Petua mengurangkan selsema pada bayi

Bayi yang masih kecil kalau selsema memang kadangkala sukar untuk bernafas.Kalau keadaan terlalu teruk, anda terpaksa membawa mereka ke klinik supaya kahak dan lendir tersebut di sedut atau di buang.

Menurut ibu yang pernah mengalaminya, doktor menggunakan gas.Saya kurang pasti sebab tak pernah pula keadaan menjadi seperti begitu. Di farmasi juga ada di jual ubat titik atau drops untuk di titikkan dalam hidung bayi tetapi ia tak boleh di amalkan selalu.

Jadi hari ini saya siarkan serba sedikit petua untuk hilangkan selsema pada bayi. Cubalah mana tau ada yang serasi dengan bayi anda :

1. Petua gunakan kapur sirih dengan kunyit – Ambil kunyit hidup dan di gesekkan dengan kapur makan. Sapu pada sepanjang batang hidung bayi .

2.Gunakan madu- Madu mengeringkan kahak. Campurkan madu pada susu bayi atau beri mereka minum madu sedikit setiap hari.

3.Petua menggunakan daun sirih-Ambil beberapa helai daun sirih ( kalau di pekan, kedai India selalu ada di jual ) , ramas atau tekan-tekan dengan tangan dan ambil lendirnya. Sapu lendir sirih tersebut pada sepanjang batang hidung bayi.

Selamat Mencuba,

Kak Rahimah

Comments

  1. mamaaiman says

    anak saya mengalami masalah kahak yg teruk,jika dia diberi ubat dari klinik dia akan muntah dgn teruk sekali hingga berdarah.saya kerap mengambil gas di klinik untuk mengurangkan kahak sbb dgn gas di nampk lebih selesa.

    • says

      ank sya pn sma.. dr ank syua lahir lkahak nya telampau bnyk.. skg ank sya uda 1 thn 1bulan. skg ank sya ada astma uda.kadang2 kalu dy sakit sya tkt sgt,sya tkt astma nya dtg lg..

    • says

      Kahak boleh membawa kepada demam.. dan doktor selalunya akan memberi ubat antibiotik.. Akak ada cara yang lebih baik. Sila baca huraian akak di blog akak,ya. Selamat mencuba…!

  2. maz says

    anak sy pun alami selsema.Masa tu baru 1 bulan lebih.doct x bg ubat selagi belum 1 tahun.So doct bg sedut gas.Alhamdllh, bb dah ok.

  3. azryn says

    baby saya 2 bulan pun ade selesema, bila buai nak tido, batuk pun dtg sekali. petua kunyit tu memang saya amalkan cuma mungkin sbb kahaknya banyak, so kesannya agak perlahan. bila pergi klinik, dr bg ubat minum utk cairkan kahak, ok ke??

  4. ummi madihah says

    bb i kategori prem.ms tue berat cm 1.24kg.pas 3 weeks kuar wad NICU,dia sesema teruk gak.smpi lemas gak dia bl nk bnafas.puas g klnik sedut lendir.tp x gak ok.lastly,jmp pakar knk2, doc 2 bgtau pkra nie mmg normal bg bb newborn.so,doc cdg bg madu sdkt plus gan susu.doc xbg i gn alat sedut kahak or masukkn ubt drops sbb blh br effect dlm nose bb.dlm 1weeks je dh ok.mula2
    mmg bb i akn muntah pas bg madu+susu sbb kahak kuar skali.pas2,ok.lega…

    • says

      akak… ana sya prem juga tp skang dh 1 bulan lebih… anak sya pun selsema dan berkahak… kekdg kalu dy munum susu tu… dy akn muntahkan susu dan khak.. xda pe2 ke tu?? nak tggu lama ke bru sembuh?? selsema plak?? cm nak kurangkan hingus ek??

  5. hafizah says

    hmm, bb i br je 3minggu n baru selesema jangkit ng suami kot..tak pon nenek nya..sian sgt..tak pandai nak bernafas guna mulut..marah je tak dpat nak tdo..tp biler dah susukan lelap la kejap..sianla tgk dia..dah try dah petua2 ni tp tgkla caner berkesan ke tak..dah p klinik, doc bg ubat selesema ng demam (incase suhu naik)..skang ni mmg ikut time bagi ubat. hopefully cepat sembuh..

