Category: Tips bersalin

Bila waktu yang sesuai membeli barangan keperluan bersalin?

Salam ceria,

Dah 2 hari balik bercuti baru saya dapat buat posti balik di blog ni. Kepada yang buat tempahan sewaktu hari raya hari tu dan sebelumnya tempahan telah mula di hantar mulai 28 hb hari tu.

Maaf jika ada yang terlewat sebab sebaik saya kembali semula ke kuala lumpur, tak sempat saya pack barang-barang yang baru sampai dari supplier sebab ramai pelanggan yang datang ke rumah dari siang hinggalah waktu malam..terkejar-kejar saya di buatnya.

Rumah pun tak sempat nak kemas dengan anak saya yang tolong’cantik’kan lagi rumah saya :)

Insyaallah saya akan cuba pos kesemua tempahan sebelum dan selepas raya pada minggu ini..harap bersabar.

Satu lagi..nasib baiklah laptop saya yang terkena air hujan ni tak terbakar sebab tingkap rumah terbuka sebab angin terlampau kuat .

Okay la cukup la tu..untuk masa yang sangat singkat ni saya nak jawab soalan yang selalu saya terima dari pembaca blog dan laman web ni. Saya selalu di tanya bila waktu yang sesuai untuk membeli set bersalin atau lain-lain barangan keperluan sewaktu dalam pantang.

Sebenarnya itu terpulang pada diri dan budget kita. Satu kebarangkalian, kita boleh bersalin apabila kandungan mencecah 7 bulan. Jadi memang ramai yang mula membeli belah keperluan bersalin pada wantu-waktu macam ni.

 

Tak salah membeli lebih awal sebab perbelanjaan sewaktu mengandung dan selepas bersalin memang banyak menggunakan wang. Jika kita bermula lebih awal, rasa beban akan sedikit berkurangan.

Ada yang takut nak beli awal sebab takut terjadi apa-apa pada kandungan..itu pun satu perkara lagi. Ada juga kebenarannya sebab kata orang tua-tua jangan terlampau  gembira. Apa pun terpulang pada diri dan budget kita sendiri.

Cuma agak berisiko juga jika terlalu lewat menyediakan keperluan sebab selalunya time macam tu macam-macam hal boleh berlaku. Kalau dah lewat sangat, nak membeli sendiri anda mungkin dah masuk wad atau labour room ( saya biasa dapat tempahan macam ni ).Tapi kalau perkara terjadi macam ni bersabarlah dan jangan panik.

Selepas bersalin( kalau set NR  la ye ), kita boleh mula ambil selepas 3-4 hari.Jadi boleh la anda minta suami atau kawan-kawan tolong belikan barangan tersebut untuk di gunakan.

Cuma mungkin sebaik bersalin tu anda pelru gunakan minyak panas untuk di sapu ke seluruh badan ( untuk elakkan angin dan rasa sejuk sebab darah dah banyak keluar )

Kalau yang bersalin ceaser tu pulak, lepas 7 hari boleh mula guna. Tetapi sebaiknya sediakan sebelum anda bersalin lagi sebab kita boleh buat persedian yang lebih rapi. Sekurang-kurangnya barang-barang dah tersedia dan hati jadi lebih tenang.

Itu saja tips saya hari ni sebab lepas ni nak start sediakan breakfast dan lunch anak saya pula. Jumpa lagi.

Kak Rahimah

Khasiat manjakani

Semalam saya terima email dari Puan Menaka yang berada di Canada. Baru-baru ini ada saya siarkan gambar baby beliau. Saya memang banyak menerima email dan order dari pembaca blog ini yang berada di luar negara cuma saya tidak pasti dengan ‘keselamatan’ set bersalin yang saya hantar ke negara ‘mat salleh’ :)

Nampaknya mungkin saya boleh menghantar pesanan ke sana pula kerana Puan Menaka telah selamat menerima pesanan beliau ( rakan beliau tolong order dan kirimkan ke sana ). Terima kasih pada Puan Menaka yang sudi memberitahu saya :)

Saya teringat sebelum ini ada pembaca yang tidak mengenali bagaimana bentuk buah manjakani.Ye lah..kalau tak pernah guna dan memang susah jika kita duduk di bandar untuk mengenali rupa buah ini.

