RSS
 

Archive for the ‘Video Youtube’ Category

Tips Keluarga bahagia Dr Fadzillah Kamsah

07 Oct

Pagi ni saya bangun awal sempat saya browse youtube dan sempat mendengar ceramah motivasi Dr Fadzillah Kamsah . Video ni saya memang tak pernah tengok lagi dan banyak tips berguna kepada semua ibu bapa termasuklah saya sendiri dalam mendidik anak-anak.

Kesimpulannya banyak masalah sosial anak-anak sekarang berlaku kerana keluarga yang kurang bahagia. Dan salah satu puncanya juga kerana rezeki yang tidak berkat.Jadi kalau bekerja kenalah kerja dengan penuh amanah , tidak ponteng , tidak makan riba dan sebagainya  supaya rezeki yang di beri pada anak-anak di berkati.

 

Apa kata kita share dan tonton video ni sekarang dan praktikkan mana yang kita tak pernah atau kurang praktikkan .

Jumpa lagi dengan tips Dr Fadzillah nanti ye :)

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 

Obses untuk kurus…….berhati-hati dengan anorexia.

13 Sep

Assalamualaikum,

Sewaktu saya menulis ni dah pun pukul 1: 28 am, dan mata belum mengantuk lagi. Tadi saya dengan anak saya yang darjah 5 asyik dengan youtube penyanyi kegemaran saya – The Carpenters. Siapa yang segenerasi dengan saya pasti kenal siapa The Carpenters ni.

Yang ni pulak youtube beliau semasa penyakit tersebut dah menjadi teruk tetapi beliau masih boleh menyanyi.Saya tunjuk youtube ni jika anda pernah mendengar lagu yang di nyanyikan di atas..( kalau anda bekerja di pejabat perlahankan sound kalau tak nanti terkejut satu office..kalau nak nyanyi sekali pun boleh tapi saya tak bertanggung jawab ;)

Cuba lihat bagaimana kurusnya dia ketika membuat persembahan sehingga pakaian yang di pakai masih tak mampu menyorokkan kekurusannya .

Pada generasi sekarang yang saya panggil generasi K-Pop atau Beyonce, kehebatan dan kegemilangan The Carpenter tak dapat mereka tandingi. Semua lagu mereka saya suka sebab ia tidak menyakitkan telinga walaupun sewaktu saya muda belia dulu, saya pun suka rock jugak..of course Amy Search is my favorite..phewittttt :)

Saya rasa terpanggil pulak nak menulis tentang Karen Carpenter-vokalis duo ni sebab beliau mempunyai penyakit Anorexia. Penyakit obses untuk kurus sehingga badan jadi melidi walaupun tanpa mereka sedari yang mereka sudah pun cukup cantik sebenarnya.Kalau dalam bahasa persuratan anorexia adalah gangguan dalam tabiat pemakanan yang membahayakan kesihatan fizikal dan emosi.

Tanda-tanda anda mengidap anorexia antaranya :

1.Tekanan darah dan nadi yang rendah

2.Keletihan, mengantuk , fikiran sentiasa terganggu.

3.Kurang gemar bersosial sebab mereka mahu mengelakkan makanan yang bakal di nikmati

Jadi kalau anda rasa anda ingin kurus tapi rakan dan famili mengatakan anda sudah cukup cantik dan sesuai dengan ketingian, dengarlah cakap mereka.Jika anda tak puas hati, jumpalah doktor dulu untuk dapatkan kepastian sebelum berlaku seperti apa yang terjadi kepada Karen Carpenter..I missed you Karen..( Oh ye Karen Carpenter telah pun meninggal dunia pada 1983 iaitu ketika saya di Tingkatan 4 :( )

Kak Rahimah

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 

Kanak-kanak disleksia – ” Every Child Is Special “- Mesti di tonton oleh Ibu-bapa

13 Aug

Assalamualaikum,

Saya baru saja selesai menonton TV 108 – cerita hindustan ( Astro ) dan nak tau cerita apa yang saya tengok tadi? Cerita pasal kanak-kanak disleksia seperti yang pernah saya tulis dalam entri yang terdahulu.

Cerita kali ni secara kebetulan tekan-tekan remote control tu keluar pulak cerita lakonan Amir Khan yang jadi cikgu di sekolah khas. Hmm..betullah apa pemahaman saya sebelum ni mengenai disleksia iatu satu kesukaran dalam pembelajaran .

Di tunjukkan dalam cerita tu bagaimana kanak-kanak tersebut mengeja sesuatu perkataan dengan terbalik. Akibat tertekan dia yang gemar melukis menghentikan hobinya kerana selalu di marahi keluarga kerana rekod kemajuan yang sangat rendah dalam pelajaran.

Saya dapat melihat bagaimana kanak-kanak yang tertekan dengan ‘kekurangan’ dirinya tiba-tiba tersedar bahawa dirinya adalah sangat istimewa bila dia di sedarkan bahawa ramai orang -orang ternama di dunia rupa-rupanya juga menghadapi kesukaran yang sama sewaktu kecil. Dengan sedikit peransang dan keprihatinan guru yang sedar dengan ‘kekurangannya’ kanak-kanak tersebut mula mendapat sedikit momentum .

Dari saat itu beliau mula menunjukkan bakat dan kesungguhan sehingga mampu untuk menjadi hebat malah lebih baik dari kanak-kanak lain. Tajuk cerita ni ” TAARE ZAMIN PAAR” dalam bahasa Inggeris bermaksud ” Every Child Is Special “.Saya muatkan YOUTUBE cerita ini di sini untuk anda menontonnya kemudian . Cerita hindustan ye bukan cerita omputeh sebab yang penting apa yang dapat anda pelajari dari cerita ini :)

Menarikkan cerita pasal kanak-kanak disleksia ni. Saya rasa sangat menarik sebab pada zaman ini seseorang yang lemah dalam mata pelajaran di sekolah sering di salah bodoh sedangkan mereka mempunyai bakat dan kepandaian yang tidak di miliki oleh orang lain.Sesuatu yang patut kita renungkan juga tentang sistem pembelajaran di negara kita samada kita sebenarnya di hadapan atau ‘out of date ‘

Saya pernah membaca akhbar bagaimana di sesetengah negara barat sejak di sekolah rendah lagi mereka di beri kebebasan untuk menguasai sesuatu kemahiran dan bukan buku semata-mata. Tidak ada istilah kanak-kanak atau pelajar yang lembap sebab masing-masing akan di beri penekanan dan latihan menguasai sesuatu ilmu atau kemahiran. Alangkah baiknya jika sistem ini di amalkan di Malaysia :)

Baiklah saya nak masuk tidur sebab sekarang dah pukul 1.43 am .Takut terlepas pulak time nak bersahur nanti.Hari tu dah terlajak sekali tengok jam dah pukul 6.22 am..

Selamat menonton dan Selamat bersahur.

Kak Rahimah

 

 

Related Posts with Thumbnails

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website