Dah beberapa hari saya rasa nak demam kerana sakit gigi. Pagi tadi saya berjumpa doktor gigi dan di nasihatkan supaya melakukan rawatan root canelling atau cabut aje gigi saya tu. Mahal root canelling tu rawatannya. Anggaran dalam RM 300 ke atas.
Nampaknya kalau nak save belanja pergi ke klinik kerajaan aje lah
Tapi saya dah buat appoinment sekali lagi minggu depan.
Hari ni saya bukan nak cakap pasal rawatan sakit gigi tapi mengenai email dan respon yang saya terima mengenai masalah ruam lampin pada minggu lepas.
Rupanya ramai pembaca blog ni yang sedang mengalami masalah ruam lampin yang agak teruk juga. Saya percaya tentu ramai ibu yang bayi berkulit sensitif rasa risau bila melihta keadaan punggung dan kawasan sekitar setiap kali masa untuk membersihkan atau menukar lampin.
Ruam lampin mungkin nampak remeh tapi jika anda pernah melihat betapa teruknya kulit yang jadi merah, melecet dan kadang-kadang sehingga putih ( bercampur dengan ubat atau krim pencega ) tentu anda rasa risau.
Beberapa keping gambar saya postkan di sini betapa teruknya masalah ini jika di biarkan.
Dari pengamatan dan pengalaman saya sendiri, kebanyakakan masalah ini berpunca dari lampin pakai buang. Tak saya nafikan pakai lampin kain pun bayi atau kanak-kanak kadang-kadang terkena ruam juga tapi itu sebenarnya kerana lampin lambat di tukar.
Saya rasa elok saya tuliskan sikit di sini punca -punca kepada ruam lampin supaya anda lebih jelas :
1. Alahan pada bahan kimia yang terdapat di dalam lampin pakai buang.
Pulpa dan bahan sintetik merupakan bahan utama untuk pembuatan lampin pakai buang. Bahan kimia iaitu dioxin terhasil semasa proses melembut dan menggebukan pulpa supaya menjadi kepingan kertas yang putih dan gebu.
2.Lampin kain yang di pakai terlalu lama atau tidak di tukar.
3.Alahan pada bahan pencuci samada sabun atau pelembut kain.
Pada post seterusnya saya akan sambung lagi info mengenai masalah ruam lampin ini dan tips merawat dan mencegah.
Kak Rahimah