Cuba tengok rupa buah ni kat gambar di bawah.

Rupa buah ni sebesar guli dan berpuru  ( macam kulit katak puru ..he he ). Kepada wanita yang telah berkahwin dan baru bersalin, orang orang tua selalu sediakan biji manjakani waktu dalam pantang. Kalau untuk di makan, buah ni akan di rebus dan akan di buang kulitnya. Isinya akan di gentel kecik-kecik dan di makan bersama nasi.

Kalau makan cam tu je, rasanya ramai yang akan bulat biji mata sebab pahit!. Caranya masukkan dalam nasi sedikit dan telan kalau nak selamat :0

Ada juga yang makan dengan cara di masukkan dalam buah pisang dan telan.Pun okay jugak sebab tak terkena tekak waktu menelan.

Buah manjakani juga elok di buat basuhan pencuci intim wanita. Kalau nak yang real, selepas di rebus cuci bahagian intim dengan air rebusan ( bila air tu dah suam la ye ).Elok untuk elakkan jangkitan kuman . Dalam masa yang sama merapatkan vagina wanita.

Begitu juga kalau buah ini di asah .. gesekkan dekat pasu dan ambil sedikit untuk di sapu di bahagian intim. Kata orang tua ia merapatkan semula vagina dan merupakan cara paling senang tanpa perlu beli krim atau losyen.

Sekarang ni banyak produk keintiman dan minuman kesihatan wanita yang berasaskan buah manjakani. Boleh di katakan kesemua minuman kesihatan dalaman wanita mengandungi manjakani kerana khasiatnya yang tinggi. Salah satunya ialah minuman kesihatan Bidadari yang saya promosikan di laman web petuabahagia.com.

Faham-faham ajelah banyak tisu-tisu wanita yang rosak akibat dari melahirkan anak. Selain itu juga manjakani berupaya merawat penyakit keputihan , luka-luka lepas bersalin dan juga mencegah kanser( penyakit yang paling di takuti wanita ).

Pada yang sering mengalami masalah sukar buang air besar juga amat baik kerana manjakani mengandungi serat yang tinggi.

Pada wanita yang telah berkahwin dan sibuk berkerja seharian, anda amat di galakkan untuk mengambil minuman kesihatan dalaman wanita yang mengandungi manjakani. Bukan saja ia membantu memberikan tenaga dalaman , malah membantu kita dalam hubungan intim bersama pasangan.

Wah panjangnya saya post hari ini..Waktu subuh pun dah dekat dan saya nak cari borang income tax tahun lepas sebab belum submit lagi ni .. saya memang paling tak suka isi borang ni ;)

Jumpa lagi ye!

 

Tungku oh tungku…..

Assalamualaikum,

Salah satu amalan yang tidak di lupakan sewaktu berpantang ialah amalan bertungku. Tujuannya untuk menecutkan rahim dan memecah darah kotor supaya mengalir keluar di samping mengelakkan penyakit meroyan.

Saya dalam proses mencari tungku yang baik untuk keperluan ibu lepas bersalin. Pening mencari produk bertungku yang praktikal sekarang.

Antara yang pernah saya cuba untuk menguji keberkesanannya ialah tungku herba dan tungku batu.Tungku herba memang bagus tapi ia perlu di kukus terlebih dahulu.

Saya pernah kukus dan pernah juga guna microwave. Bau yang keluar dari tungku memang sedap tapi ia tak panas lama.Dalam 15 minit je ;)

Tungku terbaru yang saya cuba pulak mengandungi batu sungai yang kecil-kecil dan herba yang di buat seperti bunjut.

Hari pertama saya testing, saya terus masukkan tungku tu dalam microwave. Sebelum tu saya percikkan sedikit air pada tungku tersebut. Saya set 15 minit . He he he..tak sampai 10 minit , anak saya beritahu ada api menyala dalam microwave dan microwave dah berasap hitam :)

Apa lagi , kelamkabut saya takut rumah terbakar cepat-cepat saya tutup suis. He he tungku batu dah jadi macam habuk rokok :) Mengikut suppliernya, kena kukus dulu tungku tu jika baru nak guna pertama kali.

Dan bila nak pakai microwave kena celup dulu dalam air dalam 2-3 minit. Nantilah bila ada masa saya akan cuba balik tungku batu ni.

