapa saya kata menarik sedangkan ramai orang cakap lagi best ikut travel agency. Ada kelebihan dan kekurangan guna travel agency atau back pack aje.
Tapi kalau nak pengalaman pahit dan manis yang akan jadi ingatan seumur hidup ialah back packing.Yang paling seronok ialah berpeluang duduk hampir seminggu di London. Tengok gambar saya kat sebelah kiri ni sempat snap dengan taxi kat sana.cantik kan taxi kat sana?
Duduk dekat B& B aje atau Bed & Breakfast. Hari-hari makan roti bakar dengan jem dan butter . Air Kopi panas atau teh O.Itu ajelah tempat tu sediakan untuk kami masa tu. Makan ajelah kalau tak nak lapar. Time tu pulak bulan 3 dan baru nak masuk Spring.Sejuknya sampai tak boleh nak kata. Lutut menggigil-gigil tahan sejuk walaupun tak ada salji.
Saya cuba jugaklah sekali tanggalkan sweater jenis fleece brand Mark & Spencer yang saya beli RM 20 aje kat sana. Owh..tak sampai 5 minit saya pakai semula. Ye lah, nak posing pun asyik dengan sweater pink ni aje..bosan pulak..Dan winter clothing kat london memang murah gile! Nak bawak balik sini nak buat ape pulak nak pakai kat Malaysia ni..
B&B yang saya duduk ni pun kecik aje..masuk bilik air pun berlaga bahu.Sembahyang pun atas katil sebab dah tak cukup ruang. Ni saya snap gambar berdiri kat veranda dia.
Cuma yang bestnya, lokasi B&B ni dekat Victoria. Jalan kaki aje dalam 10 minit dah sampai semua tempat yang saya nak berkunjung.
Istana Buckingham tu, Hyde Park semuanya dekat -dekat aje. Kira pandai la saya pilih tempat menginap..Lain kali boleh pergi lagi
Yang pahit dan lucu dekat Paris.Tak ku sangka warga Paris ni rata-rata memang sombong dan tak peduli orang kecuali yang teenages dan foreigner.
Bayangkan kita tanya tempat dia boleh buat tak tau aje..Cukup sombong walaupun saya tengok diaorang dah tua bangka..kira dah nak masuk kubur la..Tapi yang muda-muda tu pulak tanpa perlu di tanya akan datang pada kita kalau kita nak tanya apa-apa. Terbalik sungguh..
Di sebabkan masalah bahasa ni lah kami tersesat balik hotel sampai 2 malam berturut-turut sedangkan hotel tu dekat aje dah sebenarnya. Nasib baik juga kami guna otak sikit pergi tanya dekat penjual kebab atau makanan arab/timur tengah. Insyaallah mereka akan bantu dan yang bestnya mereka hantar saya dengan kawan saya depan hotel.
Bukan sekali tau…dua hari berturut-turut. Kalau lah budak dari sudan atau tunisia yang malam pertama kami sesat tu yang jumpa kami semula, sure dia guling-guling atas jalan.. He..he tension pun ia jugak tapi bila ingat balik memang boleh pecah perut sebab ada lagi pengalaman yang tak sempat saya snap sebab bateri cepat habis kat sana dah terlampau sejuk. Ape pengalaman tu..he he..nanti saya cerita dalam next entri .
Kalau nak pergi melancong time sejuk-sejuk ni atau tahun depan, saya nak bagi satu tips penting.
Pastikan anda membawa botol air lipat-lipat ni setiap kali anda keluar berjalan. Sebab..ha ha…toilet semua tak ada paip air.
So mesti bawak botol air ni , kalau tak sure nazak
Mana nak dapat botol air lipat lipat tu, klik kat sini. Best jugak guna botol air ni sebab ramai mat saleh yang jeling-jeling dengan botol air saya.
Agaknya pelik kot apasal la minah ni bawak botol air dalam tandas. Ada jugak minah arab yang tanya mana ambik botol air ni sebab convinient katanya .Tu lahkan sebab ia sangat berguna kalau travel negara orang putih ni.
Oh ye..kalau nak guna botol air at least bawaklah 2 unit.Bukan apa boleh tambah air siap-siap dekat tap takut tak cukup. Atau kalau cuaca sejuk, tak payah share atau kena tunggu member habis pakai baru boleh guna.
So nanti kita jumpa lagi ye.