  6. ira hardini says

    bb saya baru usia sebulan sian tgk dia susah nak bernafas..try search tenet..ada yg kata elok campur madu dalam susu..ada kata xelok. yg mana betul ye?

    ada pendapat mengatakan camni…

    tidak berbahaya asalkan tidak menimbulkan muntah sih tidak apa2 bun. Jangan berikan madu selama 1 tahun pertama. Madu tidak boleh diberikan
    untuk bayi dibawah 12 bulan. Jangan tambahkan madu pada makanan bayi anda
    atau mencelupkan dotnya ke dalam madu. Madu terbukti dapat menyebabkan
    penyakit serius, botulisme yang dapat menyebabkan kematian.

    Dalam Madu bisa terdapat bakteri Clostridium botulinum yg bisa berbahaya utk bayi dan dapat menyebabkan keracunan atau sakit.
    Dalam masa 6 bln sampai tahun pertama bayi masih dalam pertumbuhan, usus serta bagian dalam lainnya masih sangat terlalu peka terhadap gangguan (daya tahan tubuh masih lemah).
    Bakteri tsb dapat mengakibatkan gangguan susah hajat, melemahnya
    otot, melemahnya pernapasan dan gangguan pada pancaindra, bisa juga
    berakibat fatal yg bisa mengancam keselamatan jiwa si bayi.
    Sebaiknya tunggu sampai bayi berumur lebih dari 1 tahun.

    atau rujuk web ni http://ibudanbalita.com/diskusi/pertanyaan/246/Berbahayakah-jika-susu-dicampur-dengan-madu-cair

    • Intan says

      Salam, baby sy pun ex-preemie. masa umor 2 bln, dia batuk smpai infection kat paru paru.
      sy cuba bagi air madu sikit petang tu, malangnye keadaan nye bertambah teruk pada tgh mlm.
      terus sy bw p hosp. pakar kata baby x bole bagi madu, coz madu pun dibuat dr lebah dan x bersih sbenarnye bg baby.

      bila doktor keluarkn something dr perut baby sy, semua air madu tu keluar semula. maknaye, baby x leh nk hadamkan madu tu, kena tahan kt NICU 10 hari, untuk treat kuman kt paru paru. alhamdulillah, sekarang dah sembuh.

  7. faridah jaapar says

    anak saya umur 6 bulan..masa umur 1 bulan dia kena selesma n lepas 1 minggu x juga baik2 lepas tu bagi mkn TF tak sampai 1 hari selesma+kahak dia hilang…alhamdulillah sampai sekarang ni pun dia tak penah kena selesma n demam lg if ada pun bagi TF dan tak sampai 2 jam dah ok..

    • Suzana says

      kak Faridah, mana saya ble dapatkan TF tu ye? baby saya asyik selsema, n batuk saja, selalunya saya hantar di Hospital Pakar di Klang, tp x penah plak doc tu inform saya mengenai TF.. Kosnya berapa ye kak?

      • faridah jaapar says

        Transfer Factor ialah sebuah Molekul Pendidik Sistem Imun (Immune IQ) yang boleh meransang sistem imun untuk menyerang semua jenis sel-sel rosak atau sel berpenyakit di dalam badan.

        – 1 biji Transfer Factor berpotensi mengenali lebih dari 100,000 jenis kuman, virus, kulat, parasit, bakteria, sel kanser dan sebagainya.

        – Transfer Factor di ekstrak daripada kolostrum (susu awal lembu) dan kuning telur tetapi ia tidak mengandungi antibodi khusus (cassein dan immunoglobulin) seperti yang terdapat di dalam kolostrum (haiwan). Oleh itu, Transfer Factor DIJAMIN 100% tidak memberi kesan allergi kepada pengguna.

        – Selain itu, kuantiti Transfer Factor di dalam 45,000mg kolostrum adalah hanya 600mg. Ini bermaksud kekuatan 1 biji pil Transfer Factor adalah sama dengan 75 – 100 biji pil kolostrum.

        – Transfer Factor tiada kadar toksik, tiada kesan sampingan dan selamat untuk semua peringkat usia termasuk warga tua dan bayi.

