RSS
 

Posts Tagged ‘gigi’

5 Khasiat kismis yang elok untuk penjagaan kesihatan

09 Apr

Semalam saya  menonton sebuah telemovie di Astro Awani bertajuk Link ke 2. Menarik cerita ni sebab ia mampu menginsafkan kita tentang betapa pentingnya menjaga dan mendidik anak-anak supaya menjadi manusia yang berguna.

Secara ringkas ia sebenarnya kisah mengenai kisah seorang bekas banduan yang telah insaf dengan kesalahan masa lampau dan mensia-siakan diri sendiri dan keluarga. Oleh kerana beliau telah pun berpindah ke tempat lain selepas keluar dari penjara, di tempat beliau tinggal ada sekumpulan anak muda yang suka melepak .

Oleh kerana tidak ingin melihat remaja ini hanyut belaiu menngajak remaja tersbut untuk mencari harta karun di kebunnya.Harta karun yang di maksudkan sebenarnya ialah hasil kebun yang akan di dapati selepas berbudi pada tanah.

Saya tertarik dengan cara pendekatan belaiu mendekati kumpulan remaja tersebut tanpa memaki hamun mereka kerana setiap manusia pasti ada harga diri. Jika kena dengan caranya setiap orang boleh berubah dan ada ahli kumpulan remaja tersebut yang berubah dan insaf dengan perbuatan sia-sia mereka dan selepas itu lebih menghormati ibu-bapa.

Cerita sebginilah yang elok di tonton oleh kita kerana ia mengandungi pelbagai pengajaran.Sebelum tu saya menonton rancangan Cubaan kelolaan Akil Khay.Menarik cuma kadangkala menyampah dengan gelagat manusia yang memberikan  komen baik selepas terperangkap. Padahal sebelum tu bila di ajak /di uji oleh krew siri tersebut tanpa menyedari diri mereka di perhatikan , laju saja nak buat benda yang tak elok.

Macam-macam tapi bagus juga bila ada siri seperti Cubaan tu sebab sekurang-kurangnya kita yang menonton pun sebenarnya sedang di uji dan di perhatikan.Oleh siapa? Ha ha..faham sendiri ye, kalau tak faham jugak tak tau la.

Okay saya sedang cuba menyiapkan laman web baru saya tapi di sebabkan malas nak usik apa-apa sebab semalam pukul 2 pagi saya tidur lebih baik saya usik blog yang dah seminggu saya tak usik ni.

Jadi hari ni saya nak tulis pasal kismis sebabnya buah anggur kering atau kismis yang di order oleh kakak saya dah habis stok. Stok saya pulak memang dah habis sebab kismis tu anak saya buat macam gula-gula.Tapi tak apelah sebab kismis tu lebih berkhasiat dari gula-gula betul tak? Bayangkan kalau 250 gm boleh habis dalam sekelip mata, berapa kilo pulak saya nak simpan stok untuk mereka ni.

Selain kurma, kismis merupakan salah satu makanan favorite untuk kanak-kanak malah wanita mengandung juga. Kismis merupakan buah anggur yang di keringkan.Kismis bebas dari kolestrol, rendah tahap sodium dan tidak mengandungi lemak. Kismis kaya dengan nutrisi seperti vitamin, zat besi, mineral,serat dan kalsium.

Seperti kurma juga, kismis membekalkan tenaga secara serta merta kerana ia mengandungi gula fruktosa yang mudah di proses .

Antara khasiat kismis ialah :

1.Ia menajamkan minda atau daya ingatan kerana otak memerlukan banyak gula fruktosa untuk berfungsi dengan baik.

2.Menjadi sumber semulajadi anti oksida kerana kismis mengandungi fenol. Anti oksida melindungi tubuh dari adikal bebas ( sebab itulah banyak bahan kecantikan me war-warkan anti- oksida ni dalam produk mereka )

3.Kismis menyihatkan dan melindungi gigi dan gusi kerana  ia kaya dengan asid oleanolik.Asid Oleanolik mampu menghalang pertumbuhan bakteria yang menyebabkan plak dan kerosakan gigi.

4.Kismis kaya dengan potasium dan sodium yang membantu mengurangkan tekanan darah tinggi.

5.Menguatkan tulang kerana di dalam buah kering ini terkandung fiber dan asid tartaric

Setelah kita tau betapa banyaknya khasiat kismis pada tubuh badan kita, jom kita satu famili amalkan makan kismis sebagai snek harian. Bukan untuk anak-anak saja malah ibu bapa sendiri untuk menjamin kesihatan yang lebih baik. Dari mengunyah keropok-keropok atau junk food, mengunyah kismis adalah jauh lebih menyihatkan.

 

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 
1 Comment

Posted in Artikel

 

Pendakap gigi okay atau tak?

