Posts tagged: mandian aura

Testimoni ringkas pelanggan yang berpuas hati…terima kasih

Dah hampir seminggu baru saya dapat log in semula ke blog saya ni. Macam-macam masalah yang timbul sepanjang minggu ni. Tak apalah saya sabar saja. Nanti masam muka cepat pulak saya nampak tua :)

saya sebenarnya nak menyiapkan satu posting lain tapi rasa panjang jadi saya poskan dulu 2 testimoni yang saya terima tapi tak sempat saya siarkan sebelum ni.

 

# Komen Puan Marsita tentang bengkung zigzag dan mandian aura ;

” Waalaikum salam kak..sihat.Senang nak pakai. Mak pun kata jauh beza dengan bengkung dia dulu susah nak pakai. Mandian Aura tu harum baunya. Kuat bau serai wanginya “

 

# Komen dari Puan Hamiza tentang mandian aura ;

” Ini kali pertama saya berpantang sendiri memandangkan anak-anak yang lain bersekolah. Sebelum ni daun mandian di sediakan oleh ibu saya. Memandangkan sekarang semakin susah untuk di perolehi kerana dia tinggal di akwasan perumahan, jadi saya memilih untuk membeli yang siap semuanya.

Senang nak guna dan menjimatkan. Badan rasa lebih segar dan wangi dengan aroma herba daun. Yang paling penting tak perlu nak kutip sisa daun kat lantai yang boleh menyebabkan tersumbat. Harganya pun berpatutan. 3 uncang boleh di gunakan untuk 1 hingga 2 minggu. Saya syorkan untuk semua ibu-ibu.”

 

Anda dah baca sendiri komen mereka. Jangan bertangguh lagi jika dah hampir nak bersalin ye :)

Selamat mencuba!

Update terkini

Assalamualaikum,

Semalam blog ini mengalami masalah untuk di akses dan kebanyakan posting tidak dapat di baca.Dan semalam juga macam-macam masalah yang timbul yang perlu saya tangani untuk memastikan tempahan yang di terima sepanjang promosi dapat di hantar dengan cepat.

Terima kasih kepada semua pelanggan yang telah bersabar menunggu pesanan mereka kerana ada kelewatan dengan stok pek mandian yang tersangkut di pejabat pos selama beberapa hari ( alasan mereka…tak ada posmen nak hantar ;) Perkara ini telah saya atasi dan mulai semalam banyak pesanan telah mula di hantar.

Sebahagian lagi akan mula menerima pesanan mereka mulai selasa hadapan kerana saya telah membuat pesanan yang lebih dari supplier untuk menampung permintaan pek herba mandian Aura yang sangat tinggi.( Anda kena cepat kerana pek mandian aura ni macam goreng pisang panas ).

Oh ya..Insyaalah saya juga akan membuka booth di Pusat Bandar Damansara mulai April ini .Mengikut apa yang saya telah di beritahu, ia akan di buka sebulan sekali pada setiap hari gaji :)  . Jadi anda boleh la shopping banyak-banyak dari saya di sana nanti ye :)

Dengan ini juga saya membuka kembali tawaran pek uncang mandian aura yang telah di tutup 2 hari lepas untuk anda membuat pesanan semula.Kesemua pesanan melalui online akan di proses terlebih dahulu. Anda juga boleh klik gambar Mandian Aura di sebelah kanan blog untuk terus membuat pesanan.

Selamat membeli belah.

Kak Rahimah

Related Posts with Thumbnails

WordPress Themes