Category: Tips bersalin

Tips Merawat Masalah Bentan Sewaktu Dalam Pantang

Hai :) ,

Hari ni saya nak tulis sedikit petua orang dulu-dulu cara nak merawat bentan.

Bentan ni terjadi kalau waktu selepas bersalin kita terambil makanan sejuk atau terlanggar benda keras.

 Selalunya badan akan rasa seram sejuk dan ada yg boleh pitam jika terlalu teruk.

Caranya :

Cepat-cepat sapu minyak panas( minyak untuk urut sewaktu dalam pantang )di seluruh badan. Pakai baju panas, bersetokin dan berselimut.

Jika ada pembantu, mintak mereka gosokkan sedikit kunyit hidup dengan kapur makan lalu di sapu pada kuku kaki dan tangan.

Minum air kopi panas untuk panaskan badan dari dalam. Bertungku juga elok jika anda boleh bangun atau ada seseorang yang boleh membantu ketika itu.

Simple saja tips hari ini. Kita jumpa lagi nanti.

Kak Rahimah

Petua jaga rambut sewaktu dalam pantang bersalin

Kadangkala ada ibu-ibu yang baru atau selepas bersalin yang mengalami masalah rambut yang sentiasa gugur semasa menyisir atau semasa bershampoo. Keadaan ini kadangkala agak mencemaskan kerana ibu-ibu ini risau kerana ia kadangkala hampir menampakkan kulit kepala.

Cuba ikuti petua ini agar tidak berlarutan.

1.Ambil sebiji kelapa di parut dan di perah santannya. Cukup sekadar mengambil perahan santan yang pertama.

2.Buah keras di bakar dalam anggran 5 -6 biji dan di bakar sebelum di tumbuk hingga lumat. Masukkan buah keras tadi ke dalam santan dan di kacau hingga mesra atau sebati.

3.Cuci rambut anda dan kemudian lumurkan campuran santan dan buah keras tadi ke seluruh rambut anda. Biarkan dalam anggaran selama satu jam dengan keadaan rambut anda di bungkus dengan plastik penutup kepala.

4.Bilas rambut and dengan air suam dan keringkan. Cuba amalkan kerana santan bertindak melebatkan rambut dan mencegah rambut di gugur. Buah keras pula berfungsi untuk menghitam dan mengilatkan rambut anda.

Selamat mencuba.

Kak Rahimah

Khasiat daun mengkudu sewaktu pantang bersalin

Salam sejahtera pembaca semua,

Saya sebenarnya dah tak sabar untuk mengambil cuti tahun yg ada lagi 8 hari. Malasnya rasa nak kerja..Tak sabar saya nak berkurung di rumah.Boleh la saya kemas -kemas rumah sikit terutama sekali kat luar sana.

Di luar rumah saya ( kat halaman ), ada pokok mengkudu, serai, serai wangi, pokok inai dan pokok belimbing.Bukan saya yg tanam ye…saya pakai je..hu hu.Teringat saya masa kami renovate rumah, habis daun pandan yg rimbun terpaksa di korbankan.

Ni rupa pokok mengkudu ya kalau ada yang tak tau rupa bentuk pokok ni ye..

 

 

Nasib baiklah pokok mengkudu dan beberapa pokok lain masih ada. Saya memang suka dengan pokok mengkudu kat rumah saya ni.Kadang-kadang ada orang yang datang minta daunnya untuk di buat ubat.Ye lah mana nak cari pokok ni kat dalam bandar ye..

Apa kata kita kenal-kenal sikit apa khasiat pokok mengkudu ni hari ini ya :

  • Pucuk daunnya elok di buat ulam untuk mencuci darah ( tak rasa pahit pun )
  • Daun yang segar elok di buat air mandian. Selalunya daun mengkudu akan di rebus dengan daun serai wangi, daun inai, sintok untuk di gunakan oleh ibu yang baru bersalin.
  • Daunnya juga elok untuk membalut batu tungku yang di gunakan untuk bertuam.Bertungku selepas bersalin memang elok untuk mengecutkan peranakan sambil memecahkan darah beku dan darah kotor supaya keluar.
  • Buah mengkudu juga boleh di buat jus untuk mengurangkan tekanan darah tinggi.Hanya ambil buahnya dan di kisar dengan air.

Kata orang tua, kalau kita selalu amalkan makan pucuk mengkudu lambat nampak tua.Memang eloklah kalau kita amalkan makan pucuk mengkudu untuk di buat ulam .Bukan saja selepas bersalin, waktu bila-bila mengadap hidangan.

Jadi pada sesiapa yang dekat dengan rumah saya, kalau nak guna waktu dalam pantang…datanglah ya.Free je..he he.

