Category: Tips sewaktu mengandung

Pakaian mengandung yang sesuai dengan cuaca panas

Salam ceria,

Saya rasa hampir setiap hari sekarang cuaca betul-betul panas. Anak kecik saya boleh di katakan kalau balik dari tadika terus bukak baju tinggal under wear aje :)

Saya sendiri pun kalau malam pun terpaksa mandi sekali lagi sebab badan rasa melekit. Boleh saya bayangkan macammana keadaannya orang yang tengah sarat sekarang ni ye.

Bayangkan liang roma terbuka luas, cuaca panas . Rasa tak selesa betul. Tapi adat la rasa panas macam tu . Gatal-gatal kat badan lebih la lagi. Jangan garu kulit perut nanti berbekas susah nak hilang. Nak garu pun alas dengan kain atau baju.

Saya banyak beli kaftan bulan ni dan memang hari-hari saya belasah aje kaftan yang saya beli. Siang malam saya pakai. Siang saya pakai blouse kaftan la, karang pelik pulak rasanya siang buta pakai kaftan panjang ni :)

Ramai juga customer saya yang bagi tau yang waktu mengandung memang mereka pakai kaftan aje kat rumah. Selesa kata mereka. Memang lah sebab baju ni loose dan rasa berangin aje. Kalau ikut perkiraan saya la, kaftan ni sebeanrnya sangat cantik dan boleh di pakai waktu berjalan sekali pun.

Cuma mungkin kat Malaysia ni ia kelihatan janggal sebab kaftan atau baju kelawar ni orang pakai buat baju tidur aje. Tapi cuba pakai belt atau style gyspsy tu dengan kaftan,wow ..rasa macam best sangat.

Masalah memilih pakaian mengandung sebenarnya kadang-kadang memang rumit. Saya ingat lagi masa kerja di office lama dulu, ada kawan-kawan bisik bisik bagi tau yang seorang boss kami yang pakai baju mengandung yang kelihatan dah lusuh.

Sebenarnya beliau memakai baju mengandung ( midi ) yang di perbuat daripada cotton atau kapas. Cuma warnay agak kusam dan mungkin beliau simpan aje ( berjimat la katakan ) selagi boleh pakai untuk anak yang seterusnya.

Cuma kalau kain kapas biasa ni cepat nampak lusuh kecuali kita beli yang agak tebal seperti japanese cotton. Selain lembut, sejuk ia menyerap peluh dan selalu kelihatan baru.

Sebenanrnya tidak rugi untuk invest pakaian mengandung yang lebih berkualiti sebab tak kanlah anak kita budget seorang aje kan :) Kalau beli yang elok , boleh di simpan lama dan pakai semula untuk anak yang seterusnya.

Seeloknya pilih jenis blaus yang boleh di pakai dengan seluar atau kain yang senang nak match . Kalau tak suka, pilih aje midi ke maxi ke tapi yang elok kain dan buatannya. Berjimat tapi tidak meninggalkan kualiti selain selesa di pakai. Faham ajelah sekali mengandung, banyak benda nak kena prepare.

Jadi kalau bileh berjimat dengan pakaian mengandung, duit yang lain boleh la beli kelengkapan yang lain nanti. Kata orang buat persediaan dari awal.

Okay la itu saja kali ini .

Kak Rahimah

Imunisasi sebelum mengandung…Jangan pandang mudah !

Salam ceria,

Baru dapat saya log in semula setelah menghadapi kesukaran line google yang asyik’ broekn line’ setiap kali nak update web ni. Banyak betul masalahnya.

Saya ada terbaca tentang imunisasi kanak-kanak di majalah Pa & Ma dan saya teringat tentang kelucuan sewaktu sekolah rendah dulu.

Saya masih ingat lagi masa di sekolah rendah dulu bila time imunisasi, ramai yang kecut perut. Saya pun ingat-ingat lupa tapi waktu darjah berapa entah ada imunisasi yang sangat di takuti rakan-rakan ( termasuk saya ) sebab ternampak jarum yang di bakar dengan api.

