Assalamualaikum,
Saya baru saja selesai menonton TV 108 – cerita hindustan ( Astro ) dan nak tau cerita apa yang saya tengok tadi? Cerita pasal kanak-kanak disleksia seperti yang pernah saya tulis dalam entri yang terdahulu.
Cerita kali ni secara kebetulan tekan-tekan remote control tu keluar pulak cerita lakonan Amir Khan yang jadi cikgu di sekolah khas. Hmm..betullah apa pemahaman saya sebelum ni mengenai disleksia iatu satu kesukaran dalam pembelajaran .
Di tunjukkan dalam cerita tu bagaimana kanak-kanak tersebut mengeja sesuatu perkataan dengan terbalik. Akibat tertekan dia yang gemar melukis menghentikan hobinya kerana selalu di marahi keluarga kerana rekod kemajuan yang sangat rendah dalam pelajaran.
Saya dapat melihat bagaimana kanak-kanak yang tertekan dengan ‘kekurangan’ dirinya tiba-tiba tersedar bahawa dirinya adalah sangat istimewa bila dia di sedarkan bahawa ramai orang -orang ternama di dunia rupa-rupanya juga menghadapi kesukaran yang sama sewaktu kecil. Dengan sedikit peransang dan keprihatinan guru yang sedar dengan ‘kekurangannya’ kanak-kanak tersebut mula mendapat sedikit momentum .
Dari saat itu beliau mula menunjukkan bakat dan kesungguhan sehingga mampu untuk menjadi hebat malah lebih baik dari kanak-kanak lain. Tajuk cerita ni ” TAARE ZAMIN PAAR” dalam bahasa Inggeris bermaksud ” Every Child Is Special “.Saya muatkan YOUTUBE cerita ini di sini untuk anda menontonnya kemudian . Cerita hindustan ye bukan cerita omputeh sebab yang penting apa yang dapat anda pelajari dari cerita ini
Menarikkan cerita pasal kanak-kanak disleksia ni. Saya rasa sangat menarik sebab pada zaman ini seseorang yang lemah dalam mata pelajaran di sekolah sering di salah bodoh sedangkan mereka mempunyai bakat dan kepandaian yang tidak di miliki oleh orang lain.Sesuatu yang patut kita renungkan juga tentang sistem pembelajaran di negara kita samada kita sebenarnya di hadapan atau ‘out of date ‘
Saya pernah membaca akhbar bagaimana di sesetengah negara barat sejak di sekolah rendah lagi mereka di beri kebebasan untuk menguasai sesuatu kemahiran dan bukan buku semata-mata. Tidak ada istilah kanak-kanak atau pelajar yang lembap sebab masing-masing akan di beri penekanan dan latihan menguasai sesuatu ilmu atau kemahiran. Alangkah baiknya jika sistem ini di amalkan di Malaysia
Baiklah saya nak masuk tidur sebab sekarang dah pukul 1.43 am .Takut terlepas pulak time nak bersahur nanti.Hari tu dah terlajak sekali tengok jam dah pukul 6.22 am..
Selamat menonton dan Selamat bersahur.
Kak Rahimah



Kuala Lumpur Time
