Anak kecik saya yang darjah satu dah tidur.Pukul 8 malam memang time dia tidur.Tadi dia nak dengar lagi lagu Kitaro yang selalu saya bukak bila buat kerja kat bilik dia.
Saya paksa jugak dia tidur supaya esok bangun tak mengantuk.Yang darjah 6 pun saya paksa jugak pukul 10 mesti tidur.Nak tak nak kena tidur jugak
Lepas tu saya check badan anak saya yang kecik tu sebab dia ni suka sangat main dengan hamster dia . Dulu ada sekali badan anak saya jadi melecet dan bila di garu jadi macam berkudis . Bila saya bawa ke klinik, doktor bagi tau yang kulit anak saya sensitif dengan binatang.
Bukan dengan hamster aje kulit dia jadi gatal-gatal, dengan kucing pun macam tu jugak. Dah la dia memang jenis out – door girl dan suka binatang, tangan kaki badan ada saja gatal-gatal lepas tu. Cuba tengok gambar kat bawah ni lepas dia usik hamster, dia main dengan kucing pulak.
Rasanya bulan lepas ada berita mengenai penyakit kencing tikus yang di kaitkan dengan hamster.Lupa pulak isi kandugan berita tu.Tapi tak silap saya ia berita mengenai seorang pemilik hamster yang kehilangan tangan dan kaki akibat virus kencing tikus.
Sebelum ni pun ada artis yang meninggal dunia akibat dari virus kencing tikus ni jugak. Saya tak pasti samada hamster merupakan salah satu agen penyebar virus ini tetapi penyakit yang di kenali dengan nama saintifiknya leptospirosis ni berisiko sekiranya :
1.Anda seorang pekerja yang terdedah dengan persekitaran.Contohnya petani, doktor , peladang atau mana-mana jenis pekerjaan yang membakitkan terdedah dengan alam sekitar.
2.Anda mandi atau berenang di dalam kolam yang telah di cemari dengan bakteria “leptospira interrogans”.
3. Terdedah kepada makanan yang telah di gigit tikus, tupai dan arnab ( yang sewaktu dengannya).
Oleh kerana hamster anak saya ni duduknya dalam kandang aje dan hanya di keluarkan bila anak saya nak main, saya tak la rasa ralat sangat.
Cuma saya akan menyuruh anak saya untuk mencuci tangan dulu setiap kali selepas beliau selesai bermain dengan hamster kesayangannya tu. Jadi kalau dia nak makan biskut ke lepas tu kita tak la risau ‘saki-baki’ hamster yang di pegang tadi ada terlekat di tangannya lagi.
Mata dah mengantuk bila tulis lama-lama ni. Kepala pulak pening sebab banyak kerja nak buat. Nak prepare barang waktu melancong back-packing lagi.Dah dekat dah ni tarikhnya tak sabar pulak rasanya nak bercuti.
Oklah lain kali saya update lagi sebab mata dah tak tahan dah ni. Selamat malam.











Kuala Lumpur Time
