Posts Tagged ‘keguguran’

Apa Dia Mengandung Di Luar Rahim ?

mengandung

Pernah tak dengar cerita orang mengandung di luar rahim ? Hari ni saya akan ulas sedikit apa yang di maksudkan dengan mengandung di luar rahim ni.

Dalam bahasa perubatan , ia di panggil ektopik atau kehamilan ektopia. Ia bermaksud kehamilan yang berlaku hasil persenyawaan atau zigot tertanam samada di luar rahim, di tiub fallopian atau mungkin juga di pangkal rahim atau serviks. (more…)

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

Keguguran…perlu berpantang tak ?

Pagi tadi saya menerima panggilan talipon dari seorang pemanggil yang saya tak ingat pulak namanya. Beliau bertanyakan dengan saya agak panjang lebar tentang keperluan berpantang jika keguguran.

Rasanya ramai juga yang tanya saya soalan yang sama sebelum ni dan saya rasa elok juga kalau saya post dalam blog entri kali ni.Mungkin info di sini serba sedikit boleh di jadikan panduan.

Saya bukanlah pakar tapi cuma sekadar dari pengamatan dan sedikit sebanyak berkongsi  dengan tukang urut / bidan yang saya kenal. Kebanyakan yang keguguran atau bersalin ceaser akan tanya samada perlu tak ambil set bersalin.

Itu sebenarnya terpulang pada sendiri tetapi jika di tanya pada saya memang patutlah ambil sedikit suplimen untuk penjagan kesihatan dalaman.Rmai pelanggan sebelum ni yang tidak ambil apa-apa suplimen kesihatan atau herba yang mengadu sakit sengal-sengal selang beberapa bulan lepas pantang.

Hmm..memang selalunya begitu sebab ,pada saya tiada sebarang support atau suplimen yang menyebabkan kesihatan dan kekuatan badan akan terjejas. Saya bukan doktor untuk bercakap dari segi perubatan cuma saya bercakap dari segi pengalaman.Feed back customer yang menalipon saya atau menghantar email adalah bukti yang keguguran juga memerlukan penjagaan yang rapi.

Mungkin pada awalnya semuanya kelihatan baik tetapi elok la bersedia dari awal. Alhamdulillah saya di kuniakan kesihatan yang agak baik dan jarang sakit ( masa kerja dulu selalu la mc sebab memang dah tak minat kerja ).Kalau kita sakit keluarga pun terjejas sebab mungkin kita akan menyusahkan mereka dari tugas seharian . Faham-faham aje lah time sakit kalau boleh berjalan ok lagi, kalau kena baring aje macam mana?

Jadi saranan saya , jika keguguran atau bersalin ceaser, berpantang ajelah macam biasa supaya kita lebih sihat di masa akan datang. Ambillah supliment atau herba yang boleh membantu menguatkan semula tubuh kita.

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

Tips mengatasi masalah keguguran

Salam ceria…saya memang tengah ceria..sambil ketuk ketuk jari kat laptop ni saya buka youtube. Nak tau apa yang saya tengok..cerita bollywood ..wa wa wa..demam bollywood la pulak minggu ni..Agaknya sebab nak sambut deepavali kot :)

 

Barulah terasa ceria sambil buat kerja tonton cerita bollywood shahrukh khan, amir khan yang best best tu! Tu la kalau saya dah lama tak tengok cerita hindustan ni memang jadi jadi macam tu. Lepas tu pulak sambil dengar lagu cerita yang saya ingat masa kecik-kecik dulu.

Nak di jadikan cerita masa saya tinggal dengan sepupu saya dulu, pembantu rumah sepupu saya ni gila hindustan. Fuh ! Semua cerita dia ada..tanyalah zeenat aman la, rishi kaapoor..cerita bobby la..semua dia boleh jawab.

