Posts tagged: bayi

Minyak mustajab untuk ibu dan bayi.

Assalamualaikum,

Lama saya tak update blog ni sebab asyik dengan kerja lain. Bila nak update baru perasan puasa dah seminggu tapi blog ni puasa dekat 3 minggu. What happen to me :)

 Baiklah minggu lepas ada seorang pelanggan yang bertanyakan tentang barang-barang nona roguy selain dari set bersalin. Memandangkan web saya lebih fokus pada set bersalin maka saya rasa di blog ni saya akn cuba buat sedikit penerangan mengenai barang barang penjagaan diri nona roguy pula.

Sebelum tu ingin saya nak bagi tahu yang ada item di dalam set nr yang di jual secara loose. Post kali ni saya akan tulis sedikit mengenai minyak mustajab. Minyak mustajab merupakan salah satu produk NR yang selalu mendapat tempahan sekli dengan set bersalin.

Yang ni gambar botol lama

 

Yang lagi satu ni packaging baru

Minyak ni botolnya warna putih dan ungu .Warna pada botol lama pada sesiapa yang biasa guna warna ungu sahaja. Kegunaan minyak ni banyak. Selain dari boleh di sapu pada perut bayi untuk mengelakkan kembung ia juga berfungsi untuk mempercepatkan luka jahitan sembuh.

Jika kita mengalami jahitan atau stitches sewaktu bersalin minyak ni boleh di titiskan pada luka atau di sapu pada tempat jahitan. He he..ada yang tanya tak panas atau pedih ke? Tidak. Rasa sejuk, berangin dan ngilu-ngilu kesan jahitan akan berkurangan.

Alhamdulillah sewaktu saya menggunkan minyak ni dulu, luka jahitan cepat sembuh. Tak silap saya dalam 5 ke 7 hari luka saya dah okay dan rasa lega sangat berbanding dengan pengalaman sewaktu anak pertama dan kedua.

Jadi saya sangat cadangkan pelanggan untuk memiliki minyak mustajab ni sebagai minyak untuk bayi dan juga kegunaan ibu dalam pantang. Jika bercadang nak dapatkan minyak ni  boleh klik kat sini  utk tempahan. Lihat kod produk item nombor 1 dan 2.

Harga bukan ahli RM 33 dan harga ahli pula RM 27 bagi 130 ml.  He he saya baru perasan tajuk post kali ni macam iklan ubat batuk cap ibu dan anak ( yang ada gambar wayang kulit tu ..hu hu )

Itu sahaja untuk kali ni dan insyaallah saya akan sambung dengan produk yang lain pula pada post akan datang.

Selamat berpuasa !

Kak Rahimah

Koleksi bedung terbaru dan mitos bedung warna kuning.

Salam ceria,

Saya agak sibuk sekarang ( har-hari pun sibuk juga ) dengan macam-macam program. Dalam pada tu ramai pembaca blog ini yang bertanyakan tentang koleksi bedung yang terbaru.

Oleh kerana sambutan terhadap bedung bayi memang sangat baik, ada kalanya saya tak sempat nak snap gambar bedung dah habis. Mungkin ramai ibu ibu yang baru melahirkan cahaya mata atau bakal bersalin sedar tentang kebaikan membedungkan bayi sewaktu tidur.

Sekarang pun dah selalu hujan terutama sekali waktu petang. Jadi untuk mengelakkan bayi rasa sejuk dan senang kembung perut, bedung sangat berguna.

Saya siarkan di sini koleksi bedung bayi terbaru yang baru saja saya update gambarnya beberapa hari lepas.

 

 

 

Bagi yang tak jumpa di mana nak cari gambar bedung dalam web saya boleh tengok atau gambar kat atas ni atau boleh juga klik gambar bedung kat sebelah kanan untuk buat tempahan.

