Posts tagged: bersalin

Panduan penggunaan krim barut NR

Salam ceria,

Saya memang tak banyak masa sekarang sebab terlalu banyak perkara yang nak di lakukan. Makan pun kadang-kadang lewat atau tak sempat langsung. Kalau ada sesiapa call dan saya tak sempat nak balas tu mintak maaflah ye sebab bila saya nak reply, hari pun dah malam.

Pada pelanggan yang mempunyai internet, saya minta tolong sangat kalau boleh guna borang online yang saya sediakan untuk sebarang tempahan. Bukan apa , takut saya tertinggal order tu. Sms yang masuk banyak dan bila saya cari kadang-kadang tak jumpa pulak sebab takut ada yang dah terdelete.Kadang-kadang kalau anak kecik saya main handphone takut dia pulak terdelete sms yang ada detail order.

Okay lah hari ni saya nak bercerita tentang penggunaan krim abrut yang terdapat di dalam set bersalin NR. Barut NR sebebanrnya ada 2 jenis, stu dalam bentuk krim dan satu lagi dalam bentuk tepung. Yang ada dalam pek set bersalin ialah dalam bentuk krim.

 

Krim ni warnya kuning-kuning coklat. Saya ceritakan sedikit cara menggunakannya seba ramai juga yang kurang faham cara sebenar menggunakannya.

Oleh kerana krim ini kurang sedikit tahap kehangatannya, saya selalu nasihatkan pelanggan untuk menyapu dulu perut dengan minyak herbanika yang juga terdapat dalam set bersalin ni. Caranya selepas mandi, sapu dulu perut dengan minyak herbanika supaya lebih panas dan cepat pecah lemak.

Selepas minyak di sapu, sapukan krim barut dalam agk-agak sebesar syiling 20 sen dan sapu sekeliling perut dan pinggang hingga belakang.

Selepas di sapu agak rata, barulah kita pakai bengkung di badan. Pakai dengan kejap supaya tak ada bahagian yang longgar supaya proses pengecilan dan pemecahan lemak dapat berjalan dengan lancar.

Bengkung pun pakai la 44 hari tu. He he…sekarang ni musim panaskan, jadi sesiapa yang sedang dalam pantang tu, banyak-banyak la bersabar ye. Rasa berasap ye tak ? :)

 

Simple aje hari ni . Nanti hari lain pula saya akan explain cara penggunaan barang yang lain pula ye. Itu saja dan jumpa lagi.

Kak Rahimah

Phyto Natal habis pantang…boleh terus makan?

Salam ceria,

Sejak mendapat gelaran surirumah bertauliah saya jadi semakin sibuk. Rasa macam 24 jam ni tak cukup . Ada saja kerja yang perlu saya lakukan. Blog ni pun kadang2 tak sempat nak di update.

Pernah saya tertinggal handphone sehari suntuk di rumah dan anak lelaki saya pening kepala sebab talipon berbunyi tak henti-henti :) Maklum aje lah, dia sorang saja yang tinggal di rumah masa tu.

Sejak 2 orang anak saya balik kampung masa cuti sekolah dan saya tinggal dengan anak saya yang lagi 2 orang, saya selalu breakfast kat luar aje. Malas nak sediakan breakfast sebab yang tinggal ni perut masing-masing kecik aje :)

Jadi saya rasa membazir buat breakfast .Jadi saya hanya masak untuk lunch sahaja. Sesekali saja saya buat breakfast , bila rasa nak breakfast home made.

Masa breakfast kat luar ( kat tepi kubur aje ) saya selalu berbual dengan Kak Kiah yang biasa urut saya waktu pantang. Selalu kerja tak ada masa nak berbual.Sambil bercerita hari tu ada dia bagi tau yang dia tolong masakkan sekali lauk dalam pantang sambil urut pada pelanggan yang mintak tolong.

