Salam ceria,
Lamanya saya tak usik blog ni.Pening kepala dengan macam-macam hal. Banyak stok dari supplier yang supplier tak dapat nak supply sampai sekarang. Baby sling lambat lagi dapatnya..hu hu bulan May baru dapat sebab yang ada sekarang corak tak lawa. Yang tanya boleh katakan hari-hari. pening kepala saya.Lampin moden pun begitu juga.
Oh ya, saya ingin membuats sedikit pengumuman di sini. Ada beberapa pelanggan yang telah membuat bayaran baby sling, mandian aura dan set bersalin tetapi tidak menghantar bortang tempahan kepada saya. Yang saya dapat hanya mesej dari maybank2u mengatakan pelanggan telah buat bayaran.
Kepada pelanggan yang telah buat bayaran dan belum dapat pesanan , harap dapat hubungi saya secepat mungkin sebab saya nak pos sementara stok masih ada.Kalau lewat takut stok habis dan bertambah lewat lagi. Lagi satu, saya amat berharap agar para pelanggan dapat mengisi borang tempahan secara online kerana sms yang masuk terlalu banyak dan saya kadang-kadang tertinggal order yang di pesan.
Dan yang paling penting sekali, saya juga amat berharap para pelanggan mnegisi borang tempahan ( dengan butir-butir lengkap) hanya selepas bayaran di buat untuk mengelakkan kekeliruan dan melewatkan proses penghantaran.
Minggu lepas kita di kejutkan dengan pemergian Allahyarham Mior atau yang lebih di eknali Din Beramboi. Hmm…saya memang suka dengan lawaknya walaupun macam merapu tapi itu la yang kelakar dari kelakar yang di buat-buat. Sekarang ni tak ada lagi la nak dengar jenaka beliau. Semoga rohnya di cucuri.
Mula-mula saya tengok di berita tv di syaki di jangkiti virus/penyakit kencing tikus tetapi akhirnya oleh kerana denggi. Rumah saya pun saya dah suruh husband kemas dan buang air yang bertakung sebab aedes suka membiak tapi nampak gayanya saya kemas sendiri
Virus H1NI pun jika tengok berita dah mula merebak semula. Oleh kerana kedua-dua penyakit ni memang boleh membawa maut saya ingin berkongsi sedikit tips pagi ni.
Jika anda mempunyai anak kecil atau bayi say sangat sarankan untuk menggunakan kelambu bayi. Kelambu bayi tak la mahal sangat.Bayi ni kalau demam atau sakit dia tak pandai nak bagi tau kita terutama yang tak pandai cakap lagi.
Mereka hanya akan menangis kerana rasa tak selesa. Jadi sebelum tidur di bilik, elok di sembur dengan racun serangga ( ridset ke, shelltox ke ) dan tutup pintu dalam 1/2 jam. Nak tidur baru buka semula.Biar kalau ada nyamuk, nayamuk tu mati dulu.
Pasang kelambu bayi tak kira siang atau malam supaya dapat jauhkan risiko denggi ni. Rumah di bersihkan ( peringatan pada saya juga
) dan buang air yang bertakung.
Jika di sesetengah rumah , saya tengok ada yang pasang macam safety net ( warna hijau mcm tu ) uktuk elakkan nyamuk. Kata orang, ingat sebelum kena.
Dna yang paling penting, jiak ada tanda-tanda seperti demam yang tak kebah-kebah, ada bintik-bintik timbul di kulit harap jangan bertangguh untuk ke hospital. Jika dah berbintik-bintik tu tanda dah serius. Saya ingat lagi rakan sebilik saya yang terkena denggi dulu, kulit dah berbintik dan terpaksa rushing ke hospital Doktor kata lewat sikit lagi, tak tau la kawan saya tu masih ada lgi atau tak.Hu..seram.
Yang saya tengok pun bila kawan saya kena denggi masa tu, doktor akan kawal tahap demam pesakit. Ubatnya hanya air dan panadol.Bila kawan saya dah jemu duduk hospital, terkejut saya tengok panadol yang doktor bekalkan , hampir penuh satu beg sandang! Katanya doktor pesan, jangan skip ubat sebab kalau demam semula, silap-silap gol!
Itu saja peringatan saya pada semua terutam sekali pada mereka yang masih dalam pantang dan bayi yang masih kecil.
Kita jumpa lagi.


Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.
More Posts - Website