Satu perkara yang menarik tentang pemilihan warna bedung dari bakal-bakal ibu. Ada yang agak ragu-ragu tentang bedung warna kuning. Kebanyakan ibu-ibu masih lagi terpengaruh dengan kepercayaan warna bedung kuning boleh menyebabkan bayi mengidap demam kuning atau jaundice.

Mmm..saya memang tak percaya lansung dengan kepercayaan ni sebab warna bedung sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan demam kuning. Demam kuning di sebabkan bilirubin yang berlebihan yang tidak dapat di atasi oleh bayi .

Tapi saya tak boleh nak kata apa sebab faham ajelah kalau yang ibu atau mertua yang jaga dan sangat skeptikal, nanti bising pulak :)

Waktu dalam pantang kita perlu rasa tenang dan bukan dengar leteran orang yang bersusah payah menjaga kita ( sebab tu lah waktu dalam pantang saya jaga diri sendiri , emak datang tak sampai seminggu dah balik,..anak bertuah katanya :)

Alhamdulillah walaupun saya berpantang sendiri, boleh katakan semua amalan berpantang saya tetap amalkan begitu juga dengan penjagaan bayi. Alhamdulillah juga kesemua 4 orang anak saya tiada terkena penyakit kuning. Jadi kata orang kalau makan jamu boleh kena kuning tu pada saya boleh saya tolak tepi.

Seperkara lagi yang agak lucu tapi betul juga tenatng warna merah jambu atau pink. Warna pink memang sinonim dengan bayi perempuan. Jadi warna biru memang selalu jadi pilihan sebab ramai takut ambik pink sekali keluar baby boy :)

Sebenarnya tak kira baby boy ke girl ke, warna apa pun boleh. He..he..ramai ibu yang doktor confirm baby boy kempunan nak warna pink tapi ada juga yang tak kira..kata mereka..tak tahan tengok warna pink yang lembut dan cantik.

Suka hati lah kan sebab warna apa pun yang balut badan bayi tu bukannya bayi kita tu complain pun..dia tidur aje :) betul tak ?  So kalau sesiapa yang teringan dengan warna pink tu lelap mata ajelah.

Okaylah saya sebenarnya cuma nak bagi tau pasal koleksi bedung melalut pulak jadi panjang post ni..malas nak edit..baca aje lah ye :)

Kak Rahimah

Walker kanak-kanak dan buruk baiknya.

Salam ceria,

Maaf agak lama saya tak menulis apa-apa di blog ni. Bukan apa, batuk dan tak sedap badan. Suara kejap keluar kejap tidak.

Kalau keluar pun suara ni bunyinya dah macam penyanyi ELLA :) Anak-anak saya pun macam tu. Jadi ada pelanggan yang dapat bercakap dengan saya dan ada masa saya terpaksa sms sahaja sebab masa tu suara tak keluar dan tekak rasa sakit dan pedih.

Saya rasa sekarang cuaca panas dan hujan. Jadi kadanga-kadang jika anda ada anak yang sedang bersekolah, mereka mungkin balik basah kuyup jika berjalan kaki. Bagi yang naik bas pun macam tu juga terutama anak lelaki. Tak kena hujan pun mereka akan kenakan jugak badan mereka pada hujan :)

Cukup pasal cuaca sekarang. Saya hari ni nak bercerita pasal walker kanak-kanak yang saya ternampak waktu berjalan-jalan hari tu. Wah, harga sekarang boleh tahan mahalnya. Waktu dulu rasanya murah aje walker ni.

Apa bendanya walker ni? Mana yang tak tau , ini gambar walker untuk mana yang tak ada experience :)

Okay ke tak guna walker ni. Kalau anda malas nak pegang anak dan anak pula tak nak tidur dan anda perlu melakukan kerja,  walker sebenarnya membantu. Kanak-kanak yang belum pandai berjalan akan menggunakan walker ni untuk ke sana-kemari tanpa perlu anda memegang atau mendukung.