Maklum la ada yang tinggal sendiri dan tak ada pembantu. Jadi bagus juga la siapa yang Kak Kiah ni urut ye sebab boleh dia tolong masakkan. Katanya pelanggan yang macam ni, dia masak siap2 kat rumah sebelum suami pelanggan tersebut datang ambil beliau untuk di urut. Ni kira promosi untuk Kak Kiah la ni ..he he.

Sebenarnya hari ni saya buka nak cerita pasal urut tapi itu selingan aje. Apa yang saya nak sampaikan hari ni ialah pasal soalan yang selalu saya dapat bila ada pelanggan saya yang dah habis pantang.

Soalannya : Kak , boleh tak ambil phyto natal ni walaupun dah habis pantang bersalin ? nak turunkan berat lagi la!

 

Soalan tu biasa saya dapat dari pelanggan yang nak turunkan sikit lagi berat badan mereka atau mereka yang ada kes sembelit.

Jawapan saya boleh! Memang phyto natal tu boleh di ambil jika rasa nak dapatkan lagi berat idaman. Selain itu elok juga di gabungkan dengan pengambilan akar herbanika untuk kesan yang lebih maksimum. Kalau nak maintain awet muda ( eh eh ) amalkan  akar herbanika setiap hari sebagai minuman kesihatan.

Jadi saya harap posting saya kali ni dapat menjawab soalan yang sama dari pembaca-pembaca blog ni juga.

Kita jumap lagi sebab mengantuk sangat pulak rasanya ( semalam saya rasa saya tak tidur atau tertidur depan laptop masa buat kerja )

Kak Rahimah

Bayi besar ! 2 Risiko yang membimbangkan.

Salam ceria.

Saya baru saja balik dari kampung suami di Perak semalam. Keluar rumah pukul 4 petang , sampai rumah di ampang pukul 2.30 am ! Fuh ..10 jam dalam kereta :)

Pagi tadi pulak saya sempat pack mana order yang sempat di hantar dahulu. Insyaallah kebanyakan tempahan akan di pos esok kerana ada free gift yg kehabisan stok hujung minggu lepas.

Masa kat kampung saya ada terbaca tentang kes bayi yang di lahirkan seberat 6.15 kg tak silap saya. Wow! besarnya..tak tau nak cakap macam mana. Saya pulak rasa ngeri. 3 kg pun dah cukup besar buat saya inikan pulak 6 kg.

Alhamdulillah ibu bayi tu bersalin normal dan baby tu pun tak ada masalah semasa kelahiran. Kuasa Allah kan?

Baiklah , masa duduk bincang-bincang dengan ipar-ipar saya kat kampung husband ada la kami tertanya-tanya macammana boleh jadi begitu besar? Tak ada problem ke waktu bersalin tu?


* Gambar di ambil dari utusan online

Setahu saya bayi besar di sebabkan samada faktor genetik iaitu keturunan atau si ibu mengalami masalah diabetes.

Mmm..mengikut seorang pakar perbidanan yang memberi ulasan tentang kelahiran bayi yang besar,  ada 2 risiko pada ibu dan bayi yang di kandung.

Pada ibu, mungkin terpaksa melahirkan bayi secara pembedahan sebab tulang punggung yang kecil menyukarkan bayi untuk keluar seperti biasa. Risiko kedua, mungkin juga akan berlaku tumpah darah sebab uri yang tidak menguncup sebaiknya. Malah rahim dan faraj pun boleh terkoyak teruk.

Bagi sesetengah kes yang teruk pula, rahim terpaksa di buang untuk mengelakkan pendarahan yang tidak berhenti.

Masalah pada bayi pula, jika terlalu besar, tulang bahu bayi mungkin terpaksa di patahkan ( ini yang saya ngeri ) supaya bayi dapat di lahirkan dengan teratur dan tidak lemas.

Yang kedua pula, tak silap saya ia boleh mengganggu saraf bayi sewaktu bahu di tarik  dan bayi mungkin mengalami kecacatan.

