RSS
 

Posts Tagged ‘dalam pantang’

Khasiat daun serai wangi sebagai air mandian dalam pantang

15 Feb

Hari ni saya tak dapat nak keluar sebelah petang sebab cuaca dah gelap. Saya check pulak stok mandian aura dah tinggal sikit sangat. City link pulak tak sampai lagi bawak stok baru yang saya dah order.Bukan apa takut saya tak ada di rumah waktu mereka sampai.

Sejak dari awal saya mula pasarkan mandian aura ni, stoknya memang sentiasa cepat habis. Mungkin sebab memang susah nak cari daun-daun herba untuk di buat mandian terutama sekali duduk di kawasan bandar. Tapi pelanggan pun bukan semua dari kawasan bandar dari kawasan kampung pun ramai.

Mungkin sebab di kawasan kampung sendiri tak banyak pokok-pokok herba ni di tanam. Elok agaknya kalau saya ni bukak kebun daun-daun mandian dalam pantang ni rasanya :) .

Saya sendiri pun bila rasa-rasa nak segarkan badan akan ambik satu pek dan rebus.Berbau wangi satu rumah..Pernah sekali saya letak dalam bilik dan malam bau wangi pulak..rasa takut pulak bila wau wangi macam tu.

Pokok ni sama je macam pokok serai biasa cuma daunnya bila kita dekatkan dengan hidung akan berbau wangi dan lebih kuat dari daun serai yang kita bubuh dalam masakan tu.

 

Gambar kat bawah ni pulak  daun serai wangi yang dah di pek siap-siap dalam uncang ( macam uncang teh lipton tu )..cuma tunggu rebus aje..selesai.

 

 

Banyak khasiat serai wangi pada wanita yang berpantang lepas bersalin. Antaranya :

-Menghilangkan bau hanyir dan bau badan selepas bersalin

- Menyegarkan badan yang rasa sakit-sakit

-Aroma daun tu bila di rebus umpama terapi dan menghilangkan rasa stress.

-Memanaskan badan yang rasa sejuk-sejuk.

Sebenarnya tak semua pelanggan yang tempah mandian dalam pantang ni bakal bersalin. Ada jugak yang saja-saja nak pakai buat mandian bila hujung minggu. Faham ajelah kalau bekerja, time cuti mereka nak berendam lama sikit nak hilangkan stress kat rumah :)

Apa pun saya rasa mandi dengan daun serai wangi ni memang menyegarkan sebab lepas mandi rasa badan berbau wangi aje..tak payah pakai minyak wangi Miracle lagi dah :)

Itu sajalah nampaknya hari ni sebab ada kerja lain sedang menunggu.Semalam tiga kerja sekali gus depan laptop ni..Lansung saya terbangun tidur pukul 5.30…patutnya pukul 4 pagi dah bangun.

Kita jumpa lagi.

 

 

 

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 

Akar Herbanika NR @ uncang teh selepas bersalin

24 Sep

Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali.

Semuga pembaca blog ni semuanya sedang sihat-sihat saja dan mungkin sedang sibuk lagi beraya. Saya sendiri pun sejak balik dari cuti tak ada rehat langsung. Ada saja yang perlu di lakukan.

Minggu lepas saya adakan majlis makan-makan untuk anak-anak saya dan kawan-kawan sekolah mereka. Hmm..tak menang tangan saya di buatnya sebab satu batalion tentera yang datang :) Alhamdulillah sebab kata orang kalau rumah tak ada orang datang bila ada jemputan tanda ada something wrong.

He he..makanan licin tinggal 2 , 3 ketul nasi impit dengan kuah kacang je. Tahun depan nampak gayanya kena beli ayam 10 ekor terus untuk di buat barbeque…Ayam ni saya sendiri pun tak dapat rasa .

Okaylah sebab dah lama sangat blog ni bercuti jadi saya nak sambung balik pasal produk lain di dalam NR seperti yang pernah saya katakan dulu. Hari ni saya akan bercerita sikit tentang akar herbanika.

Kalau orang dulu-dulu, akar herbanika ni boleh la di panggil ubat periuk. Cuma dulu ubat periuk ni dalam bentuk akar kayu yang perlu di rebus dan di minum airnya bila agak-agak suam.

Sesuai dengan perkembangan zaman dan teknologi yang bertambah canggih, di dalam set NR ( yang loose item pun ada )  ia telah di permodenkan dalam bentuk uncang. Rupamya tak ubah seperti uncang teh o yang kita minum.

Akar Herbanika ni berguna untuk menambah khasiat pemakanan di samping membnatu menyegar dan menguatkan badan.

Kalau dalam set NR uncang ni ada 10 pek aje dan tahan untuk sebulan. Satu peket tu boleh di gunakan beberapa kali sehari ( elok 2 atau 3 kali sehari ) dan boleh tahan agak-agak dalam 2 atau 3 hari. Kalau agak-agak nak sedap sikit, boleh di tambah madu.

