RSS
 

Posts Tagged ‘bengkung’

Bengkung Qurratu di mysetbersalin.com

16 Jul

Salam bahagia,

Bagi ibu-ibu yang bakal bersalin tak lama lagi, saya ingin memperkenalkan anda semua dengan bengkung Qurratu.Jika sebelum ini saya menggunakan bengkung zig-zag, kali ini saya mencadangkan pengunaan bengkung Qurratu pula.

 

Kenapa bengkung Qurratu?

* Bengkung ni memudahkan anda memakainya. Tak susah sebab di kiri kanan bengkung ada tali yang memudahkan kita melilit di badan. Pakai sorang pun boleh.

* Bengkung Qurratu lebih tebal tapi lembut. Saya pernah meninjau di kedai-kedai ketika berjalan-jalan dan mendapati ada bengkung 100 % belacu yang menggunakan kain yang agak nipis. Oleh kerana bengkung perlu digunakan setiap hari, bengkung yang benar-benar tahan lasak dan berkualiti adalah amat perlu sepanjang tempoh berpantang.

*Harga bengkung yang lebih jimat dan berpatutan.Emm..ini penting. Dalam keadaan ekonomi yang kurang memberansangkan dan kenaikan harga barang,Bengkung Qurratu adalah amat membantu. Sehelai hanya RM 38 dan jika anda rasa nak beli 2 helai baru RM 76. Boleh tukar-tukar. ( oh ye, harga sabah/sarawak RM 43 sehelai )

*Bengkung ini free size dan boleh di gunakan untuk kelahiran bayi yang akan datang. Dengan sehelai bengkung yang tahan lama dan boleh di adjust semula ( dikecil atau di besarkan semula hanya dengan melipat atau di jahit sedikit ) anda tak perlu membeli bengkung baru setiap kali bersalin..kecuali bengkung tu dah lusuh sangat :)

Jadi, jika anda memerlukan bengkung yang berkualiti dengan harga yang berpatutan, jangan lupa dapatkannya di mysetbersalin.com atau di sini.

Kita jumpa lagi

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 
3 Comments

Posted in Artikel

 

Gambar bayi terbaru dari pelanggan

09 Jul

Saya baru saja menerima gambar bayi dari salah seorang pelanggan saya yang bernama Puan Marsita. Gambar ini baru saja di kirimkan kepada saya malam tadi.

Puan Marsita pernah memberikan komen beliau sebelum ini dengan penggunaan bengkung zigzag sewaktu berpantang. Komen belaiu pernah saya siarkan di blog ini sebelum ini juga.

 Jadikan pengalaman Puan Marsita untuk berbengkung sebagai sewaktu dalam pantang sebagai penyuntik untuk anda untuk mengamalkannya nanti.

 

Oh ye, nama bayi beliau ialah Muhaimin Nurhazyzy bin Mohd Yusof. Berat sewaktu lahir 3.4 kg..boleh tahan berat baby ni :) Sekarang umur baby Muhaimin ni dak masuk 2 bulan ( lahir pada 8/5/2009 )

Tahniah untuk Puan Marsita dan terima kasih atas kesudian beliau untuk mengirimkan gambar bayi untuk koleksi di blog ini.

Kak Rahimah

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 

Testimoni ringkas pelanggan yang berpuas hati…terima kasih

21 Jun

Dah hampir seminggu baru saya dapat log in semula ke blog saya ni. Macam-macam masalah yang timbul sepanjang minggu ni. Tak apalah saya sabar saja. Nanti masam muka cepat pulak saya nampak tua :)

saya sebenarnya nak menyiapkan satu posting lain tapi rasa panjang jadi saya poskan dulu 2 testimoni yang saya terima tapi tak sempat saya siarkan sebelum ni.

 

# Komen Puan Marsita tentang bengkung zigzag dan mandian aura ;

” Waalaikum salam kak..sihat.Senang nak pakai. Mak pun kata jauh beza dengan bengkung dia dulu susah nak pakai. Mandian Aura tu harum baunya. Kuat bau serai wanginya “

 

# Komen dari Puan Hamiza tentang mandian aura ;

” Ini kali pertama saya berpantang sendiri memandangkan anak-anak yang lain bersekolah. Sebelum ni daun mandian di sediakan oleh ibu saya. Memandangkan sekarang semakin susah untuk di perolehi kerana dia tinggal di akwasan perumahan, jadi saya memilih untuk membeli yang siap semuanya.