  8. says

    I dah try kunyit campur kapur….Mmg mujarab. Tapi madu tu I x advise untuk baby kurang dari setahun…N one more you can do, untuk pengamal NR a.k.a NonaRoguy, u guys boleh beri minum baby air akar herbanika nipis2 pada baby. I selalu bagi dalm susu. N my mum penah bagi secubit madu tenaga dalam susu untuk kurangkan kahak baby I.Mmg mujarab…

  9. fauzi says

    anak saya selsema,emak saya sapukan minyak kelapa dara di ubun-ubun(kepala)nya dan insyallah selsema berkurangan.

  10. zara says

    my baby almost 5 months n this is 1st time die selsema n agak teruk sb die ssh nk breathe, kesian sgt sb bile time die lapar nk mnm susu pn ssh , sb xbleh nk nfs, kalo bleh nk tau pe cara plg ok, hurmm bttlke x bleh bg mkn madu? kalo kite bg ckit cmpr dlm susu x bleh ke?

  11. intan says

    faridah jaapar saya ada masalah anak saya 1 bln selsema sampai susah nak bernafas, so saya nak tahu ape tu transfer factor advance?

  12. rahimah says

    Intan,

    Trnasfer factor tu suplement yg meningkatkan daya ketahanan badan. Baru-baru ni anak saya demam panas yang agak lama. Doktor berikan transfer factor dalam bentuk kapsul yang perlu di letakkan di atas lidah. Boleh juga di campurkan di dalam air atau susu bayi.

    Refer pada doktor dulu sebelum ambil sebarang suplimen untuk kanak-kanak.

  13. oyo says

    nak tanya nie mengenai petua madu mix susu formula tu untuk hilangkan selesma berkesan ke?and then brapa sudu madu nak d campurkan kat susu tu?or sukatan madu tu agak2 jeble ke?

  14. oyo says

    ank i lhir premature…slps 3 minggu tu ank i kurng oksigen then ank i masuk wad blik..pas 3 days kat wad tu da ok da..then pastu dia selesma and batuk2.doc just bagi ubat batuk je xda plak ubat kahak coz doc x brani nak bgi bab masi baby..kesian la plak nak tngok baby i susah nak bernafas so i bawa g klinik swasta..doc tu bagi ubat kahak.i cuba alhamdulilah ada kuar juga kahak tu tpi sampai skang masi x ok dah nak dekat 4bulan da baby i selesma..so i nak taw petua madu tu mix susu ble ka x untuk baby premature ni?coz baby premature ni sensitif sikit kan..hmm i belum cuba petua ni lg..takut ble cuba ka x tu je..

  15. faridah jaapar says

    Pn. Intan

    APA ITU TRANSFER FACTOR?
    – Transfer Factor ialah sebuah Molekul Pendidik Sistem Imun (Immune IQ) yang boleh meransang sistem imun untuk menyerang semua jenis sel-sel rosak atau sel berpenyakit di dalam badan.

    – 1 biji Transfer Factor berpotensi mengenali lebih dari 100,000 jenis kuman, virus, kulat, parasit, bakteria, sel kanser dan sebagainya.

    – Transfer Factor di ekstrak daripada kolostrum (susu awal lembu) dan kuning telur tetapi ia tidak mengandungi antibodi khusus (cassein dan immunoglobulin) seperti yang terdapat di dalam kolostrum (haiwan). Oleh itu, Transfer Factor DIJAMIN 100% tidak memberi kesan allergi kepada pengguna.

    – Selain itu, kuantiti Transfer Factor di dalam 45,000mg kolostrum adalah hanya 600mg. Ini bermaksud kekuatan 1 biji pil Transfer Factor adalah sama dengan 75 – 100 biji pil kolostrum.

    – Transfer Factor tiada kadar toksik, tiada kesan sampingan dan selamat untuk semua peringkat usia termasuk warga tua dan bayi.

  16. mar says

    anak saya sekarang tgh selsema.tak tau nak wat ape.sedut guna alat penyedut dapat keluarkan sikit jer.nak bagi ubat takut plak.kesian tgk dia.risau jer dia tak boleh bernafas.skrg ni saya sapu vick sikit2 kat batang hidung dia.