Madu pun elok untuk panaskan badan orang yang baru lepas bersalin. Cara penggunaan sangat mudah sebab cuma masak air panas, dah mendidih masukkan uncang dalam mug dan minum agak-agak suam. He..he jangan minum tengah panas , karang melecur lidah atau hilang terus deria rasa :)

Uncang ni boleh di minum sebaik kita selesai bersalin. Ada pelanggan saya yang bagi atau mereka bawa ke hospital dan minum terus di sana sepanjang berada di wad dan kata mereka rasa badan hangat dan lebih segar.

Kalau beli loose item uncang ni ada 2 kuantiti. Satu 15 peket ( RM 55 harga ahli/ bukan ahli RM 70 ) dan 30 peket ( RM 80 harga ahli/ bukan ahli RM 100 ). Jadi kalau agak-agak nak teruskan minum dah habis pantang pun boleh , kata orang untuk awet muda amalkan selalu.

Maklum la sekarang ni macam-macam bahan ada dalam makanan dan minuman. Jadi lebih elok kalau di gantikan dengan minum anti oksida ni bagi menjaga kesihatan badan luar dan dalam.

Itu saja hari ni ye. Nanti saya free saya update lagi blog ni.

Kak Rahimah

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 
4 Comments

Posted in Artikel

 

Barut bayi mengelakkan perut kembung

04 Dec

Salam ceria,

Barut bayi merupakan salah satu item yang mesti saya ada sewaktu berpantang. Selalunya emak saya akan sediakan barut warna putih yang mempunyai tali di kiri-kanan barut.

Saya memang akan pakaikan barut pada anak saya sebab saya tak larat nak melayan kerenah budak kecik kalau meragam ..lebih-lebih lagi kalau dalam pantang. Bayangkanlah kalau asyik menangis aje, tak letih di buatnya.

Jadi setiap kali ada newborn sekurang-kurangnya ada 10 helai barut saya sediakan.Dulu-dulu warna putih ajelah yang ada tapi sekarang berwarna-warna. Dan kalau nak yang bercorak pun ada.

Saya ingat lagi dalam salah satu cerita melayu zaman p ramlee yang ada budak yang dah besar still pakai barut gantung atau barut layar.

Barut layar ni ukurannya lebih lebar dan besar. Di bahagian leher dan perut ada tali yang akan di sambungkan ke belakang. Barut biasa pulak hanya bertali di bahagian perut.

Ada yang bertanya mesti pakai barut ke baby dan kalau tak pakai tak boleh ke? Itu terpulang pada masing-masing sebab saya lebih suka cari jalan mudah waktu dalam pantang.

Banyak perlkara perlu di alkukan waktu dalam pantang. Kalau baby asyik sakit perut kembung nanti tidurnya taki lena. Bila tak lena, kita asyik terpaksa pegang dan menyukarkan diri kita untuk bertungku, berbengkung dan sebagainya.

Bayi yang tak meragam akan lebih senang di jaga lebih-lebih lagi kalau kita tak ada pembantu dan terpaksa menjaga sendiri.

Apa perlu di lakukan bila bayi asyik menangis tak berhenti. ?

Mula-mula :

  • Buka baju bayi kesemuanya sekali dan periksa kalau ada serangga atau semut yang menggigit.
  • Check perut denagn menepuk sedikti dan denagr bunyi perut bila di tepuk. Kalau bunyinya macam tin kosong, perutnya masuk angin. Kalau bunyi tin penuh :)   tu kira oklah.
  • Kalau perutnya kembung, ambil minyak khas untuk sapuan perut bayi ( saya biasa pakai minyak mustajab NR sebab baunya yang sedap dan rasa berangin) dan sapu sekeliling perut, belakang pinggang, pelipat kaki, tapak kaki dan pelipat tangan.
  • Pakaikan semual barut dan sarungkan kaki dan tangan dengan mitten dan booties ( stokin pun boleh jajnji beralas )
  • Angkat dan dukung bayi seketika untuk melegakan keadaan kerana setiap kali di dukung bayi akan rasa kita mengambil perhatian pada dirinya ( bayi pun boleh fikir juga :) Sambil tu tepuk-tepuk bahagian belakang  baby tu.
  • Dah tidur atau agak-agak dah lena, ambil bedung dan bedungkan bayi supaya dia tak terganggu dengan bunyi bising.

Memang remeh menjaga budak kecik ni tapi itulah keseronokkan sewaktu berpantang..menguji kesabaran. Bila di dah okay tentu kita syok main-main dengan si kecik tu.Lebih-lebih lagi bila dah pandai tersenyum dan mengekek ketawa bila di agah.

Okay la itu aje hari ni.Kita jumpa lagi.

Kak Rahimah

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 

6 Teknik menyediakan hidangan yang sihat

16 May

Cuaca kebelakangan ini terasa panas. Saya terpaksa mandi juga kadangkala di sebelah malam sebab badan dah melekit dan rasa gatal-gatal. Mandi malam tak elok tapi sekarang ni dah tak tahan sangat sebab asyik tergaru-garu.

