bedung Posts

Koleksi bedung terbaru di mysetbersalin.com

Salam ceria,

Agak lama saya tidak menulis apa-apa di sini. Bukan saya ‘ not available’  tapi saya agak sibuk dengan macam-macam perkara yang perlu saya lakukan.

Raya aidil adha lepas saya ada berjumpa kembali rakan satu dorm saya masa di ITM dulu. Hampir 17 tahun kami tak contact . Last-last dalam facebook kami jumpa semula :) Apa lagi raya hari tu dapatlah saya jumpa balik beliau. Hmm..siap makan tengah hari lagi masa jumpa tu.

Saya seronok dapat jumpa balik kawan-kawan lama ni. Bukan apa teringat masa saya muda-muda dulu dengan aktiviti-aktiviti ‘luar jangkaan’ kami.Apa aktiviti tu? Tu kami saje yang tau :)

Okay, saya baru saja upload akoleksi bedung terbaru dalam web saya. Dah lama saya nak upload tapi entah macam mana tiap kali snap photo mesti ada yang terdelete. Lepas tu pend drive saya pulak not readible ! Banyak betul dugaannya. Tapi alhamdulillah pagi tadi sebelum subuh sempat saya masukkan.

Kat sini saya siarkankan sekali .


So , kalau mana-mana yang nak tengok koleksi bedung terbaru boleh tengok kat sini dan tempah di sini terus .

Insyaallah kalau saya ada koleksi bedung terbaru saya akan upload semula.  Untuk pengetahuan semua, kalau kita dah ada bedung tak perlu lagi nak beli kain selimut untuk bayi. Save duit sebab bedung ni boleh di jadikan selimut bayi lepas bersalin nanti. Boleh jugak di gunakan untuk di bawa berjalan-jalan.

Okay itu saja pagi ni sebab saya perlu ke sekolah anak saya untuk ambik beberapa dokumen tadika beliau pagi ni jugak. Tahun depan anak saya masuk darjah satu. Hmm…boleh la saya nak keluar jalan-jalan sorang diri sebelah petang tanpa sebarang gangguan dan rasa lebih aman :)

Jumpa lagi.

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

Website - More Posts

Posted by rahimah in Pengumuman, Petua Penjagaan Bayi and tagged with ,

Koleksi terbaru bedung bayi dan barut bercorak

Bertemu kembali selepas seminggu meraikan aidil fitri.Apa khabar anda semua? Sekarang dah masuk Syawal dan mulai minggu ni berlumba-lumbalah kita dengan rumah terbuka pulak ye.

Rasanya berat yang dah turun berkilo-kilo hari tu dah melepasi tahap kritikal kot :) Sekejap aje berat dan naik balik …. hari pertama aidil fitri dah k.o betul tak?

Mulai minggu ni jugalah jalan akan ‘jam’ dengan kenderaan yang berkonvoi untuk meraikan rumah terbuka. Saya selalunya malas nak keluar dari rumah hari minggu jika selepas balik dari bercuti raya dari kampung. Tak larat nak tempuh Ampang Point yang 10 minit jadi 45 minit ( itupun kalau nasib baik ).

Jadi minggu ni saya duduk rumah ajelah nampaknya dan update web saya dengan produk dan koleksi yang baru saja masuk.Harapnya nursing kaftan yang dah lama saya rancang akan dapat saya pasarkan dalam 2 minggu lagi.Kalau sesiapa yang berada di Kelantan dan Terengganu yang mengedarkan kaftan batik membaca post ni, jangan la segan contact saya untuk deal ye :)

Baiklah semalam saya menerima pangilan talipon dari seorang pembaca blog/web ketika saya sedang mengemas kini kedai facebook saya. Saya update kedai facebook saya dulu sebab ia agak senang dan cepat berbanding di laman web mini saya tu.

Jadi dah selesai di facebook baru saya upload pula di web. Saya upload di sini beberapa koleksi baru bedung bayi  dan barut bayi bercorak yang baru sampai.

 

Barut bayi juga ada saya sediakan dengan corak yang sama. Begitu juga dengan tungku bayi yang saya belum sempat upload beberapa photo yang saya snap semalam.