Bagaimanapun lebih banyak buruk dari baik pada pandangan saya. Walker meemrlukan kawasan yang lapang atau luas supaya perjalanan walker tidak terganggu. Risikonya jika kawasan sempit bayi anda mungkin terjatuh atau terlanggar halangan -halangan seperti perabot atau permainan yang berada di kawasan rumah seperti ruang tamu.

Jika di kawasan lapang juga ia ada risiko sendiri. Kemungkinan bayi anda akan berlari laju dan jika ‘over speed’ walker boleh terjatuh atau terhantuk pada dinding atau pintu rumah. Lebih buruk lagi jika pintu rumah terbuka. Awas jika pintu rumah anda berdepan dengan jalan atau depan pagar. Ia sangat merbahaya.

Menggunakan permainan seperti walker sebenarnya memerlukan pengawasan. Ambil 10 atau 15 minit jika anda perlu menggunakan walker dan jangan biarkan anak anda berada berseorangan. Mesti ada seseorang memerhatikannya dan tidak melakukan perkara lain. Jika tidak, jangan pakai langsung sebab tanpa pengawasan, macam-macam boleh berlaku.

Itu saja hari ini.  Jika anda rasa dah tak perlu gunakan walker, hantar aje kat kedai recycle atau cash converter dari terbiar. Atau sedekah aje pada kawan atau saudara yang nak guna tapi bagi la peringatan sikit pada mereka ye.

Kak Rahimah

 

Foto Bayi terbaru dari pelanggan

Salam ceria,

Saya dah lama nak masukkan gambar bayi ni sebaik terima dari pelanggan saya yang sedang berada di Ireland. Oleh kerana kesibukan saya dengan project yang sedang berjalan, saya hampir terlupa untuk memuat naik gambar ni di blog saya.

Lihat gambar bayi yang baru di lahirkan ni. Emm..seronoknya la dapat baby ye tak. Mana yang teringin tu, ha lepas ni fikir-fikirlah nak tambah lagi ke tak ye. :)

 

 

 

 

Ini email yang saya terima pada 24 March 2010 yang lepas yang memberitahu berita baik baby baru lahir ni ye.

rosnida ahmad to me
show details 24 Mar

salam puan…
alhamdulillah puan saya dh selamat bersalin scr normal bayi perempuan pd 15hb mac baru ni.. berat 3.75kg jam 9.07pg di st. luke’s general hospital, kilkenny, ireland.
skrg saya sdg mnjalani proses berpantang, tp pntg sendiri sbb jauh dr org tua, mujur suami amik cuti 2mggu utk jaga saya…o ye, kami namakn puteri kami Afiqah Nazurah binti Ahmad Nazri..skrg suami la yg jd suri rumh plk..uruskn ank, saya dn wt keje umh melayan kgkwn yg dtg berkunjung.sini saya sertakan gmbr saya di hosp.

 

 

Lihat la gambar Puan Rosnida , ceria aje betul tak ? Baby pun bukan main charby lagi.semuga sekarang ni Puan Rosnida dapat berpantang dengan sempurna ye. Tak apelah berpantang di negeri orang putih…he he sejuk sikit..kat Malaysia ni tengah berasap tak kira siang malam betul tak ?  :)

Tahniah sekali lagi buat Puan Rosnida !

Denggi merebak…guna kelambu untuk bayi

Salam ceria,

Lamanya saya tak usik blog ni.Pening kepala dengan macam-macam hal. Banyak stok dari supplier yang supplier tak dapat nak supply sampai sekarang. Baby sling lambat lagi dapatnya..hu hu bulan May baru dapat sebab yang ada sekarang corak tak lawa. Yang tanya boleh katakan hari-hari. pening kepala saya.Lampin moden pun begitu juga.

Oh ya, saya ingin membuats sedikit pengumuman di sini. Ada beberapa pelanggan yang telah membuat bayaran baby sling, mandian aura dan set bersalin tetapi tidak menghantar bortang tempahan kepada saya. Yang saya dapat hanya mesej dari maybank2u mengatakan pelanggan telah buat bayaran.

