Dah beberapa hari saya tak update blog ni. Banyaknya kerja yang saya perlu buat.Malam pulak asyik mengantuk.Pantang letak kepala aje, mesti lelap tak sedar diri.
Oh ye, sedikit update tentang jualan happy hour 2 hari lepas..kesemua unit yang saya peruntukkan semasa happy hour sales telah habis di tempah! Tahniah pada kesemua pelanggan yang berjaya mendapatkannya.
Tak apelah, kita tinggalkan cerita tu. jom kita tengok testimoni yang baru saya terima dari Puan Islinda yang telah di hantar pada saya. Sebelum ni beliau ada mengirimkan gambar baby baru beliau untuk di muatkan dalam blog ni.
Saya adalah ibu kepada tiga orang anak lelaki yang kesemuanya dilahirkan melalui pembedahan. Sewaktu berpantang melahirkan anak ketiga, saya telah menggunakan set bersalin Nona Roguy seperti yang disyorkan melalui laman web Puan Rahimah.
Pada akhir kehamilan, berat badan saya meningkat sebanyak 72 kg. Kemudian, pada dua bulan pertama penggunaan set bersalin Nona Roguy berat badan saya telah turun kepada 62 kg. Oleh kerana saya bersalin melalui pembedahan, saya telah melewatkan sedikit penggunaan bengkung bersalin iaitu pada bulan ketiga.
Saya menggunakan bengkung bersalin Nona Roguy setiap hari pada waktu malam memandangkan saya bekerja di siang hari dan alhamdulillah berat badan saya kini 60 kg. Saya bercadang meneruskan pengambilan sebotol lagi pil phytonatal selepas ini. Ini kerana dengan pengambilan pil ini dapat menggalakkan penghasilan susu badan, melawaskan pembuangan air besar, mengawal berat badan dan dapat mengekalkan kesegaran tubuh badan sepanjang hari.
Saya juga mengaplikasikan kesemua kandungan dalam set bersalin lengkap Nona Roguy dan amat berpuas hati terhadap hasilnya. Selain memudahkan proses berpantang, saya tidak perlu bersusah payah menelan atau meminum jamu yang pahit kerana segalanya telah dipermudahkan oleh Nona Roguy.
Terima kasih kepada Pn. Rahimah yang telah memberikan panduan untuk saya melalui pengalaman menarik berpantang dengan Nona Roguy. Insyaallah pada kelahiran seterusnya (terakhir) saya akan menggunakan set bersalin ini.Islinda Ishak
http://Islinda.blogspot.com
Saya siarkan testimoni di atas sebab salah satu soalan favorite yang saya selalu saya terima ialah pasal bersalin caesar. Jadi jangan ragu-ragu lagi selepas ni kalau kena caesar ye
Kak Rahimah





