Tips pengambilan dan penjagaan ubat kanak-kanak
Salam ceria,
Kesibukan saya menyebabkan newsletter bulan february tak sempat saya hantar pada semua subscriber. Nanti saya ganti dengan something ye.Sibuk betul-betul.
Semalam masa kemas peti ais saya tengok ada ubat yang agak lam tersimpan. Saya teringat doktor kata boleh simpan dalam 6 bulan.Lebih dari tu buang katanya sebab kandunagn ubat mungkin dah tak efektif atau rosak.
Jadi hari ni saya ingat nak bagi tips cara penjagaan ubat sikit sebab kadang-kadang bila melawat saudara tu saya perasan ada ubat makan yang di simpan bukan dalam peti sejuk..bersepah merata.
Ubat bukan boleh di biarkan begitu saja lebih-lebih lagi bila ada kanak-kanak.
Lagi satu, saya teringat anak saudara saya pernah di masukkan ke hospital untuk satu malam sebab dia termakan ubat ayahnya. Si kecik tu memang lasak dan ubat ayahnya pula dalam kereta. Gempar satu rumah sebab masa tu mak mertua saya satu family dah bersiap dari Perak untuk jalan-jalan ke rumah saya.
Langsung si kecik tu kena tidur satu malam kat hospital sebab doktor perlu buat pengawasan. Bahaya ye.
Okaylah memandangkan dah berlaku perkara macam ni, saya tuliskan sikit tips pasal penjagaan ubat ye :
1.Berikan perhatian ketika doktor memberi penerangan preskripsi untuk mengelakkan overdose. Jika doktor kata 5 ml, bagilah ikut sukatan tu..jangan lebih pulak ( ada yg bagi lebih sebab ingat nak cepat elok )
2.Simpan ubat dalam peti sejuk di bahgaian atas. Ini penting untuk mengelakkan kanak-kanak mengambil ubat dan makan sendiri.Ini pun penting sebab ada kanak-kanak yang menyangka ubat dalma bentuk pil atau tablet di sangkankan gula-gula.
3. Jika anak ada ada alahan sila beritahu doktor supaya ubat yang betul dapat di berikan tanpa membahayakan atau menyebabkan kesan lain seperti bengkak-bengkak ( biasa terjadi jika kanak-kanak alah pada sesuatu kandungan ubat tersebut )
4.Asingkan ubat dan jangan di campur. Ubat makan simpan dalam peti ais dan ubat sapu simpan di tenpat yang dingin, kering dan tak mudah di capai olah kanak-kanak.
5. Guna tiub /picagari atau penutup yang selalunya di bekalkan untuk pengambilan uabt dan bukan sudu. Penggunaan sudu kurang tepat kerana anda mungkin terlebih atau kurang dos yang sepatutnya.
6.Jangan berkongsi ubat anak dengan anak yang lain walaupun mereka mungkin mengidap penyakit yang sama. Ini kerana tahap kesihatan setiap anak adalah berbeza.
Simple ajekan? Tapi kadang-kadang kita lupa nak praktikkan. Jadi take note ye.
Jumpa lagi.
kak Rahimah