Stok tak la banyak sangat sebab saya pilih yan mana saya rasa menarik aje. Kadang-kadang warna cantik tapi corak pulak saya tak berkenan atau tak kena dengan persekitaran masyarakat kita.

Satu tip untuk mencuci bedung bayi ini ialah jangan di campurkan dengan pakaian bayi . Sebelum ini saya pernah mencuba mencuci bedung dan barut bayi sebab kadang-kadang warna yang terang turun dan menyebabkan pakaian bayi berwana putih atau plain’ bercorak’ :) . Tak mampu pulak saya nak test basuh semua corak jadi cara terbaik ialah dengan mengasingkan bedung dan barut dengan pakaian bayi yang lain.

Lagi satu ialah jangan menggunakan sabun biasa yang kita pakai kecuali sabun khas untuk pakaian bayi. Ini kerana ada kandungan dalam sabun yang agak ‘kasar’ dengan kulit bayi yang sensitif ( kita yang dewasa pun kadang-kadang boleh rasa gatal-gatal atau menggelupas jika kulit sensitif ).

Itu saja pagi ini sebab sekarang dah pukul 7.37 am ( saya terjaga pukul 3.25 pagi hari ni )

Kak Rahimah

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

Website - More Posts

Posted by rahimah in Pengumuman, Petua Penjagaan Bayi and tagged with , , , ,

Koleksi bedung terbaru dan mitos bedung warna kuning.

Salam ceria,

Saya agak sibuk sekarang ( har-hari pun sibuk juga ) dengan macam-macam program. Dalam pada tu ramai pembaca blog ini yang bertanyakan tentang koleksi bedung yang terbaru.

Oleh kerana sambutan terhadap bedung bayi memang sangat baik, ada kalanya saya tak sempat nak snap gambar bedung dah habis. Mungkin ramai ibu ibu yang baru melahirkan cahaya mata atau bakal bersalin sedar tentang kebaikan membedungkan bayi sewaktu tidur.

Sekarang pun dah selalu hujan terutama sekali waktu petang. Jadi untuk mengelakkan bayi rasa sejuk dan senang kembung perut, bedung sangat berguna.

Saya siarkan di sini koleksi bedung bayi terbaru yang baru saja saya update gambarnya beberapa hari lepas.

 

 

 

Bagi yang tak jumpa di mana nak cari gambar bedung dalam web saya boleh tengok atau gambar kat atas ni atau boleh juga klik gambar bedung kat sebelah kanan untuk buat tempahan.

Satu perkara yang menarik tentang pemilihan warna bedung dari bakal-bakal ibu. Ada yang agak ragu-ragu tentang bedung warna kuning. Kebanyakan ibu-ibu masih lagi terpengaruh dengan kepercayaan warna bedung kuning boleh menyebabkan bayi mengidap demam kuning atau jaundice.

Mmm..saya memang tak percaya lansung dengan kepercayaan ni sebab warna bedung sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan demam kuning. Demam kuning di sebabkan bilirubin yang berlebihan yang tidak dapat di atasi oleh bayi .

Tapi saya tak boleh nak kata apa sebab faham ajelah kalau yang ibu atau mertua yang jaga dan sangat skeptikal, nanti bising pulak :)

Waktu dalam pantang kita perlu rasa tenang dan bukan dengar leteran orang yang bersusah payah menjaga kita ( sebab tu lah waktu dalam pantang saya jaga diri sendiri , emak datang tak sampai seminggu dah balik,..anak bertuah katanya :)

Alhamdulillah walaupun saya berpantang sendiri, boleh katakan semua amalan berpantang saya tetap amalkan begitu juga dengan penjagaan bayi. Alhamdulillah juga kesemua 4 orang anak saya tiada terkena penyakit kuning. Jadi kata orang kalau makan jamu boleh kena kuning tu pada saya boleh saya tolak tepi.

Seperkara lagi yang agak lucu tapi betul juga tenatng warna merah jambu atau pink. Warna pink memang sinonim dengan bayi perempuan. Jadi warna biru memang selalu jadi pilihan sebab ramai takut ambik pink sekali keluar baby boy :)

Sebenarnya tak kira baby boy ke girl ke, warna apa pun boleh. He..he..ramai ibu yang doktor confirm baby boy kempunan nak warna pink tapi ada juga yang tak kira..kata mereka..tak tahan tengok warna pink yang lembut dan cantik.

