RSS
 

Posts Tagged ‘kekal muda’

Petua kekal muda dan bahagia selalu

19 Feb

Ada sesetengah orang yang berusia tapi tetap kekal muda. Ada pulak yang baru je dalam lingkungan 30 tahun tapi nampak macam dah 40 keatas. Apa rahsianya? Jom tengok apa yang saya jumpa lepas baca buku hari tu :

1.Minum air masak segelas setiap hari selepas bangun tidur waktu pagi.

2.Banyak makan ulam dan buah-buahan

3.Jangan tinggalkan sembahyang

4.Ramah tamah terhadap jiran dan rakan-rakan.

5.Hindarkan perasaan dengki dan iri hati.

6.Tersenyum setiap hari.

7.Makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang.

Rasa-rasanya saya sendiri pun ada yang masih belum buat lagi ni.hi hi especially petua yang nombor 7 tu. Saya ni suka makan dan bila dah sedap tu susah la nak berhenti.

 Lagi satu part jiran ni. Macam mana nak sabar kalau jiran kita  tak menghormati orang lain . Di tegur takut bermasam muka.Tak tegur pulak nanti menjadi-jadi pulak dia.

Kena banyak bersabar nampaknya, kalau tak nanti muka berkerut selalu dan cepatlah saya ni nampak tua.

Ada sesiapa yang nak tambah lagi petua-petua kat atas?

Kak Rahimah

Related Posts with Thumbnails

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 
 
 
Bulk Email Sender