Bagaimanapun suka saya ingatkan kepada pembaca bolg ini supaya anda semua tidak meninggalkan obimin iaitu vitamin yang doktor beri setiap bulan. Saya tau ada yang takut bayi besar dan ambil obimin sekali-sekala sahaja.

Sila fahami tujuan obimin adalahs ebagi suplement supaya kita dan kandungan mendapat khasiat atau zat makanan yang mencukupi . Begitu juga asid folik .

Jangan tinggalkan kedua-dua ubat ini kerana tiada siapa yang tahu apa bakal terjadi kepada anda dan bayi anda walaupun hospital mempunyai peralatan canggih untuk mengesan sebarang ketidakabnormalan pada kandungan anda.

Sayangi diri anda dan sayangilah bayi yang anda bakal lahirkan.

Bekerja dari rumah…kerajaan pun dah mulakan.

Salam ceria,

Dah hampir 2 hari saya mengalami masalah kehilangan suara saya yang merdu ni :) Tekak rasa sangat sakit terutama pada waktu apgi dan suara tenggelam timbul. Macam-suara Ella pun ada.

Pagi tadi ketika membaca suratkhabar, ada satu berita yang agak kecil saja tapi saya seronok membacanya. mengikut berita itu, 35 pelukis pelan dari JKR akan mula bekerja dari rumah. Selain mengurangkan kos, pelan ini di harap dapat membantu pekerja meningkatkan produktiviti.

 

Bagaimanapun tempoh 3 bulan di beri untuk memastikan ia berjalan dan berhasil seperti yang di harapkan. Saya rasa ini satu berita baik lebih-lebih lagi pada pekerja wanita. Sambil bekerja boleh memerhatikan anak-anak. Saya sarankan jika anda mendapat peluang tersebut, grab terus.

Selain tak perlu bersesak ke tempat kerja, ia sangatlah menjimatkan belanja kita seperti parking, minyak kereta, tol dan macam-macam lagi.

He he …hari ni lari sikit dari topik.Bukan apa . Saya rasakan kita sebagai wanita patut ambil peluang itu sebab kemana pun kita pergi tanggung jawab utama masih pada keluarga. Kita bekrja untuk meringankan beban suami sebagai ketua rumahtangga. Tapi tanggungjawab tetap tanggungjawab.

Pada yang sedang mengandung dan dh tak larat ke tempat kerja, bukankah peluang sesuatu rahmat ilahi? Saya harap pelan seperti ini dapat di perluaskan lagi terutama kepada pekerja wanita.

Okay itu sajalah kali ini dan topik ahri ni tak ada kena mengena dengan hal-hal dan tips-tips berslain berpantang. Sesekali freshkan kepala kiat dengan topik lain :)

Kita jumpa lagi.

Kak Rahimah

Testimoni dari Hasmah- Lebih slim selepas bersalin dengan set bersalin NR

Assalamualaikum,

Malam ni saya tidur agak lewat sebab banyak kerja yang saya perlu lakukan. Maklum la siang tadi saya ke pasar tani shah alam. Saja tinjau-tinjau cuci mata. Terlepas peluang saya nak beli bunga kering sebab ada orang lain ambik bunga yang saya nak ambik tu ;)

 

Tak apelah tak ada rezeki agaknya. Minggu lain nanti saya nak pergi lagi sebab murah aje bunga tu dan nampak simple sangat. Saya suka yang simple-simple aje .

Baiklah, saya ada terima email dari seorang pelanggan yang melanggan set bersalin NR sebelum ini. Seronok saya baca bila Puan Hasmah berjaya menurunkan berat badan beliau . Yang bestnya lebih slim atau turun 2 kg lagi dari berat biasanya.