Kepada pelanggan yang telah buat bayaran dan belum dapat pesanan , harap dapat hubungi saya secepat mungkin sebab saya nak pos sementara stok masih ada.Kalau lewat takut stok habis dan bertambah lewat lagi. Lagi satu, saya amat berharap agar para pelanggan dapat mengisi borang tempahan secara online kerana sms yang masuk terlalu banyak dan saya kadang-kadang tertinggal order yang di pesan.

Dan yang paling penting sekali, saya juga amat berharap para pelanggan mnegisi borang tempahan ( dengan butir-butir lengkap) hanya selepas bayaran di buat untuk mengelakkan kekeliruan dan melewatkan proses penghantaran.

Minggu lepas kita di kejutkan dengan pemergian Allahyarham Mior atau yang lebih di eknali Din Beramboi. Hmm…saya memang suka dengan lawaknya walaupun macam merapu tapi itu la yang kelakar dari kelakar yang di buat-buat. Sekarang ni tak ada lagi la nak dengar jenaka beliau. Semoga rohnya di cucuri.

Mula-mula saya tengok di berita tv di syaki di jangkiti virus/penyakit kencing tikus tetapi akhirnya oleh kerana denggi. Rumah saya pun saya dah suruh husband kemas dan buang air yang bertakung sebab aedes suka membiak tapi nampak gayanya saya kemas sendiri ;)

Virus H1NI pun jika tengok berita dah mula merebak semula. Oleh kerana kedua-dua penyakit ni memang boleh membawa maut saya ingin berkongsi sedikit tips pagi ni.

Jika anda mempunyai anak kecil atau bayi say sangat sarankan untuk menggunakan kelambu bayi. Kelambu bayi tak la mahal sangat.Bayi ni kalau demam atau sakit dia tak pandai nak bagi tau kita terutama yang tak pandai cakap lagi.

Mereka hanya akan menangis kerana rasa tak selesa. Jadi sebelum tidur di bilik, elok di sembur dengan racun serangga ( ridset ke, shelltox ke ) dan tutup pintu dalam 1/2 jam. Nak tidur baru buka semula.Biar kalau ada nyamuk, nayamuk tu mati dulu.

Pasang kelambu bayi tak kira siang atau malam supaya dapat jauhkan risiko denggi ni. Rumah di bersihkan ( peringatan pada saya juga :) ) dan buang air yang bertakung.

Jika di sesetengah rumah , saya tengok ada yang pasang macam safety net ( warna hijau mcm tu ) uktuk elakkan nyamuk. Kata orang, ingat sebelum kena.

Dna yang paling penting, jiak ada tanda-tanda seperti demam yang tak kebah-kebah, ada bintik-bintik timbul di kulit harap jangan bertangguh untuk ke hospital. Jika dah berbintik-bintik tu tanda dah serius. Saya ingat lagi rakan sebilik saya yang terkena denggi dulu, kulit dah berbintik dan terpaksa rushing ke hospital Doktor kata lewat sikit lagi, tak tau la kawan saya tu masih ada lgi atau tak.Hu..seram.

Yang saya tengok pun bila kawan saya kena denggi masa tu, doktor akan kawal tahap demam pesakit. Ubatnya hanya air dan panadol.Bila kawan saya dah jemu duduk hospital, terkejut saya tengok panadol yang doktor bekalkan , hampir penuh satu beg sandang! Katanya doktor pesan, jangan skip ubat sebab kalau demam semula, silap-silap gol!

Itu saja peringatan saya pada semua terutam sekali pada mereka yang masih dalam pantang dan bayi yang masih kecil.

Kita jumpa lagi.

Panduan memandikan bayi waktu dalam pantang

Salam ceria,

Agak lama saya tak dapat udate blog ni. Sibuknya tak boleh nak kata. Hari minggu lepas saya ada berjalan-jalan di pameeran kraf di Wisma Conlay.

