Posts Tagged ‘kelengkapan bersalin’

Checklist keperluan bayi sebelum anda bersalin

Hai Assalamualaikum :) ,

Apa khabar anda semua ? Maafkan saya kerana hampir 10 hari saya tidak dapat online kerana masalah gangguan teknikal dengan maxis broadband saya.

Baru hari ni masalah saya di selesaikan. Jadi blog saya ni sunyi sepi dari towkeynya..hi hi hi.

Baiklah, pada post yang lepas saya ada bercerita tentang budget bersalin 2009. Jadi hari ni , saya rasa saya nak sambung sikit posting yang lepas dengan beberapa senarai kelengkapan bersalin yang kita patut ada dalam budget planning kita .

Tidak semestinya 100 % kena ikut tapi budget ni boleh di adjust ikut keperluan masing-masing. Saya cuma berikan beberapa senarai okay..Kita mulakan dengan senarai untuk bayi dahulu ye:

  • Baju lengan pendek 5 helai
  • Baju lengan panjang 5 helai
  • Seluar pendek 5 helai
  • Seluar Panjang 5 helai
  • Stokin bayi
  • Sarung tangan
  • Kain bedung
  • Napkin( lampin) kain 10 helai
  • Napkin liner ( jika kita menggunakan kain napkin)
  • Diapers pakai buang
  • Minyak untuk sapuan pada bayi utk elakkan kembung perut
  • Tuam bayi
  • Pelapik getah
  • Tilam bayi
  • Berus pencuci botol

Senarai ni hanya untuk keperluan bayi saja dahulu. Untuk ibu-ibu kita sambung pada posting akan datang ye.Mungkin senarai saya ni kurang lengkap sebab anak saya yang paling kecik pun dah 3 tahun :)

 

Oh ya, sebelum saya terlupa , seeloknya baju dan seluar bayi belilah yang untuk 6 bulan ke atas sebab bayi cepat membesar. Rugi jika kita membeli saiz yang kecik sebab nanti sekejap saja dah tak boleh pakai :)

 

Ada siapa-siapa yang nak tambah senarai di atas?

Kak Rahimah

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

5 Langkah Bijak Meringankan Kos Bersalin Pada Tahun 2009

Apa khabar dan selamat bertemu kembali. Dah beberapa hari saya balik ke kampung dan baru hari ni saya dapat tengok-tengok blog ni semula.

Terima kasih kepada pembaca setia dan juga pelanggan yang telah menempah set bersalin semasa saya sedang bercuti.Kesemua order telah pun saya courrierkan ye :)

2 hari lepas ketika saya mengemas rumah saya ada terdengar tentang bual bicara pengacara tv yang sedang interview panel jemputan tentang pentingnya perancangan kewangan terutama sekali ketika ekonomi sedang merosot ni.

Di US sedang teruk, di negara kita di anggarkan beribu pekerja bakal kehilangan pekerjaan tahun 2009 ni.Jadi sewajarnyalah kita merancang perbelanjaan kita dari awal.

Tips saya hari ini adalah untuk mengajak anda semua merancang dari awal sebaik sahaja kita di sahkan mengandung :).Jadi bila tiba saat kelahiran baby nanti tak la terbeban sangat rasanya.

Tips ini elok kita semua praktikkan sebaik sahaja kita di confirmkan positif..he he..

  • Bersedia mengumpul wang untuk membeli pakaian mengandung. Mungkin nampak remeh tapi jika tak bersedia dari awal, sepasang baju mengandung pun dah mencecah RM 89 ke RM 100 ( dulu kira murah lagi ). 

 

  • Elok jika kita biasa memakai seluar untuk melebihkan baju atau blouse. Seluar boleh beli warna gelap    dalam 3-4 pasang. Jadi boleh la tukar selalu dengan blause ye.

 

  • Mula buat simpanan untuk check up bulanan dan kos bersalin bila cukup 9 bulan nanti. Jika kita bekerja , kurang sikit beban jika pihak syarikat ada sediakan klinik panel. Jadi duit selebihnya boleh di simpan untuk perbelanjaan yang lain pula.

 

  • Mula menabung untuk membeli kelengkapan bersalin yang lain seperti keperluan bayi. Walaupun barangan bayi ni nampak kecik-kecik je, bila di campur tolak silap-silap cecah beratus juga :)

 

  • Ketepikan sedkit wang simpanan anda untuk persiapan untuk diri kita sendiri pula. Waktu dalam pantang kita perlukan pemakanan yang lebih cerewet seperti set bersalin ,jamu/herba, bengkung, tungku, mandian herba atau segala macam jenis minyak untuk di sapu atau di urut pada badan.

 

  • Kos urutan dan penjagaan sewaktu dalam pantang juga anda kena kira. Almaklum la sekarang ni kos mengurut pun sehari dah cecah RM 50-80 sehari ( dulu masa saya bersalin 3 tahun lepas dalam RM 40 je, termasuk bertungku, berbengkung dan mandikan bayi).

Seeloknya kita tuliskan budget kita dalam sebuah planner dan bila setiap kali kita membeli belah, tandakan mana-mana yang telah di beli supaya kita tak terlebih shopping!

Kesimpulannya, bersedialah dari awal . Bila kita bersedia dari awal , kita rasa lebih tenang . Pasangan kita juga akan rasa lebih lega sebab wang perbelanjaan yang lain bolehlah di simpan untuk buat kecemasan.

Pada post yang akan datang saya akan post tips membeli kelengkapan bersalin dan tips barangan yang tak perlu di beli. Bukan semua barang perlu di beli ye :)

Saya sudahi hari ini dengan ucapan Selamat menyambut Tahun Baru 2009.

Kak Rahimah

 

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

Bulk Email Sender