Tu la sebab saya pun tau cerita masa saya kecik-kecik dulu. Dah besar zaman shahrukh khan pulak.Dah lama tak menari ni.Nak cergaskan badan kejap.Ooops orang mengandung jangan terlampau cergas ye :)

 

Saya tak pe.Bukan apa takut jadi apa-apa kandungan tu nanti. Itulah tajuk post saya hari ni. Baiklah kalau kita masih lagi di peringkat awal jagalh diri kita dengan baik. Antaranya :

  • Elakkan mengangkat benda-benda berat dan besar.
  • Elakkan makan benda-benda yang dalam kategori panas dan tajam seperti nenas, air tebu, durian. Jika tahap kesihatan kita kurang mememuaskan di khuatiri kandungan boleh gugur.
  • Kurangkan senaman yang agak berat seperti berjoging yang memerlukan anda berlari dan menggunakan sepenuh tenaga.
  • Elakkan minuman bergas
  • Pakai pakaian yang bersesuaian dengan tahap kandungan kita.
  • Jangan memanjat atau melakukan pekerjaan berat.

Kalau nak di ikutkan banyak perkara yang tak boleh di lakukan denagn sewenang-wenangnya. Bukanlah semua tak boleh. JIka kita masih di peringkat awal kandungan masih terlalu ‘ fragile’.Kalau kaki terpelecok dan terjatuh, ada sesetangah orang boleh keguguran.

Ini mungkin kerana rahim mereka sendiri dalam keadaan lemah. Cuba lebih berhati-hati jika anda sedang mengharapkan kehadiran cahaya mata.

Insyaaalah pada post yang akan datang saya akan cuba menulis lagi itentang isu-isu berkenaan keguguran.

Pendek aje post hari ni.Saya nak bukak jap cerita ‘pardes’ ni..Alangkah indahnya kalau hari-hari rasa seronok macam ni :)

Jumpa lagi..Oh ye.Selamat Menyambut Depavali pada yang beragama hindu.

Kak Rahimah

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

Rahsia mudah hamil …apa rahsianya?

Assalamualaikum dan selamat pagi saya ucapkan . Saya baru saja balik dari Perak setelah beberapa hari berada di sana. Kakak ipar saya mengadakan kenduri perkahwinan anak sulung beliau, jadi saya ambil kesempatan untuk hantar anak saya sekali 2 orang untuk bercuti dengan tuknya di kampung.

Oleh kerana, saya sepatutnya kembali semula ke kuala lumpur pada hari ahad, jadi segala projek dan plan pada hari isnin terpaksa saya postpone pada hari ini.

Saya sebenarnya ingin mengumumkan bahawa ada berita baik buat pembaca blog ini yang sering menghantar email kepada saya bertanyakan tentang cara mendapatkan cahaya mata.Pembaca blog in  bukan mereka yang sedang mengandung atau dalam pantang sahaja sebab yang masih menunggu saat untuk di sahkan mengandung pun ramai.

Ada juga yang seringkali keguguran dan meminta saya bagaimana atau apa petua untuk mengutakan rahim supaya mereka tidak keguguran lagi. Saya bukan pakar dalam soal ini sebab soal untuk mendapatkan zuriait bukanlah perkara main-main dan hanya boleh di terangkan oleh mereka yang arif mengenainya.

Oleh itu saya ingin memperkenalkan sebuah ebook yang pada pendapat saya amat berguna untuk kesemua pasanangan yang masih berusaha untuk mendapatkan cahaya mata.

Ebook yang saya maksudkan ialah Rahsia Mudah Hamil…….

 

Keistimewaan ebook ini :

  • Ia di tulis dalam bahasa yang cukup mudah untuk di fahami. Tidak terlalu teknikal seperti buku yang di tulis oleh seorang doktor atau pakar perbidanan yang agak sukar untuk di terangkan.Anda tak perlu rasa risau dan takut dengan bahasa-bahasa doktor kerana ia di terangkan dengan cara yang amat mudah di fahami.

 

  • Apa yang terkandung dalam buku ini adalah berdasarkan teori dan praktikal! Kesukaran untuk mendapatkan zuriat amat di fahami oleh penulis. Oleh itu teknik dan kaedah yang di sarankan telah pun di cuba oleh penulis sendiri untuk membuktikan keberkesanannya dan hasilnya pasangan suami isteri ini berjaya mendapat zuriat mereka setelah 2 tahun menunggu. Memiliki  buku ini umpama anda sedang merujuk kepada seorang kawan yang pernah menghadapi masalah yang sama.