Senang nak guna dan menjimatkan. Badan rasa lebih segar dan wangi dengan aroma herba daun. Yang paling penting tak perlu nak kutip sisa daun kat lantai yang boleh menyebabkan tersumbat. Harganya pun berpatutan. 3 uncang boleh di gunakan untuk 1 hingga 2 minggu. Saya syorkan untuk semua ibu-ibu.”

 

Anda dah baca sendiri komen mereka. Jangan bertangguh lagi jika dah hampir nak bersalin ye :)

Selamat mencuba!

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 

5 Langkah Bijak Meringankan Kos Bersalin Pada Tahun 2009

31 Dec

Apa khabar dan selamat bertemu kembali. Dah beberapa hari saya balik ke kampung dan baru hari ni saya dapat tengok-tengok blog ni semula.

Terima kasih kepada pembaca setia dan juga pelanggan yang telah menempah set bersalin semasa saya sedang bercuti.Kesemua order telah pun saya courrierkan ye :)

2 hari lepas ketika saya mengemas rumah saya ada terdengar tentang bual bicara pengacara tv yang sedang interview panel jemputan tentang pentingnya perancangan kewangan terutama sekali ketika ekonomi sedang merosot ni.

Di US sedang teruk, di negara kita di anggarkan beribu pekerja bakal kehilangan pekerjaan tahun 2009 ni.Jadi sewajarnyalah kita merancang perbelanjaan kita dari awal.

Tips saya hari ini adalah untuk mengajak anda semua merancang dari awal sebaik sahaja kita di sahkan mengandung :) .Jadi bila tiba saat kelahiran baby nanti tak la terbeban sangat rasanya.

Tips ini elok kita semua praktikkan sebaik sahaja kita di confirmkan positif..he he..

  • Bersedia mengumpul wang untuk membeli pakaian mengandung. Mungkin nampak remeh tapi jika tak bersedia dari awal, sepasang baju mengandung pun dah mencecah RM 89 ke RM 100 ( dulu kira murah lagi ). 

 

  • Elok jika kita biasa memakai seluar untuk melebihkan baju atau blouse. Seluar boleh beli warna gelap    dalam 3-4 pasang. Jadi boleh la tukar selalu dengan blause ye.

 

  • Mula buat simpanan untuk check up bulanan dan kos bersalin bila cukup 9 bulan nanti. Jika kita bekerja , kurang sikit beban jika pihak syarikat ada sediakan klinik panel. Jadi duit selebihnya boleh di simpan untuk perbelanjaan yang lain pula.

 

  • Mula menabung untuk membeli kelengkapan bersalin yang lain seperti keperluan bayi. Walaupun barangan bayi ni nampak kecik-kecik je, bila di campur tolak silap-silap cecah beratus juga :)

 

  • Ketepikan sedkit wang simpanan anda untuk persiapan untuk diri kita sendiri pula. Waktu dalam pantang kita perlukan pemakanan yang lebih cerewet seperti set bersalin ,jamu/herba, bengkung, tungku, mandian herba atau segala macam jenis minyak untuk di sapu atau di urut pada badan.

 

  • Kos urutan dan penjagaan sewaktu dalam pantang juga anda kena kira. Almaklum la sekarang ni kos mengurut pun sehari dah cecah RM 50-80 sehari ( dulu masa saya bersalin 3 tahun lepas dalam RM 40 je, termasuk bertungku, berbengkung dan mandikan bayi).

Seeloknya kita tuliskan budget kita dalam sebuah planner dan bila setiap kali kita membeli belah, tandakan mana-mana yang telah di beli supaya kita tak terlebih shopping!

Kesimpulannya, bersedialah dari awal . Bila kita bersedia dari awal , kita rasa lebih tenang . Pasangan kita juga akan rasa lebih lega sebab wang perbelanjaan yang lain bolehlah di simpan untuk buat kecemasan.

Pada post yang akan datang saya akan post tips membeli kelengkapan bersalin dan tips barangan yang tak perlu di beli. Bukan semua barang perlu di beli ye :)

Saya sudahi hari ini dengan ucapan Selamat menyambut Tahun Baru 2009.

Kak Rahimah

 

Related Posts with Thumbnails

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 
6 Comments

Posted in Artikel

 
 
Bulk Email Sender