  17. rahimah says

    Mar,

    Selalunay kalau dah terlamapu teruk, doktor akan gunakan gas untuk sedut keluar. Ada ubat titik yang terdapat di farmasi tapi ada 2 jenis . Cuba bertanya kepada doktor kaedah yang terbaik sebab ubat titik tu pun bukan boleh di guna selalu.

  18. bidadari says

    petua daun sirih memang benar-benar berhasil. sebelum ini anak saya yang berusia satu bulan mengalami masalah stuffy nose (ketat hidung) menyebabkannya sukar bernafas terutama di waktu subuh. saya telah menemui 3 org doktor kanak2 yang hanya memberi nose drops namun tidak berkesan. saya baru mencuba petua daun sirih selama sehari dan alhamdulillah ada kesan positif. saya akan terus amalkan petua ini sehingga selsema anak saya benar2 hilang. kepada ibu bapa yang mengalami masalah yang sama, cubalah petua ini. memang berkesan.

  19. wan norhaizan says

    Salam pada semua pembaca..saya nak minta bantuan untuk masalah bayi saya yang baru 6 bulan, dia selsema susah nak tidur dan selalu menangis..saya berasa kasihan sangat melihat keadaan dia. Saya harap kepada sesiapa dapat memberi pendapat yang dapat mugurangkan masalah selsema bayi saya…

  20. normala says

    anak saye dah 3 bulan lebih ni pun selalu kene selsema n batuk kahak.bawa klinik pun baik x yah coz doktor yg ikhlas merawat memang x bg ape sajer jenis ubat kat bebi ni.lagi besa kesan kat bb nnti.si saya just tepuk belakang dia dengan cara yg betul.bagi semangat kat dia selalu di samping berdoa pada yg Kuasa.selsema plak saya letak kunyit hidup gesek kat lesung n letak kat batang hdung die.sekarang dah nampak kurangnya.nak nafas pun ok.buat selalu.elakkan makan ubat.BAHAYA..

  21. ina says

    anak saya dah 10 bulan lebih saya dah 3 kali jumpa doctor.. mula2 hilangla kejap selsema… pastu batuk berkahak pulak.. sekarang nie 2,2 datang balik selesma & batuk berkahak.. risau lah… tgk dia. x tau lg nak buat cam ner….ingat kan mlm nie nak jumpa gan doctor.. mintak ubat tuk selsema…

  22. Noorlinda says

    Anak saya berumur 7bln, skrg ni kna flu,ada baca satu artikel kt 1 website tu, sbnarnya anak yg bwh umur 2 tahun, para2 doc xkan bg ubat utk selsema&batuk ni..antibiotik pn x bgus..skrg ni sya just bg ubat homoepathy dan madu saja..mudah2mudahan cpat smbuh.. 😳

  23. sam says

    kadang2 baby susah nk baik selsema sbb sejuk. kita bg ubat macam2 tapi pasang kipas or aircond terlalu kuat pon x gune gak.

  24. nadeem says

    madu mmg bagus tp jgn bg t’lalu byk just letak skit jek…mase prgnnt sy mkn tf alhamdulillah bby kurang selsema..ni bby selsema after 6 bln lahir tp insyaallah x lame coz dh nmpk perubahan slps smlm start selsema

  25. Momy says

    Anak sy pun selesma, terjangkit dr kakak dia. Tp tak terfikir nak bg TF sedangkan suami member 4life. Pas ni nak bg baby sy makan TF la..

  26. says

    susahkan baby batuk n selesema ni…dah 2 ari google kebykkan kt jgn bg madu ubat batuk or selesema skalipun…just sapu air daun sireh or kunyit kat btg hidung…tp xbrape bkesan utk ank ku…xtau pe lg nk buat…hrp2 dia cpt sembuh…

