RSS
 

Posts Tagged ‘bedung bayi’

Stok terbaru bedung bayi

01 Apr

Dah seminggu saya balik dari travel tapi penatnya masih terasa.Macam-macam pengalaman pahit manis yang saya rasai.

Memang menarik melancong cara backpackers ni sebab tak perlu nak fikir sangat nak smart2 atau nak tidur di bilik hotel yang besar-besar.Yang penting malam mata dah boleh tidur dan esok sambung balik dengan itinerarynya.

Ni sekeping gambar saya kat tower bridge yang sempat saya upload.Yang lain-lain masih dalam kamera tk sempat nak upload sebab banyak sangat..nanti-nanti la.

Sebaik balik, pening kepala saya sebab sebelum saya pergi ada masalah teknikal dekat web dan juga stok supplier yg tak sampai pada saya.Alhamdulillah banyak yang saya dah pos dan minggu ni ada sikit saja lagi tempahan minggu lepas yang perlu saya settlekan. Bawak bersabar ye.

Terima kasih juga pada pelanggan yang tak putus-putus buat tempahan dan masih percaya pada saya. Insyaallah saya akan cuba perbaiki lagi mana yang kurang di mysetbersalin.com.

Terbaru saya uploadkan di sini beberapa design baru bedung bayi sebab yang ada dengan saya dah tinggal sehelai dua aje.

 

Warna bedung yang paling atas sekali tu actually warna hijau lembut cuma bila saya snap gambar nampak kusam pulak padahal very sweet colour. Nanti la sy try snap lagi sekali..sudah la saya ni bukan jurugambar pro…:(

Stok untuk barut bayi saya belum update lagi sebab stoknya belum sampai. Saya rasa untuk malam ni cukup setakat ni sahaja.Nanti free saya update lagi.

P/S: Seperti biasa, jika memcuci persalinan bayi jangan di campur dengan pakaian yang lain. Bedung ni juga seeloknya di cuci berasingan dengan pakaian bayi sebab di takuti ada yang turun warna ( saya tak mampu nak test semua kain ni turun warna atau tidak sebab memamg ada seseparuh design /warna yang turun bila di cuci..Nak selamat asingkan dulu ye )

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 
No Comments

Posted in Artikel

 

Koleksi terbaru bedung bayi dan barut bercorak

09 Sep

Bertemu kembali selepas seminggu meraikan aidil fitri.Apa khabar anda semua? Sekarang dah masuk Syawal dan mulai minggu ni berlumba-lumbalah kita dengan rumah terbuka pulak ye.

Rasanya berat yang dah turun berkilo-kilo hari tu dah melepasi tahap kritikal kot :) Sekejap aje berat dan naik balik …. hari pertama aidil fitri dah k.o betul tak?

Mulai minggu ni jugalah jalan akan ‘jam’ dengan kenderaan yang berkonvoi untuk meraikan rumah terbuka. Saya selalunya malas nak keluar dari rumah hari minggu jika selepas balik dari bercuti raya dari kampung. Tak larat nak tempuh Ampang Point yang 10 minit jadi 45 minit ( itupun kalau nasib baik ).

Jadi minggu ni saya duduk rumah ajelah nampaknya dan update web saya dengan produk dan koleksi yang baru saja masuk.Harapnya nursing kaftan yang dah lama saya rancang akan dapat saya pasarkan dalam 2 minggu lagi.Kalau sesiapa yang berada di Kelantan dan Terengganu yang mengedarkan kaftan batik membaca post ni, jangan la segan contact saya untuk deal ye :)

Baiklah semalam saya menerima pangilan talipon dari seorang pembaca blog/web ketika saya sedang mengemas kini kedai facebook saya. Saya update kedai facebook saya dulu sebab ia agak senang dan cepat berbanding di laman web mini saya tu.

Jadi dah selesai di facebook baru saya upload pula di web. Saya upload di sini beberapa koleksi baru bedung bayi  dan barut bayi bercorak yang baru sampai.

 

Barut bayi juga ada saya sediakan dengan corak yang sama. Begitu juga dengan tungku bayi yang saya belum sempat upload beberapa photo yang saya snap semalam.

Stok tak la banyak sangat sebab saya pilih yan mana saya rasa menarik aje. Kadang-kadang warna cantik tapi corak pulak saya tak berkenan atau tak kena dengan persekitaran masyarakat kita.