Suka hati lah kan sebab warna apa pun yang balut badan bayi tu bukannya bayi kita tu complain pun..dia tidur aje :) betul tak ?  So kalau sesiapa yang teringan dengan warna pink tu lelap mata ajelah.

Okaylah saya sebenarnya cuma nak bagi tau pasal koleksi bedung melalut pulak jadi panjang post ni..malas nak edit..baca aje lah ye :)

Kak Rahimah

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

Website - More Posts

Posted by rahimah in Petua Penjagaan Bayi and tagged with , ,

Barut bayi mengelakkan perut kembung

Salam ceria,

Barut bayi merupakan salah satu item yang mesti saya ada sewaktu berpantang. Selalunya emak saya akan sediakan barut warna putih yang mempunyai tali di kiri-kanan barut.

Saya memang akan pakaikan barut pada anak saya sebab saya tak larat nak melayan kerenah budak kecik kalau meragam ..lebih-lebih lagi kalau dalam pantang. Bayangkanlah kalau asyik menangis aje, tak letih di buatnya.

Jadi setiap kali ada newborn sekurang-kurangnya ada 10 helai barut saya sediakan.Dulu-dulu warna putih ajelah yang ada tapi sekarang berwarna-warna. Dan kalau nak yang bercorak pun ada.

Saya ingat lagi dalam salah satu cerita melayu zaman p ramlee yang ada budak yang dah besar still pakai barut gantung atau barut layar.

Barut layar ni ukurannya lebih lebar dan besar. Di bahagian leher dan perut ada tali yang akan di sambungkan ke belakang. Barut biasa pulak hanya bertali di bahagian perut.

Ada yang bertanya mesti pakai barut ke baby dan kalau tak pakai tak boleh ke? Itu terpulang pada masing-masing sebab saya lebih suka cari jalan mudah waktu dalam pantang.

Banyak perlkara perlu di alkukan waktu dalam pantang. Kalau baby asyik sakit perut kembung nanti tidurnya taki lena. Bila tak lena, kita asyik terpaksa pegang dan menyukarkan diri kita untuk bertungku, berbengkung dan sebagainya.

Bayi yang tak meragam akan lebih senang di jaga lebih-lebih lagi kalau kita tak ada pembantu dan terpaksa menjaga sendiri.

Apa perlu di lakukan bila bayi asyik menangis tak berhenti. ?

Mula-mula :

  • Buka baju bayi kesemuanya sekali dan periksa kalau ada serangga atau semut yang menggigit.
  • Check perut denagn menepuk sedikti dan denagr bunyi perut bila di tepuk. Kalau bunyinya macam tin kosong, perutnya masuk angin. Kalau bunyi tin penuh :)   tu kira oklah.
  • Kalau perutnya kembung, ambil minyak khas untuk sapuan perut bayi ( saya biasa pakai minyak mustajab NR sebab baunya yang sedap dan rasa berangin) dan sapu sekeliling perut, belakang pinggang, pelipat kaki, tapak kaki dan pelipat tangan.
  • Pakaikan semual barut dan sarungkan kaki dan tangan dengan mitten dan booties ( stokin pun boleh jajnji beralas )
  • Angkat dan dukung bayi seketika untuk melegakan keadaan kerana setiap kali di dukung bayi akan rasa kita mengambil perhatian pada dirinya ( bayi pun boleh fikir juga :) Sambil tu tepuk-tepuk bahagian belakang  baby tu.
  • Dah tidur atau agak-agak dah lena, ambil bedung dan bedungkan bayi supaya dia tak terganggu dengan bunyi bising.

Memang remeh menjaga budak kecik ni tapi itulah keseronokkan sewaktu berpantang..menguji kesabaran. Bila di dah okay tentu kita syok main-main dengan si kecik tu.Lebih-lebih lagi bila dah pandai tersenyum dan mengekek ketawa bila di agah.

Okay la itu aje hari ni.Kita jumpa lagi.

Kak Rahimah

Related Posts with Thumbnails

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

Website - More Posts


127.0.0.1