Nampak jarum tu rasa macam ‘ matilah kali ni kena cucuk’. Ada yang menangis selepas di suntik dan bila masuk ke kelas semula yang lain tengok dah kecut perut. Ada juga yang menekan tempat suntikan samapi berdarah tak taulah apa sebabnya tempat tu di tekan.

Saya? Ikut aje bila di panggil tapi saya ada teringat masa di ITM Shah Alam ( sekarang Ui TM ) waktu suntikan Rubella di berikan . Masa tu tak silap saya Rubella baru di perkenalkan. Tak silap saya, sekarang jika anda ingin mengandung, suntikan rubella akan di berikan ( sila rujuk kepada doktor )

Waktu tu saya di tipu oleh nurse yang bertugas ( kebetulan saya lalu di tempat suntikan sedang di perkenalkan dan kami dapat suntikan percuma ). Kebetulan waktu tu dah habis kelas dan saya dan rakan saya termakan pujuk nurse yang mengatakan ‘tak sakit’ . Rupanya sakit sungguh!

Beberap jam selepas di suntik, tangan terasa berat dan sakit-sakit. Menyesal percaya cakap nurse tapi dah kena injection pun.

Rubella atau ‘ german measles’ ialah sejenis penyakit campak. Siapa yang pernak kena mesti tau  sebab badan penuh dengan ruam kecil-kecil dan gatal. Selalunya badan akan demam dulu dan bila demam dah hampir kebah, akan keluar ruam halus tu.

Rubella merupakan virus yang boleh menjangkiti kanak-kanak dan orang dewasa. Saya sendiri pun terkena sewaktu berumur dalam 20 an.

Kenapa suntikan rubella perlu sebelum mengandung?

Jika anda telah ada imunisasi ini, risiko kecacatan bayi akibat dari penyakit ini dapat di elakkan. Jika keadaan penyakit terlalu teruk dan ia terjadi sewaktu mengandung, bayi boleh menghadapi masalah tumbesaran dan yang paling teruk sekali ia boleh membawa kematian dalam rahim.

Kecacatan yang di maksudkan ialah masalah jantung, pekak, katarak , terencat akal, pembesaran terbantut. Kecacatan ini di panggil’ Congenital Rubella Syndrome’.

Jadi untuk mengelakkan keadaan ini dari terjadi dan jika anda belum mengandung, silalah dapatkan imunisasi ini dari gynae anda.

Insyaallah saya akan sambung lagi topik ni lain kali sebab azan dah bunyi. Kita jumpa lagi.

Kak Rahimah

Tips makanan sihat sewaktu mengandung

Salam ceria,

Tadi saya ada menerima tempahan dari Puan Anie yang berada di Brunei. Line talipon agak teruk saya terpaksa berckap kuat walaupun suara saya baru nak elok. Dah beberapa hari saya kehilangan suara saya dan nak cakap dengan customer pun malu :)

 

Saya pun seronok jugak ni sb saya ada berita baik untuk pembaca blog dan web saya yang berada di Sarawak dan Brunei. Nantilah saya umumkan ye.

Oh ye, jika anda berada di luar negara, pembayaran boleh di lakukan dengan western union. Ada sedikit  charge di kenakan. Hanya email kepada saya butir-butir order dan saya akan confirmkan berapa jumlah  sekali dengan postal.

Okay, back to business. Beberapa hari lepas saya ada dapat email dari seorang pembaca yang meminta saya berikan sedikit tips pemakanan yang sihat sewaktu mengandung.

Mmm…sebenarnya pemakanan tu sama aje. Tak ada beza dengan makanan harian kita. Cuma waktu awal-awal mengandung, tolonglah ambil asid folik tu. Saya tau ada bakal ibu yang suka skip makan pil sewaktu mengandung. Asid folik amat penting untuk mengelakkan kecacatan pada bayi anda.