Apa lagi saya tak lepaskan peluang untuk meninjau baju batik kaftan yang cantik-cantik dengan harga yang amat berpatutan.

Sempat juga beli 3-4 helai untuk pakai sendiri. Maklum la cuaca tengah panas tak kira siang atau malam. Hari ni saya nak pergi lagi untuk habiskan duit yang terlebih ni :)

Baiklah di sebabkan cuaca panas anak kecik saya pun asyik mandi berapa kali sehari. Kalau anda dalam pantang, jangan kerap mandi pulak ye sebab orang dalam pantang lain. Memang la tengah berasap kalau pakai bengkung time macam ni..he he.

Apa yang saya nak share hari ni ialah pasal memandikan bayi waktu saya mandikan anak saya hari tu. Maklumlah dia nak mandi dalam kolam palstik depan rumah aje.

Kalau baby ni cara manidnya lain sikit. Tak boleh main terus mandi aje. Kebiasaannya kita akan masak air panas dulu.

Selepas menggelegak air tu, baru kita campur dengan air paip biasa. Pada yang tak biasa mandikan bayi, bertanyalah pada orang tua dulu. Bukan apa takut saya terjatuh pulak baby tu karang..dah la dalam hari.

Sebagai panduan ikut cara ni :-

1.Kalau dalam pantang, baby kecik lagi dan kita pun masih lemah. Ambil air panas yang telah di campur air biasa.

2. Rasa dengan belakang tangan untuk melihat tahap kepanasan air.Kalau panas sangat takut kulit bayi tak tahan. Kalau sejuk sangat ..he he …terkejut pualk baby bila tiba-tiba kena air sejuk.

3. Seeloknya kita bersimpuh macam cara orang jepun dan ampu leher bayi dengan tangan kiri. Tangan kanan alirkan air suam tadi dan siram sekeliling badan.

4. Mulakan dengan kaki sampailah anik hingga ke kepala. Hati-hati dengan sabun supaya tak terkena mata bayi. Tak kira lah sabun tu pedih ke tak sebab dah menangis karang kelam kabut pulak sebab kita tak tau pedih atau tak syanpu badan tu.

5.Seeloknya juga sediakan 2 besen air, Satu untuk mandi dan satu lagi untuk menyiram selepas bersabun.

6 Tak pelru lah nak lama sangat sebab baby bukan kotor pun,,,wangi lagi ada especially time baru keluar dari perut.

7. Habis mandia, lap dan keringakn dengan tuala dan balut bayi supaya tak kesejukan. Jika anda tak emnyusu badan, siapkan la sebotol susu supaya bayi tak mengamuk nak susu sebab dah terkena air dia akan kelaparan..he he.

8. Tuam perut dan sapu minyak di tapak kaki , perut, pinggang, pelipat dan pakaikan booties. Dah pakai barut, bedungkan dan mulakanlah menyusukan bayi.

9. Buat macam ni senang sebab bila dah lapar dapat susu, cepat la baby tidur dan bolehla kita merehatkan diri.

Senang aje nak jaga baby ni..bila dah besar yang payah sebab makin besar makin time tidurnya berkurangan dan kita punya time nak lelapkan mata pun kurang juga :)

Itu aje pagi i sebab saya nak packing barang sebelum ke pesta batik pagi ni. Oh ye, kepada semua pelanggan yang menempah pada minggu lepas, harap maklum yang tempahan hari Jumaat hanya boleh di pos hari ni sebab semalam saya hanya dapat courrier separuh semalam sahaja kerana ramai order waktu cuti .

Sabtu pun masa sangat pendek dan memamg saya jarang buat postal hari sabtu sebab sibuk cari stok barang-barang untuk di jual.

Jumpa lagi.

Produk terbaru di mysetbersalin.com

Salam ceria,

Tak banyak nak saya katakan pagi ini tapi cuma nak memperkenalkan produk baru yang baru saja saya upload sebuah page khas.

Produk yang saya maksudkan ialah baby sling yang telah agakl lama saya letak gambarnya di sebelah kanan side bar blog ni.

