Posts tagged: bermain

Perhatikan anak anda ketika bermain

Salam ceria,

Saya baru saja ablik dari kampung semalam. Sebelum tu saya sekeluarga pergi berkelah di Port Dickson. Saja tak tau mana nak pergi sebab cuti 4 hari ni kan.

Saya sebenarnya malas nak keluar sebab time cuti ni kalau balik outstation jalan mesti jem. Tapi di sebabkan rumah mak @ kampung dekat dah dengan Port Dickson, saya ikut ajelah. Saya balik semalam aje sebab isnin dah balik ke kl semula.

Pada selasa lepas, anak kecik saya ada kemalangan sedikit di tadika. Ketika saya mengambil beliau, beliau menangis dan menurut guru tadika yang bertugas, belaiu terjatuh ketika bermain. Baru saja lagi katanya.

Masuk dalam kereta anak saya mengadu sakit kat kepala dan baring aje . Risau pulak di buatnya sebab tak ada siapa yang nampak macammana anak saya jatuh. Saya rasa saya tau anak saya memang suka memanjat palang besi permainan. Kata guru tadika tu lagi, anak saya meluru keluar untuk bermain selepas habis kelas.

Emm.saya rasa ada sedikit kurang pengawasan di sini tapi saya tak menyalahkan tadika tersebut kerana anak saya memang sangat aktif dan tak reti duduk diam. Kelamkabut juga saya sebab mungkin kepalanya terhantuk sebab beliau mengadu pening dan muntah beberapa kali.

Saya bawa berjumap klinik berdekatan dan doktor bertugas meminta saya terus membawa anak saya ke hospital sebab simptom yang kurang baik ketika di periksa.

Saya speed bawa kereta ke Hospital Ampang Puteri dan nasib baik masa tu tak ramai pesakit di bahagian kecemasan dan anak saya di periksa beberapa minit kemudian.Kepala anak saya di scan dan alhamdulillah tiada sebarang haematoma atau bleeding .

Hanya sedikit concussion atau gegaran mungkin kerana kepalanya terhentak. Kata doktor lagi, rasa sakit, pening adalah normal jika berlaku sedemikian tetapi anak wajib di periksa dengan teliti jika berlaku sebarang kemalangan seperti ini.

 Nasib baik anak saya tak apa-apa. Waktu anak-anak saya mandi di pantai hari tu pun saya memang perhatikan dari jauh sebab dah lah hari tu kecoh di pd ada buaya.

Saya memang tak nak mandi sebab malas nak tukar baju , nak mandi semula kat tempat macam ni. Jadi kerja saya hanya perhatikan 4 beradik tu main dalam air. Waktu ni pun kita kena jaga-jaga sebab kalau terleka , macam-macam boleh berlaku.

Kesimpulannya sedikit pengajaran yang saya dapati dari insiden kemalangan anak kecik saya hari tu :

1. Perhatikan anak anda  ketika mereka bermain tak kira samada di rumah atau di tempat awam.kemlanagn boleh berlaku di mana saja walaupun di rumah.

2. Jika di tadika, guru tadika seharusnya lebih mengawasi kanak-kanak kerana sifat kanak-kanak itu sendiri suka mencuba sesuatu yang mencabar.

3. Jika sesuatu kemalangan terjadi seperti anak terjatuh, lihat keadaan anak ketika itu samada mereka mengadu sakit sepanjang masa atau memberikan tanda yang lain seperti pening, nak muntah, kurang aktif , nak tidur dan muntah.

4.Jangan berlengah untuk mendapatkan pemeriksaan kerana kadang-kadang kemalangan kecil boleh menyebabkan kemerosotan kesihatan yang tidak di jangka.

5. Minta penjaga berikan perhatian sebagai peringatan supaya mengawasi kanak-kanak yang leka bermain. Kadang-kadang bila terlalu ramai kanak-kanak, ada yang terlupa mengawasi kanak-kanak yang super aktif.

Itu saja hari ini.Hari pun dah pagi dan jam menunjukkan pukul 6.22. Saya tutup dulu tirai hari ini.

Jumpa lagi.

Kak Rahimah

Related Posts with Thumbnails

WordPress Themes