Selebihnya ambillah diet harian yg seimbang seperti biasa. Makanan seperti khurma, kismis, telur yang baik untuk pembesaran bayi juga amat di galakkan. Tapi kurangkan gula sebab gula ia kurang baik untuk kesihatan.

Bukan sahaja ia boleh menyebabkan diabetes, malah kandungan mungkin jadi lebih besar dan menyebabkan komplikasi seperti kencing kotor . Jika bayi terlampau besar dan rongga punggung pula terlalu sempit, anda ada risiko untuk di bedah.

Jagalah kesihatan diri dan jangan makan apa saja seumpama kita tak akan makan lagi esok :) . Berpada-padalah sebab bersederhana itu lebih di galakkan.

 Itu sahaja ya. Tak ada tips-tips pun :) See you.

Kak Rahimah

Tips mengatasi masalah keguguran

Salam ceria…saya memang tengah ceria..sambil ketuk ketuk jari kat laptop ni saya buka youtube. Nak tau apa yang saya tengok..cerita bollywood ..wa wa wa..demam bollywood la pulak minggu ni..Agaknya sebab nak sambut deepavali kot :)

 

Barulah terasa ceria sambil buat kerja tonton cerita bollywood shahrukh khan, amir khan yang best best tu! Tu la kalau saya dah lama tak tengok cerita hindustan ni memang jadi jadi macam tu. Lepas tu pulak sambil dengar lagu cerita yang saya ingat masa kecik-kecik dulu.

Nak di jadikan cerita masa saya tinggal dengan sepupu saya dulu, pembantu rumah sepupu saya ni gila hindustan. Fuh ! Semua cerita dia ada..tanyalah zeenat aman la, rishi kaapoor..cerita bobby la..semua dia boleh jawab.

Tu la sebab saya pun tau cerita masa saya kecik-kecik dulu. Dah besar zaman shahrukh khan pulak.Dah lama tak menari ni.Nak cergaskan badan kejap.Ooops orang mengandung jangan terlampau cergas ye :)

 

Saya tak pe.Bukan apa takut jadi apa-apa kandungan tu nanti. Itulah tajuk post saya hari ni. Baiklah kalau kita masih lagi di peringkat awal jagalh diri kita dengan baik. Antaranya :

  • Elakkan mengangkat benda-benda berat dan besar.
  • Elakkan makan benda-benda yang dalam kategori panas dan tajam seperti nenas, air tebu, durian. Jika tahap kesihatan kita kurang mememuaskan di khuatiri kandungan boleh gugur.
  • Kurangkan senaman yang agak berat seperti berjoging yang memerlukan anda berlari dan menggunakan sepenuh tenaga.
  • Elakkan minuman bergas
  • Pakai pakaian yang bersesuaian dengan tahap kandungan kita.
  • Jangan memanjat atau melakukan pekerjaan berat.

Kalau nak di ikutkan banyak perkara yang tak boleh di lakukan denagn sewenang-wenangnya. Bukanlah semua tak boleh. JIka kita masih di peringkat awal kandungan masih terlalu ‘ fragile’.Kalau kaki terpelecok dan terjatuh, ada sesetangah orang boleh keguguran.

Ini mungkin kerana rahim mereka sendiri dalam keadaan lemah. Cuba lebih berhati-hati jika anda sedang mengharapkan kehadiran cahaya mata.

Insyaaalah pada post yang akan datang saya akan cuba menulis lagi itentang isu-isu berkenaan keguguran.

Pendek aje post hari ni.Saya nak bukak jap cerita ‘pardes’ ni..Alangkah indahnya kalau hari-hari rasa seronok macam ni :)

Jumpa lagi..Oh ye.Selamat Menyambut Depavali pada yang beragama hindu.

