Petua menyembuhkan pusat bayi

Hai :) ,

Hari ini pendek saja post saya sebab saya  terlebih tidur petang tadi…tambah mengantuk di buatnya.

Saya baru saja membalas email dari seorang pembaca blog saya yg menyertakan gambar bayi beliau. Jadi saya terfikir untuk post tips penjagaan bayi kali ni.Tips kali ni pasal pusat bayi waktu dalam pantang.

Kalau pusat bayi masih baru, ambil 2 hingga 3 helai pucuk jambu dan di ramas dengan sedikit air. Sapu air pucuk jambu itu pada pusat bayi untuk mempercepatkan tali pusatnya kering dan tanggal.

Untuk mengelakkan pusat bayi tersembul,ambil bawang putih dan di tumbuk dengan satu sudu jintan putih bersama sedikit abu dapur kayu arang.Bungkus dalam kain dan di salaikan atau di panaskan di atas tudung periuk. Tuam pada perut bayi selalu.

Selain mengelakkan pusat bayi tersembul ia juga elok untuk elakkan perut bayi masuk angin.

 

Yang dah ada 4 baby, semua dah besar : )

Kak Rahimah

 

Comments

  1. intan says

    hai,saya nak bertnyakan pasal bby ker….anak saya dah nak masuk 3 bulan tapi ada masalah pusat…memula berair then darah…pastu dah bengkak pulak….ish naik risau pulak.saya dah bubuh ubat pusat yg dibekalkan hospital…tue yg jadi mcm tue…ada x apa2 petua…

    ps: ibu muda

  2. rabia says

    salam. anak saya b’umur 26 hari tapi tali pusat masih blm tanggal. tiada jangkitan krn sdh bjumpa dgn dr. masih blh gunakah tdk petua air pucuk jambu tu? saya btol2 kebingungan. anak saya yg sulung tdk ada plk mslh ini.

  3. rahimah says

    Rabia, boleh cuba asalakn memang tak ada infection.Lain bayi lain masalahnya sebab setiap orang ada keunikannya.

  4. rose says

    salam.bby sya da 2 minggu lbih.lahir pd 31hb 3.pd 16hb 4 bru tanggal tali pusatnya.tp masalahnya skrng ni ialah pusat bby sya blm jg kering2 smpi skrng.saya sgt risau dgn mslh ni.tolonglah..tq

  5. khalil says

    assalammualaikum… saya mempunyai cahaya mata perempuan, masalahnye anak saya pusat tersembul keluar ,apa patut saya buat , sy telah jumpa pakar hospitan da ia adalah normal dan akan elok sendiri.. apa patut sy buat?

  6. rahimah says

    khalil,

    orang tua kadang-kadang pusat tersembul sb baby kuat menangis.saya sendiri pun kurang pasti betul atau tidak .tapi memang ada yg saya kenal bila besar ia akan hilang sendiri.

  7. maiza says

    salam,kak,saya tak tahu lah anak saya umur 2 bulan.pusatnya mcm bengkak dan keluar.bila itekan,rsa macam angin.tak ada apa2..tp bila mlm menangis sampailah kesubuh.saya dgn suami bergilir jaga.esok ke sekolah,mengantuk…apa ubatnya kak.

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


+ 2 = 7