Posts tagged: imunisasi

Imunisasi sebelum mengandung…Jangan pandang mudah !

Salam ceria,

Baru dapat saya log in semula setelah menghadapi kesukaran line google yang asyik’ broekn line’ setiap kali nak update web ni. Banyak betul masalahnya.

Saya ada terbaca tentang imunisasi kanak-kanak di majalah Pa & Ma dan saya teringat tentang kelucuan sewaktu sekolah rendah dulu.

Saya masih ingat lagi masa di sekolah rendah dulu bila time imunisasi, ramai yang kecut perut. Saya pun ingat-ingat lupa tapi waktu darjah berapa entah ada imunisasi yang sangat di takuti rakan-rakan ( termasuk saya ) sebab ternampak jarum yang di bakar dengan api.

Nampak jarum tu rasa macam ‘ matilah kali ni kena cucuk’. Ada yang menangis selepas di suntik dan bila masuk ke kelas semula yang lain tengok dah kecut perut. Ada juga yang menekan tempat suntikan samapi berdarah tak taulah apa sebabnya tempat tu di tekan.

Saya? Ikut aje bila di panggil tapi saya ada teringat masa di ITM Shah Alam ( sekarang Ui TM ) waktu suntikan Rubella di berikan . Masa tu tak silap saya Rubella baru di perkenalkan. Tak silap saya, sekarang jika anda ingin mengandung, suntikan rubella akan di berikan ( sila rujuk kepada doktor )

Waktu tu saya di tipu oleh nurse yang bertugas ( kebetulan saya lalu di tempat suntikan sedang di perkenalkan dan kami dapat suntikan percuma ). Kebetulan waktu tu dah habis kelas dan saya dan rakan saya termakan pujuk nurse yang mengatakan ‘tak sakit’ . Rupanya sakit sungguh!

Beberap jam selepas di suntik, tangan terasa berat dan sakit-sakit. Menyesal percaya cakap nurse tapi dah kena injection pun.

Rubella atau ‘ german measles’ ialah sejenis penyakit campak. Siapa yang pernak kena mesti tau  sebab badan penuh dengan ruam kecil-kecil dan gatal. Selalunya badan akan demam dulu dan bila demam dah hampir kebah, akan keluar ruam halus tu.

Rubella merupakan virus yang boleh menjangkiti kanak-kanak dan orang dewasa. Saya sendiri pun terkena sewaktu berumur dalam 20 an.

Kenapa suntikan rubella perlu sebelum mengandung?

Jika anda telah ada imunisasi ini, risiko kecacatan bayi akibat dari penyakit ini dapat di elakkan. Jika keadaan penyakit terlalu teruk dan ia terjadi sewaktu mengandung, bayi boleh menghadapi masalah tumbesaran dan yang paling teruk sekali ia boleh membawa kematian dalam rahim.

Kecacatan yang di maksudkan ialah masalah jantung, pekak, katarak , terencat akal, pembesaran terbantut. Kecacatan ini di panggil’ Congenital Rubella Syndrome’.

Jadi untuk mengelakkan keadaan ini dari terjadi dan jika anda belum mengandung, silalah dapatkan imunisasi ini dari gynae anda.

Insyaallah saya akan sambung lagi topik ni lain kali sebab azan dah bunyi. Kita jumpa lagi.

Kak Rahimah

Related Posts with Thumbnails

WordPress Themes