7 Tanda-tanda bayi anda sedang mengalami masalah

Bayi yang sihat akan mengalami pertambahan berat badan setiap bulan. Bagaimana pula dengan bayi yang terjejas pembesarannya dan anda perlu beri perhatian segera? Periksa bayi anda dan rujuk dengan pakar kesihatan supaya rawatan awal dapat di lakukan.

Tips-tips di bawah yang saya baca dari majalah dan kongsikan di sini mungkin boleh membantu anda :

 

 Antara tanda-tandanya :

  • Berat badan turun setiap kali menjalani pemeriksaan kesihatan. Anda boleh bertanya pada doktor semasa buat check up atau teliti kad kesihatan setiap kali buat pemeriksaan bayi.
  • Bayi kelihatan tidak selera makan setiap kali anda mahu menyuapkan makanan.
  • Badan yang terlalu ringan adan tidak sepadan dengan umur bayi yang sepatutnya bertambah setiap bulan.
  • Badan nampak letih , kurus , perut kelihatan buncit
  • Rambut nampak tak bermaya dan kesan lembam di bahagian mata.
  • Bayi tidak peka apabila di panggil atau tidak teransang untuk mencari apabila ada bunyi yang kuat
  • Mata bayi tidak memandang apabila di panggil

Selepas ini perhatikan bayi anda ye :)

Kak Rahimah

Comments

  1. ina says

    sekiranyer bayi x buang air besar selama 3 hari apa kesan pada kesihatan bayi dan bagaimana cara mengatasi masalah tersebut

  2. rahimah says

    Rumaizah,

    Bawa jumpa doktor supaya boleh di atasi dengan lebih cepat.

    Ina,

    Sama macam orang dewasa juga kalau tak buang air besar maknanya tak cukup serat.

    Bila tak buang, angin berkumpul dan bahan buangan tadi mengeras dan menyakitkan bayi tadi.

    Ada macam-macam cara dan kita boleh cuba mana yang serasi.

    Setiap kali lepas makan bagi minum air masak.Boleh bagi makanan berserat seperti bijirin, kalau pisang dan oren pun kena tengok umur bayi samada mereka dah boleh terima jenis makanan ni atau belum.

  3. liya says

    mcmane yer baby sy 6 bulan tapi berat die hnya 5.5 kg aja. tiggi 64 cm…tapi dia sangat aktif..usia 3 bulan dah meniarap…apa patut saya buat..saya tanyer kwn yg lain..anak tak smpai 6 bulan dh bg mkn nasi…tp saya baru nk bg mkn nasi

  4. lindaniel says

    hai,

    anak buah saya sudah berumur 2 tahun 8 hri tapi maih tidak bleh berjalan. Pemeriksaan bulanan di klinik desa hanya mencadangkan tunggu sahaja sehingga dia boleh berjalan sendiri. tapi langung tidak nampak apa2 perubahan. Apa yang harus dilakukan???? 😐

  5. lindaniel says

    hai,

    saya nak tanya, botol susu bayi boleh digunakan berapa bulan sahaja? dan putingnya pula perlu diganti setiap bulan ke walaupun ianya bersih dan tiada kesan sisa susu basi?

  6. lindaniel says

    😉 😐 😡 :roll: 😳 😮 :mrgreen: 😆 💡 👿 😥 ➡ 😛 😀 ❓ 😕 :) :( ❗ 😯 8)

    seronok la baca blog ni, dpt tau byk benda baru…

  7. ain says

    bayi saya sering muntah susu atau orang kedah cakap temak..
    kaki dan tangan pula sejuk dan ditempat lain adalah normal..
    sering merengek dan x suka di baringkan..apa masalahnya ek..?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


6 + = 9