Jom baca apa kata Hasmah dalam email beliau ye :

 

nor hasmah to Rahimah
show details 30 Oct (3 days ago)
Assalamualikum kak Rahimah….saya merupakan pengguna setbersalin nonaroguy yg dibeli dari akak..saya amat berpuas hati dengan set bersalin ini kerana saya berjaya menggembalikan berat badan kepada asal..sebelum bersalin berat saya 65kg…apabila waktu melahirkan berat saya mencecah kepada 80kg..setelah 2bln menggunakan produk ini berat saya kembali kepada asal malah kurang lg 2kg dari berat asal iaitu 63kg…
Produk ini mmg mudah digunakan berbanding produk yg pernah saya gunakan semasa melahirkan anak yang pertama dahulu…semasa melahirkan anak pertama dahulu saya tidak menggunakan produk nonaroguy ini..dan berat badan saya tidak turun seperti melahirkan anak yang ke 2 ini..saya benar-benar berpuas hati..malahan suami saya turut mengatakan yang saya lebih kurus dari sebelum melahirkan…memang itu yang saya mahu…bukan senang suami nak puji isteri..
Saya juga menggunakan produk ini dengan berdisiplin seperti yang disarankan oleh kak Rahimah..Terima kasih yang tidak terhingga kepada kak Rahimah atas panduan yang diberikan oleh beliau.Kepada wanita yang ingin menjaga kecantikan luar dan dalam memang produk ini lah jawapannya..jadikanlah waktu berpantang itu sebagai satu waktu untuk anda menjaga kecantikan kurniaan Allah yang tidak terhingga ini..
Jika kita sihat sudah tentu kehidupan kita akan lebih bermakna..Terima kasih Kak Rahimah..

Nor Hasmah Yahaya
nor.hasmah@yahoo.com.my

 

Begitulah hasilnya jika kita berdisiplin semasa berpantang. Tak ada yang mustahil kalau kita benar-benar bersunggah dengan usaha kita demi untuk menjaga kecantikan dan kesihatan badan.

Semuga dengan email dari Puan Hasmah ini akan membakar semangat bakal ibu yang sedang menanti hari untuk bersungguh dalam mengatasi masalah berat badan selepas bersalin.

Tahniah dan terima kasih pada Puan Hasmah kerana sudi berkongsi pengalaman menggunakan set bersalin NR kepada kita semua.

Anda bila lagi?

Kak Rahimah

Urut bersalin ..mana nak cari ?

Salam ceria,

Sebenarnya pagi ni saya tak ada idea untuk menulis tapi si sebabkan sewaktu saya surf internet ternampak satu info tentang khidmat urut bersalin di hsopital , elok juga kalau saya kongsi sedikit info tu di sini.

Secara ringkasnya, ada hospital kerajaan yang menawarkan khidmat urut bersalin. Ia di lancarkan pertama kalinya di Hospital Kuala Batas ( HKB ) dan telah di perluaskan ke hospital Putrajaya dan Johor Bahru.

Khidmat urut bersalin ni telah pun di mulakan pada bulan Jun 2009 dan mereka yang mahu menggunakan servis ni mesti mendaftar terlebih dahulu.

Menurut Pengarah Perubatan dan Komplimentary ( T & CM ), Kementerian Kesihatan, Dr Ramli Abdul Ghani, perkara ini telah di bincangkan dengan pakr bersalin & sakit puan kerana ia mendatangkan manafaat.

Begitulah lebih kurang tajuk keratan akhbar yang saya baca walaupun dah lama juga berita ni di siarkan.

Jadi pada sesiapa yang bersalin di 3 hospital ni bolehlah dapatkan khidmat urut bersalin ni sekarang. Harapnya perkara baik seperti ni dapat di perluaskan lagi kalau boleh di semua hospital tak kira lah kerajaan atau swasta betul tak?

Oh ye, ada jugak yang bertanya berapa lama pulak kalau urut tu? Kalau kat hospital ni saya kurang pasti pulak tapi kalau kat rumah dengan bidan 3 hari pun dh cukup. Selalunya lepas 3 -4 hari bersalin dan kalau tak banyak stitches dah boleh urut.

Kalau yang bersalin ceaser pun boleh cuma tak dela h bahagian yg di caesar tu yang di urut :) Area lain macm tangan, kaki dan lain-lain bahgaian yang patut di legakan untuk elakkan masuk angin dan sengal-sengal.

