Balik dari london bulan lepas saya tengok container berisi kurma nabi atau kurma ajwah saya telah berkurangan.Saja saya pesan dengan anak saya kalau nak makan kurma tu makan ajelah .Kurma ni memang mahal sikit tapi di sebabkan anak saya pulak suka makan saya simpan sikit untuk mereka.
Sebelum ni anak saya memang liat sikit nak makan kurma.Puas saya suruh pun mereka makan sebiji aje untuk ambik hati saya. Bila saya suruh mereka makan kurma nabi ni laju pulak mereka telan.Pelik ! Yang memang tak suka kurma pun bawak satu bekas depan tv sambil kunyah-kunyah.
Saya sendiri pun sangat suka kurma ni sebab rasanya yang kurang manis ( kata orang manis-manis buah ) .Saya memang kurang suka kalau kurma tu terlampau manis dan lekit tapi tidak dengan kurma nabi. Rupa bentuk kurma ni tak berapa besar dan berwarna kehitam-hitaman.Kulit luar macam berkedut-kedut ( saya kata macam kulit muka orang tua )
Di bahagian badan (kadangkala di pangkal atau di hujung ) kurma tu kelihatan seperti kalimah berwarna teh susu.Lain benar rupa bentuknya berbanding dengan jenis kurma yang lain.
Masa saya travel di europe hari tu, saya bawak satu bekas kurma untuk bekalan tahan lapar. Memang perut tak rasa begitu lapar sebab pagi saya breakfast dulu dengan nasi ( masak tu ) dan saya ambik kurma sekali.Masa berjalan atau berehat saya telan jugak kurma yang saya bawa dalam cuaca sejuk-sejuk berangin tu.
Sebab itulah rupanya bila berpuasa dan berbuka dengan kurma badan kita tak rasa lapar sangat sebab kurma ni membekalkan tenaga.
Asalnya kurma ajwa ni dari madinah. Pokoknya tak hidup tempat lain. Mengikut pembacaan saya mengenai asal-usul kurma ajwah ni ialah peristiwa di mana Nabi Muhammad SAW mahu berbuka puasa tetapi tiada sebarang makanan untuk baginda .
Maliakt Jibril yang sangat terharu dengan keadaan nabi ketika itu telah meminta ALLAH untuk mengurniakan sesuatu untuk di jamah sebagai pembuka puasa. Dengan izin ALLAH maka di turunkan kurma ajwa dan bijinya telah di tanam oleh nabi selepas itu. Pohon kurma ajwa ini hidup subur di Madinah tetapi pohonnya tidaklah banyak.
Mungkin di sebabkan pohonnya tidak banyak di samping khasiat dan keistimewaan Nabi Muhammad itu sendiri menjadikan kurma ajwa ini sangat di sukai ramai walaupun harganya agak mahal (adatla kan kalau sesuatu tu susah nak dapat, mesti harganya mahal ).Di samping tu juga mengikut pemerhatian saya kurma jenis ni banyak di gunakan untuk tujuan perubatan islam.
Sememangnya buah kurma itu sendiri banyak khasiat dari segi kesihatan dan patut di amalkan sebagai makanan harian. Kalau kita biasa mengunyah biskut , kentang goreng, kacang atau makanan segera elok la ditukar tabiat tu. Anak anak boleh di latih untuk menjadikan kurma sebagai snack harian mereka terutama sekali di waktu pagi sebelum ke sekolah.
Selain mencerdaskan minda dengan kandungan potasium yang tinggi, ia juga membekalkan tenaga pada kanak-kanak yang aktif sewaktu di sekolah.
Antara khasiat kurma :-
1.Membekalkan tenaga kerana kurma kaya dengan kalsium dan zat besi
2.Meredakan tekanan darah tinggi kerana tidak emngandungi lemak,kolestrol dan garam.
3.Mencegah barah usus kerana kulit kurma itu sendiri banyak mengandungi serat ( fiber ) yang sangat di perlukan dalam sistem pencernaan
4.Menggalakkan pertambahan susu ibu dan meningkatkan tahap ingatan/kecerdasan kerana kaya dengan potasium ( sangat bagus untuk ibu mengandung )
5. Mengurangkan berat badan dan risiko penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi yang selalunya akan menyerang mereka yang bermasalah berat badan dan kurang amalkan bersukan.
Bagi orang islam pula, anak yang lahir dari ibu yang mengamalkan kurma sewaktu mengandung akan menjadi anak yang penyabar, bersopan dan mempunyai akhlak yang tinggi. Malah dengan bersedekah dengan separuh buah kurma pun dapat menjauhkan kita dari api neraka.Betapa banyaknya pahala yang kita dapat dengan buah kurma ni .
Jadi marilah kita amalkan makanan yang berkhasiat mulai dari hari ini dan tinggalkan snack atau jajan yang kurang atau tidak berkhasiat langsung.
PS : Jika anda sedang mencari kurma ajwa ni atau kurma lain dan yang sewaktu dengannya, klik di side bar sebelah kanan , atau hubungi saya untuk keterangan lanjut.
PPS : Kalau nak tengok jenis kurma yang lain atau yang sewaktu dengannya klik kedai facebook saya

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.
More Posts - Website