Oleh kerana say baru saja dapat stoknya dari pembekal maka hari ini saya masukkan segala maklumat tentang baby sling ini. Anda boleh lawati page khas yang telah saya bina di sini .

Untuk pengetahuan semua pembaca, agak lama saya mencari baby sling dengan harga yang agak berpatutan di Malaysia tetapi agak sukar. Rata-rata harga yang di tawarkan dalam sekitar RM 85  ke atas. Bagaimanapun, setelah agak lama mencari dapat juga saya berjumpa dengan baby sling yang lebih ekonomi ini.

Cuba lihat gambar di bawah. Bukan saja cantik malah baby sling ni di pasang dengan 2 ring sling supaya lebih kukuh. Saya lebih menggemari sling dengan stainless steel atas ciri-ciri keselamatan.

 

 Ada sling yang saya lihat memasang ring nya dari jenis plastik yang agak lembut.Jadi memikirkan keselamtan bayi yang akan kita pikul :) maka saya terpaksa lupakan saja.

Yang pastinya baby sling ni nampak lebih praktikal, moden dan tak la nampak macam dari seberang..he he.Saya tau ramai para husband kat luar kadang-kadang malu nakguna baby sling yang wife mereka beli sebab nampak macam ..ehem ehem..

Y lah, mereka pun nak jaga ‘water face’ juga. Nampak la macho sikit bawa anak dengan sling yang moden ni. Saya ingat lagi waktu dulu, saya memang tak larat nak pikul budak kalau berjalan. Letih! Jadi kami beli baby sling . Lagi satu anak - anak saya memang tak suka guna stroller.

Nasib baik stroller yanga da kat rumah orang yang bagi. Jadi tak la terasa sangat membazir . Untuk pengetahuan semua, sebagai pengenalan semua tempahan yang di terima pada atau sebelum 15 February 2010, saya akan memberikan potongan harga sebanyak 10 % + voucher bernilai 10 % juga untuk pembelian lampin moden.

Stok saya hanya ada 9. Saya tak boleh ambil banyak-banyak sebab rumah saya dah penuh dengan barang barang ..he he..macam akpal karam pun ada. Jadi anda semua boleh dapatkan maklumat lanjut di link khas yang saya sediakan .

Hanya klik di side bar blog ni di sebelah kanan  ye. 

Jumpa lagi

Imunisasi sebelum mengandung…Jangan pandang mudah !

Salam ceria,

Baru dapat saya log in semula setelah menghadapi kesukaran line google yang asyik’ broekn line’ setiap kali nak update web ni. Banyak betul masalahnya.

Saya ada terbaca tentang imunisasi kanak-kanak di majalah Pa & Ma dan saya teringat tentang kelucuan sewaktu sekolah rendah dulu.

Saya masih ingat lagi masa di sekolah rendah dulu bila time imunisasi, ramai yang kecut perut. Saya pun ingat-ingat lupa tapi waktu darjah berapa entah ada imunisasi yang sangat di takuti rakan-rakan ( termasuk saya ) sebab ternampak jarum yang di bakar dengan api.

Nampak jarum tu rasa macam ‘ matilah kali ni kena cucuk’. Ada yang menangis selepas di suntik dan bila masuk ke kelas semula yang lain tengok dah kecut perut. Ada juga yang menekan tempat suntikan samapi berdarah tak taulah apa sebabnya tempat tu di tekan.

Saya? Ikut aje bila di panggil tapi saya ada teringat masa di ITM Shah Alam ( sekarang Ui TM ) waktu suntikan Rubella di berikan . Masa tu tak silap saya Rubella baru di perkenalkan. Tak silap saya, sekarang jika anda ingin mengandung, suntikan rubella akan di berikan ( sila rujuk kepada doktor )

Waktu tu saya di tipu oleh nurse yang bertugas ( kebetulan saya lalu di tempat suntikan sedang di perkenalkan dan kami dapat suntikan percuma ). Kebetulan waktu tu dah habis kelas dan saya dan rakan saya termakan pujuk nurse yang mengatakan ‘tak sakit’ . Rupanya sakit sungguh!

