doktor gigi Posts

Pentingnya rawatan pergigian dan insuran kesihatan kanak-kanak.

Salam ceria,

Semalam saya mendapatkan rawatan pergigian ‘crowning’ selepas berkali-kali menunda appoinment dgn doktor gigi saya.

Anak saya yang paling kecik demam hanmpir 10 hari pada minggu lepas menyebabkan saya tak dapat buat appoinment lebih awal. Customer yang nak datang ke rumah pun saya tak dapat nak entertain sebab nanti anak saya meragam leceh pulak. Saya galakkan customer yang boleh membeli secara online untuk buat belian secara online kerana saya sendiri sekarang agak sibuk.

Dari pagi petang memang saya ‘mobile’ sebab ada saja yang perlu saya buat.Jadi semasa beberapa kali mendapatkan rawatan pergigian dan semasa anak saya demam yang agak lama, saya mendapat sedikit pengajaran.

Kos pergigian memang agak mahal. Keseluruhan kos saya membuat beberapa rawatan mencecah RM 1500. Jadi pesan pada anak-anak kita untuk mengamalkan penjagaan pergigian yang berterusan.Bukan saja menjimatkan wang malah tak perlu buang masa dan menempuh kesakitan.

Setiap 6 bulan sekali, dapatkan rawatan pemeriksaan untuk mengesan sebarang kerosakan dengan lebih awal.Lebih awal lebih bagus sebab kos rawatan lebih murah sebelum keadaan gigi bertambah teruk.

Pengajaran dari anak yang demam pula saya rasa lebih lega. Sebelum ni anak saya yang kecik ni memang lasak . Beliau yang selalu keluar masuk hospital. Masa saya kerja dulu, apa-apa office yang bayar.Kerja sendiri kenalah sendiri bayar :)

 

Sebelum ni anak saya pernah terjatuh di tadika dan muntah-muntah. Nasib baik tak apa-apa selepas mendapatkan pemeriksaan di hospital.Sehari sebelum tu saya berkira-kira untuk ambil medical card sebab sekurang-kurangnya jadi apa-apa saya ada perlindungan insurans.

Nasib tak baik, esoknya anak saya jatuh di tadika dan kos rawatannya sahaja mencecah RM 600 sekali dengan scan di kepala. Deposit yang perlu saya bayar pada Hospital Ampang Puteri RM 2500 !. Apa lagi credit card la, sebab credit card ni saya guna utk jual beli online sahaja. So guna ajelah untuk deposit.

Nasib baik refund balik sebab doktor bagi anak saya balik kerana simptomnya biasa dan tak membimbangkan sebab tiada sebarang pendarahan di kepala.

Jadi hari tu, bila anak saya demam teruk saya dah tak berapa risau kalau perlu masuk hospital sebab dah ada perlindungan insurans. Anak saya pun pandai kata “kalau masuk hospital, mama dapat duit ” :) Banyak pulak tu ..Tapi tak kuasa la pulak saya nak duduk hospital .

Memang saya ada cakap masa tunjuk medical card padanya .Rupanya dia ingat apa yang saya cakap :) Jadi kesimpulannya rawatn pergigian adalah pelru terutama dari kanak-kanak. Amalkan supaya ia menjadi satu kebiasaan atau rutin kerana kos pergigian sangat mahal.

Jika anda mampu, ambil perlindungan insuran utk anak anda supaya jika terjadi apa-apa, kita ada back up dan rawatan yang patut di lakukan dapat di teruskan. Nyawa adalah penting. Duit boleh di cari tapi, kesihatan tetap perlu di jaga.

Kalau ada sesiapa yang nak ambil insurans kesihatan anak-anak boleh hubungi saya. Tak ambil komisen pun sebab saya boleh perkenalkan kepada agen saya yang cekap dan boleh terangkan kelebihan dan keperluan perlindungan ikut kemampuan kita. Yang penting, kita ada perlindungan jika terjadi apa-apa.Masa depan kita tak tahu apa yang bakal terjadi.

Itu saja hari ini. Saya perlu buat kerja lain pula. Macam ni lah jadi orang yang bekerja dari rumah :) Semua nak kena buat sendiri.

Kak Rahimah

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

Website - More Posts

Posted by rahimah in Artikel and tagged with , , ,

Penjagaan gigi dari zaman kanak-kanak

Salam ceria,

Pada bulan ni dah beberapa kali saya berjumpa doktor gigi untuk beberapa rawatan yang yang telah banyak kali saya postpone.

Di sebakan saya bekerja sendir, senang la sikit nak buat appoinment dengan doktor. Tak perlu nak ambik cuti ke ape ke,hanya sediakan duit aje :)

Nak kata gigi tak jaga , rasanya tak juga sebab masa di ITM dulu saya rajin pergi jumpa doktor gigi sebab FREE :)

Saya pun tengok gigi anak saya kurang cantik.Maksud saya kurang tersusun. Anak-anak saya masa ekcil memang giginya tersusun dan tidak rosak. Mungkin sebab gigi yang tidak rosak menyebabkan gigi susu lambat tanggal dan gigi kekal tak sabar nak keluar.

Jadi susunan gigi jadi kurang betul. Harapnya ada doktor gigi boleh beri pendapat di sini :) . Kos rawatan gigi agak mahal. Masa kerja dulu pun benefit ni dalam RM 250 aje setahun.Saya rasa mana-mana pejabat seklaipun benefit untuk rawatan pergigian memang agk rendah mungkin sebab kosnya mahal.

 

Jadi seeloknya jagalah gigi atau pastikan anak anda menjaga gigi mereka seawal dari kecil. Sedikit tips untuk and ayang mempunyai anak yang sukar menggosok gigi :

1. Belikan berus gigi yang berwarna warni atau yang ada ciri-cirti khas seperti design kartun supaya anak anda tertarik untuk menggosok gigi mereka.

2. Pada peringkat ini, berikan saja ubat gigi yang berperisa buah-buahan dan memang sesuai untuk kanak-kanak macam Kodomo Lion ( saya rasa ubat gigi ni bukan saja di gosok malah di telan sekali sebab rasanya sedap ..he he )

3. Pastikan gigi di gosok 2 kali dan di jadikan disiplin sewaktu masih kecil. Bila dah terbiasa mereka tak skip gosok gigi waktu malam.

 Nanti di posting yang lain saya sentuh lagi pasal rawatan pergigian ni ye.

Related Posts with Thumbnails

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

Website - More Posts

Posted by rahimah in Artikel and tagged with , , , ,

127.0.0.1