Ada lagi satu pulak tungku moden atau di panggil warmer bag. Saya baru tengok-tengok aje samplenya dengan seorang supplier. Ada wayar bersambung untuk di panaskan dan bila dah panas dalam 5- minit, lampunya akan terpadam dan ia dah boleh di gunakan.

Saya tak pernah cuba tungku ni tapi ia kelihatan praktikal sebab mengandungi larutan garam batu yang berkhasiat menyembuhkan penyakit. Mungkin saya kena buat survey dulu jika saya nak jual : )

Pening mencari produk bertungku yang baik sebenarnya.Apa pun menggunakan batu sungai adalah yang paling bagus cuma bila kita guna batu sungai kena la ada pulak daun-daun untuk balut tungku tu. Mana pulak nak cari daun ni  ; )

Bila boleh mandi lepas bersalin?

Salam sejahtera :)

Minggu ini saya menerima banyak tempahan mandian dalam pantang yang baru saya perkenalkan dalam laman web saya. Terima kasih kepada semua pelanggan kerana kesemua pek herba mandian ini habis di tempah dan saya terpaksa menambah order dari supplier untuk menampung permintaan yang terlalu tinggi.

Kepada yang masih ingin dapatkan pek mandian ini anda masih boleh membuat tempahan sehingga 31/3/2009 dengan harga promosi.Klik di sini untuk keterangan lanjut.

Dalam pada itu, ada juga yang bertanya kepada saya bila waktu yang mereka boleh mandi selepas saja selesai bersalin. Satu soalan lagi ialah berapa kali boleh mandi waktu dalam pantang.

Sebenarnya kalau ikutkan pantang orang dulu-dulu, langsung tak di bagi mandi. Boleh bayangkan tak kalau tak mandi satu hari? he he he…bau kambing :)

Pada saya, saya tetap mandi macam biasa .

Selalunya bila dah selesai bersalin, kita akan rasa terlalu penat, mengantuk dan akan tertidur. Buka aje mata, satu badan sakit dan nak jalan pun macam cerita six million dollar man.Ikut kebiasaan saya akan mandi keesokkan harinya.Mandi dengan air panas kalau dekat hospital.

Buat macam biasa, mulakan dari kaki atau dari bahagian bawah hinggalah naik sehingga ke kepala. Syampoo macam biasa sebab masa bersalin, badan dah berpeluh-peluh teran baby.Jadi kebersihan adalah amat penting waktu dalam pantang.

Berapa kali pula nak mandi? Saya tetap mandi 2 kali sehari cuma air tu air rebusan daun.Saya tak mandi air sejuk waktu dalam pantang.

Pada pendapat saya, berpantang biarlah berpada. Ikutlah mana yang praktikal berbanding cara dulu-dulu.

Kak Rahimah

Petua memilih sayur waktu dalam pantang

Bagi mereka yang mengamalkan berpantang lepas bersalin, tak semua sayur boleh di makan.Begitu juga dengan buah-buahan.

Ada sayur dan buah yang boleh menyebabkan ibu dalam pantang berasa sejuk, perut masuk angin , bisa dan boleh sebabkan bentan.

Antara sayur dan buah yang bersifat sejuk dan kurang elok di makan selepas bersalin ialah bayam, pucuk ubi kayu, pucuk paku, kubis, tembikai dan jambu batu, keladi, petola, kangkung dan timun.

Sayur dan buah-buahan yang bersifat bisa dan apabila di makan perut terasa seperti di cucuk-cucuk pula ialah nenas, jambu batu, belimbing, mangga, manggis, sengkuang.

Selain dari itu, minuman bergas, berais, air tebu, air cincau juga tidak di galakkan untuk mengelakkan sendi-sendi berasa sakit.

Akibat tidak berpantang makan selalunya berlaku selepas beberapa tempoh seperti badan selalu rasa sakit dan sengal, tapak kaki rasa menyucuk bila di pijak dan kepala sentiasa rasa pening.

Jadi jauhkan sayuran dan buah-buahan yang di sebutkan seperti di atas.

Kak Rahimah

Petua menambah susu ibu

Saya baru teringat seorang pelanggan saya bertanya cara menambah susu ibu. Hampir saya terlupa untuk menghantar email pada beliau.