Beberap jam selepas di suntik, tangan terasa berat dan sakit-sakit. Menyesal percaya cakap nurse tapi dah kena injection pun.

Rubella atau ‘ german measles’ ialah sejenis penyakit campak. Siapa yang pernak kena mesti tau  sebab badan penuh dengan ruam kecil-kecil dan gatal. Selalunya badan akan demam dulu dan bila demam dah hampir kebah, akan keluar ruam halus tu.

Rubella merupakan virus yang boleh menjangkiti kanak-kanak dan orang dewasa. Saya sendiri pun terkena sewaktu berumur dalam 20 an.

Kenapa suntikan rubella perlu sebelum mengandung?

Jika anda telah ada imunisasi ini, risiko kecacatan bayi akibat dari penyakit ini dapat di elakkan. Jika keadaan penyakit terlalu teruk dan ia terjadi sewaktu mengandung, bayi boleh menghadapi masalah tumbesaran dan yang paling teruk sekali ia boleh membawa kematian dalam rahim.

Kecacatan yang di maksudkan ialah masalah jantung, pekak, katarak , terencat akal, pembesaran terbantut. Kecacatan ini di panggil’ Congenital Rubella Syndrome’.

Jadi untuk mengelakkan keadaan ini dari terjadi dan jika anda belum mengandung, silalah dapatkan imunisasi ini dari gynae anda.

Insyaallah saya akan sambung lagi topik ni lain kali sebab azan dah bunyi. Kita jumpa lagi.

Kak Rahimah

Tips menjaga bayi yang sedang tidur

Salam ceria,

Minggu ini saya agak sibuk kerana sedang mencari maklumat tentang set tilam bayi yang ingin saya pasarkan. Letih juga mencari pembekal sebab rata-rata mereka menawarkan harga yang agak mahal.

Saya faham sebab kekabu agak susah untuk di dapati.Bagaimana pun ramai yang memilih untuk tilam kekabu walaupun ia agak mahal dan sukar di dapati.

Perbezaan antara tilam kekabu dan span ni dari segi keselesaan memang lah kekabu lebih selesa sebab ia lembut dan empuk , span ia cepat lembik.Bagaimana pun ada juga tilam kekabu yang kurang elok bila masa ada yang berketul bila dah lama pakai.

Untk menjaga tilam kekabu supaya tahan lama, selalu jemur dan pukul tilam atau bantal kekabu dengan rotan atau apa-apa yang boleh untuk menyingkirkan debu kekabu yang telah hancur.

Lagi satu, tilam kekabu tahan lebih lama . Jika betul penjagaannya ia tahan bertahun dan boleh di gunakan semula ( tilam bayi maksud saya ) untuk baby yang berikutnya.

Saya ada sedikit tips tentang penjagaan bayi sewaktu baby kita sedang tidur. Bukanlah apa sangat cuma saya rasa kadang-kadang kita terlupa nak ambil berat kalau dah sibuk sangat :

  • Jika kita menidurkan bayi di atas katil kita , pastikan sebelah tepi di halang dengan bantal supaya jika baby bergerak , dia tak tergolek jatuh ke lantai.
  • Jangan selimutkan bayi supaya selimut bayi tidak menutup muka . Lebih baik bedungkan sebab jika bayi tak di bedung, kadang-kadang mereka akan menendang atau terjaga menyebabkan kain selimut ternaik hingga ke atas. Elakkan bayi dari lemas sewaktu tidur.
  • Sesekali lihat bayi anda sewaktu tidur jika anda berada di luar dan tidak dalam kawasan yang boleh anda perhatikan.
  • Jangan terlampau “ in advance “. Ini penting sebab sesetengah orang suka meniarapkan bayi walaupun bayi tersebut masih belum boleh menyiarap lagi. Pembesaran bayi adalah selari berkembang . Tiba waktunya mereka akan belajar sendiri bagaimana mahu meniarap, mengangkat badan , merangkak, berjalan sampailah berlari.