Kak Rahimah

Mengandung dan berpuasa di bulan Ramadhan

Assalamualaikum dan salam ceria,

Hai ni  dah masuk hari ke 3 kita berpuasa bermula pada hari sabtu lepas. Saya pulang ke kampung saya di Negeri Sembilan untuk menyambut Ramadhan dengan emak dan adik beradik yang lain.

Meriah lah waktu bersahur dan berbuka. Maklum lah ramai yang balik. Lauk pun macam-macam ada.Nasib baiklah saya tidak mengandung ketika ini :). Saya kalau dulu waktu begini susah juga sebab kalau berpuasa badan jadi berpeluh-peluh sampai menitik sambil menggigil.

Makan dah memang kuat. Jadi ketika di pejabat dulu, saya di paksa makan supaya tak menyusahkan orang lain :) .

Anda pula bagaimana? Jangan paksa diri. Ada yang tertanya-tanya boleh ke berpuasa kalau kita sedang mengandung?

Jawapannya boleh asalkan anda larat dan berkemampuan. Kalau anda tak mampu nak teruskan berpuasa, jangan paksa diri anda. Selalunya masalah yang sering berlaku ialah rasa sakit atau pedih ulu hati.

Kalau waktu berpuasa memang kadang-kadang kita rasa macam tu , waktu mengandung lebih la lagi.

Satu tips dari saya, jika nak berpuasa juga :

1. Ambil khurma setiap hari sewaktu berbuka dan bersahur. Khurma amat bagus untuk memberikan tenaga kepada kita .

2. Minum susu setiap hari dan kurangkan minuman seperti teh o untuk elakkan perut rasa berangin.

3. Elakkan mengambil benda yang masam supaya perut kurang berasid yang boleh menyebabkan tekak rasa nak muntah.

Senang saja tipsnya. Itu saja post saya hari ini. Selamat berpuasa !

Kak Rahimah

Bayi lelaki atau perempuan ?

Saya nak berkongsi sedikit cara kita ketahui bagaimana doktor mengenal bayi lelaki atau perempuan melalui kromosom. Dulu saya tak tahu pun apa dia X Y dan xx ni.

Lelaki membawa kromosom X dan Y

Wanita membawa kromosom X sahaja

Benih Y yang di bawa oleh lelaki bergerak laju tetapi cepat mati sementara benih X lebih lama jangkahayatnya cuma ia bergerak dengan lebih perlahan.

Jadi jika benih yang bersenyawa dari lelaki ialah Y dan wanita ialah X  , anda bakal mengandung bayi lelaki .

Jika benih yang bersenyawa dari lelaki ialah X dan wanita X , anda bakal mengandung bayi perempuan.

Bagaimanapun iatu teori kedoktoran sahaja. Yang menentukannya hanya Allah. Masakan tidak sebab kadang-kadang bila doktor scan katanya perempuan tapi bila bersalin yang lahir bayi lelaki.

 

 

Ada pembaca yang bertanya macammana nak dapatkan anak lelaki? Mmm..ini tuhan punya kerja jawapnya ,cuma ada beberapa cara yang boleh di cuba sebagai alternatif tapi ni kaedah simple je.

Jika nak bayi lelaki

  • Jauhkan makanan yang berasid dalam jangkaan 2 bulan sebelum anda plan untuk mengandung. Contoh makanan berasid ni seperti mangga, nenas, minuman bergas ( memang tak elok pun ).
  • Mencuci faraj dengan kaedah douching dengan cecair berkarbonat ( anda boleh tanya farmasi, ada jual )

Jika nak bayi perempuan

  • Anda tak di galakkan makan makanan laut seperti udang, sotong dan sebagainya
  • Mencuci faraj dengan kaedah douching juga tetapi dengan cecair yang berasid seperti lactacyde

Jadi bagaimana? Kalau saya , tak kisah mana-mana pun sama aje :)

Kak Rahimah

Masalah kenan sewaktu mengandung

Semalam saya sakit perut tengah-tengah malam dan terpaksa bermalam di bilik air sehingga 1 jam. Hari ni pun perut saya masih sakit lagi. Tak tau apa yang saya makan sampai sakit macam ni. Takkan la masak  lala cili api jadi memulas-mulas.

