kehamilan Posts

Risiko mengandung di usia 35 ke atas

Dah hampir seminggu saya tak post apa-apa di blog ni. Malam ni saya terbagun awal jadi saya cuba postkan sesuatu pada anda semua.

Saya teringat beberapa tahun dulu beberapa orang rakan sepejabat saya yang mengandung pada usia lebih dari 35 atau dah lebih 40 pun. Ramai yang tersenyum melihat masing-masing bawa perut :) Apa sudah jadi kata staff lelaki yang nakal..he he he.

Hai, kata saya ..biarlah ..dapat cuti panjang..sapa nak bagi sampai 2 bulan lepak kat rumah. Perempuan bersalin aje yang dapat peluang tu :) Ramai juga berbisik sesama sendiri sebab memikirkan masalah yang di takuti bila mengandung di usia yang lewat.

Saya sendiri pun masa anak ke empat mengandung pada usia 38 tahun.Alhamdulillah, saya tak alami sebarang masalah. Suami yang risau sebab takut jadi apa-apa.

 

Kata doktor saya sihat lagi pun masa kehamilan sebelum ni saya tak ada sebarang komplikasi.Saya memahaminya kerana sebenarnya mengandung di usia sebegini memang ada risiko.Antaranya :

  • Terdedah pada masalah pendarahan atau praeklampsia
  • Bayi yang di kandung mungkin menghadapi risiko sumbing langit dan mulut
  • Risiko down syndrome
  • Masalah jantung
  • Bayi mati dalam kandungan
  • Keguguran
  • Tekanan darah tinggi pada ibu yang mengancam nyawa kedua-duanya sekali jika tidak di kawal
  • Berat bayi kurang
  • Uri di bawah
  • Kelahiran kembar

Pada usia yang semakin meningkat , tubuh kita semakin menua menyebabkan daya tahan kita semakin menurun. Masalah alahan, mual atau pendarahan yang teruk boleh menyebakan  kita mengalami tekanan.

Bagaimana mengatasi masalah ini jika di takdirkan anda mengandung lewat ? Jom kita tengok tips ni.

  • Jaga pemakanan.Ambil makanan yang seimbang setiap hari supaya bayi dan anda mendapat khasiat yang secukupnya.
  • Mengambil folate di awal kehamilan untuk mengelakkan dan mengurangkan risiko kecacatan.
  • Jangan ambil minuman bergas , merokok dan dadah ( tak mengandung pun memang tak elok ambil betul tak ? )
  • Jangan ambil sebarang ubat, herba atau suplimen tanpa merujuk kepada doktor anda.

Jadi jangan panik jika bila anda di sahkan positif ye :) Lagi pun informasi di atas adalah berdasarkan teori dan kajian.  Allah maha mengetahui.

Apa pandangan anda ?

Kak Rahimah

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

Website - More Posts

Posted by rahimah in Artikel and tagged with , , ,

Bolehkan ibu mengandung bersenam?

Ramai orang malas bersenam. Saya pun kadang-kadang malas juga. Tapi kalau nak kekal cergas dan sihat bersenamlah secara konsisten.Sekurang-kurangnya 15 minit pagi dan 15 minit petang.

 

Bagiamana pula dengan wanita mengandung? Kena bersenam jugak ke? Oh sudah semestinya. Jom kita ikuti tips di bawah sebelum anda ingin bersenam ya.

  • Wanita mengandung lagi la kena aktif supaya senang nanti nak bersalin. Bagaimana pun sebelum anda bersenam dapatkan dulu nasihat doktor.Ini untuk mengelakkan sesuatu terjadi kepada kandungan yang mana anda mungkin terlalu ‘fragile’ atau anda mungkin agak sensitif dengan tenaga yang di gunakan sewaktu bersenam.

 

  • Jika tahap kesihatan anda adalah bagus dan doktor kata ‘ok’ , nah anda mulakan dengan senaman yang ringan dahulu.Kata orang ‘warm up’ supaya otot-otot tak terasa tegang dan terkejut. Mula-mula lakukan senaman pernafasan dahulu dan perlahan-lahan pada bahagian tubuh yang lain.