Oklah hari pun dah terang, anak saya pun dah bangun nak ke sekolah. Jumpa lagi !

Kak Rahimah

Kelas ante natal untuk bakal ibu

Assalamualaikum,

Saya agak sibuk beberapa hari ni ( sibuk sejak balik raya lagi tak ada rehat  :) Yang seronoknya kepala saya dah agak ringan sebab dah dapat green light untuk jadi suri rumah sepenuh masa tahun hadapan.

Insyaalah tahun depan saya akan beroperasi sepenuh masa di rumah dan sesiapa yang nak datang beli keperluan bersalin boleh terus datang ke rumah terus.

Buat sementara ni saya menerima pelanggan yang datang ke rumah pada hari minggu atau sebelah malam ( pelanggan juga ramai yang bekerja dan cuma ada masa waktu malam atau lepas balik kerja)

Baiklah kita lupakan cerita di atas. Sebelum ni ada membaca suratkhabar dan surf laman web hospital dan terjumpa beberapa info tentang kelas antenatal.

* ( Gambar di ambil dari KPMC Puchong )

Dulu sewaktu saya mengandung ada juga kelas ni tapi tak ramai pasangan yang hadiri ( mengikut kata nurse yang beritahu saya la ).

Keadaan sekarang sedikit  berubah yang mana kelas ante natal ni semakin dapat sambutan dan ramai juga pasangan sumai isteri ( bakal menyambut kelahiran pertama ) yang menyertai.

Apa yang di ajar di kelas ni ye?

Antaranya :

1. Cara menyusukan bayi selepas di lahirkan

2. Teknik meneran, cara pernafasan atau cara untuk push bayi sewaktu proses bersalin

3. Cara pemakanan yang betul sewaktu selepas bersalin

4. Senaman yang boleh di amalkan sewaktu mengandung dan juga selepas bersalin.

5. Cara penjagaan bayi

Sewaktu di kelas ni anda juga mungkin di bawa ke bilik bersalin dan wad ( bergantung pada program yang di aturkan oleh pihak hospital ).

Bagaiman nak tau hospital anda ada menganjurkan kelas ni atau tidak? Tanya je pada hsopital berkenaan atau rujuk suratkhabar .Biasanya pada hari ahad suratkhabar mingguan malaysia ada ruangan yang menyediakan info kelas antenatal yang dis ediakan oleh pihak hospital.

 Insyaallah saya akan sambung info ni pada post akan datang.

Jumpa lagi.

Kak Rahimah

Bila waktu yang sesuai membeli barangan keperluan bersalin?

Salam ceria,

Dah 2 hari balik bercuti baru saya dapat buat posti balik di blog ni. Kepada yang buat tempahan sewaktu hari raya hari tu dan sebelumnya tempahan telah mula di hantar mulai 28 hb hari tu.

Maaf jika ada yang terlewat sebab sebaik saya kembali semula ke kuala lumpur, tak sempat saya pack barang-barang yang baru sampai dari supplier sebab ramai pelanggan yang datang ke rumah dari siang hinggalah waktu malam..terkejar-kejar saya di buatnya.

Rumah pun tak sempat nak kemas dengan anak saya yang tolong’cantik’kan lagi rumah saya :)

Insyaallah saya akan cuba pos kesemua tempahan sebelum dan selepas raya pada minggu ini..harap bersabar.

Satu lagi..nasib baiklah laptop saya yang terkena air hujan ni tak terbakar sebab tingkap rumah terbuka sebab angin terlampau kuat .

Okay la cukup la tu..untuk masa yang sangat singkat ni saya nak jawab soalan yang selalu saya terima dari pembaca blog dan laman web ni. Saya selalu di tanya bila waktu yang sesuai untuk membeli set bersalin atau lain-lain barangan keperluan sewaktu dalam pantang.