09 Jun

Salam ceria,

Dah 9 hari saya tak tulis apa-apa dalam blog ni.Hari ni saya nak ambil kesempatan bercerita pasal pendakap gigi.

Saya nak tulis pasal pendakap gigi ni lepas tengok cerita yang dah habis siaran. Mula-mula tak suka tengok cerita “Halimah Jongang ” tu tapi bila saya tengok semula, ada nilai baik yang nak di sampaikan.
Yelah, memang tak elok kita ejek orang betul tak.

Kalau kita tengok ramai orang yang pakai pendakap gigi. Saya kata gigi besi :) .Anak saya pun sibuk nak pakai katanya. Jadi apa sebenarnya pendakap gigi ni?

Pendakap gigi ni fungsinya untuk memperbetulkan susuan gigi yang tidak rata supaya menjadi lebih selari. Bukan mudah sebenarnya nak guna pendakap gigi ni sebab kita kena bersedia dari segi mental dan fizikal.

Dari segi fizikal, anda mungkin kelihatan sedikit pelik ..he he sebab gigi nampak lain dari yang lain. Anda juga mungkin sedikit sebanyak mendapat perhatian orang bila bercakap yang mungkin akan merenung anda .

Dari segi mental, memakai pendakap gigi ni ( mengikut kata kawan saya la dulu waktu dia pakai ) , akan rasa sakit dan susah nak makan …untuk tempoh dalam seminggu dua katanya lagi. Jadi kira boleh kurus la kalau dalam seminggu tu kurang makan nasi sebab susah nak kunyah.Hanya bubur dan makanan yang lembut ( yang senang di hirup aje ) yang lebih sesuai untuk tempoh tersebut.

Kesan memakai pendakap gigi ni bergantung pada susunan gigi seseorang. Ada yang cepat mendapat kesan dan ada yang lambat. Jadi anda perlu mengikut jadual pertemuan dengan doktor untuk regular check up. Makanan yang berkhasiat perlu di makan di samping cara memberus gigi yang betul.Gosok gigi tanpa pendakap pun kena car betul, dah pakai pendakap gigi lagi la kena jaga.

Kat sini ada satu blog dr gigi yang saya jumpa yang agak menarik untuk di baca cuma sebelum klik blog tu, perlahan atau matikan volume ( kalau anda berada di office ) tak karang terkejut pulak satu office sebab ada lagu bila bukak blog ni :)

Kak Rahimah

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 
10 Comments

Posted in Artikel

 

Penjagaan gigi dari zaman kanak-kanak

16 Apr

Salam ceria,

Pada bulan ni dah beberapa kali saya berjumpa doktor gigi untuk beberapa rawatan yang yang telah banyak kali saya postpone.

Di sebakan saya bekerja sendir, senang la sikit nak buat appoinment dengan doktor. Tak perlu nak ambik cuti ke ape ke,hanya sediakan duit aje :)

Nak kata gigi tak jaga , rasanya tak juga sebab masa di ITM dulu saya rajin pergi jumpa doktor gigi sebab FREE :)

Saya pun tengok gigi anak saya kurang cantik.Maksud saya kurang tersusun. Anak-anak saya masa ekcil memang giginya tersusun dan tidak rosak. Mungkin sebab gigi yang tidak rosak menyebabkan gigi susu lambat tanggal dan gigi kekal tak sabar nak keluar.

Jadi susunan gigi jadi kurang betul. Harapnya ada doktor gigi boleh beri pendapat di sini :) . Kos rawatan gigi agak mahal. Masa kerja dulu pun benefit ni dalam RM 250 aje setahun.Saya rasa mana-mana pejabat seklaipun benefit untuk rawatan pergigian memang agk rendah mungkin sebab kosnya mahal.

 

Jadi seeloknya jagalah gigi atau pastikan anak anda menjaga gigi mereka seawal dari kecil. Sedikit tips untuk and ayang mempunyai anak yang sukar menggosok gigi :

1. Belikan berus gigi yang berwarna warni atau yang ada ciri-cirti khas seperti design kartun supaya anak anda tertarik untuk menggosok gigi mereka.

2. Pada peringkat ini, berikan saja ubat gigi yang berperisa buah-buahan dan memang sesuai untuk kanak-kanak macam Kodomo Lion ( saya rasa ubat gigi ni bukan saja di gosok malah di telan sekali sebab rasanya sedap ..he he )

3. Pastikan gigi di gosok 2 kali dan di jadikan disiplin sewaktu masih kecil. Bila dah terbiasa mereka tak skip gosok gigi waktu malam.

 Nanti di posting yang lain saya sentuh lagi pasal rawatan pergigian ni ye.

Related Posts with Thumbnails

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 
6 Comments

Posted in Artikel

 
 
Bulk Email Sender