Cukup sampai di sini pagi ni. Tak sabar nak tunggu set tilam baby yang saya dah order petang semalam ….. oops bukan untuk saya ye sebab anak semua dah besar :)

Jumpa lagi!

Kak Rahimah

Barut bayi mengelakkan perut kembung

Salam ceria,

Barut bayi merupakan salah satu item yang mesti saya ada sewaktu berpantang. Selalunya emak saya akan sediakan barut warna putih yang mempunyai tali di kiri-kanan barut.

Saya memang akan pakaikan barut pada anak saya sebab saya tak larat nak melayan kerenah budak kecik kalau meragam ..lebih-lebih lagi kalau dalam pantang. Bayangkanlah kalau asyik menangis aje, tak letih di buatnya.

Jadi setiap kali ada newborn sekurang-kurangnya ada 10 helai barut saya sediakan.Dulu-dulu warna putih ajelah yang ada tapi sekarang berwarna-warna. Dan kalau nak yang bercorak pun ada.

Saya ingat lagi dalam salah satu cerita melayu zaman p ramlee yang ada budak yang dah besar still pakai barut gantung atau barut layar.

Barut layar ni ukurannya lebih lebar dan besar. Di bahagian leher dan perut ada tali yang akan di sambungkan ke belakang. Barut biasa pulak hanya bertali di bahagian perut.

Ada yang bertanya mesti pakai barut ke baby dan kalau tak pakai tak boleh ke? Itu terpulang pada masing-masing sebab saya lebih suka cari jalan mudah waktu dalam pantang.

Banyak perlkara perlu di alkukan waktu dalam pantang. Kalau baby asyik sakit perut kembung nanti tidurnya taki lena. Bila tak lena, kita asyik terpaksa pegang dan menyukarkan diri kita untuk bertungku, berbengkung dan sebagainya.

Bayi yang tak meragam akan lebih senang di jaga lebih-lebih lagi kalau kita tak ada pembantu dan terpaksa menjaga sendiri.

Apa perlu di lakukan bila bayi asyik menangis tak berhenti. ?

Mula-mula :

  • Buka baju bayi kesemuanya sekali dan periksa kalau ada serangga atau semut yang menggigit.
  • Check perut denagn menepuk sedikti dan denagr bunyi perut bila di tepuk. Kalau bunyinya macam tin kosong, perutnya masuk angin. Kalau bunyi tin penuh :)  tu kira oklah.
  • Kalau perutnya kembung, ambil minyak khas untuk sapuan perut bayi ( saya biasa pakai minyak mustajab NR sebab baunya yang sedap dan rasa berangin) dan sapu sekeliling perut, belakang pinggang, pelipat kaki, tapak kaki dan pelipat tangan.
  • Pakaikan semual barut dan sarungkan kaki dan tangan dengan mitten dan booties ( stokin pun boleh jajnji beralas )
  • Angkat dan dukung bayi seketika untuk melegakan keadaan kerana setiap kali di dukung bayi akan rasa kita mengambil perhatian pada dirinya ( bayi pun boleh fikir juga :) Sambil tu tepuk-tepuk bahagian belakang  baby tu.
  • Dah tidur atau agak-agak dah lena, ambil bedung dan bedungkan bayi supaya dia tak terganggu dengan bunyi bising.

Memang remeh menjaga budak kecik ni tapi itulah keseronokkan sewaktu berpantang..menguji kesabaran. Bila di dah okay tentu kita syok main-main dengan si kecik tu.Lebih-lebih lagi bila dah pandai tersenyum dan mengekek ketawa bila di agah.

Okay la itu aje hari ni.Kita jumpa lagi.

Kak Rahimah

Related Posts with Thumbnails

WordPress Themes