Jadi sementara teringat ni, saya tuliskan di blog ini saja ye. Ada beberapa cara :

1.Amalkan makan jantung pisang celur
Jantung pisang yang di celur enak di makan dengan sambal belacan.Bukan saja sedap malah ia membantu menambah susu ibu.

2.Petua menggunakan lobak putih
Kikis lobak putih dan di parut.Campur lobak putih tadi dengan segelas air panas dan di bair sehingga suam.Minum 2 kali sehari. 

3.Amalan menggunakan daun betik.
Daun betik memang enak di buat ulam walaupun rasanya sedikit pahit. Cecah dengan sambal belacan pasti pecah selera makan. Bukan itu saja ia berupaya menambah susu ibu.

4. Tambah susu ibu dengan amalan minum air longan kering
Longan yang kering , yang biasa boleh di dapati di kedai singseh amat bagus untuk di amalkan.Rebus longan kering dalam anggaran sau cawan kecil dengan beberapa cawan air ( 3 -4 cawan air) dan biar sehingga longan tersebut kembang. Minuman air rebusan tersebut sebagia amalan.

5.Gunakan daun sirih
Selain dari mengurangkan bengkak dan melancarkan pengeluaran susu ibu. daun sirih berupaya menambah susu ibu yang sedkit dan kurang lancar. Caranya ambil daun sirih dan di sapu dengan minyak kelapa. Layurkan daun tersebut pada api dan di tekap pada seleliling buah dada.

Ada sapa-sapa yang nak tambah petua? Kongsikan kat si ni ye :)

Kak Rahimah

Khasiat ubat periuk

Ketika dalam pantang, kita di galakkan untuk mengamalkan minum ubat periuk.Apa dia ubat periuk? Dulu-dulu ibu-ibu kita akan mengambil akar-akar kayu yang di rebus hingga mendidih. Air rebusan ini akan di beri minum untuk wanita dalam pantang.

Apa khasiatnya?

1.Menambah tenaga dan melancarkan semula perjalan darah wanita yang baru lepas bersalin

2.Menaikkan seri muka dan menghindarkan wajah dari lesu dan pucat.

Cara minumnya hanya amalkan 2 gelas pada waktu pagi dan 2 gelas waktu petang.

Sekarang lebih moden kerana ubat periuk ini telah di perbaiki kaedahnya dan di buat dalam bentuk uncang atau pek.Apa yang anda perlu lakukan hanyalah masak air panas dan celupkan uncang tersebut seperti membancuh teh-o.

Amalkan untuk nampak berseri selalu :)

Kak Rahimah

Lagi petua menghilangkan sakit kepala selepas bersalin

Ambil 7 helai daun sirih, kemenyan sebesar ibu jari bersama 3 ulas bawang.Giling kesemua bahan tersebut dan tampalkan di dahi.

Cara ini juga boleh di gunakan untuk orang yang demam dan lakukannya 2 kali sehari. Insyaalah demam atau sakit kepala akan berkurangan.

Kak Rahimah

Petua mengatasi demam kuning atau jaundice pada bayi.

Hai apa khabar semua :) ,

Pada minggu lepas, semasa newsletter bulan January di hantar pada subscriber mailing list, saya menerima banyak respon mengenai demam kuning pada bayi yang baru di lahirkan.

Demam kuning memang banyak menyerang bayi yang baru lahir. Walaupun penyakit ini biasa terjadi tetapi ia boleh mengancam nyawa bayi jika tiada rawatan yang sewajarnya.

Malah ia juga sedikit sebanyak mengganggu disiplin ibu-ibu yang sedang menjalani rawatan berpantang.Ini kerana jika si anak terpaksa di masukkan ke hospital, ibu pula terpaksa berulang alik untuk menjengok dan menyusukan bayi mereka.

Sebenarnya semasa saya menulis newsletter saya itu, saya tidak sempat untuk memberikan beberapa petua yang boleh di cuba jika bayi anda terkena demam kuning .

 Bagaimanapun dalam banyak respon yang saya terima, ada satu email dari subscriber saya yang menulis mengenai pengalaman beliau semasa merawat bayi beliau yang terkena demam kuning sewaktu itu.