 

  • Setelah melakukan senaman ringan anda boileh melakukan senaman yang agak berat tetapi amat baik bagi wanita mengandung seperti aktiviti berjalan kaki dan berenang.Senaman seperti ini tidak memerlukan anda membawa tekanan pada badan .

 

  • Elakkan senaman yang boleh memudaratkan kandungan seperti berlari, berjogging dan lain-lain yang boleh menyebabkan anda tercedera atau membahayakan kandungan.

 

  • Lebihkan minum air ( air kosong ) selepas bersenam untuk memastikan tubuh anda tidak kehilangan banyak air . 

Beberapa perkara yang anda mesti berjumpa doktor jika sewaktu atau selepas bersenam :

  • Berlaku pendarahan atau ‘bleeding’
  • Ada rasa ‘contraction’ atau gesa nak bersalin
  • Rasa mual dan loya atau anda muntah
  • Kepala terasa pening atau penglihatan anda terasa kabur dan rasa hendak pitam

Apa saja yang anda lakukan sewaktu mengandung mestilah di lakukan dengan berhati-hati. Kalau anda demam sekali pun janganlah anda terus saja ambil panadol dan telan sebab panadol sekali pun ada banyak tahap.

Ada yang 500 mg, ada 600 mg , 700 dan sebagainya. Tubuh anda sensitif sewaktu itu dan jagalah kandungan sebaik mungkin untuk mengelakkan risiko yang tidak di ingini.

Setahu saya ada hospital yang mengadakan kelas antenatal pada ibu mengandung yang mana salah satu dari aktivitinya ialah mengenai senaman yang boleh di lakukan sewaktu mengandung.

Cukup setakat ini saja hari ini sebab kepala saya pulak yang terasa pening. Terlebih tidur agaknya hari minggu ni. Kita jumpa lagi.

Bye!

Kak Rahimah

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

Website - More Posts

Posted by rahimah in Artikel and tagged with ,

Asid folik semasa awal mengandung….penting

Selain obimin yang di perlu di ambil oleh ibu yang sedang mengandung, asid folik selalu di berikan oleh doktor di awal kehamilan.

Asid folik bertujuan untuk membantu mengelakkan bayi dalam kandungan anda kekurangan nutrien bagi mengelakkan kecacatan. Asid folik penting untuk tujuan perkembangan saraf ,otak bayi, tulang belakang, organ kulit dan tulang bayi.

Bagi yang merancang untuk mengandung, asid folik elok di ambil lebih awal tetapi mestilah atas nasihat doktor.

Jangan abaikan kesihatan dan pengambilan asid folik sewaktu mengandung untuk memastikan kandungan anda sihat.

Kak Rahimah

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

Website - More Posts

Posted by rahimah in Artikel and tagged with , ,

Boleh ke cabut gigi waktu mengandung?

Sakit gigi memang menyeksakan. Jika dah sakit, satu kerja pun tak boleh buat sebab satu badan pun terasa sakit. Kalau nak di cabut gigi yang dah rosak pun doktor tak cabut terus, tunggu sakit reda baru boleh di lakukan.

Tapi bagaimana kalau waktu mengandung gigi pulak sakit? Boleh ke cabut gigi waktu tu? Ia bergantung pada tahap kehamilan. Selalunya ( pengalaman sendiri …tapi dah lama :) ), doktor akan tanya samada kita sedang mengandung atau tak.

Kalau waktu tu perut kecik dan doktor tak perasan, sila beritahu doktor anda yang anda sedang mengandung. Biar doktor tentukan samada perlu di cabut atau di beri ubat dahulu untuk seketika.Ini kerana jika di cabut , di takuti ubat bius akan memberi kesan pada bayi dalam kandungan.

Kebiasaannya, jika anda masih di awal kehamilan doktor tidak membenarkan gigi anda di cabut. Tetapi jika ketika itu anda sudah 7 bulan ke atas, rawatan mencabut gigi yang sakit atau rosak boleh di lakukan.

Bertanya pada doktor keadaan anda pada waktu itu adalah jalan terbaik untuk mengelakkan sebarang komplikasi.

Related Posts with Thumbnails

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

Website - More Posts

Posted by rahimah in Tips sewaktu mengandung and tagged with ,

127.0.0.1