Hari ni saya tak dapat nak keluar sebelah petang sebab cuaca dah gelap. Saya check pulak stok mandian aura dah tinggal sikit sangat. City link pulak tak sampai lagi bawak stok baru yang saya dah order.Bukan apa takut saya tak ada di rumah waktu mereka sampai.
Sejak dari awal saya mula pasarkan mandian aura ni, stoknya memang sentiasa cepat habis. Mungkin sebab memang susah nak cari daun-daun herba untuk di buat mandian terutama sekali duduk di kawasan bandar. Tapi pelanggan pun bukan semua dari kawasan bandar dari kawasan kampung pun ramai.
Mungkin sebab di kawasan kampung sendiri tak banyak pokok-pokok herba ni di tanam. Elok agaknya kalau saya ni bukak kebun daun-daun mandian dalam pantang ni rasanya
.
Saya sendiri pun bila rasa-rasa nak segarkan badan akan ambik satu pek dan rebus.Berbau wangi satu rumah..Pernah sekali saya letak dalam bilik dan malam bau wangi pulak..rasa takut pulak bila wau wangi macam tu.
Pokok ni sama je macam pokok serai biasa cuma daunnya bila kita dekatkan dengan hidung akan berbau wangi dan lebih kuat dari daun serai yang kita bubuh dalam masakan tu.

Gambar kat bawah ni pulak daun serai wangi yang dah di pek siap-siap dalam uncang ( macam uncang teh lipton tu )..cuma tunggu rebus aje..selesai.

Banyak khasiat serai wangi pada wanita yang berpantang lepas bersalin. Antaranya :
-Menghilangkan bau hanyir dan bau badan selepas bersalin
- Menyegarkan badan yang rasa sakit-sakit
-Aroma daun tu bila di rebus umpama terapi dan menghilangkan rasa stress.
-Memanaskan badan yang rasa sejuk-sejuk.
Sebenarnya tak semua pelanggan yang tempah mandian dalam pantang ni bakal bersalin. Ada jugak yang saja-saja nak pakai buat mandian bila hujung minggu. Faham ajelah kalau bekerja, time cuti mereka nak berendam lama sikit nak hilangkan stress kat rumah
Apa pun saya rasa mandi dengan daun serai wangi ni memang menyegarkan sebab lepas mandi rasa badan berbau wangi aje..tak payah pakai minyak wangi Miracle lagi dah
Itu sajalah nampaknya hari ni sebab ada kerja lain sedang menunggu.Semalam tiga kerja sekali gus depan laptop ni..Lansung saya terbangun tidur pukul 5.30…patutnya pukul 4 pagi dah bangun.
Kita jumpa lagi.

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.
More Posts - Website