RSS
 

Posts Tagged ‘kurma ajwa’

Kenapa saya suka kurma ajwa @kurma nabi?

29 Apr

Balik dari london bulan lepas saya tengok container berisi kurma nabi atau kurma ajwah saya telah berkurangan.Saja saya pesan dengan anak saya kalau nak makan kurma tu makan ajelah .Kurma ni memang mahal sikit tapi di sebabkan anak saya pulak suka makan saya simpan sikit untuk mereka.

Sebelum ni anak saya memang liat sikit nak makan kurma.Puas saya suruh pun mereka makan sebiji aje untuk ambik hati saya. Bila saya suruh mereka makan kurma nabi ni laju pulak mereka telan.Pelik ! Yang memang tak suka kurma pun bawak satu bekas depan tv sambil kunyah-kunyah.

Saya sendiri pun sangat suka kurma ni sebab rasanya yang kurang manis ( kata orang manis-manis buah ) .Saya memang kurang suka kalau kurma tu terlampau manis dan lekit tapi tidak dengan kurma nabi. Rupa bentuk kurma ni tak berapa besar dan berwarna kehitam-hitaman.Kulit luar macam berkedut-kedut ( saya kata macam kulit muka orang tua )

Di bahagian badan (kadangkala di pangkal atau di hujung ) kurma tu kelihatan seperti kalimah berwarna teh susu.Lain benar rupa bentuknya berbanding dengan jenis kurma yang lain.

Masa saya travel di europe hari tu, saya bawak satu bekas kurma untuk bekalan tahan lapar. Memang perut tak rasa begitu lapar sebab pagi saya breakfast dulu dengan nasi ( masak tu ) dan saya ambik kurma sekali.Masa berjalan atau berehat saya telan jugak kurma yang saya bawa dalam cuaca sejuk-sejuk berangin tu.

Sebab itulah rupanya bila berpuasa dan berbuka dengan kurma badan kita tak rasa lapar sangat sebab kurma ni membekalkan tenaga.

Asalnya kurma ajwa ni dari madinah. Pokoknya tak hidup tempat lain. Mengikut pembacaan saya mengenai asal-usul kurma ajwah ni ialah peristiwa di mana Nabi Muhammad SAW mahu berbuka puasa tetapi tiada sebarang makanan untuk baginda .

Maliakt Jibril yang sangat terharu dengan keadaan nabi ketika itu telah meminta ALLAH untuk mengurniakan sesuatu untuk di jamah sebagai pembuka puasa. Dengan izin ALLAH maka di turunkan kurma ajwa dan bijinya telah di tanam oleh nabi selepas itu. Pohon kurma ajwa ini hidup subur di Madinah tetapi pohonnya tidaklah banyak.

Mungkin di sebabkan pohonnya tidak banyak di samping khasiat dan keistimewaan Nabi Muhammad itu sendiri menjadikan kurma ajwa ini sangat di sukai ramai walaupun harganya agak mahal (adatla kan kalau sesuatu tu susah nak dapat, mesti harganya mahal ).Di samping tu juga mengikut pemerhatian saya kurma jenis ni banyak di gunakan untuk tujuan perubatan islam.

Sememangnya buah kurma itu sendiri banyak khasiat dari segi kesihatan dan patut di amalkan sebagai makanan harian. Kalau kita biasa mengunyah biskut , kentang goreng, kacang atau makanan segera elok la ditukar tabiat tu. Anak anak boleh di latih untuk menjadikan kurma sebagai snack harian mereka terutama sekali di waktu pagi sebelum ke sekolah.

Selain mencerdaskan minda dengan kandungan potasium yang tinggi, ia juga membekalkan tenaga pada kanak-kanak yang aktif sewaktu di sekolah.

Antara khasiat kurma :-

1.Membekalkan tenaga kerana kurma kaya dengan kalsium dan zat besi

2.Meredakan tekanan darah tinggi kerana tidak emngandungi lemak,kolestrol dan garam.

3.Mencegah barah usus kerana kulit kurma itu sendiri banyak mengandungi serat ( fiber ) yang sangat di perlukan dalam sistem pencernaan

4.Menggalakkan pertambahan susu ibu dan meningkatkan tahap ingatan/kecerdasan kerana kaya dengan potasium ( sangat bagus untuk ibu mengandung )

5. Mengurangkan berat badan dan risiko penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi yang selalunya akan menyerang mereka yang bermasalah berat badan dan kurang amalkan bersukan.

Bagi orang islam pula, anak yang lahir dari ibu yang mengamalkan kurma sewaktu mengandung akan menjadi anak yang penyabar, bersopan dan mempunyai akhlak yang tinggi. Malah dengan bersedekah dengan separuh buah kurma pun dapat menjauhkan kita dari api neraka.Betapa banyaknya pahala yang kita dapat dengan buah kurma ni .

Jadi marilah kita amalkan makanan yang berkhasiat mulai dari hari ini dan tinggalkan snack atau jajan yang kurang atau tidak berkhasiat langsung.

PS : Jika anda sedang mencari kurma ajwa ni atau kurma lain dan yang sewaktu dengannya, klik di side bar sebelah kanan , atau hubungi saya untuk keterangan lanjut.