 

  • Ebook ini mendapat pengesahan dari seorang doktor yang mana isi kandungannya di teliti agar hasilnya tidak mengecewakan  pembaca yang bersusah payah melaburkan wang untuk mendapatkan kaedah-kaedah yang di tunjukkan. Pelaburan  anda sebanyak RM 49 pasti berbaloi kerana banyak maklumat yang tidak anda ketahui akan di bongkar semata-mata untuk membantu anda.

 

  • Harga ebook ini yang mampu di miliki setanding dengan kualitinya. Apa perasaan anda apabila memiliki sebuah buku yang seperti sampah tapi di jual dengan harga yang cukup mahal berbanding dengan harga ebook ini yang lebih ekonomi.Sudah pasti ebook ini menjanjikan sesuatu yang istimewa untuk anda.

Cukup untuk saya memberitahu keistimewaan ebook kerana anda boleh lawat sendiri laman web MudahHamil.com ini tetapi apa yang terkandung di dalam buku ini sehingga anda yang sukar mendapat cahaya mata mesti miliki?

Ebook setebal 212 muka surat ini menunjukkan kepada anda :

  • 15 kaedah mengesan hari-hari subur.Ada pasangan yang tak sedar punca kebanyakkan mereka gagal mendapat zuriat berpunca dari kesilapan yang tidak di sedari. Dengan ebook ini anda dapat mengenal pasti dengan tepat hari subur anda supaya peluang anda untuk hamil adalah lebih tinggi .Bukan satu tapi 15!

 

  • 40 punca kenapa anda sukar hamil. Ketahui bagaimana penyebab anda gagal hamil bukan sahaja berpunca dari wanita tetapi juga lelaki . Ada pelbagai faktor makanan, pakaian yang kadangkala di ambil ringan oleh pasangan tetapi memberikan kesan yang besar untuk meningkatkan kehamilan.Nak tau puncanya, anda kena baca buku ni dulu!

 

  • 10 petua mendapat anak. Petua-petua yang merupakan amalan orang tua-tua turut di selitkan sebagai salah satu cara yang anda boleh pelajari dan amalkan. Antaranya petua madu, petua tauge, petua durian belanda dan lain-lain lagi yang anda mungkin tidak tahu sebelum ini.Siapa tau selepas ini mengamalakn petua ni , peluang untuk anda semakin tinggi!

 

  • 13 amalan dan doa khusus untuk mendapatkan zuriat. Setelah anda berusaha dengan teknik moden dan teknik tradisi, anda di bekalkan dengan doa-doa dan amalan khusus untuk mendapatkan cahaya mata.Nak tau apa doa khusus itu, ebook ini berikan anda jawapannya!

 

  • Dan banyak lagi…

Kepada anda yang sering mengirimkan email kepada saya bertanyakan kaedah mendapatkan zuriat dan mengelakkan keguguran sesudah bersusah payah untuk hamil, saya amat sarankan anda mendapatkan ebook ini denagn segera.

Saya tidak mengatakan anda pasti mengandung selepas mengamalkan teknik-teknik yang di ajar tetapi peluang untuk anda hamil adalah lebih tinggi.Kesemuanya terserah kepada Allah tetapi sebagai manusia kita mestilah tidak boleh berputus asa.

Mencuba dan mempraktikkan kaedah di dalam ebook ini adalah lebih baik dari berdiam diri.Siapa tahu mungkin ebook ini dapat merealisasikan impian anda untuk mendapat cahaya mata pula.

Anda tak perlu rasa risau atau rugi kerana penulisnya memberikan jaminan Wang di kembalikan jika anda tidak berpuas hati dengan isi kandungan ebook ini. Pada saya adalah lebih rugi jika tidak di cuba kerana mungkin selama ini ada kesilapan atau perkara yang anda terlepas pandang ketika sedang berusaha untuk memiliki zuriat sendiri.

Oleh itu selamat mencuba dan mudah-mudahan dengan izin Allah rezeki berpihak kepada anda pula.

Anda boleh ke laman web yang saya maksudkan untuk melihat sendiri apa yang di tawarkan oleh penulisnya di sini.

Kak Rahimah

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

Bulk Email Sender