  27. says

    Ibu-ibu kalian yang menghadapi masalah bayi susah bernafas atau mengalami masalah yang seakan-akan selesema, akak rekomenkan supaya ibu-ibu kalian mendapat nasihat doktor samada itu adalah selesema atau sekadar masalah alahan. Puan-puan perlu tahu bahawa untuk 6 bulan pertama, bayi masih bergantung kepada sistem imun yang diperoleh daripada ibu. Jadi untuk menguatkan sistem antibodi bayi kurang daripada 6 bulan, akak rekomen ibu-ibu mengandung mengambil ‘supplement’ seperti colostrumsepanjang tempoh mengandung atau sekurang-kurangnya pada 3 bulan terakhir sebelum melahirkan bayi, supaya bayi akan mendapat kebaikan antibodi yang dibina daripada kebaikan ‘colostrum’. Sila baca post akak pada blog ini:
    http://tanyafarmasi.blogspot.com/2010/08/ezema-masalah-kulit.html.
    Semoga diberkati dengan ‘sharing’ akak ini.

  28. hhyzieo says

    aslmkm. anak sya baru masuk 4bulan.masalahnya anak sya tidak mngelami selsema tetapi ada kahak kt dlm bdnnya. patut kah sya prgi ke klinik pakar kanak2.brapa kah kos ubat tersebut..

  29. Huda says

    Assalamualaikum. Anak saya sebulan lebih kena selsema dan batuk. Bawa ke klinik pakar kanak-kanak. Doc bagi antibiotik, dos ikut berat badan dia. Coz hingus dia dah terkena jangkitan kuman. dah tiga hari tapi batuk dan selsema tidak baik lagi..risau sangat-sangat. Tapi selsema baby dan bewarna putih. before warna hijau. hari ni nak pergi klinik lagi untuk selesaikan masalah batuk berkahak baby plak…nak cuba tf tapi tak jelas ubat yang mana..macam mana nak dapat penerangan..

  30. Huda says

    salam, Rakan farmasi..bolehkah baby saya 1 bulan ambil kolostrum tu untuk hilangkan selsema dan batuk..bimbang pula lama-lama nanti jadi lelah plak..

  31. sue says

    Asalamuailaikum…ank saya berumur 1thn 5bln….mase umur die msuk setaun selalu kene selsema…pastu msuk hari kedua batuk pulak…tiap2 bulan mesti kene pastu demam,2bln yg lps saya berikan tf(transfer factor)rm159 untuk 60biji beli dr agen dan probiotik jenama kordel rm88 30pack di famarsi..alhamdullilah skrg blum kene lagi selsema n batuk….,malahan selera makan die bertambah2…kalau nk tau lebih lanjut cuba surf internet TRANSFER FACTOR UNTUK ANAK dan KORDEL PROBIOTIK UNTUK MENGELAKKAN SELSEMA DAN BATUK ANAK…untuk transfer factor kalau nk suro saya beli pn boleh….juz pm saya ya…bg ubt2 doctr selalu pn bahaya ada drug…yg ni semua supplement….selamat mencuba!

    • ain says

      salam sue…

      my baby 2 month..dah seminngu dia selsema..boleh ker saya bagi makan tf tue…sue bolah kol saya 0177740080…saya nak sgt my baby hilang selsema…sue boleh belikan tak…plz sue…..

  32. ain says

    salam..saya nak tahu nak bg tf apa ek..anak saya pun selsema..tolong saya…kesian sgt2…my baby 2 month…..

    • says

      Ain : Cukup dengan TF Advance sahaja. Buka kapsul dan masukkan dalam susu… Keterangan lanjut boleh hubungi saya 0197916870 / 0197901149.. Fara

  33. bee says

    baby sy pun kena flu..baru 3 months old…da pergi hospital…yg merisaukan…farmasi kat hospital tu bagi ubat x berkesan langsung…dah lah sukatan dia 4ml 3 kali sehari…(mcm over dose pula for 3 mths old baby)…tp i tak bagi ikut dose yg hospital tu beri…i bagi 1ml saja..campur dgn susu 4oz…sedut habis juga..but x lama pastu lelap…tpaksa nak kejutkan kalau nak susukan lagi…petua kunyit+air kapur ni betul2 bkesan tak?