Macammana la orang yang tengan mengandung tu ye..lagi la panas.Yang dalam pantang pun lagi la pulak, berasap rasanya dengan berbengkung dan berbaju panas :)

Bulan ni saya rasa berat saya naik dan saya cuba turunkan berat sikit sebab kain dan seluar terasa ketat. Itu tanda saya dah gemuk.Bila rasa macam tu saya kurangkan sikti kuantiti hidangan dan ambil air limau nipis panas setiap hari.

Selalu bila saya buat macam tu, kain saya akan terasa longgar semula dalam  sebulan .Jadi tak payah nak buang duit beli baju baru.

 

Jadi hari ini saya kongsikan cara menyediakan sajian yang sihat supaya kita sama-sama dapat mengekalkan khasiat makanan yang kita ambil. Bila sajian kita sihat , masalah berat badan akan berkurangan dan anda tak perlu berdiet.

  • Setiap kali kita mengambil daging ayam, buang kulit ayam dan lemak yang melekat pada daging.Lemak yang tidak di buang menambah risiko penyakit jantung sebab saluran darah kita mungkin tersumbat dan menyukarkan pernafasan.
  • Setiap kali memasak sayur-sayuran, tutup kuali supaya vitamin yang terdapat dalam sayur tidak hilang dan sayur cepat masak. Sayur yang terlalu lama di masak tidak sedap di makan selain menjadi lembak dan nampak tak ‘fresh ‘.
  • Jika anda menyimpan sup di dalam peti sejuk, buang lemak berminyak yang beku terlebih dahulu.
  • Bersihkan sayur di bawah air mengalir dan rendam buah-buahan dengan air garam terlebih dahulu sebelum di makan. Sayur dan buah di pasar biasanya di sembur bahan kimia untuk mengelakkannya cepat rosak.
  • Kurangkan penggunaan garam atau serbuk perasa dalam sayuran dan gantikan dengan melebihkan ikan bilis setiap kali menggoreng.
  • Jangan gunakan lebihan minyak menggoreng kerana khasiat dalam minyak telah hilang semasa gorengan pertama.

Itu saja hari ini. Selamat bersantap!

Kak Rahimah

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 
No Comments

Posted in Artikel

 

Testimoni terbaru dari pelanggan bersalin secara caesar !

12 May

Dah beberapa hari saya tak update blog ni. Banyaknya kerja yang saya perlu buat.Malam pulak asyik mengantuk.Pantang letak kepala aje, mesti lelap tak sedar diri.

Oh ye, sedikit update tentang jualan happy hour 2 hari lepas..kesemua unit yang saya peruntukkan semasa happy hour sales  telah habis di tempah! Tahniah pada kesemua pelanggan yang berjaya mendapatkannya.

Tak apelah, kita tinggalkan cerita tu. jom kita tengok testimoni yang baru saya terima dari Puan Islinda yang telah di hantar pada saya. Sebelum ni beliau ada mengirimkan gambar baby baru beliau untuk di muatkan dalam blog ni.

 

 

Saya adalah ibu kepada tiga orang anak lelaki yang kesemuanya dilahirkan melalui pembedahan. Sewaktu berpantang melahirkan anak ketiga, saya telah menggunakan set bersalin Nona Roguy seperti yang disyorkan melalui laman web Puan Rahimah.

Pada akhir kehamilan, berat badan saya meningkat sebanyak 72 kg. Kemudian, pada dua bulan pertama penggunaan set bersalin Nona Roguy berat badan saya telah turun kepada 62 kg. Oleh kerana saya bersalin melalui pembedahan, saya telah melewatkan sedikit penggunaan bengkung bersalin iaitu pada bulan ketiga.

Saya menggunakan bengkung bersalin Nona Roguy setiap hari pada waktu malam memandangkan saya bekerja di siang hari dan alhamdulillah berat badan saya kini 60 kg. Saya bercadang meneruskan pengambilan sebotol lagi pil phytonatal selepas ini. Ini kerana dengan pengambilan pil ini dapat menggalakkan penghasilan susu badan, melawaskan pembuangan air besar, mengawal berat badan dan dapat mengekalkan kesegaran tubuh badan sepanjang hari.

Saya juga mengaplikasikan kesemua kandungan dalam set bersalin lengkap Nona Roguy dan amat berpuas hati terhadap hasilnya. Selain memudahkan proses berpantang, saya tidak perlu bersusah payah menelan atau meminum jamu yang pahit kerana segalanya telah dipermudahkan oleh Nona Roguy.

Terima kasih kepada Pn. Rahimah yang telah memberikan panduan untuk saya melalui pengalaman menarik berpantang dengan Nona Roguy. Insyaallah pada kelahiran seterusnya (terakhir) saya akan menggunakan set bersalin ini.

Islinda Ishak

http://Islinda.blogspot.com

 

Saya siarkan testimoni di atas sebab salah satu soalan favorite yang saya selalu saya terima ialah pasal bersalin caesar. Jadi jangan ragu-ragu lagi selepas ni kalau kena caesar ye

Kak Rahimah

Related Posts with Thumbnails

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 
 
Bulk Email Sender