Satu tip untuk mencuci bedung bayi ini ialah jangan di campurkan dengan pakaian bayi . Sebelum ini saya pernah mencuba mencuci bedung dan barut bayi sebab kadang-kadang warna yang terang turun dan menyebabkan pakaian bayi berwana putih atau plain’ bercorak’ :) . Tak mampu pulak saya nak test basuh semua corak jadi cara terbaik ialah dengan mengasingkan bedung dan barut dengan pakaian bayi yang lain.

Lagi satu ialah jangan menggunakan sabun biasa yang kita pakai kecuali sabun khas untuk pakaian bayi. Ini kerana ada kandungan dalam sabun yang agak ‘kasar’ dengan kulit bayi yang sensitif ( kita yang dewasa pun kadang-kadang boleh rasa gatal-gatal atau menggelupas jika kulit sensitif ).

Itu saja pagi ini sebab sekarang dah pukul 7.37 am ( saya terjaga pukul 3.25 pagi hari ni )

Kak Rahimah

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 

Barut bayi mengelakkan perut kembung

04 Dec

Salam ceria,

Barut bayi merupakan salah satu item yang mesti saya ada sewaktu berpantang. Selalunya emak saya akan sediakan barut warna putih yang mempunyai tali di kiri-kanan barut.

Saya memang akan pakaikan barut pada anak saya sebab saya tak larat nak melayan kerenah budak kecik kalau meragam ..lebih-lebih lagi kalau dalam pantang. Bayangkanlah kalau asyik menangis aje, tak letih di buatnya.

Jadi setiap kali ada newborn sekurang-kurangnya ada 10 helai barut saya sediakan.Dulu-dulu warna putih ajelah yang ada tapi sekarang berwarna-warna. Dan kalau nak yang bercorak pun ada.

Saya ingat lagi dalam salah satu cerita melayu zaman p ramlee yang ada budak yang dah besar still pakai barut gantung atau barut layar.

Barut layar ni ukurannya lebih lebar dan besar. Di bahagian leher dan perut ada tali yang akan di sambungkan ke belakang. Barut biasa pulak hanya bertali di bahagian perut.

Ada yang bertanya mesti pakai barut ke baby dan kalau tak pakai tak boleh ke? Itu terpulang pada masing-masing sebab saya lebih suka cari jalan mudah waktu dalam pantang.

Banyak perlkara perlu di alkukan waktu dalam pantang. Kalau baby asyik sakit perut kembung nanti tidurnya taki lena. Bila tak lena, kita asyik terpaksa pegang dan menyukarkan diri kita untuk bertungku, berbengkung dan sebagainya.

Bayi yang tak meragam akan lebih senang di jaga lebih-lebih lagi kalau kita tak ada pembantu dan terpaksa menjaga sendiri.

Apa perlu di lakukan bila bayi asyik menangis tak berhenti. ?

Mula-mula :

  • Buka baju bayi kesemuanya sekali dan periksa kalau ada serangga atau semut yang menggigit.
  • Check perut denagn menepuk sedikti dan denagr bunyi perut bila di tepuk. Kalau bunyinya macam tin kosong, perutnya masuk angin. Kalau bunyi tin penuh :)   tu kira oklah.
  • Kalau perutnya kembung, ambil minyak khas untuk sapuan perut bayi ( saya biasa pakai minyak mustajab NR sebab baunya yang sedap dan rasa berangin) dan sapu sekeliling perut, belakang pinggang, pelipat kaki, tapak kaki dan pelipat tangan.
  • Pakaikan semual barut dan sarungkan kaki dan tangan dengan mitten dan booties ( stokin pun boleh jajnji beralas )
  • Angkat dan dukung bayi seketika untuk melegakan keadaan kerana setiap kali di dukung bayi akan rasa kita mengambil perhatian pada dirinya ( bayi pun boleh fikir juga :) Sambil tu tepuk-tepuk bahagian belakang  baby tu.
  • Dah tidur atau agak-agak dah lena, ambil bedung dan bedungkan bayi supaya dia tak terganggu dengan bunyi bising.

Memang remeh menjaga budak kecik ni tapi itulah keseronokkan sewaktu berpantang..menguji kesabaran. Bila di dah okay tentu kita syok main-main dengan si kecik tu.Lebih-lebih lagi bila dah pandai tersenyum dan mengekek ketawa bila di agah.

Okay la itu aje hari ni.Kita jumpa lagi.

Kak Rahimah

Related Posts with Thumbnails

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 
 
Bulk Email Sender