Sebenarnya itu terpulang pada diri dan budget kita. Satu kebarangkalian, kita boleh bersalin apabila kandungan mencecah 7 bulan. Jadi memang ramai yang mula membeli belah keperluan bersalin pada wantu-waktu macam ni.

 

Tak salah membeli lebih awal sebab perbelanjaan sewaktu mengandung dan selepas bersalin memang banyak menggunakan wang. Jika kita bermula lebih awal, rasa beban akan sedikit berkurangan.

Ada yang takut nak beli awal sebab takut terjadi apa-apa pada kandungan..itu pun satu perkara lagi. Ada juga kebenarannya sebab kata orang tua-tua jangan terlampau  gembira. Apa pun terpulang pada diri dan budget kita sendiri.

Cuma agak berisiko juga jika terlalu lewat menyediakan keperluan sebab selalunya time macam tu macam-macam hal boleh berlaku. Kalau dah lewat sangat, nak membeli sendiri anda mungkin dah masuk wad atau labour room ( saya biasa dapat tempahan macam ni ).Tapi kalau perkara terjadi macam ni bersabarlah dan jangan panik.

Selepas bersalin( kalau set NR  la ye ), kita boleh mula ambil selepas 3-4 hari.Jadi boleh la anda minta suami atau kawan-kawan tolong belikan barangan tersebut untuk di gunakan.

Cuma mungkin sebaik bersalin tu anda pelru gunakan minyak panas untuk di sapu ke seluruh badan ( untuk elakkan angin dan rasa sejuk sebab darah dah banyak keluar )

Kalau yang bersalin ceaser tu pulak, lepas 7 hari boleh mula guna. Tetapi sebaiknya sediakan sebelum anda bersalin lagi sebab kita boleh buat persedian yang lebih rapi. Sekurang-kurangnya barang-barang dah tersedia dan hati jadi lebih tenang.

Itu saja tips saya hari ni sebab lepas ni nak start sediakan breakfast dan lunch anak saya pula. Jumpa lagi.

Kak Rahimah

Makan ikan kering sewaktu berpantang

Salam ceria,

Nampaknya di bulan Ramadhan ni, saya selalu ter miss untuk update blog saya. Maklumla bila perut dah kenyang, saya jadi ular sawa.

Mata pun macam tau-tau je nak cari bantal. Banyak jadual saya lari dari tarikh sebenar. Sabar-sabar. Jadi pagi ni, sempatlah saya curi-curi masa sikit nak update. He he..semalam saya suruh anak saya tolong masukkan kesemua order untuk di pos hari selasa nanti.

Jadi manager la sekejap. Nasib baiklah mereka ni dah biasa dengan kerja-kerja ni. Cuma saya kena bayar gaji kat diorang tiap bulan.

Minggu ni asyik hujan . Saya biasanya masak lauk untuk berbuka di sebelah pagi. Jadi di sebelah petang tak perlu terkejar-kejar nak beli juadah berbuka.

Cuma kalau beli sekalipun untuk tambah-tambah aje. Beli pun rasa mahal orang jual sebab ada sekali tu saya beli sambal udang RM 3.00. Udangnya 5 ekor aje ;) .

Biasanya macam tulah kalau bulan ramadhan ni.Jadi kalau nak jimat, masak sendiri. Selain sedap ( puji diri sendiri ) , bersih …ia sangat menjimatkan.

Cuba tengok gambar ikan kat bawah ni. Alangkah enaknya bila di perah dengan air limau nipis dan di makan panas-panas. :)

 

Mana yang sedang berpantang tu..tengok aje lah ye lauk tu. Kalau tak nak terliur tutup mata dan hidung. Atau saya cadangkan pakai mask yang orang pakai sebab kes H1N1 ni :)

 

Jangan asyik makan ikan kering aje pulak sebab ikan kering ni memang sedap tapi tak berkhasiat. Jangan terlalu rigid waktu berpantang. Orang dulu-dulu tak ada ubat hospital sebab itu mereka kuat pantang larangnya. 