Zurinawaty Mohamad to Rahimah
show details 22 Jan (5 days ago) Reply
Terima kasih puan di atas newsletter tu… mmg betul, kalau bayi kena kuning, si ibu mmg tak boleh nak berpantang dengan sempurna… pengalaman saya pada anak sulung, sekarang dah 6 tahun, hari ke lima dia dikejarkan ke hospital kerana bacaan kuningnya tinggi, Alhamdulillah dalam masa 2 hari bacaannya dah mulai turun dan boleh pulang ke rumah.

Saya nak berkongsi petua nie… masa kat dalam wad, saye ni menangis tak henti2… maklumlah anak pertama, kita taka de pengalaman lagi… datanglah seorang makcik cleaner berbangsa india… dia suruh saya minum air glugos ori bebanyak dan pas tu kita susukan baby (susu badan)… petang tu gak saya minta husband belikan dan terus minum… saya ulang beberapa kali… Alhamdulillah, doctor pun kata anak saya cepat bertindak balas dengan baik… menurut makcik tu lagi… semasa usia kandungan dah masuk sembilan bulan, boleh amalkan minum air glugos bagi elakkan anak kuning….

Anak yang kedua, saya ambil glugos masa kandungan dah masuk 9 bulan… Alhamdulillah anak perempuan saya tak kena kuning dan sihat…

Saya nak beri jaminan yang petua ni betul-betul berkesan pun tak berani… nnti apa kata orang kebetulan ke ape ke kan… tapi untuk anak yang ketiga ni, saya akan tetap minum glugos seperti yang makcik tu cakap… saya berdoa sesangat agar bayi yang bakal lahir pada 20 Februari 2008 ini dilahirkan dalam keadaan yang sihat tanpa sebarang masalah kesihatan… insyaallah…

 

Terima kasih saya ucapkan pada Puan Zurinawaty yang telah sudi untuk berkongsi petua dengan kita. Pada hari ini juga saya tuliskan di sini beberapa petua lain yang mungkin serasi dengan bayi anda .

Manalah tau, sekurang-kurangnya kita boleh mencuba berbagi petua supaya rawatan berpantang kita tidak terganggu.

Antara petua lain :

1.Jemur bayi di sebelah pagi. Jangan jemur dalam keadaan terlalu panas. Seeloknya dalam pukul 8 sebab belum panas terik lagi. Jika cuaca luar telalu panas nanti baby kita kekurangan air pulak. Tutup mata bayi supaya tak terkena silau .

2. Beri bayi anda lebih air masak supaya kekotoran dan tahap bilirubin yang ada dalam tubuh bayi dapat di singkirkan dengan lebih cepat.

3. Susukan bayi anda dengan lebih kerap kerana bayi anda akan lebih kerap buang air atau buang air besar yang akan sama-sama keluar dengan kekotora yang ada dalam tubuh mereka.

4.Jika anda mengambil herba atau jamu, hentikan buat seketika sehingga bayi anda sembuh.

5.Rebus daun bunga raya, daun sirih dengan air kelapa. Selepas di mandikan bilas dan bersihkan  Mandikan bayi dalam berapa hari.

6.Rebus kacang bendi dengan secawan air. Ambil air lendir kacang bendi yang di rebus tadi dan di beri minum pada bayi anda sekali sehari.

7.Anda juga boleh mencuba beri minum susu kambing ( sikit saje ) kerana berapa orang rakan saya yang mencuba kaedah ini sebelum ini memang berkesan. 

Jika anda juga ada tips-tips yang lain, boleh ke hantar pada saya? Amat di alu-alukan.Bagaimana?

Kak Rahimah

 

Petua mengurangkan rasa loya sewaktu mengandung

Hai :) ,

Hari ini saya tuliskan petua mudah kurangkan rasa loya sewaktu mengandung.

Caranya, ambil sesudu beras dan letak dalam piring. Apabila anda rasa loya, cepat-cepat kunyah beras tersebut . Terus menguyah beras tersebut sehingga rasa loya anda kurang. Saya lihat saudara saya yang sedang mengandung menggunakan cara ini dan nampaknya rasa loya beliau berkurangan.

Cubalah!

Kak Rahimah

Related Posts with Thumbnails

WordPress Themes