Kak Rahimah

Petua menambah air susu ibu

Beberapa hari yang lepas, saya ada menerima email dari seorang pelanggan saya dari Singapura yang bertanyakan tentang cara menambah susu badan. Sebenarnya ramai juga ibu-ibu yang baru bersalin menghadapi masalah ini . Petua di bawah mungkin oleh membantu anda . Saya kongsikan petua tersebut di sini.

  •  Ambil kerak nasi yang panas dan campurkan dengan garam serta kelapa parut. Makan campuran bahan tersebut setiap hari.
  • Minum air barli panas 2 kali sehari.
  • Amalkan minum air rebusan sawi.

Saya tidak pernah mencuba petua ini tetapi jika anda mencubanya, jangan lupa beritahu kepada saya hasilnya.Jika berkesan mungkin pembaca yang lain boleh mencubanya juga.

Yang  prihatin,

Kak Rahimah

Tuam bayi anda untuk hilangkan kembung perut

Sewaktu berpantang kita bukan saja menjaga diri kita sendiri malah bayi kita juga. Jika kita lalai merawat bayi yang baru lahir, mereka akan mula meragam. Kita juga yang susah!.

Masalah bayi meragam kebiasaanya kerana kembung perut dan bayi akan mula merengek minta di belai. Apa kata setiap kali selesai memandikan bayi anda , demah bayi anda dengan tuam. Cara bertuam pun terpulang kepada anda untuk memilih yang paling praktikal.

Cara pertama menggunakan daun sirih yang di layur di atas tudung periuk dan di sapu sedikit dengan minyak kelapa .Agak-agak suam, demah atau tuam pada sekitar perut, pusat, ari-ari dan di sekitar kemaluan bayi ( terutama bayi lelaki yang selalu di serang angin pasang ).

Cara ke dua adalah dengan menggunakan ramuan herba jintan yang di campur dengan beberapa herba yang lain .Masukkan ke dalam ikatan kain ( seperti iktan sup bunjut adabi)..he…he mesti ada yang ketawa .Panaskan di atas tudung periuk dan agak-agak suam , tuam di kawasan yang di sebutkan tadi.

Selain itu setiap kali selepas selesai bertuam, sapu minyak bayi untuk memanaskan perut dan lain-lain bahagian seperti di di bawah pelipat, di tapak kaki bayi, di pelipat tangan dan di bahagian belakang pinggang.JIka anda rajin melakukannya, insyaalah bayi anda akan jarang kembung perut.

Sebaik-baiknya anda sendawakan bayi anda sebaik selesai menyusukannya. Angin yang masuk ketika menyusu dapat di keluarkan jika anda membantu bayi sendawa. Cara sendawakan bayi amat mudah dan anda boleh lakukan mana yang anda rasa lebih selesa.

Saya lebih suka mendukung bayi saya ( dulu la..sekarang dah besar, yang paling kecil pun dah 3 tahun lebih ) dan menepuk-nepuk perlahan-lahan dan mengurut bahagian belakangnya. Atau anda juga boleh tiarapkan bayi anda di pangkuan sambil menepuk-nepuk atau mengurut belakang bayi dengan perlahan.

Bayi kita akan tidur lena jika tidak mengalami masalah kembung dan kita juga boleh dapat merehatkan badan atau melakukan kerja-kerja ringan sewaktu berpantang.

Cubalah!

Kak Rahimah

3 Petua kurangkan sakit bersalin

Tips kali ni pendek sahaja.Tak adalah susah sangat cuma nak berkongsi apa yg di praktikkan waktu tengah sakit.Caranya ;

1.Sebelum pergi ke hospital, sediakan air selusuh,isi dalam botol dan bawa sekali ke hospital.Bila rasa sakit, minum air tu.Kebanyakan nurse pun tahu dan suruh kita minum air tu bila kita sakit.Jangan bimbang bawak je kat dalam labour room.

2.Masa dekat atas katil, bila rasa sakit datang ubah posisi berbaring.Baring ke kiri dan bukan ke kanan supaya jantung kita tak terhimpit untuk pam darah.

3.Bacalah surah maryam dan beberapa surah lagi berulang-ulang sehingga sakit tak terasa sangat.

Insyaallah sakit akan terasa reda. Jangan bimbang kalau rasa sakit sebab itu tandanya berlakunya penguncupan otot sebab baby kita dah nak melawat dunia baru dah sangat dah masa tu..

Balik dari raya haji nanti, saya postkan lagi pasal sakit bersalin ni ye.Tungguuuu…..