Ye la masa tu tak ada ubat canggih-canggih. Tapi itu tak bermakna, makanan yang mereka ambil tak berkhasiat pulak. Contohnya ikan haruan yang di goreng tanpa minyak. Selain elakkan lemak, ikan tu bagus untuk percepatkan sembuh luka bersalin.

Minggu lepas waktu pulang ke kampung, saya ada jenguk pasar tani kat Pekan Rembau. Ada jual Ikan haruan dan harganya sekilo RM 15 !

Ikan haruan ni boleh di goreng tanpa minyak dan di tabur dengan lada hitam untuk rasa yang lebih enak. Makan masa nasi tengah panas.Atau boleh juga di buat sup .

Hari ni rasanya saya nak beli lah. Nak rasa ikan bakar sebab hari tu saya tengok aje ikan tu walau tengah berasap-asap. Tak boleh tahan dah ni, petang ni kena beli jugak. Yang lain-lain saya masak sendiri.

Okay, itu saja hari ini sebab saya nak berehat sekejap.

Selamat berpuasa dan selamat berbuka …. maghrib nanti ye :)

Risiko mengandung di usia 35 ke atas

Dah hampir seminggu saya tak post apa-apa di blog ni. Malam ni saya terbagun awal jadi saya cuba postkan sesuatu pada anda semua.

Saya teringat beberapa tahun dulu beberapa orang rakan sepejabat saya yang mengandung pada usia lebih dari 35 atau dah lebih 40 pun. Ramai yang tersenyum melihat masing-masing bawa perut :) Apa sudah jadi kata staff lelaki yang nakal..he he he.

Hai, kata saya ..biarlah ..dapat cuti panjang..sapa nak bagi sampai 2 bulan lepak kat rumah. Perempuan bersalin aje yang dapat peluang tu :) Ramai juga berbisik sesama sendiri sebab memikirkan masalah yang di takuti bila mengandung di usia yang lewat.

Saya sendiri pun masa anak ke empat mengandung pada usia 38 tahun.Alhamdulillah, saya tak alami sebarang masalah. Suami yang risau sebab takut jadi apa-apa.

 

Kata doktor saya sihat lagi pun masa kehamilan sebelum ni saya tak ada sebarang komplikasi.Saya memahaminya kerana sebenarnya mengandung di usia sebegini memang ada risiko.Antaranya :

  • Terdedah pada masalah pendarahan atau praeklampsia
  • Bayi yang di kandung mungkin menghadapi risiko sumbing langit dan mulut
  • Risiko down syndrome
  • Masalah jantung
  • Bayi mati dalam kandungan
  • Keguguran
  • Tekanan darah tinggi pada ibu yang mengancam nyawa kedua-duanya sekali jika tidak di kawal
  • Berat bayi kurang
  • Uri di bawah
  • Kelahiran kembar

Pada usia yang semakin meningkat , tubuh kita semakin menua menyebabkan daya tahan kita semakin menurun. Masalah alahan, mual atau pendarahan yang teruk boleh menyebakan  kita mengalami tekanan.

Bagaimana mengatasi masalah ini jika di takdirkan anda mengandung lewat ? Jom kita tengok tips ni.

  • Jaga pemakanan.Ambil makanan yang seimbang setiap hari supaya bayi dan anda mendapat khasiat yang secukupnya.
  • Mengambil folate di awal kehamilan untuk mengelakkan dan mengurangkan risiko kecacatan.
  • Jangan ambil minuman bergas , merokok dan dadah ( tak mengandung pun memang tak elok ambil betul tak ? )
  • Jangan ambil sebarang ubat, herba atau suplimen tanpa merujuk kepada doktor anda.

Jadi jangan panik jika bila anda di sahkan positif ye :) Lagi pun informasi di atas adalah berdasarkan teori dan kajian.  Allah maha mengetahui.

Apa pandangan anda ?

Kak Rahimah

Related Posts with Thumbnails

WordPress Themes