Siang semalam saya pergi kenduri kahwin,makan lauk kenduri tu biasa saja rasanya. Ada alasan untuk saya ponteng kerja lagi esok ni : )

Saya teringat sewaktu mengandung dulu macam-macam perkara yang di larang yang perlu di ikuti. Kadang-kadang rasa pelik juga sebab saya rasa perkara yang saya lakukan tu macam tak ada kena mengena.Dah orang tua kata tak boleh tu buat jugak la.

Contohnya,  kata orang tua, jangan pukul atau bunuh binatang . Memang la pukul binatang tak berdosa tu tak baik tapi lebih tak baik lagi kalau wanita mengandung yang melakukannya. Bukan apa takut kenan binatang tu kena pada bayi. Saya sendiri pun tak pasti .

Lagi satu jangan suka memaki hamun atau mengeluarkan perkataan yang kurang manis atau tidak elok di dengar sebab nanti bayi kita pun akan terikut apa yang kita lakukan ketika itu.

Seperkara lagi, elok memandang perkara yang elok-elok sahaja. Jangan memandang pada objek-obek yang boleh memeranjatkan kita seperti cerita-cerita hantu, gambar-gambar ngeri, gambar binatang ganjil. Di takuti rupa bentuk objek tu terkena pada bayi dalam kandungan kita.

Kesimpulannya lakukan perkara yang baik-baik saja sewaktu mengandung. Jaga mulut, perangai dan perbuatan kita sebab segala apa yang kita lakukan mempunyai kesan pada kehidupan bayi kita nanti.

Sayangi bayi anda,

Kak Rahimah

Memakai kasut tumit tinggi waktu mengandung

Sesetengah wanita mengandung saya perhatikan masih memakai kasut bertumit tinggi . Memang kasut bertumit tinggi membuatkan anda kelihatan menarik tetapi ia kurang sesuai di pakai atas faktor kesihatan dan keselamatan.

Selain risiko kaki terseliuh sewaktu berjalan kerana kandungan yang semakin membesar, kasut tumit tinggi menyebabkan pinggang anda berasa sakit kerana terpaksa mengawal badan ketika berjalan.

Amalkan memakai kasut yang lebih rendah sewaktu mengandung dan tidak terlalu ringan supaya anda selesa ketika berjalan.

Kak Rahimah

Boleh ke cabut gigi waktu mengandung?

Sakit gigi memang menyeksakan. Jika dah sakit, satu kerja pun tak boleh buat sebab satu badan pun terasa sakit. Kalau nak di cabut gigi yang dah rosak pun doktor tak cabut terus, tunggu sakit reda baru boleh di lakukan.

Tapi bagaimana kalau waktu mengandung gigi pulak sakit? Boleh ke cabut gigi waktu tu? Ia bergantung pada tahap kehamilan. Selalunya ( pengalaman sendiri …tapi dah lama :) ), doktor akan tanya samada kita sedang mengandung atau tak.

Kalau waktu tu perut kecik dan doktor tak perasan, sila beritahu doktor anda yang anda sedang mengandung. Biar doktor tentukan samada perlu di cabut atau di beri ubat dahulu untuk seketika.Ini kerana jika di cabut , di takuti ubat bius akan memberi kesan pada bayi dalam kandungan.

Kebiasaannya, jika anda masih di awal kehamilan doktor tidak membenarkan gigi anda di cabut. Tetapi jika ketika itu anda sudah 7 bulan ke atas, rawatan mencabut gigi yang sakit atau rosak boleh di lakukan.

Bertanya pada doktor keadaan anda pada waktu itu adalah jalan terbaik untuk mengelakkan sebarang komplikasi.

Related Posts with Thumbnails

WordPress Themes