RSS
 

Posts Tagged ‘jamu’

Keliru penggunaan jamu sewaktu berpantang

25 Jun

Salam ceria,

Saya banyak menerima email tentang penggunaan jamu sewaktu berpantang walaupun dah banyak kali saya terangkan sebelum ini. Masih ramai yang ragu-ragu tentang penggunaan jamu dan bertanyakan boleh ke makan jamu sebab doktor tak bagi.

Saya rasa saya akan jawab soalan ini di sini sahaja dan mana-mana email yang bertanya soalan yang sama saya harap boleh rujuk di sini dulu . Penat juga jawab soalan yang sama tiap hari :)

Apa yang saya tulis di laman web saya adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri sewaktu berpantang. Saya tidak menafikan peranan ubat-ubatan moden sebab kita sekarang berada bukan di zaman 50 atau 60 an.

Dulu masa zaman emak-emak kita dulu semunya kurang jadi mereka banyak menggunakan ramuan tradisional dalam kehidupan seharian. Ramuan tradisional ni kebanyakannya segar dan asli. Pengetahuan orang dulu tak boleh di nafikan terutama sekali tentang herba yang boleh menjaga dan menambah kesihatan.

Zaman berubah dan ubat moden mengambil tempat tetapi ikut pengetahuan saya yang cetek ni, ubat yang ada sekarang juga mengandungi dadah untuk melegakan kesihatan. Cuma tahap kandungannya di kawal sesuai untuktujuan perubatan dan di sahkan oleh pihak berkuasa iatu kerajaan kita,

Jadi nasihat yang di berikan oleh doktor merupakan teori dan praktikal secara saintifik . Terpulang kepada anda sendiri samada mahu menggunakan jamu sewaktu berpantang atau tidak. Ada yang takut susu kering, baby panas, jahitan terbuka dan sebagainya.

Jika anda yakin anda boleh berpantang dengan baik tanpa sebrang jamu teruskan sebab ia tidak salah. Dan jika anda yakin dengan penggunaan jamu , teruskan juga sebab ia berdasarkan pengalaman. Saya bukan doktor tetapi pengalaman sewaktu berpantang 4 orang anak adalah sangat berharga dan saya rasa perlu saya kongsi dengan mereka yang tiada pengalaman.

Itu saja hari ini.

Kak Rahimah

Related Posts with Thumbnails

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 
5 Comments

Posted in Artikel

 
 
Bulk Email Sender