PPS : Kalau nak tengok jenis kurma yang lain atau yang sewaktu dengannya klik kedai facebook saya :)

 

 

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 
No Comments

Posted in Artikel

 

Koleksi terbaru botol air boleh lipat untuk melancong bulan march

01 Mar

Tinggal 12 hari lagi saya nak berjalan-jalan. Ada barang belum pack tunggu baju order dari azie sampai.Dah sampai boleh la sumbat betul-betul dalam beg pack.

Botol air lipat lepat ni pun dah saya sumbat 2 biji dalam beg pack.Senang nanti nak ke public toilet kat sana.Dah baca komen-komen dan tips orang kat blog kalau tak ada botol air.Ingatkan dulu untuk bawak minum tapi lebih pada nak membersihkan diri. Saya sambar hello kitty dua-dua sebab gambar kucing ni cute sangat.Tak ori pun tak apelah janji benda ni berguna untuk saya kat sana nanti.

Ni stok terbaru saya baru ambik dari supplier. Boleh check kat sini kalau sape-sape nak makan angin atau melancong bulan 3 nanti…sementara saya adalah ya. Saya letak 3-4 keping aje kat sini sebab banyak corak.

Kalau hari tu saya ambik gambar kartun je sebab itu aje yang ada.Di sebabkan banyak permintaan  dair ibu-ibu yang segan nak bawak masuk kartun so saya try la jugak dapatkan dari supplier. Ada lebih kurang 5 – 6 warna sahaja. Yang gambar angry bird ke apa ke diaorang bagi kat anak .Semua yang pergi kena ada sorang satu kata kak Shah yang call saya semalam.

Tak kisah la..dah nazak sangat botol gambar kartun pun saya sapu  :) Lagi satu saya plan nak bawak kurma sikit nak tapau dalam beg pack. Kurma kena ada sebab penahan lapar.Tak terfikir sebenarnya hari tu nak bawak kurma tapi bila borak-borak dengan kawan baru teringat nak bawak sikit sambil jalan-jalan boleh makan sementara dapat makan nasi( jumpa ke nasi nanti ni…hu hu )

Kejap lagi saya nak check apa lagi nak bawak ..kawan saya cakap tilam katil tak nak bawak sekali ke? Perli tu! Hi hi tak pe janji diriku tetap pergi ke sana tahun ni .Manalah tau entah hidup lagi entah tidak…mati mau ingat jugak..

Oklah saya kena tidur kejap sebab mata terlampau mengantuk.Semalam tertidur depan laptop amsa update web.Sedar-sedar dah pukul berapa dah.

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 
2 Comments

Posted in Artikel

 

Kurma …makanan sunnah berkhasiat untuk semua peringkat usia

27 Feb

Adik kawan saya datang rumah malam semalam untuk ambik kurma Ajwah atau kurma nabi yang di pesan. Pintu pagar dah di kunci nasib baik la saya masih lagi mengetuk laptop yang dah boleh masuk muzium ni.

Nampaknya begitu banyak idea bisnes yang datang dalam kepala saya minggu ni . Nampak saja sesuatu barang tu kepala saya mula la ..mmm…boleh buat bisnes ni..Kata kawan saya …mata duitan ! Alhamdulillah kerana Allah bagi saya berbagai peluang  dan idea untuk meningkatkan perniagaan online saya. Gunakanlah sebaik-baiknya betul tak?

Insyaallah tak lama lagi saya akan mula membekalkan ( telah pun bermula sebenarnya ) pelbagai jenis kurma dan makanan yang sewaktu dengannya . Boleh la sape-sape nak jual secara borong atau runcit hubungi saya untuk dapatkan price list .Buat masa ni, saya baru saja upload beberapa gambar dan info produk di kedai facebook saya.Tak lengkap lagi :(

Kalau dah macam-macam jenis kurma ada, saya kena la guna web e-commerce utk mudahkan customer view.Tak larat nak update dalam minisite ni. Boleh klik gambar kurma, kacang pistachio, kismis yang ada di side bar sebelah kanan blog saya ni..tapi info masih belum lengkap

Insyaallah nanti akan muncul jua laman web khas untuk saya perkenalkan kurma yang saya dapati mempunyai permintaan yang sangat tinggi dan banyak di amalkan untuk tujuan perubatan.Bayangkanlah ada lebih kurang 1400 jenis kurma rupanya ..barulah saya tau.

Antara khasiat kurma :

1.Membekalkan tenaga segera pada badan ( sebab itulah ramadhan kita di sunatkan berbuka dengan kurma )

2.Melawaskan sistem pencernaan kerana kulit kurma kaya dengan serat

3.Meningkatkan kecerdasan bayi /kanak-kanak kerana banyak mengandungi potasium

Nanti saya akan terangkan lagi khasiat kurma  pada post akan datang sebab ada banyak yang masih ramai tak tahu.

Mlalam tadi adik kawan saya tu kata  ( tak ingat adik ke kakak ) yang dia cari kurma nabi sebab dia nak buat ubat.Ustaz yang suruh dia cari kurma ni untuk di buat ubat kanser.

Teringat saya ada membaca di blog/forum beberapa hari lepas yang kurma ajwah atau kebanyakan orang panggil kurma nabi ni adalah buah dari syurga.Nanti saya akan update lagi sejarah atau asal usul kurma nabi ni dalam entri yang akan datang. Tungguuuuuu……

Related Posts with Thumbnails

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 
3 Comments

Posted in Artikel