Pakar bersalin cyber,

Kak Rahimah

Petua menghilangkan bau nifas sewaktu berpantang.

Petua ini saya ambil dari sebuah buku untuk tatapan semua.Seperti yang kita semua ketahui darah nifas ada kalanya berbau kurang menyenangkan. Jangan bimbang kerana masih ada cara untuk menghilangkan bau tersebut.

Caranya ambil temulawak sebesar jari , di kupas dan di cuci  .Hiris nipis- nipis setelah di bersihkan dan di campurkan dengan asam jawa sebesar guli. Masukkan juga gula dua sudu dan di tuangkan air mendidih di dalam gelas. Kacau bahan tersebut dan di biarkan sejuk barulah di minum. Lakukan petua ini seminggu 2 kali sehingga darah nifas anda kering.

Selamat Mencuba!

Kak Rahimah

Petua merawat ruam lampin.

Kulit bayi yang masih lembut adalah amat sensitif. Jika lampin tidak di tukar atau terlalu lama kemungkinan bayi akan terkena ruam lampin. Seseparuh bayi mengalami kulit yang kemerahan dan apabila tiada rawatan yang betul, ia menjadi melecet menyebabkan kesakitan dan rasa tidak selesa .

Ini juga berlaku kepada seluruh tubuh jika cuaca di luar yang panas menyebabkan timbulnya ruam di seluruh tubuh bayi. Petua mudah untuk mengatasi ruam lampin atau ruam di bahagian seluruh badan ini ialah dengan menggunakan tepung ubi. Selepas memandikan bayi, sapukan tepung ubi di bahagian yang terkena ruam sebelum memakaikan lampin. Begitu juga di bahagian badan hanya perlu sapukan di seluruh bahagian yang terkena ruam dan insyaalah ruam akan berkurangan.

Selamat mencuba!

Kak Rahimah

2 Petua mudah merawat bayi yang demam.

Bayi yang demam atau kurang sihat pasti meragam dan anda juga pasti tidak dapat berehat dengan secukupnya. Jangan anda ambil mudah kerana jika panas badan terlalu tinggi, bayi anda mungkin akan terkena sawan. Anda boleh mencuba petua ini sementara anda dapatkan rawatan di hospital atau anda boleh melakukannya sebagai ikhtiar.

1.Mengurangkan panas badan dengan air asam jawa.

Caranya ambil sebuku asam jawa, ramas dengan sedikit air. Setelah pekat,sapukan air ramasan asam jawa tersebut pada ubun-ubun dan seluruh kepala. Biarkan sehingga lumuran tadi kering di kepala.Anda akan dapati , panas badan bayi anda akan berkurangan. Buat beberapa kali dalam sehari.

 

2.Mengurangkan panas badan dengan beras pulut.

Petua ini di ajar oleh ibu mertua saya ketika anak saya yang ke empat telah masuk minggu ke dua tidak sembuh. Caranya ambil segengam beras pulut dan di goreng tanpa minyak seperti anda membuat kerisik. Goreng sehingga beras pulut tadi berwarna kekuningan.

Setelah itu ambil sedikit beras pulut yang telah di goreng tadi dan di campurkan dengan secawan air panas. Tunggu air tadi suam dan di tapis.Bolehlah beri bayi anda minum air tersebut. Lebihan beras tadi boleh di buat mandi dengan mencampurkannya ke dalam air panas dan di buat mandian. Insyaalh panas badan bayi anda pasti akan berkurangan.

Semuga bayi anda cepat sembuh,

Kak Rahimah

Petua menghadapi masalah cramp semasa mengandung

Masalah cramp selalu di hadapi oleh wanita mengandung. Rasa seperti bersimpul dan kejang di bahagian betis terutama sewaktu tidur kadangkala amat mengganggu. Saya sendiri pernah terpaksa mengambil cuti sakit selama beberap hari kerana tidak berdaya untuk berjalan dengan betul.

Masalah ini sering berlaku apabila kandungan membesar dan bayi anda memerlukan kalsium untuk pembentukan tulang.Untuk mengatasi masalah ini ada beberapa cara :

1.Sebelum tidur alas kaki anda dengan bantal supaya kedudukan kaki lebih tinggi. Atau anda boleh memakai stokin supaya kaki tidak terdedah pada angin sejuk.

2.Ketika duduk atau jika anda bekerja, letak kotak di bahagian kaki supaya dapat menampung kaki anda.

3.Minum susu sekurang-kurangnya 2 atau 3 kali sehari supaya tubuh mendapat kandungan kalsium yang mencukupi.

 Selamat mencuba!

Kak Rahimah

Related Posts with Thumbnails

WordPress Themes