  34. nana says

    baby sy pon d serang flu n batok..dh pegi 3 klinik x baik2 juga batuk n flu die.. baru je becadang nk beli madu,betol k madu 2 x bagus?? baby sy n sejak lahir mmg senang kena flu, now die dh nk masok 5bulan…risau tgk nafas die walau x terok sgt,kesian tgk. Xnak bg die ubat klinik 2 sgt,org ckp bdk kecik x elok mkn ubat sgt…tp klau x bg kesian plk tgk die.. hurmmm 😐 mcm mana cara nk beli TF 2 ye…

  35. faizal nik says

    😈 saya jaga bayi raudah anak yg ke 5.di jangkiti bronchiolitis.skrg di ward hospital buat kali kedua.senang kena pada baby terutama musim sejuk..saya guna habbatus sauda oil..sambil tu baca fatihah dan minta di ampunkan dosa.

  36. sheqin says

    salam anak saya baru 3bulan, dah 4minggu batuk…4 klinik saya pegi ….ubat pon dah bg tapi tak baek2 juga..kwn syok kan bwk baby pegi sedut lendir..itu pon saya dah buat..doc masuk kan gas+sedut lendir die..tkejot saya bila doc ckp lendir tue bkn luar,tapi dlm paru2 die..tapi still tak baek…naek riso dibuat ye…tido mlm asyik tjaga…ada plak y syok kan letak cerelac beras dlm susu die… setahu saya cerelac beras bayi 6bln baru boleh bagi kan…ada tak cara laen y boleh sembuhkan batuk tok bayi?

  37. says

    Salam untuk semua ibu-ibu.. Semua ibu mahukan yang terbaik untuk anak masing-masing, Tidak ada ibu yang mahu melihat anak mereka menderita sakit, walaupun hanya batuk dan selsema. Begitu juga saya. Masalah yang dihadapi setiap bayi biasanya sama. Selsema dan batuk boleh menjadikan bayi kita tidak selesa dan kita juga x lena tido dibuatnya…

    Alhamdulillah dengan TRANSFER FACTOR kedua-dua anak saya sihat. Walaupun demam atau selsema tidaklah terlalu teruk dan berjaya dikawal. Tambahan pula TF bagus untuk IQ kanak-kanak.

    Untuk keterangan lanjut boleh hubungi saya 0197916870/0197901149 juga untuk pembelian secara online.

  38. yanaq says

    baby sya dah 11month.skrg ni tengah selesema tapi x plak batuk.da pegi klinik,doktor kasi ubat titis kat hidung jak.dah 3ari guna tapi x sembuh2 juga.mcmana nak tau ek anak berkahak ke x?

  39. zulaikha says

    Salam..anak saya hampir 3minggu batuk dan selsema.sebelum ni saya buat nebuliser & sucktion untuk keluarkan kahak dan hingus dia, tp sekarang still ada lg dan sukar baginya untuk bernafas..Dr ada bg ubat tp saya x bg selalu sebab die baru 3bulan..saya xtau cara ape lg nk buat utk clearkan batuk dan selsema dia.sehinggakan malam sering berjaga tiap 2,3jam sekali..

  40. aina says

    Slm,bby sy 4bln skrg,xprnh dmm n btuk lg stakat ni.alhmdllah..cuma dia kembung prt.dr lahir lg.dh p klnk.doc kc susu novalac,tp xjd jgk.blh x sy kc ank sy mkn tf or kdel prbtc 2?

  41. apunk J says

    utk mghilangkan kahak dan batuk..para ibu disyorkan guna ibu kunyit (kunci yg paling tua)..kunyit tsebut perlu di kikis,bleh guna pisau atau pon lesung..tp better guna pisau dan terus kikis..kunyit yg dikikis td perlu diperah sdikit agar pati kuning tersebut keluar..kemudian letak di antara kening sehingga ke hidung baby…letak pada tiap malam…i’allah kahak, selesema akan hilang…klu selesema, hingus xkan keluar mcm sllu..kahak pon automatik keluar….ni melalui pengalaman sy sbg ayah yg menjaga anak dr 1 bln…yg mana mgalami masalah kahak dan selesema…harap berguna…jgn la dibg ubat dr hspital je..kecian tgk baby makan ubt…just try..

  42. Mai says

    Nak atasi selsema baby…amaran:jangan guna kapur,kulit baby nipis xtahan panas…guna air kunyit je…dah ok dah…cian baby panas nanti…sory mencelah 😯

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


− 3 = 0