Assalamualaikum dan selamat berpuasa saya ucapkan pada semua. Kita dah masuk satu Ramadhan dan harapnya lepas la tahun ni kita semua lengkap berpuasa ye.
Saya teringat waktu mengandung anak pertama dulu yang mana masa tu saya cuba berpuasa sebab malas nak ganti banyak-banyak…he he tak terdaya sb godaan banyak.
Tapi memang saya tak mampu sebab cuma terdaya 6 atau 7 hari saje. Bila tak makan badan terus berpeluh dan mengigil-gigil menahan lapar.
Oleh kerana keadaan yang tak mengizinkan maka terpaksalah saya berhenti berpuasa lebih kurang 23 @ 24 hari. Bayangkan tu
So, kalau anda sedang mengandung dan masih lagi ‘early stage’ yang mana memang terasa jika tak ambik makanan, saya nasihatkan berbukalah.
Jangan di paksa badan sebab kita masih boleh menggantikannya di lain hari. Time ni memang bayi tengah nak makan dan perlukan khasiat dan pemakanan yang cukup untuk membesar.
Saya juga takut kalau early stage kita kekurangan asid folik yang amat penting untuk tumbesaran bayi yang di kandung. Maklumlah kita cuba elakkan perkara yang buruk dan sentiasa mengharapkan baby yang di kandung sihat dan sempurna.
Seeloknya lebihkan minum air masak dan bukan telan air batu time bulan puasa ni. Bukan tak boleh langsung tapi kadang-kadang bila dah terlebih minum air batu, nasi pu tak lalu nak makan sebab dah terasa kenyang air
Ambillah beberapa biji buah khurma yang sangat baik untuk kesihatan dan pembesaran bayi. Buah khurma banyak khasiat selain membekal tenaga kepada kita.
Sebaiknya time ni la kita jaga pemakanan kita sebab 11 bulan yang lain tu kita ambik apa saja waktu makan.Mungkin waktu ni kita boleh disiplinkan diri untuk ambik makanan waktu lapar dan tak sentiasa mengunyah ( bukan untuk yang mengandung ye
.
Kurangkan makanan yang berlemak dan berminyak dan seeloknya kalau sempat masak le sendiri. Tapi kalau tak sempat nak buat camana kan. Saya faham sangat masalah ‘jem’ di Kuala Lumpur ni.
Dulu waktu masih bekerja, berhimpit dalam LRT Bangsar sebab nak kejar siapkan meja nak berbuka puasa. Syukurlah saya dah tak perlu lalui semua tu lagi sekarang
Ok saya stop dulu sebab bateri laptop dah nak habis , laptop saya pulak buat hal sebab dah nak masuk museum la katakan:(
Daa







